Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


+21
loy_azloy
hipstudenz
PuteriNurFarah
Han_Hin
theadam
ammartok
ryna168
afizsxp
muraicherang
MalaYneuMaya
crazy_labelle
Radiographer_student
fadi
zer0
antivirus
Haibara Ai
szainizam
teri-chan
kron1x
Aku Tak Sengal
Aluda.AluQieY
25 posters

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    teri-chan
    teri-chan
    Moderators
    Moderators


    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by teri-chan Fri Feb 20, 2009 9:54 pm

    wah hebatnye.... sapa punye idea matematik nih? kagum kagum...
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by szainizam Tue Feb 24, 2009 12:38 am

    Radiographer_student wrote:Haah la...btul la ape yg ak dpt... Smile
    mane dpt rumus ni.... rabbit

    ala...copy n paste jek...

    wat info semua... Basketball
    teri-chan
    teri-chan
    Moderators
    Moderators


    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by teri-chan Tue Feb 24, 2009 8:02 am

    Fakta-Fakta Tentang Bruce Lee Yang Anda Tidak Ketahui

    1. Bruce Lee memiliki cacat bawahan: Kaki yang panjang sebelah dan testis yang besar sebelah.



    2. Bruce Lee sebenarnya memakai cermin mata yang cukup tebal dan dia menggunakan soft lens. Ternyata di Amerika soft lens sudah ada dari zaman dahulu.

    3. Bruce Lee bukan 100% cina, ibunya Grace Lee adalah campuran cina & jerman, jadi boleh dikatakan Bruce Lee memiliki 1/4 darah Jerman.



    4. Bruce Lee pertama kali tampil dalam filem pada umur 3 bulan. Dia dibawa ayahnya, seorang yang cukup terkenal dalam Chinese Opera untuk tampil pada filem pertamanya.

    5. Dalam suatu lelong, sebuah surat tulisan tangan Bruce Lee untuk memotivasi dirinya sendiri dengan judul "My Definite Chief Aim" terjual seharga US$29,500.



    6. Kecepatan pukulan Bruce Lee adalah 1/500 detik dari jarak sekitar 1 meter ke targetnya.

    7. Bruce Lee seorang yang sangat kuat untuk ukurannya, dia dapat melakukan tekan tubi 50 kali dengan satu tangan. Bolo Yeung (aka Chong Lee) yang segitu gede tidak pernah menang panco lawan Bruce Lee.

    8. Bruce Lee dapat melakukan tekan tubi dengan satu tangan hanya dengan 2 jari (telunjuk dan ibu jari) dan terkadang dengan dua tangan, namun hanya menggunakan ibu jari saja.



    9. Bruce Lee mempopularkan teknik 'one inch punch' yaitu tinju dari jarak 1 inci, dan pada satu pertandingan karate, dia mempraktikannya pada seorang juara judo asal Jepun yang memiliki berat sekitar 100 kg. Di sini terlihat pejudo itu ditumbuk dari jarak 1 inci sampai terangkat kedua kakinya dari lantai.



    10. Pada umur 13 tahun, Bruce Lee berguru pada Yip Man untuk belajar Wing Chun kerana pada waktu itu ia ikut geng dan sering bergaduh dengan geng lain. Dia berfikir kalau teman-teman gengnya sedang tidak bersamanya, bagaimana jika dia diserang ramai.



    11. Ada tiga murid Bruce Lee yang pernah memenangi World Karate Champion: Chuck Norris, Joe Lewis dan Mike Stone.

    12. Bruce Lee hanya memiliki 1% berat badan, dimana seorang lelaki normal umumnya memiliki sekitar 15-20% berat badan.

    13. Di Amerika, Bruce Lee mengajarkan kung fu kepada semua bangsa dgn tidak pilih-pilih dan kerana itu dia ditentang oleh perguruan kung fu lain dengan tuduhan membocorkan rahsia kung fu China kepada bangsa lain. Bruce Lee menerima tentangan itu dan mengajar wakil dari perguruan tersebut dalam waktu 3 minit. Bruce Lee kecewa, menurut dia perkelahian haruslah berlangsung dalam beberapa detik. Dari sini dia mulai berlatih lebih keras lagi, dan menemukan konsep 'Jeet Kune Do'.

