Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


    Teknik Pemasaran Guna Minisite

    avatar
    pemikir
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 1
    Registration date : 01/03/2009

    Teknik Pemasaran Guna Minisite Empty Teknik Pemasaran Guna Minisite

    Post by pemikir Mon May 04, 2009 10:58 am

    Apakah Minisite ?

    Minisite adalah sebuah laman web mini yang mengandungi antara 1 hingga ke 3 halaman sahaja dan memfokus kepada 1 jenis topik perbincangan.

    Misalnya anda ingin memasarkan produk buku "7 cara mengatasi masalah jerawat" maka pembinaan laman web minisite tersebut haruslah memfokus kepada topik masalah jerawat sahaja serta penyelesaian kepada masalah tersebut.

    Tujuan utama penggunaan laman web minisite dalam pemasaran di internet adalah untuk:

    1)Mendapatkan JUALAN yang banyak
    2)Menghantar produk yang dibeli oleh pembeli menerusi link download (jika produk tersebut adalah produk digital)
    3)Memberi informasi butiran pembayaran, tempahan dan sebagainya.
    4)Mendapatkan pendaftaran pelawat (prospek) ke dalam sistem autoresponder anda.
    5)Melakukan PEMASARAN terhadap link affiliate anda.
    6)Mendapatkan klik terhadap program Google Adsense anda.
    7)Memaklumkan / Pengumuman / Notis tentang satu - satu jenis perkara.
    8)dan perkara yang paling utama adalah untuk mendapatkan PERHATIAN pelawat supaya memberi respon terhadap pemasaran yang anda lakukan.


    Kelebihan minisite dalam industri pemasaran dan perniagaan internet adalah terlalu BESAR. Dengan minisite, anda mampu untuk membina pelbagai jenis laman web yang mengandungi pelbagai jenis fungsi sebagai contoh:

    Dibangunkan sebagai halaman web jualan...

    Halaman web jualan bermaksud anda gunakan untuk tujuan mendapat jualan terhadap produk atau pemasaran yang dipasarkan.

    Jika dilihat pada laman web tersebut, hanya 1 jenis produk utama sahaja yang dipasarkan. Ini adalah tujuan utama minisite digunakan kerana pengusaha ingin memberi fokus kepada pelawat supaya mendapatkan informasi yang ingin sediakan dan memberi respon terhadap perkara yang disampaikan.

    Dibangunkan sebagai halaman newsletter / ezine ataupun squeeze page...

    Untuk menjadi seorang usahawan internet berjaya dan juga meraih keuntungan berkali ganda, anda harus membina senarai prospek anda sendiri. Jadi, untuk tujuan ini, minisite amat sesuai digunakan untuk mendapatkan butiran nama dan email prospek.

    Dibangunkan sebagai landing page...

    Anda boleh menggunakan minisite untuk mempromosikan program affiliate yang anda sertai. Dengan menggunakan landing page, pelawat akan kurang perasan bahawa promosi tersebut adalah sebenarnya promosi untuk program affiliate.

    Boleh digunakan sebagai template untuk Google Adsense ataupun Ebay...

    Anda juga boleh membina template anda sendiri untuk mempromosikan program Google Adsense ataupun produk - produk anda menerusi Ebay.

    Ruangan khas seperti halaman Hubungi, Download atau Terima Kasih...

    Gunakan minisite untuk memberikan informasi cara untuk menghubungi anda kepada pelawat, atau sediakan ruangan download untuk produk digital yang dijual atau minisite juga boleh dijadikan sebagai halaman terima kasih.

    dan pelbagai macam lagi halaman yang boleh dibina!...

    Rata - rata usahawan internet MENJANA RIBUAN RINGGIT setiap bulan dengan hanya menggunakan konsep laman web minisite sahaja kerana ianya mudah dibina serta tidak memerlukan kemahiran atau kos yang tinggi.

    -------------
    Sumber dari http://www.MinisiteMudah.com

      Current date/time is Thu May 02, 2024 5:45 pm