Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


5 posters

    Itu Tuhan Siapa?

    antara21
    antara21
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 318
    Age : 36
    Location : UP
    Registration date : 13/02/2009

    Itu Tuhan Siapa? Empty Itu Tuhan Siapa?

    Post by antara21 Mon Mar 30, 2009 3:49 am

    assalamualaikum.

    hati ni tergerak nak tanya pendapat ramai... muslimin muslimat, org2 islam bertauhidkan Allah. dan kita tau Allah itu Tuhan yang satu, Tuhan sekalian alam,...dan kita mengaku bahawa tiada Tuhan selain-Nya.

    tapi...macam mana dgn penjelasan yang ibu bapa yang muslim jawab bila anak2 tanya kenapa ada orang sembah tuhan berbeza dgn kita? kenapa ada yang boleh jawab "itu dorg sembah tuhan dorg.." ...maknanya, indirectly, kita cakap ada tuhan lain la?

    macam mana dgn cekgu2 yang ajar murid2, pelajar2, untuk 'hormat ketika kawan2 mereka sedang menyembah tuhan mereka'. dari segi moralnya, memang kita perlu menghormati agama dan penganut agama lain. tapi kalau budak tu salah faham? kalau dia igt tuhan org islam ialah Allah, tapi tuhan agama lain ialah lain... mcm mana dengan pegangan kita, tiada tuhan selain Allah? em?

    nak merumitkan keadaan, isu penggunaan nama Allah oleh penganut agama lain. aku kurang arif dalam hal agama, jadi mintak pandangan ramai berkenaan hal2 ni... dah tanya beberapa pendapat org bijak pandai, tapi masih tak dekat kt hati...
    Sir Pyan
    Sir Pyan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 175
    Location : S'ban, N9
    Job/hobbies : Kojo apo jo yang halal
    Registration date : 17/02/2009

    Itu Tuhan Siapa? Empty Re: Itu Tuhan Siapa?

    Post by Sir Pyan Mon Mar 30, 2009 4:09 am

    Waalaikumussalam.

    Bahan bacaan yang boleh menambah pemahaman:
    http://drmaza.com/home/?p=566

    Sedikit penerangan ringkas berdasarkan istilah bahasa, sila lakukan penyelidikan lanjut jika berminat:
    https://www.youtube.com/watch?v=aJ4rYO_4JDE

    Perkara ni sebenarnya tak rumit jika kita betul-betul mendalami Islam serta ilmu sejarah dan bahasa. Mungkin yang nampak merumitkannya sebab isu-isu semasa yang timbul.
    avatar
    BasicCX
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 230
    Registration date : 25/02/2009

    Itu Tuhan Siapa? Empty Re: Itu Tuhan Siapa?

    Post by BasicCX Mon Mar 30, 2009 10:10 am

    dan tambahan kepada Sir Pyan, rajin-rajinkanlah diri kita ke kuliah, tazkirah, forum agama untuk menambahkan dan meningkatkan keyakinan serta ketakwaan kita kepada Allah.
    Jedi
    Jedi
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 925
    Registration date : 13/02/2009

    Itu Tuhan Siapa? Empty Re: Itu Tuhan Siapa?

    Post by Jedi Tue Apr 07, 2009 10:09 am

    Bagi aku senang jer.

    Tuhan hanya satu iaitu Allah SWT.

    Yang lain2 disembah oleh orang kafir tu bukan tuhan tapi patung berhala, gambar2 (yang mengarut2 cam monyet ada belalai gajah) etc.

    Kalau ikutkan, sebut 'Tuhan orang India', 'Tuhan orang Cina' etc. pun tak boleh.
    Tuhan hanya satu, Allah SWT.

    Inshallah, budak tu takkan salah faham.
    Kita agung2kan Allah SWT, Dia akan pelihara kita...lindungi kita.
    Kena yakinlah.

    Bukan nak cakap besar.
    Tapi aku dari kecik tak kuat pegangan agama...tak gi sekolah agama, solat pun tunggang langgang dulu.
    Sekarang alhamdulillah.
    Tapi masih belajar.