    14. Filem Dragon: The Bruce Lee Story yang dilakonkan Jason Scott Lee adalah filem yang sangat tidak benar dalam menggambarkan kisah nyata Bruce Lee. Dalam filem itu, Bruce Lee ditendang tulang belakangnya, menjadi lumpuh dan harus duduk di kerusi roda. Dalam kejadian nyata, cedera Bruce Lee disebabkan kerana dia berlatih dengan beban yang terlalu berat dan menyebabkan cedera tulang belakang dan sebenarnya dia tidak pernah duduk di kerusi roda.

    15. Dalam istirehat dari cedera tulang belakangnya Bruce Lee selama 6 bulan, terciptalah buku 'Tao of Jeet Kune Do' yang menjadi buku terlaris.



    16. Beberapa waktu sebelum kematian Bruce Lee, pa qua (sejenis azimat yang dipercaya dapat menangkal evil spirits) pada rumah Bruce Lee jatuh tertiup angin.

    17. Pada hari kematiannya, ditemukan kandungan hasish/ganja pada tubuh Bruce Lee.

    18. Semasa remaja, Bruce Lee pernah memenangi Hong Kong Cha Cha Champion.

    19. Salah satu pengumpul koleksi Bruce Lee terbesar di dunia adalah seorang Sepanyol bernama Michael Tudela.

    20. Dari semua filem Bruce Lee yang ada, hanya Way Of The Dragon yang benar-benar menggambarkan Bruce Lee secara keseluruhan. Dalam filem ini Bruce Lee mengambil alih semua aspek dari mengarah sampai mengisi muzik. Ia memainkan salah satu perkusi dalam muzik awal filem ini. Dalam filem ini musuh akhir Bruce Lee ialah Chuck Norris, mengambil lokasi di Rom, Itali. Pada klimaksnya Lee bertarung dengan Chuck Norris dengan latar colloseum, yang sebenarnya palsu (buatan tangan di Hong Kong), kerana mereka tidak diizinkan untuk shooting di dalam colloseum yang asli.

    21. Setelah kematian Bruce Lee, munculah Bruce-Bruce yang lainnya, diantaranya: Bruce Li, Bruce Liang, Bruce Lo, Bruce Lai, Bruce Lau, Bruce Lei, Bruce Ly dan lain-lain.

    22. Jackie Chan waktu belum popular tampil dalam beberapa filem Bruce Lee sebagai stuntman.



    23. Dalam set filem Enter The Dragon, seorang figuran menentang Bruce Lee untuk berkelahi, menurutnya Bruce Lee hanya hebat dalam filem saja. Hasilnya, dia menyerah dalam beberapa detik. Khabarnya gambar ini gambar asli konfrontasi itu.

    24. Bruce Lee tidak melakukan gerakan-gerakan akrobat dalam filemnya, semua gaya akrobatik dilakukan oleh stuntman, termasuk tendangan sabit ala Guile Street Fighter dalam filem Enter The Dragon yang terkenal ini khabarnya dilakukan oleh stuntman.

    25. Dalam filem Game of Death, diceritakan watak Bruce Lee (Billy Lo), seorang pelakon aksi yang terkenal sedang shooting, dalam sebuah pengambilan gambar ada adegan dimana dia ditembak. Seorang stuntman yang menyamar menyabotaj dengan menggunakan peluru sebenar. Namun dalam filem ini Billy Lo hanya bernasib baik saja, pura-pura mati dan balas dendam. Keturunan Bruce Lee? Ya, Brandon Lee, anak lelaki satu-satunya Bruce Lee, dalam shooting filem The Crow maut tertembak peluru sebenar yang seharusnya peluru kosong. Aneh ia boleh kebetulan begini.

    26. Banyak orang menyangka filem Game of Death ialah filem terakhir Bruce Lee, sebenarnya filem ini dibuat sebelum Enter the Dragon, namun sebelum diselesaikan, Bruce Lee ditawari Warner Bros untuk menggarap filem seni pertahanan diri terbesar saat itu, Enter the Dragon dan Bruce Lee menerima tawaran ini dan menunda shooting Game of Death. Filem asli Game Of Death garapan Bruce Lee hanya berdurasi 20 minit, ia terlebih dahulu meninggal sebelum melanjutkan shooting film ini. Dalam filem ini dia main dengan salah seorang muridnya, pemain bola keranjang NBA yang terkenal, Kareem Abdul Jabar.



