Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


+4
teri-chan
Miss U.A
TOYSЯUS
orkid
8 posters

    pendapat kaum ibu

    avatar
    orkid
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 1
    Registration date : 18/09/2009

    pendapat kaum ibu Empty pendapat kaum ibu

    Post by orkid Fri Sep 18, 2009 12:28 am

    nak tanya pendapat kaum ibu..
    saya dah ada sorang anak dan dijaga ibu..suami seorang penagih dan saya yg menyara keluarga..
    kewangan sgt2 kritikal..skarang pregnant sebulan..wajar x saya buat abort?tlg bagi pendapat..
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    pendapat kaum ibu Empty Re: pendapat kaum ibu

    Post by TOYSЯUS Fri Sep 18, 2009 12:56 am

    Maaf kalau kedatangan saya tak diundang.

    Tapi sebagai masyarakat Malaysia terasa terpanggil juga dengan soalan tu.
    Puan orkid jangan buat abortion tu, dilarang di sisi undang-undang Malaysia dan Agama, malah dipandang serong masyarakat.
    Mungkin lepas bersalin nanti puan boleh serahkan anak puan kepada jabatan berkenaan / keluarga angkat jika puan tak mampu nak menyara.
    Tapi tolonglah jangan buat abortion tu, kasihan dia tak bersalah.
    Miss U.A
    Miss U.A
    Ahli
    Ahli


    Gender : Female Number of posts : 831
    Registration date : 21/07/2009

    pendapat kaum ibu Empty Re: pendapat kaum ibu

    Post by Miss U.A Fri Sep 18, 2009 1:09 am

    btw...sorri orkid...but im not married yet...jauh skali dpt title ibu tu....hehhehhe...tp takpe....we share n try to solve together here...

    sye tau mmg susah nk hadapi saat2 mcm nih....apepun cube bwk diskus dulu...bincang elok2 ngn husband...ingatkan die pd t/jwb yg die perlu pegang skang....

    nk abort??? dats not da rite way to solve ur prob honey...
    anak tu rezeki Tuhan...tak baik 'buang'....ingat yg Tuhan tgh uji akak skang...

    tuhla...mcm sy ckp, bwk berbincang ngn husband baik2 n berdoa mintak petunjuk ape yg harus akak buat..

    apepun...gugur bukan jalan terbaik...ingatla..ramai yg nk anak, tp tak dapat...sedangkan bila Allah beri rezeki tuh pd kite...kite pulak tolak...

    No No No


    Last edited by Miss U.A on Fri Sep 18, 2009 1:14 am; edited 1 time in total
    teri-chan
    teri-chan
    Moderators
    Moderators


    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    pendapat kaum ibu Empty Re: pendapat kaum ibu

    Post by teri-chan Fri Sep 18, 2009 9:36 am

    Hukum dan Syarat menggugurkan anak.

    1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
    Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas

    2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari dan sebagainya
    Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.

    3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya
    Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.

    4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
    Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'

    a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.

    b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar.

    5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
    Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.

    6. JANIN yang terhasil akibat dirogol
    Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.

    7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
    Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.


    PERSOALAN : Mengapa umur Janin SEBELUM DAN SELEPAS 4 bulan membawa perbezaan hukum ?

    Jawapan : Berdasarkan hadith Riwayat Muslim, titik hidup manusia bermula sebagai manusia dengan mempunyai hak2 kemanusian yang dikitiraf dalam Islam adalah dari umur 4 bulan dalam kandungan. Kerana berdasarkan hadith Nabi SAW, MANUSIA DITIUPKAN RUHNYA KETIKA SEKITAR UMUR 120 HARI. DEMIKIAN PANDAGAN MAZHAB YANG EMPAT DAN MAJORITI FUQAHA.

