by baok Sun Aug 02, 2009 6:12 pm
Itu pendapat kamu neology.. Bukan semua orang mengatakan ISA itu haram.. My last post before I'm going back to Penang this evening
Sekiranya ISA itu digunakan sepertimana ia ditubuhkan pada asalnya, aku mengatakan ianya HARUS.. Kenapa?
Kerana, sebelum sebarang tangkapan dibuat, ianya mesti berdasarkan "keraguan munasabah" (ground rules that justify the detention).. Bagaimana nak timbulkan "keraguan munasabah"? Ianya harus berdasarkan siasatan/risikan polis.. Tak perlu "physical evidence" ini bermaksud tidak perlu menunggu mengumpulkan sepenuhnya bukti untuk mendakwa di mahkamah.. Cukup sekadar sumber maklumat risikan mengatakan bahawa suspek adalah merupakan ancaman kepada negara.. "Ground rules"? Mungkin, suspek dilihat membawa bom dalam beg pakaian ketika membeli belah di SOGO pada acara perhimpunan anti-ISA.. Maka suspek ditahan di bawah akta keselamatan dalam negeri (langkah pencegahan).. Kemudian dia ditahan dan disoal siasat dalam tahanan.. Mana bom yang dia sorokkan.. Mana dia dapat bom.. Siapa dia nak bom.. Siapa buat bom.. Kalau dah sampai ke tahap itu, tak perlu tunggu kejadian bom itu berlaku.. Apa, ingat senang-senang polis nak tahan orang bawah akta ISA ke?.. Nak tahan orang bawah akta ISA pun perlu ada sumber risikan tau!!
Yang kes menyalahgunakan kuasa Eksekutif tu adalah salah "yang menyalahgunakan kuasa" terbabit.. Seperti penahanan pemimpin DAP tempoh hari.. Itu tahanan politik.. Sekiranya itu terjadi, maka itu adalah haram..
Tapi macam Zambry cakap lah.. "Saya bukan orang ugama.. Saya tak layak nak kata itu harus ke haram.. Dia ada banyak Tok Guru.. Biar Tok Guru dia yang beritahu hukumnya"
Satu kes, PAS mahu negara Islam, Karpal Singh dan DAP menentang negara Islam.. Haram ke atau Harus PAS bekerjasama dengan DAP?
Semua orang tahu rokok membahayakan kesihatan.. Adakah kamu merokok?.. Adakah rokok itu haram? Atau rokok itu harus? Asap rokok juga membahayakan orang di sekitar perokok..
Contoh lain, Nabi Muhammad mahu berhijrah dari Mekah ke Madinah menggunakan orang Yahudi sebagai "guider" atau penunjuk jalan.. Adakah itu harus atau haram?
Contoh lain, Aku belajar cara-cara menghasilkan bom nuklear dari orang Israel untuk tujuan penyelidikan.. dan kebetulan bom yang dicipta terlepas dan digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.. Haram ke penyelidikan ak?
Contoh lain, aku tergantung di atas tali beserta 5 orang lain.. Aku tahu dengan beban tali tergantung tidak mampu menampung 5 orang.. Tali tersebut hanya mampu menampung 4 orang.. Sekiranya aku tidak memotong tali tersebut dan mengorbankan salah seorang dari yang tergantung, semuanya akan jatuh dan mati.. Perlu atau tidak aku memotong tali dan mengorbankan orang yang paling bawah?
Contoh lain, kamu tahu ibu kamu mengedar dadah.. malah apabila dinasihatkan dia tak mahu dengar malah mengabaikan kamu.. Adakah kamu akan melaporkan pada pihak polis dan menghadapi risiko ibu kamu dihukum mati?
Dalam soal ini, your judgement is crucial and most important..