    27. Pertunjukan one inch punch dalam pertandingan karate lainnya, di sini terlihat seorang ahli karate mencuba teknik ini, namun tidak dapat dan ketika giliran Bruce Lee...



    28. Bruce Lee sangat senang bercanda dan show off pada penggambaran filem. Dalam salah satu rehat shooting episod Green Hornet, dia melakukan tendangan ke arah kepala seorang krew dari belakang, pada saat bersamaan si krew itu membalik dan terkena tendangan Lee. Ia menderita dislocated jaw dan dibawa ke RS terdekat.

    29. Salah satu adegan kegemaran Bruce Lee ialah menendang bohlam lampu sambil meloncat. Dalam filem Marlowe (1969) ketika belum begitu terkenal, dia melakukan adegan ini, dan kemudian mengulangi kembali sequence ini dalam filem garapannya sendiri 'Way of the Dragon' (1972).

    30. Dalam film Enter the Dragon, Bruce Lee mengalami kemalangan, diantaranya: Dalam adegan dimana Bob Wall menyerang Lee dengan botol pecah, tanpa sengaja tangan Lee terkena dan mengalami luka sobek yang cukup dalam sehingga harus dijahit. Dan dalam adegan Lee menangkap ular cobra, dia terkena gigitan, untungnya bisa ular itu sudah dihilangkan. Yang paling malang ialah Bruce Lee meninggal sebelum filem ini ditayang untuk umum, jadi dia tidak tahu betapa berjayanya filem ini yang menjadi ikon filem seni pertahanan diri sepanjang sejarah abad 20.

    31. Banyak yang tidak tahu bahawa Sammo Hung pernah melakonkan satu babak dengan Bruce Lee dalam filem Enter the Dragon. Untuk ukuran segemuk itu, Hung cukup lincah dan mampu melakukan back flip. Adegan ini diletak di depan filem Enter the Dragon, namun sebenarnya adegan ini di-shoot terakhir dalam film. Dapat dilihat Bruce Lee lebih kurus dalam adegan ini dibandingkan babak lain dari filem yang sama, kerana overwork dan kurang tidur, mungkin kurang makan juga.



    32. Adegan klimaks 'mirror room' dalam filem Enter the Dragon ideanya ditemukan dengan tidak sengaja. Ketika itu pengarah Robert Clouse sedang fikir adegan apa yang bagus untuk klimaks filem ini. Secara kebetulan, dia sedang makan di China Town, ia melihat kaca-kaca dan orang yang lewat di situ terlihat jadi menarik dan unik gerakannya. Dia lalu mengaplikasikannya pada filem.
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by szainizam Tue Feb 24, 2009 12:30 pm

    Tahniah teri-chan...

    kagum aku ngan ko...

    tapi aku memang peminat no-2 bruce lee...wachaaaaa!!

    sampai aku berebut ngan anak2 aku time citer The Buce Lee story...ade ke patut..huhuhu
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by szainizam Tue Feb 24, 2009 1:02 pm

    LELAKI VS WANITA

    1. SEKS- Wanita memerlukan antara 30 hingga ke 45 minit untuk foreplay tetapi lelaki hanya 30 ke 45 saat saja untuk ke arah itu!

    2. MATANG- wanita lebih cepat matang berbanding lelaki. Menjangkau umur 17 tahun, lagak si gadis seperti wanita dewasa sedangkan pada usia sebegitu kebanyakan lelaki masih keanak-anakan.

    3. MENOPAUSE- Bila wanita mengalami menopause, dia akan melalui emosi yang agak konflik dengan perubahan dari segi psikologi dan biologikal. Tetapi lelaki dianggap andropause apabila membuat sesuatu yang kadangkala tak pernah dilakukan, tak masuk dek akal atau pun agak pelik untuk dilakukan dari segi kelakuan, perbuatan dan emosi.