    Maka apabila telah ditiup Ruh, janin tersebut dianggap sebagai seorang manusia yang mempunyai hak seperti manusia sempurna. Justeru, penggugurannya adalah dikira membunuh manusia atau nyawa. Ia diharamkan oleh Allah sbgmn FirmanNya : Ertinnya : "Dan janganlah kamu membunuh nyawa manusia yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang benar (di sisi syarak)." (Surah Al-An'am : 151)

    Walaupun majority fuqaha memfatwakan boleh menggugurkan janin sebelum 4 bulan dengan sebab2 yang konkrit, bagaimanapun terdapat sekumpulan kecil ulama yang mengharamkannya dalam semua peringkat umur janin, ia adalah pandangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali (wafat 505 H), serta sebahagian Fuqaha' Mazhab Maliki


    jadi dlm kes puan ini maka:

    Hukum menggugurkan kandungan Janin.

    Para ulama golongan shafie telah bersepakat bahawa peguguran kandungan janin adalah diharamkan apabila janin itu telah ditiupkan roh iaitu selepas 120 hari atau lebih dari 4 bulan.Jika sebelum ditiupkan roh,maka terdapat dua pandapat ulama iaitu:pendapat pertama menyebutkan bahawa haran sejak percampuran air mani lelaki dan perempuan sama ada sebelum ditiupkan roh atau selepasnya.Sementara pendapat kedua menyebutkan bahawa harus sebelum ditiupkan roh dan haram secara mutlak selepas ditiupkan roh.(Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin oleh Zabidi,jil 6,hal 188 dan Ihya'Ulmuddin oleh Imam al-Ghazali,jil. 2 hal. 47)

    Imam al-Ramli membuat kesimpulan di dalam kitabnya "Nihayatul Muhtaj" selepas mengambil pendapat Imam al-Ghazali yang mengharamkan pengguguran kandungan dengan menyatakan bahawa pendapat yang rajah (yang palinh sesuai ) ialah haram secara mutlak selepas ditiupkan roh dan harus sebelum itu.(Nihayul Muhtaj oleh Imam al-Ramli ,jil.8,hal.416.Dipetik dari kitab Darurat fi Syariat Islamiyyah oleh Mahmud Muhammad Abdul Aziz,hal.172)

    Penulis bersetuju dengan pandangan diatas dan harus menggugurkan kandungan tersebut selepas 4 bulan sekiranya janin tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kepada ibu yang mengandungkannya dan perkara ini mesti disahkan oleh doctor yang berwibawa dan dipercayai kebenarannya.

    Ibu juga bertanggungjawab memelihara janinnya dari keguguran dan diharuskannya berbuka puasa jika dikhuatirkan boleh membawa mudarat terhadap diri dan janinnya.Islam juga tidak membenarkan melakukan qisas (hukuman bunuh) dan lain-lain hukuman dalam keadaan seseorang ibu yang mengandung .Jika ibu tersebut itu mati sementara janinnya itu hidup ,maka harus dikeluarkan janin tersebut.

    - Oleh Mohd Rumaizuddin Ghazali, Timbalan Presiden ABIM -
    raidizh AR
    raidizh AR
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1618
    Age : 65
    Registration date : 24/04/2009

    pendapat kaum ibu Empty Re: pendapat kaum ibu

    Post by raidizh AR Fri Sep 18, 2009 9:38 pm

    erm... sy bkn ibu... kawen pn lom lg...

    xmmpu sy nk kate saye faham perasaan puan orked, sbb sy tau, bahu yg memikul yg rase sukarnye

    walaobagaimnpun, sy harap puan bersabar.. ujian yg berat ni tandanye Dia sedang memerhati puan..

    tentang pengguran tuh, kalo xde pape masalah yang menyebabkan jatuhnye hukum harus, maka jgn la diteruskn

    nyawa ni bkn hak kite, ia hak ALLAH, Dia je yg berhak utk ambil kalo Dia mahu.. bkn hak kite..

    sy mntk maaf kalo ap yg saye katakan ini xmembantu puan.. tp jgnla teragak2 utk berkongsi masalah..

    semoge puan tabah menghadapi.. ade hikmah disebaliknye nnt
    teri-chan
    teri-chan
    Moderators
    Moderators


    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    pendapat kaum ibu Empty Re: pendapat kaum ibu