    Tu baru bab Tuhan.
    Belum lagi bab kitab.
    Kitab Injil lain...Holy Bible lain.
    Kitab Taurat (Musa AS) lain...kitab Taurat (lepas Musa AS) lain.

    Semua jawapan aku dapat dari kuliah, tazkirah etc.
    Wallahualam...


    * Dengar kuliah samada di Masjid (lebih baik) atau di radio. Inshallah ada manfaat*
    * Selangor FM...tiap2 lepas azan Zohor ngan Maghrib (ulangan Zohor) ada tazkirah*
    * Lepas tazkirah ulangan Zohor tu, ada tafsir Al-Furqan oleh Ustaz Mohd Uda bin Kassim*
    * KLFM lak 6.45am ada tazkirah gak*
    antara21
    antara21
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 318
    Age : 36
    Location : UP
    Registration date : 13/02/2009

    Itu Tuhan Siapa? Empty Re: Itu Tuhan Siapa?

    Post by antara21 Sun Apr 12, 2009 2:35 pm

    Jedi wrote:Bagi aku senang jer.

    Tuhan hanya satu iaitu Allah SWT.

    Yang lain2 disembah oleh orang kafir tu bukan tuhan tapi patung berhala, gambar2 (yang mengarut2 cam monyet ada belalai gajah) etc.

    Kalau ikutkan, sebut 'Tuhan orang India', 'Tuhan orang Cina' etc. pun tak boleh.
    Tuhan hanya satu, Allah SWT.

    Inshallah, budak tu takkan salah faham.
    Kita agung2kan Allah SWT, Dia akan pelihara kita...lindungi kita.
    Kena yakinlah.

    [/color]

    itu yang aku maksudkan. macam ko, org2 lain yang da ada kesedaran, alhamdulillah la. tapi ada org argue, dorg mmg maksudkan Allah itu tuhan yang satu utk semua makhluk sekian alam. bila dorg ckp org agama lain sembah tuhan masing2, dorg tak maksudkan yang ada tuhan lain selain Allah.

    kita faham, matlamat tak menghalalkan cara. tapi cemana nk eksplen kt budak2 yang belum boleh faham perbedaan atau hukum tauhid ni?

    dalam kita nak menjaga hubungan baik sesama manusia, dgn kaum2 dan penganut agama lain..malaysia sudah cukup baik nk jadikan contoh... bila sorg penganut kristian cakap " Jesus is my God, and muslim's God is Allah"...kita tak jawab pun "Tuhan kita satu, yakni Allah..?"

    atau ada budak cakap - bila dia tgk org sembahyang di tokong, "mak/ayah/chekgu, apa dorg buat tu?" org jarang cakap "dorg sembah patung, berhala"... org ckp "dorg sembah Tuhan dorg.".. nak lagi besh, ada yang samakan "mcm kita sembahyang hari2 tu.."...

    haih...saja nak berkongsi kt sni dgn korg2 yg prihatin...mudah2an dapat petunjuk Allah..
    Sir Pyan
    Sir Pyan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 175
    Location : S'ban, N9
    Job/hobbies : Kojo apo jo yang halal
    Registration date : 17/02/2009

    Itu Tuhan Siapa? Empty Re: Itu Tuhan Siapa?

    Post by Sir Pyan Mon Apr 13, 2009 12:45 am

    Spesifik utk Kristian, surah Al-Ikhlas diturunkan khas memang sesuai untuk mereka. Dalami maksud surah Al-Ikhlas, yang menerangkan tentang keesaan Allah SWT tidak berbelah bagi tanpa ragu-ragu lagi. Surah ini juga boleh dirujuk sebagai bukti keesaan Allah SWT terhadap penganut agama lain selain Kristian.