    4. CUCI BAJU- wanita sanggup mencuci pakaian beberapa kali dalam sehari. Lelaki, sebulan sekali pun kadangkala cukup payah. Lebih senang menghantarnya ke dobi atau pun suruh kekasihnya membasuhnya termasuk seluar dalam! Betul ke ni....

    5. KONSEP PERKAHWINAN- Bila merancang untuk berkahwin- wanita akan memikirkan konsep perkahwinan dan persediaan kelengkapan. Sebaliknya lelaki lebih berfikir untuk mengadakan 'The Bachelor Party'.

    6. PERMAINAN- Budak perempuan memang suka bermain dengan permainan tetapi sikap ini akan terkikis sedikit demi sedikit sehingga umur menjejaki 13 tahun. Tetapi lelaki, masih gilakan Gundam, replika kereta sport, koleksi Star Wars, video games dll walaupun umurnya dah cecah 40-an...huhuhu

    7. NICKNAME- rasanya ramai yang memiliki dan menggunakan nickname untuk e-mel, forum, laman web dan juga YM. Wanita lebih gemar nama samaran yang lembut , feminin seperti 'Lady_Heart', 'Baby', 'Cute_gal' dll. Nama samaran bagi lelaki...yang ganas dll.

    8. HUBUNGAN- Bila lelaki terlalu asyik dengan kerja atau mencari wang berbanding fokus pada hubungan, wanita menganggapnya sebagai penolakan.

    9. IMAGINASI- Wanita lebih banyak berimaginasi berbanding lelaki. Justeru mereka akan mengharapkan imaginasi tersebut dapat direalisasikan. Contohnya, berangan untuk mendapat prince charming yang kaya dan kacak. Imaginasi lelaki..perempuan seksi kot! lol!
    crazy_labelle
    crazy_labelle
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Female Number of posts : 370
    Age : 95
    Location : on da way to umah cullen...
    Job/hobbies : baca n tgk cite twillight...
    Registration date : 16/02/2009

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by crazy_labelle Tue Feb 24, 2009 1:32 pm

    szainizam wrote:
    4. CUCI BAJU- wanita sanggup mencuci pakaian beberapa kali dalam sehari. Lelaki, sebulan sekali pun kadangkala cukup payah. Lebih senang menghantarnya ke dobi atau pun suruh kekasihnya membasuhnya termasuk seluar dalam! Betul ke ni....
    a friend of my mcm ni la....
    bf die anta baju tiap minggu suro basuhkan...
    yg sluar kcik tu xpasti la pla... huhu...
    tp kontroversi jgak kan kalo tetibe kat ampaian umah pompuan ade baju lelaki...
    dulu2 mase duk ostel... die siap basuhkan pakai tangan tu... huhu....
    beruntung gile dat guy... tp ni org kate pengorbanan ke bodo?? hm...

    ak pon penah camni jgak... cume terbalik la... wakaka...
    tp xla basuh tangan... anta dobi.... tp xla tiap minggu... kdang2 je...

    szainizam wrote:
    7. NICKNAME- rasanya ramai yang memiliki dan menggunakan nickname untuk e-mel, forum, laman web dan juga YM. Wanita lebih gemar nama samaran yang lembut , feminin seperti 'Lady_Heart', 'Baby', 'Cute_gal' dll. Nama samaran bagi lelaki...yang ganas dll.
    nick forumer pompuan kat putera.com dulu ganas2 pew...
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by szainizam Tue Feb 24, 2009 1:35 pm

    uiii...

    ganaz nye grandma ni...hehehehe

    aku rasa je tu...tapi kebanyakannya cengitu...
    MalaYneuMaya
    MalaYneuMaya
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1044
    Age : 39
    Job/hobbies : kejar biawak, kunyah milo beku
    Registration date : 18/02/2009

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by MalaYneuMaya Tue Feb 24, 2009 1:36 pm

    assalamualaikum...

    MalaYneuMaya <--- tak ganeh pon...baik aje bunyinya..
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by szainizam Tue Feb 24, 2009 4:25 pm

    LELAKI VS PEREMPUAN

    1. Bila empat lelaki berkumpul, mereka akan bercerita tentang SUKAN. Bila empat wanita atau lebih bersama, mereka akan berbicara tentang LELAKI..betul ke?