    Post by teri-chan Fri Sep 18, 2009 10:20 pm

    Tp aku rasa apa yg aku dh copy paste 2 jelas dh. Kalu umur bwh 4bln kalu gugur hukum die harus sbb roh belum ditiupkan lg. Unless kalu lepas 4bln dlm kandungn, gugurkan hukum die haram.
    Miss U.A
    Miss U.A
    Ahli
    Ahli


    Gender : Female Number of posts : 831
    Registration date : 21/07/2009

    pendapat kaum ibu Empty Re: pendapat kaum ibu

    Post by Miss U.A Sun Sep 20, 2009 5:39 am

    ape2 pown...perbuatan nih memang tak baik n tak digalakkan...

    p/s: aku syg baby...tak sukenye dgr kes2 mcm ni...arrrrhhh!! akak orked, kalo susah sgt, pass baby tuh kat sy la!
    mael4704
    mael4704
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 125
    Registration date : 16/02/2009

    pendapat kaum ibu Empty Re: pendapat kaum ibu

    Post by mael4704 Wed Sep 23, 2009 1:50 am

    teri-chan wrote:Tp aku rasa apa yg aku dh copy paste 2 jelas dh. Kalu umur bwh 4bln kalu gugur hukum die harus sbb roh belum ditiupkan lg. Unless kalu lepas 4bln dlm kandungn, gugurkan hukum die haram.

    mintak mahap teri, aku boldkan sbb takut medatangkan kekeliruan..perkare HARUS tuh kesemuenye dengan alasan konkrit..
    kenape harus dalam article nih...spt

    aku c/p balik

    Hukum dan Syarat menggugurkan anak.

    1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
    Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas

    2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari dan sebagainya

    Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.

    3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya
    Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.

    4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
    Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'

    a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.

    b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar.

    5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
    Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.

    6. JANIN yang terhasil akibat dirogol
    Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.

    7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
    Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.



    PERSOALAN : Mengapa umur Janin SEBELUM DAN SELEPAS 4 bulan membawa perbezaan hukum ?

    Jawapan : Berdasarkan hadith Riwayat Muslim, titik hidup manusia bermula sebagai manusia dengan mempunyai hak2 kemanusian yang dikitiraf dalam Islam adalah dari umur 4 bulan dalam kandungan. Kerana berdasarkan hadith Nabi SAW, MANUSIA DITIUPKAN RUHNYA KETIKA SEKITAR UMUR 120 HARI. DEMIKIAN PANDAGAN MAZHAB YANG EMPAT DAN MAJORITI FUQAHA.

    Maka apabila telah ditiup Ruh, janin tersebut dianggap sebagai seorang manusia yang mempunyai hak seperti manusia sempurna. Justeru, penggugurannya adalah dikira membunuh manusia atau nyawa. Ia diharamkan oleh Allah sbgmn FirmanNya : Ertinnya : "Dan janganlah kamu membunuh nyawa manusia yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang benar (di sisi syarak)." (Surah Al-An'am : 151)

    Walaupun majority fuqaha memfatwakan boleh menggugurkan janin sebelum 4 bulan dengan sebab2 yang konkrit, bagaimanapun terdapat sekumpulan kecil ulama yang mengharamkannya dalam semua peringkat umur janin, ia adalah pandangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali (wafat 505 H), serta sebahagian Fuqaha' Mazhab Maliki


    jadi dlm kes puan ini maka:

    Hukum menggugurkan kandungan Janin.

    Para ulama golongan shafie telah bersepakat bahawa peguguran kandungan janin adalah diharamkan apabila janin itu telah ditiupkan roh iaitu selepas 120 hari atau lebih dari 4 bulan.Jika sebelum ditiupkan roh,maka terdapat dua pandapat ulama iaitu:pendapat pertama menyebutkan bahawa haran sejak percampuran air mani lelaki dan perempuan sama ada sebelum ditiupkan roh atau selepasnya.Sementara pendapat kedua menyebutkan bahawa harus sebelum ditiupkan roh dan haram secara mutlak selepas ditiupkan roh.(Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin oleh Zabidi,jil 6,hal 188 dan Ihya'Ulmuddin oleh Imam al-Ghazali,jil. 2 hal. 47)