    Apa yang aku paham dari perkara yang cuba diutarakan, lebih kepada kemusykilan dalam bentuk penyampaian dakwah secara berhikmah. Teknik-teknik dakwah ni memang kena belajar. Teknik dakwah yang berkesan adalah mesej yang cuba disampaikan jelas dan tak berbelit-belit serta pada masa yang sama mampu menjaga hati semua pihak. Sebab tu bila nak berdakwah, pihak yang mendatangi kita yang berdakwah kita kena pastikan keinginannya tulus untuk mendapat maklumat atau menimba ilmu, bukan untuk menghentam. Kalau dapat dikenalpasti pihak yang mendatangi tu datang hanya untuk menghentam, maka adalah lebih berhikmah kita terus tutup perbualan sedemikian, kerana walau sesahih mana sekalipun hujah yang kita bagi, mereka takkan terima.

    antara21 wrote:dalam kita nak menjaga hubungan baik sesama manusia, dgn kaum2 dan penganut agama lain..malaysia sudah cukup baik nk jadikan contoh... bila sorg penganut kristian cakap " Jesus is my God, and muslim's God is Allah"...kita tak jawab pun "Tuhan kita satu, yakni Allah..?"

    atau ada budak cakap - bila dia tgk org sembahyang di tokong, "mak/ayah/chekgu, apa dorg buat tu?" org jarang cakap "dorg sembah patung, berhala"... org ckp "dorg sembah Tuhan dorg.".. nak lagi besh, ada yang samakan "mcm kita sembahyang hari2 tu.."...

    Bila seorang penganut Kristian cakap macam tu, adakah dia meminta kita membetulkannya atau hanya sekadar memperkuatkan pendirian dia? Jika dia minta membetulkannya, maka adalah kewajipan kita untuk berdakwah seperti apa yang telah aku kata tadi. Tetapi sekiranya dia menyatakan pendirian dia, dan kita sendiri tahu pasal ni, maka adakah mungkin kita boleh mengubah pendirian individu tersebut? Jika dia terbuka untuk berdialog, tiada masalah, tetapi jika dia memang tak nak berdialog, maka memang teknik lisan takkan berkesan untuk jangka pendek.

    Kalau soalan dari budak macam di atas, jawab je ler apa yang sebenarnya, lebih-lebih lagi kalau budak tu anak kita atau seorang Muslim. Apa salahnya ajar perkara yang betul dan hakikat yang tidak perlu diselindung lagi. Kalau nak jawab macam contoh yang dah dibagi tu pun takde masalah, cuma yang penting adalah pembelajaran susulan, sebab jawapan tu tak salah dan tak betul juga. Yang menjadi masalah, selalunya ibu bapa, dia jawab soalan tu hanya untuk melepaskan diri, lepas tu dalam proses pembesaran anak tersebut tak diajar dan diterapkan nilai akidah yang betul, ini yang sepatutnya dirisaukan.
    Jedi
    Jedi
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 925
    Registration date : 13/02/2009

    Itu Tuhan Siapa? Empty Re: Itu Tuhan Siapa?

    Post by Jedi Wed Apr 15, 2009 6:50 am

    Sebagai orang Islam, kita kena berani.
    Apapun, ajar anak2 cara lembut.
    antara21
    antara21
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 318
    Age : 36
    Location : UP
    Registration date : 13/02/2009

    Itu Tuhan Siapa? Empty Re: Itu Tuhan Siapa?

    Post by antara21 Sat Apr 18, 2009 3:49 am

    itu la... my main concern is our future generation la... kalo skarang kita tak betulkan, wallahualam...

    em..kitorang ade belajar subjek pendidikan keibubapaan, satu subjek moral, subjek minor utk course keguruan aku skrg la. pensyarah ktorg sorg wanita, muslimah. dlm kelas, segala penerangan, pendekatan, info...smua dia kaitkan dgn agama, Islam. dgn ketuhanan, kehebatan al-Quran. mmg kita sonok dengar...but, on the other hand... kengkawan non-muslim aku rasa neglected...bila smua isi pelajaran dikaitkan dgn agama islam, dan sgt sdikit sentuh peranan dorg dlm topik keibubapaan... walhal, subjek tu sepatutnya umum.

    so, dorg rasa tak puas hati...bila nmpk mcm berat sebelah (ke arah Islam)... dorg ckp dorg pon ada sensitiviti jugak. dan...dorg rasa seolah-olah berada dalam kelas agama, bukan kelas moral. cemana aku, sebagai sorg kawan dorg, yg suka nk jaga hubungan baik dgn smua org, yg pegang prinsip kemanusiaan, dan jugak sorg islam, nak handle hal ni...

    to whom should i talk? what should i say? what shall i do? what would u do, if u r in my shoes...
    Sir Pyan
    Sir Pyan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 175
    Location : S'ban, N9
    Job/hobbies : Kojo apo jo yang halal
    Registration date : 17/02/2009

    Itu Tuhan Siapa? Empty Re: Itu Tuhan Siapa?