    2. Wanita lebih serius dan peka dalam pemilihan PAKAIAN berbanding lelaki.

    3. Lelaki mempunyai SUHU BADAN yang lebih tinggi berbanding wanita

    4. Lelaki kurang sifat SENTIMENTAL berbanding wanita. Sebab itulah lelaki kurang atau jarang menonton filem cinta atau romantis kecualilah dipaksa teman wanita mereka.

    5. Kebanyakan wanita gemar berfikir,"Adakah saya dicintai dia?", "Adakah saya terlalu emosi?" dan pelbagai lagi pertanyaan. Lain dengan lelaki, pertanyaan yang sering difikirkan, "Macam mana nak modified kereta ni?" atau " macam manalah MU boleh kalah?"

    6. Lelaki lebih mudah dan senang menerima penghargaan daripada orang lain. Berbanding wanita, bila ada orang yang memuji, mereka fikir ianya cuma mahu menjaga hati atau 'beli jiwa' saja.

    7. Kebanyakan lelaki , memilih keyakinan yang tinggi kerana mereka dibesarkan dengan pengaruh watak-watak superhero tetapi wanita ...zaman kecilnya lebih bersama patung-patung barbie....

    8. Ketika mencuba pakaian dari dalam almarinya dan dirasakan agak sempit, biasanya kaum wanita menganggap berat badan mereka sudah bertambah. Sebaliknya lelaki akan mengatakan pakaian itu sudah kecut..hehehe

    9. Apabila menjangkau umur 40 tahun ke atas dan mengalami menopause, berat badan wanita selalunya akan bertambah dan daya seks menurun. Mereka akan berasa tua dan tidak selesa bila bersama suami. Berbanding lelaki, bila umur 40 tahun, mereka tersenyum dan berkata," Life begin at 40". Mulalah mencari wanita yang lebih muda, menunggang motosikal besar dan ada yang mengunjungi pusat-pusat hiburan..tapi tak semua begitu...

    10. Wanita memujuk lelaki dengan deraian air mata, lelaki memujuk teman wanitanya dengan sejambak bunga.

    11. Bila lelaki ketawa terbahak-bahak dan kuat, orang akan berkata," Biasalah itu normal bagi lelaki". Bila wanita ketawa sebegitu, orang akan sinis berkata,"buruknya perangai."
    teri-chan
    teri-chan
    Moderators
    Moderators


    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by teri-chan Tue Feb 24, 2009 9:17 pm

    huuu tepat sekali.. terasa kene tampar kat situ juge...

    Fakta Tentang Bantal


    Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

    1) Memeluk Bantal
    Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

    2) Menggunakan Banyak Bantal
    Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

    3) Tidur Dengan Satu Bantal
    Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

    4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
    Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

    5) Tidur tanpa Bantal
    Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat
    ego.

    6) Tidak punya bantal
    Kasihan betul… pergi kedai belilah satu!!
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by szainizam Wed Feb 25, 2009 11:26 am

    Orang jadi bantal lagik best kot..

    LELAKI & ANGKA

    1. 87 % lelaki berkata, mengadakan temujanji dengan wanita yang lebih BERJAYA, adalah sesuatu yang seksi...

    2. 21% lelaki tetap akn mencari pasangan yang lebih BAIK sebagai teman hidupnya, bahkan ketika bercinta...

    3. 1/2 lelaki di dunia percaya bahawa dunia hari ini telah didominasi oleh WANITA dan mereka hilang kedudukan di dalam masyarakat..betui ka?

    4. Satu penelitian mendapati bahawa lelaki TUJUH kali senang ditangkap atau disaman akibat memandu dengan cuai dan tidak mengikut peraturan, dan DUA kali melanggar lampu isyarat berbanding WANITA

    5. Berdasarkan satu kaji selidik, lelaki sangat mementingkan dan meluangkan 30% masa untuk menjaga penampilan diri berbanding 5 tahun dahulu...Yes!

    6. 1/4 daripada lelaki sangat malu terhadap tubuh mereka dan tidak mahu mendedahkan tubuh badan mereka di hadapan pasangan masing-masing...hmm

    7. Kaji selidik menunjukkan SATU RIBU lelaki di India menyatakan bahawa kondom yang dibuat berdasarkan saiz antarabangsa adalah terlalu besar untuk mereka...