    Imam al-Ramli membuat kesimpulan di dalam kitabnya "Nihayatul Muhtaj" selepas mengambil pendapat Imam al-Ghazali yang mengharamkan pengguguran kandungan dengan menyatakan bahawa pendapat yang rajah (yang palinh sesuai ) ialah haram secara mutlak selepas ditiupkan roh dan harus sebelum itu.(Nihayul Muhtaj oleh Imam al-Ramli ,jil.8,hal.416.Dipetik dari kitab Darurat fi Syariat Islamiyyah oleh Mahmud Muhammad Abdul Aziz,hal.172)

    Penulis bersetuju dengan pandangan diatas dan harus menggugurkan kandungan tersebut selepas 4 bulan sekiranya janin tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kepada ibu yang mengandungkannya dan perkara ini mesti disahkan oleh doctor yang berwibawa dan dipercayai kebenarannya.

    Ibu juga bertanggungjawab memelihara janinnya dari keguguran dan diharuskannya berbuka puasa jika dikhuatirkan boleh membawa mudarat terhadap diri dan janinnya.Islam juga tidak membenarkan melakukan qisas (hukuman bunuh) dan lain-lain hukuman dalam keadaan seseorang ibu yang mengandung .Jika ibu tersebut itu mati sementara janinnya itu hidup ,maka harus dikeluarkan janin tersebut.

    - Oleh Mohd Rumaizuddin Ghazali, Timbalan Presiden ABIM -


    pandangan aku

    -seandainye janin puan tak mendatangkan mudarat(mati) kepade puan hukum ttp HARAM (orange)

    -harus puan gugurkan bile perkare disebut di atas berlaku (merah)keatas diri puan dan janin.

    -ayat hijau umpama memberi green light pd puan untok gugurkan janin tersebut namun dimatikan hujah tersebut oleh
    colour OLIVE

    -biru cair menyatakan adalah tanggung jawab puan tuk memelihara janin puan sehingga menjadi bayi dan maknusia yg sempurna

    menjadi persoalan saya, adakah puan nak gugurkan janin puan hanya disebabkan tekanan??dan masalah keewangan??
    seandainya itu yg menjadi sandaran puan...HARAM hukumnya
    Insyaallah, anak itu adalah anugerah daripada Allah..
    Allah menguji maknusia dari perbagai sudut..dan ujian Allah pda setiap umatnya adalah tidak sama, namun Allah menguji setiap maknusia itu adalah pada tahap kemampuan maknusia itu sendiri..
    puan sebenarnya mampu untuk menghadapi ujian itu sebenarnya cuma mungkin pada waktu ini puan dalam keadaan tiada keyakinan terhadap qada dan qadar Allah..
    seperti mana puan mampu menghadapi suami puan sebagai seorang penagih dengan redha sebaiknya puan juga redha dengan ujian yg baru ini..
    Allah menjanjikan kebahagiaan pd umatnya yg redha terhadap qada dan qadarnya..
    siapa tahu dengan kepayahan puan mendidik anak anak puan sehingga menjadi seorang maknusia yg bertanggung jawab
    Allah pulangkan puan kebahagiaan..dimana waktu itu puan menjadi idola pada anak anak puan diatas kejayaan mereka??
    tp kan semua itu tidak datang berglek melainkan puan didik mereka dengan sifat keibuan..

    saya berpegang pada gurindam melayu lama yg mana berbunyi "siapa sangka tangan yg membuai mampu menggoncang dunia"
    mungkin susah "tangan" untuk mengoncang dunia (diri), namun "hasil tangan" (anak anak) adalah tidak mustahil kan??
    Insyaallah..

    pendapat peribadi saya, puan selesaikan lah masalah antara puan dah suami terlebih dahulu. jangan "diselesaikan" anak yg tak berdosa..