    Post by Sir Pyan Sat Apr 18, 2009 7:28 am

    antara21 wrote:itu la... my main concern is our future generation la... kalo skarang kita tak betulkan, wallahualam...

    em..kitorang ade belajar subjek pendidikan keibubapaan, satu subjek moral, subjek minor utk course keguruan aku skrg la. pensyarah ktorg sorg wanita, muslimah. dlm kelas, segala penerangan, pendekatan, info...smua dia kaitkan dgn agama, Islam. dgn ketuhanan, kehebatan al-Quran. mmg kita sonok dengar...but, on the other hand... kengkawan non-muslim aku rasa neglected...bila smua isi pelajaran dikaitkan dgn agama islam, dan sgt sdikit sentuh peranan dorg dlm topik keibubapaan... walhal, subjek tu sepatutnya umum.

    so, dorg rasa tak puas hati...bila nmpk mcm berat sebelah (ke arah Islam)... dorg ckp dorg pon ada sensitiviti jugak. dan...dorg rasa seolah-olah berada dalam kelas agama, bukan kelas moral. cemana aku, sebagai sorg kawan dorg, yg suka nk jaga hubungan baik dgn smua org, yg pegang prinsip kemanusiaan, dan jugak sorg islam, nak handle hal ni...

    to whom should i talk? what should i say? what shall i do? what would u do, if u r in my shoes...
    Takde masalah. Berdasarkan dari apa yang ko tulis, sekurang-kurangnya ada interaksi, maksudnya kalau diorang rasa something sekurang-kurangnya diorang cakap. Bila ada respon, kita tau apa yang perlu dibuat. Dalam kes macam ni, elok jugak rendah diri mintak maaf kalau diorang terasa ke apa, tapi di samping tu bagitau jugak tujuannya bukan untuk pinggirkan dan sebagainya, tapi pandangan dari sudut seorang Muslim. Bila ada interaksi, maknanya ada dialog. Bila ada dialog, tu satu perkembangan yang positif, tapi hala tuju dan niat kena betul. Contohnya sebagai seorang yang berkata atau menyampai sesuatu, sebagai seorang Muslim kita beri apa yang kita belajar dan kita paham sebagai Muslim. Takkan seorang Muslim nak bagi pandangan sebagai seorang Hindu atau Kristian atau Buddha dan sebagainya, nampak ler peliknya. Jadi bila dalam dialog, contoh macam kelas moral ler katakan, boleh juga disuruh student yang bukan Muslim tu beri diorang punya pandangan dan sebagainya gitulah. Dan aku rasa kelas moral tak perlu le sentuh soal akidah, sebab dari segi subjek pun tak tepat, melainkan kalau kita sendiri nyatakan yang maksud sekian-sekian khusus untuk pelajar Islam saja, itupun kalau ada yang rasa tak puas hati.

    Soal terbuka tertutup hati ni bukan kita boleh paksa. Itu semua kuasa Allah SWT, kita cuma boleh sampaikan saja. Masa aku study kat IPTA dulu siap ada subjek Tamadun Islam lagi. Subjek wajib pulak tu, semua student tak kira agama kena belajar. Tapi takde ler pulak lecturer tu sentuh bab akidah, sebab tak kena dengan subjek pun.
    3vilngineer
    3vilngineer
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 110
    Location : Malaysia
    Job/hobbies : goldbotter
    Registration date : 19/06/2009

    Itu Tuhan Siapa? Empty Re: Itu Tuhan Siapa?

    Post by 3vilngineer Wed Jul 01, 2009 1:06 pm

    dalam youtube pun banyak tazkirah
    contohnya ustaz azhar idrus

    ikim fm pun ade pkl 6.30 pagi ustaz zahazan

    Sponsored content


    Itu Tuhan Siapa? Empty Re: Itu Tuhan Siapa?

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Sun Apr 28, 2024 9:12 pm