    8. Antara seorang hingga tiga setiap SEPULUH orang lelaki pada usia awal 70-an, akan mengalami simpton pembesaran PROSTAT..nak elak..makanlah tomato hari ini jugak!

    9. 62 orang daripada 100 orang terkaya di dunia berkahwin dengan wanita berambut hitam, 22 perang, 16 "raven-haired" dan tiada yang berkahwin dengan wanita berambut merah.

    10. 75% kes bunuh diri di United Kingdom dilakukan oleh kaum LELAKI..alahai...
    muraicherang
    muraicherang
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 160
    Location : klate
    Job/hobbies : pikat burung tino
    Registration date : 21/02/2009

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by muraicherang Wed Feb 25, 2009 7:51 pm

    tahukah anda......... x tau bukan? betul le tu..... aku dilahirkan 3 suku abad yg lalu!fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Cardinalstandsfakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 3dbird
    afizsxp
    afizsxp
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 104
    Age : 41
    Location : Bukit Tinggi,Klang
    Job/hobbies : Stc
    Registration date : 14/02/2009

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by afizsxp Sat Feb 28, 2009 3:01 pm

    Aku plak...

    Tahu ke korang
    dengan hanye menggunakan jari untuk menggerakkan
    cursor pade screeen laptop korang melibatkan BERIBU URAT SARAF.. lol!
    teri-chan
    teri-chan
    Moderators
    Moderators


    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by teri-chan Sat Feb 28, 2009 8:50 pm

    FAKTA-FAKTA MENARIK


    1. Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh utk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya.

    2. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan.
    America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali


    3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.



    4. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune .


    5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan
    menggangguk bermaksud tidak,


    6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.



    7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.



    8. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan



    9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km



    10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.



    11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.



    12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.



    13. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan



    14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.



    15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan
    boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.



    16. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.



    17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.



    18. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu



    19. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah



    20.
    Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
    afizsxp
    afizsxp
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 104
    Age : 41
    Location : Bukit Tinggi,Klang
    Job/hobbies : Stc
    Registration date : 14/02/2009

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by afizsxp Sun Mar 01, 2009 7:10 am

    Tahukah korang berus gigi telah dicipta
    oleh seorang banduan semase beliau didalam penjara
    dengan menggunekan sisa tulang..


    WINDOWS bukanlah dicipta oleh BILL GATES
    tetapi dibeli oleh beliau daripade seseorang yang
    menciptanye separuh jalan..Ceh....!!


    Anak perempuan BILL GATES berbelanje
    20.000 dolar bile beliau membeli dan belah..hikhik....


    Memory 5MB yg pertama kali
    dicipta adelah sebesar mesin potostat..


    PC pertame yang aku miliki adelah daripade tong sampah... Crying or Very sad
    teri-chan
    teri-chan
    Moderators
    Moderators


    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by teri-chan Sun Mar 01, 2009 8:06 am

    Nokia?

    1. Ringtone “Nokia Tune” sebetulnya berasal dari seorang gitaris Spanyol, Francisco T Rega, pada abad ke-19 yang berjudul “Grande
Valse”.

    2. “Grande Valse” kemudian diubah NOKIA menjadi “Nokia Tune” pada tahun 1998, hingga semua orang mengetahuinya dan dikenal sekarang sebagai “Lagu Nokia.”

    3. Kartu GSM komersial pertama dibuat pada tahun 1991 di Helsinki melalui jaringan suplai NOKIA, oleh PM Finlandia, Harri Holkeri, menggunakan ponsel NOKIA.

    4. NOKIA merupakan pembuat kamera ponsel yang populasinya terbesar didunia. Pembuatan kamera ponselnya unik, lain dengan cara yang biasa digunakan oleh pembuat kamera.

    5. Dering “Special” yang tersedia bagi pengguna ponsel NOKIA ketika menerima SMS (Short Messaging Services), sebenarnya adalah kode morse untuk “SMS”.