    puan ada hak sebagai seorang isteri dimana lafas taklik yg dilafaskan oleh suami puan semasa bernikah dahulu..
    dimana puan berhak menuntut fasak bilamana suami puan tidak dapat memberikan puan nafkah zahir/batin selama 4 bulan tak silap saya(kalu salah betulkan, aku mals nak bkk sijil nikan) dimana puan berhak keatas kedua-dua hak tersebut..(termasuk apa bila suami dipenjara puan ttp berhak)
    dari apa yg saya baca permasalahan puan. puan yg menyara keluarga...apa-apa pun seandainya puan ingin membuat tuntutan fasak ni sila rujuk dahulu ke jabatan agama. dan sebelum membuat permohonan pastikan kesemua yg diperkukan lengkap selengkapnya bg melancarkan permohonan..

    maaf saya pinta..bukan niat nak merobohkan namun ini hanya pandangan ikhlas saya..adalah lebih baik berbincang dengan suami puan..namun permasalahan ini saya lihat datang dari suami puan , bukan anak anak puan..mereka adalah mangsa keadaan..dan perceraian adalah jalan terakhir..

    membelakangkan suami adalah dosa besar namun menegakan benang basah adalah mustahil...
    jadi daripada puan terima suami adalah lebih baik puan terima anak..keputusan ditangan puan..
    menuntut hak puan bukan membelakangkan suami, itu adalah hak puan dan ISLAM itu adil, Insyaallah

    saya doakan puan tabah, sesuatu yg berlaku pasti ada hikmah dah "bersebab"
    kepayahan dan kesukaran adalah ujian dan penghapus dosa-dosa kecil, Insyaallah

    sekali lagi maaf saya pohon seandainya pendapat saya adalah berat
    -ikhlas-

    p/s kalu aku silap kengkawan tegur naaa
    ayoi
    ayoi
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1090
    Age : 94
    Registration date : 04/03/2009

    pendapat kaum ibu Empty Re: pendapat kaum ibu

    Post by ayoi Wed Sep 23, 2009 4:36 am

    aku ssetuju ngan pendapat mael ...haram oleh kerana di sebabkan suami tak bertanggungjawap dan kewangan .

    anak boleh dijaga sebab rezeki akan ada utk setiap anak.. percayalah.

    kalau rasa tak sanggup nak jaga ramai org leh jaga... terutama keluarga angkat cam aku... hehe bak sini budak tu. dah stabil amik balik.

    dan satu lagi suruh di gi check HIV. kalau tak jgn kasi dia tidur sama. sebab boleh memudaratkan anda dan anak anda nanti.

    gi antar pusat serenti dan masukkan ke pondok..dalami islam insyallah leh berubah...
    myee
    myee
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 926
    Registration date : 18/04/2009

    pendapat kaum ibu Empty Re: pendapat kaum ibu

    Post by myee Wed Sep 23, 2009 7:39 am

    bagi anak tuh kat saya....saya ade adik yang dah kawin 7 taun tapi still tak dapat rezeki sampai skunk...bleh???
    mael4704
    mael4704
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 125
    Registration date : 16/02/2009

    pendapat kaum ibu Empty Re: pendapat kaum ibu

    Post by mael4704 Wed Sep 23, 2009 12:35 pm

    Alhamdulillah aku tegok ramai yg saggup meghulur tagan tuk megambil anak puan sbg anak angkat..bagus sbb ramai yg prihatin ngan nasib baby yg masih "putih"..

    puan orkidnye mane??

    tp puan harus berigat..dan ttp menjadi persoalan...ADAKAH MASALAH PUAN SELESAI KIRANYA PUAN MENERUSKAN KANDUNGAN TERSEBUT DAN MEMBERIKAN BAYI PUAN DENGAN ORAG LAEN??

    saya tetap kabur seandainya itu berlaku..sbb, punca masalah tak diselesaikan?? betulkan saya andai tersilap..

    andaikan puan dah selamat melahirkan bayi puan dan memberikan kepada keluarga angkat..adakah puan akan mencari jalan utuk tidak mengandung lagi???(mengunakan kaedah perancang keluarga)..kalu begitu, mungkin puan akan kurag skit beban but seandainya tidak mengamalkan perancang keluarga...kemungkinan untuk puan mengandung kembali adalah besar, bukan begitu..

