teri-chan wrote:yg tu oggy ada jual... paling murah gum nikotin... tp kata cik abg aku tak sedap so tak jln juge... sesetgh org merokok kerana nikotinnya... mcm cik abg aku merokok kerana rasanya. tu yg dia beli berperisa tu. skang ni? gula2 n gums je la peneman mulutnya.
Aku seorang perokok tegar... Sejak umur aku 18 tahun sampai lah sekarang ni dah 22 tahun...
Sehari, selalunya aku habiskan sehingga 4 kotak Dunhill 14's... Sebelum ni aku boleh habiskan 4 kotak Dunhill 20's, tapi disebabkan
rasa dia macam asap jer, aku tukar lah pada Dunhill 14's yang lebih sedap kot...
Daripada 01 Jun 2009 sehingga kini, 22 Jun 2009, kat atas meja aku ni ada 43 kotak kosong Dunhill 14's dan bawah meja plak ada 60 kotak kosong Dunhill 14's. Aku dah habiskan lebih kurang RM680 untuk beli benda haram jadah ni...
So, aku memang serius tak tahu NAK BERHENTI macam mana sebab hari ni baru aku 'berkira' dengan apa yang aku dah 'bakar'. Dah macam2 tips dah aku pernah cuba dulu, tetap tak berkesan.
Aku sebenarnya risau jugak dengan anak aku, bini aku dan juga anak yang ke-2 akan lahir minggu depan ni. Kengkadang aku rasa macam aku ni pun bodoh jugak sebab hisap rokok ni. Aku tak tahu apa 'niat' sebenar aku hisap rokok. Tangan ni pun gatal jugak, nak jugak bakar rokok. Semuanya berlaku sendiri... Macam tak der siapa yang halang...
Mungkin aku pun bodoh jugak kalau taip benda2 macam ni, tapi tak der tindakan... Hari ni aku baru nak mula, jangan marah aku tau... Dari pagi tadi, dalam pukul 8 pagi sehingga sekarang dalam pukul 6.30 petang, aku cuma hisap 2 kotak Dunhill 14's... Benda ni aku niat masa nak keluar rumah, aku nak mula slow hisap rokok, entah boleh ker tidak, tak tahu... Kengkadang ada segelintir perokok tegar ni, cakap jer nak berhenti, last2, tak sampai 3 hari dah hisap balik... Tak tahu lah pulak aku ni tergolong dalam segelintir tu... AKu tak pernah cuba pun berhenti rokok...
Apa yang aku rasa, suatu pembaziran aku dah buat daripada dulu sampai lah sekarang. Kalau sebulan aku hisap 100 kotak sekali pun, setahun aku dah bakar duit untuk hisap 1,200 kotak. Kalau masuk 4 tahun dah 4,800... Total lebih kurang RM30,000 aku dah habiskan untuk rokok... Ini yang aku fikir2kan... Kenapalah aku bengap sangat pi hisap menatang ni... Aku memang serius tak tahu pasal apa, dan tak fikir pun keburukan dia...
Just satu luahan daripada Perokok Tegar macam aku...
Hmmmmm... Niat hati memang nak berhenti... Cuba...