    6. Dering “Standard” pada menu message tone adalah kode morse
 untuk “M” (Message).

    7. Tulisan NOKIA Co. adalah Agfa-Monotype-Nokia-Sans font, yang didesain oleh AgfaMonotype Nokia Sans font. Kebanyakan panduan pemakaian ponsel NOKIA menggunakan Agfa-Rotis-Sans font.

    8. Di Asia, angka 4 tidak pernah digunakan pada setiap tipe ponsel NOKIA, karena angka 4 tersebut merupakan angka ketidakberuntungan di Asia.

    9. NOKIA masuk ke dalam jajaran 20 perusahaan yang paling dikagumi di seluruh dunia di Fortune List 2006 (pertama untuk perusahaan komunikasi, keempat untuk perusahaan non-US).

    10. Tidak seperti produk modern yang lain, ponsel NOKIA tidak secara otomatis memulai call timer saat dihubungkan, tetapi saat percakapan dimulai (kecuali ponsel seri 60 seperti nokia 6600,dll).

    11. NOKIA kadang-kadang dipanggil AIKON (Nokia dibaca terbalik) oleh pemakai ponsel non-NOKIA dan oleh pengembang mobile software, karena “AIKON” dipakai di berbagai bungkus mobile software SDK, termasuk Nokia’s Symbian S60SDK.

    12. Nama kota NOKIA berasal dari sungai yang mengalir melalui kota.
Sungai tersebut, Nokianvirta, dinamai seperti kata lama Finlandia yang berarti cerpelai. Spesies binatang pemangsa yang kecil dan berbulu hitam ini pernah ditemukan di daerah tersebut, tetapi sekarang telah punah.

    Info: www.ponsel2.tk

    Sorce: copy paste je heheh
    ryna168
    ryna168
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Female Number of posts : 346
    Age : 42
    Registration date : 03/03/2009

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by ryna168 Thu Mar 05, 2009 8:27 pm

    banyaknya info2 yg teri-chan ni dpt..postla byk2 teri..rina jadi pembaca je..hikhikhik..
    teri-chan
    teri-chan
    Moderators
    Moderators


    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by teri-chan Thu Mar 05, 2009 9:28 pm

    Fakta menarik tentang lintah


    1. terdapat 650 spesis lintah

    2. lintah terbesar dijumpai berukuran 18 inci

    3. kira-kira 1/5 dari sepsis lintah hidup dilaut yang mana memakan ikan

    4. lintah mempunyai 32 otak iaitu 31 lebih dari manusia

    5. lintah Hirudo mengeluarkan anak dalam kokun dimana lintah itu membawa anak-anaknya diatas perut sendiri. Kadangkala mencapai sebanyak 300 ekor

    6. tidak semua lintah adalah penghisap darah.kebanyakkannya adalah pemburu yang memakan cacing tanah dan lain-lain.


    7. Lintah Amazon menggunakan kaedah yang berlainan untuk menghisap darah. Ia memasukkan proboscic panjang ke dalam mangsa tanpa menggigitnya

    8. Gigitan lintah tidak menyakitkan kerana mempunyai bahan bius

    9. Lintah Hirido menyuntik anti pembekuan serum ke dalam mangsanya untuk mengelakkan pembekuan darah

    10. Lintah akan mengembang sendiri sehingga kenyang dan jatuh dari mangsa dengan sendiri

    11. Lintah akan memgembang sendiri sehingga 5 kali berat badannya

    12. Lintah pertama yang digunakan dalam perubatankira-kira pada 1000 sebelum masihi. Kemungkinan ketika India purba

    13. Pada masa lampau, orang ramai akan berdiri di tepi tasik dan kolam, bila lintah melekat pada kaki mereka, ia dimasukkan dalam bakul untuk dijual. Pada masa kini, lintah Hirudo merupakan spesis terancam

    14. Pakar bedah yang asal adalah seorang tukang dan mereka menggunakan lintah untuk memulihkan apa sahaja penyakit bermula dari sakit kepala ke penyakit gaut

    15. Sistem saraf lintah mempunyai banyak persamaan dengan sistem saraf manusia

    16. Saudara terdekat lintah adalah cacing tanah

    17. Lintah boleh menggigit walaupun pada paha badak air yang tebal
    ammartok
    ammartok
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 302
    Age : 30
    Location : Jenderam,Sepang
    Job/hobbies : Godek PC
    Registration date : 06/03/2009