    adakah suami puan menjadi penagih sebelum puan mendapat anak pertama?? andainya YA, adakah puan tidak terfikir untuk tidak mengandung?? kengkadag tuh mby terfikir tp nak wat camne kan.Insyaallah saya faham permasalahan ini tp sy tau yg memikul lagi berat...

    jadi sebaiknya puan selesaikan masalah POKOK sebab daun dan rantig boleh di trim
    tp tetap akan tumbuh kembali, namun bile pokok dah ditebang, sendiri pikir lah..

    jd puan carilah penyelesaian sebaik baiknya..
    ayoi
    ayoi
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1090
    Age : 94
    Registration date : 04/03/2009

    pendapat kaum ibu Empty Re: pendapat kaum ibu

    Post by ayoi Thu Sep 24, 2009 2:57 am

    tambahan sket pasal penguguran anakk.. dari kaunseling bertauliah

    contoh permasalahan yang ada kaitan tapi berbeza perbuatan.

    Gadis ini terlanjur dengan teman lelakinya dan mengandung lebih dua bulan. Selepas diketahui keluarganya, mereka nekad menggugurkan kandungan berkenaan di klinik swasta walaupun dibantah gadis terbabit.

    Keluarga ini difahamkan bahawa pengguguran itu harus dalam Islam bagi mengelak keaiban pada masa depan. Adakah pengguguran ini termasuk dalam kategori harus dalam Islam?

    Bagaimana pula dengan janin itu, adakah ia perlu dikebumikan mengikut Islam? Bagaimana pula pandangan Islam iaitu keluarga seolah-olah bersubahat jika pengguguran haram di sisi agama?

    MOHD
    Melaka


    JAWAPAN

    Rasa aib dan malu sepatutnya dirasakan bila kita melanggar perintah Allah atau melakukan maksiat pada Allah. Sepatutnya mereka merasa malu pada Allah bila membiarkan anak bersetubuh secara haram sebelum kahwin. Pada dasarnya, menggugurkan anak dalam kandungan adalah haram dan berdosa besar.

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-52 pada 1 Julai 2002 membuat keputusan: Haram menggugurkan kandungan janin berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang ditiupkan roh, kecuali untuk menyelamatkan nyawa ibu.

    Pengguguran janin berumur sebelum 120 hari adalah harus jika janin itu cacat dan mengalami penyakit teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.

    Bagaimanapun dalam kes ini tiada alasan yang mengharuskan janin digugur, sebaliknya ia sekadar menutup aib. Bertaubatlah pada Allah dengan dosa yang dilakukan
    mael4704
    mael4704
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 125
    Registration date : 16/02/2009

    pendapat kaum ibu Empty Re: pendapat kaum ibu

    Post by mael4704 Sat Sep 26, 2009 1:07 pm

    so, pd puan orked..da dapat jawapan kan, tentang HUKUM nak gugurkan janin puan?
    bersabarlah, sesungguhnye ALLAH bersame orang-orang yg sabar, Insyaallah..
    mane puan orkid nye pon..
    Miss U.A
    Miss U.A
    Ahli
    Ahli


    Gender : Female Number of posts : 831
    Registration date : 21/07/2009

    pendapat kaum ibu Empty Re: pendapat kaum ibu

    Post by Miss U.A Mon Sep 28, 2009 12:20 am

    Kesian aku dgr kisah akak nih...arituh siap pm aku lg mintak pendapat...kompem tgh stress gile....takpe, sbr2...byk2 kan berdoa..Mintak petunjuk dr Allah!
    teri-chan
    teri-chan
    Moderators
    Moderators


    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    pendapat kaum ibu Empty Re: pendapat kaum ibu

    Post by teri-chan Mon Sep 28, 2009 8:13 am

    hehe memandangkan akak orked ni mcm dh tak masuk balik.. sekadar buka dan lupa dia buka topic kat mana... jd aku close la topic ni.

    so akak orked leh la baca sume pendapat diatas ye? memandangkan jawapan suma dh jelas di atas.

    if anything can always PM me.

    topic dikunci!

    Sponsored content


    pendapat kaum ibu Empty Re: pendapat kaum ibu

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Thu May 02, 2024 10:14 pm