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by ammartok Sat Mar 07, 2009 10:15 am

    haha...bia betul no 17 tuh...
    avatar
    theadam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 4
    Registration date : 24/02/2009

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by theadam Tue Mar 10, 2009 2:39 pm

    bagus la fakta-fakta macam ini..
    skurang-kurangnya dapat pengetahuan jugak..
    terima kasih bei info-info ni..
    Han_Hin
    Han_Hin
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 338
    Location : Sarawak
    Job/hobbies : Main Golf,Bola Tanpa Bola,Main Mata.
    Registration date : 26/02/2009

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by Han_Hin Wed Mar 11, 2009 10:01 am

    bagusla,hrp ade lagi kat forum bru nanti.stickykan le nanti berguna gak ni. Very Happy
    PuteriNurFarah
    PuteriNurFarah
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Female Number of posts : 250
    Age : 33
    Location : tempat yg ade LOVE LOVE
    Job/hobbies : Buat kerja rumah dan RTS gamer
    Registration date : 17/02/2009

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by PuteriNurFarah Wed Mar 11, 2009 11:04 am

    1)DDR4 SDRAM will be the successor to DDR3 SDRAM. It was revealed at the Intel Developer Forum in San Francisco and is currently in the design state and is expected to be released in 2012.[8]

    The new chips are expected to run at 1.2 volts or less,[9][10] versus the 1.5 volts of DDR3 chips and have in excess of 2 billion data transfers per second...

    bg giler memory tunggu la yer..hik3

    2)GeForce GTX 300
    According to reports, the GT300 series will make its debut around the end of 2009 on a 40 nm fabrication process and will be incorporating DirectX 11 and Shader Model 5.0

    sape ade duit lebih bg hardcore gamer korang tak terasa nak beli ke...
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 47
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by szainizam Wed Mar 11, 2009 11:16 am

    UNTUK PENGETAHUAN KITA

    Pada awal bulan ini, sebuah Asteroid yang dipercayai sebesar 21 x 47 meter nyaris melepasi BUMI.
    Jaraknya tidaklah begitu besar, cuma 72,000 kilometer di antara BUMI dan bulan.

    Asteroid tersebut dipercayai sebesar batu yang pernah jatuh di Siberia pada tahun 1908 dengan kekuatan 1,000 bom atom.
    Pada mulanya objek itu dikenal pasti di australia sebelum dipastikan secara sah.
    Dalam tempoh masa terdekat, 2009 DD45 ialah objek yang paling terbaru melepasi BUMI.

    Jika jatuh atau menghentam Bumi, kemusnahannya bersamaan dengan 10 hingga 15 mega tan TNT atau 1,000 lebih berkuasa daripada bom yang dijatuhkan di Hiroshima, Jepun.

    Cam citer Armagadeon je...KOSMO 11/03/09
    teri-chan
    teri-chan
    Moderators
    Moderators


    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by teri-chan Wed Mar 11, 2009 10:10 pm

    A Dikaitkan dengan seseorang yang pemalu dan mudah bimbang
    serta mementingkan kesempurnaan seperti Britney Spear dan
    Adolf Hiltler


    O Biasanya dikaitkan dengan seseorang yang tegas,mempunyai
    keyakinan diri,perasaan ingin tahu dan sesuai untuk bersukan
    termasuk Elvis Presley dan Ratu Elizabeth



    B Seseorang yang ceria,menganbil berat dan berfikiran terbuka
    seperti Jack Nicholson



    AB Seseorang yang gemar belanja mewah,suka memencilkan diri
    anda dan dikaikan dengan seni seperti pemimpin China Mao Zedong
    MalaYneuMaya
    MalaYneuMaya
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1044
    Age : 39
    Job/hobbies : kejar biawak, kunyah milo beku
    Registration date : 18/02/2009

    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by MalaYneuMaya Wed Mar 11, 2009 11:05 pm

    assalamualaikum...

    apa tu teri? jenis darah kan?

    Sponsored content


    fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan - Page 2 Empty Re: fakta yg patut diketahui untuk pengetahuan

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Thu May 09, 2024 7:29 pm