Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


5 posters

    DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat.

    NURKLEEN
    NURKLEEN
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 9
    Location : Cheras
    Registration date : 27/03/2009

    DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat. Empty DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat.

    Post by NURKLEEN Fri Mar 27, 2009 10:40 am

    NUR KLEEN Services menyediakan Kursus Perniaagaan Dobi untuk semua usahawan yang berminat untuk berkecimpung dalam perniagaan dobi.

    Nurkleen telah mula beroperasi sejak 2006 di Cheras dengan memberikan pekhidmatan dobi dan Aqua Dry Clean.

    Dengan pengalaman dan pengetahuan yang ada, kami ingin berusaha untuk membantu usahawan usahawan yang ingin mendalami pengetahun tentang dobi. Kami menyediakan kursus khas Asas Perniagaan Dobi untuk usahawan berminat dan juga Khidmat Nasihat kepada mereka yang ingin membuka kedai dobi sendiri.

    Di forum ini juga kami bersedia untuk berbincang dan bertukar pendapat dengan semua tentang perkhidmatan dobi ini.

    Sekiranya berminat untuk mengikuti kursus Dobi, sila hubungi saya ditalian 019-2695988 atau email ke nurkleen@yahoo.com. Maklumat lanjut tentang kursus akan diberikan.
    maklumat juga boleh didapati di nurkleen-laundry.blogspot.com
    avatar
    pemuda
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 2
    Registration date : 27/03/2009

    DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat. Empty Re: DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat.

    Post by pemuda Fri Mar 27, 2009 7:35 pm

    Assalamualaikum Nurkleen. nak tanye la sikit. Bisnes dobi ni boleh untung ke? Ramai orang cakap untung tapi ade yg tutup jugak. kalo hendak mula kan perniagaan dobi ni perlu berapa byk modal? Terima kasih
    NURKLEEN
    NURKLEEN
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 9
    Location : Cheras
    Registration date : 27/03/2009

    DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat. Empty Re: DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat.

    Post by NURKLEEN Sat Mar 28, 2009 12:57 am

    Tq pemuda,
    Biz dobi memanglah satu biz yang menguntungkan sekiranya kita pandai menguruskannya. Apa biz pun kalau dibuat dengan betul akan mendapat untung yang lebih. Sekiranya nak jadi kaya dengan biz dobi, kenalah ada banyak cawangan atau jadi supplier mesin dan barang keperluan dobi.

    Dobi kini sudah menjadi sebahagian dari keperluan hidup kerana manusia semakin sibuk dan tiada masa untuk menbuat kerja rumah. Jadi hasil dari kemalasan manusia, peniaga2 dobi boleh mengaut keuntungan.

    Modal nak buka dobi tak semestinya besar. Anda boleh bermula dengan sekala kecil. Kalau ada modal besar, bolehlah buat dry clean sekali. Kat sini yang boleh buat untung lebih.

    Kalau berminat anda boleh menghadiri kursus saya untuk mendapat lebih maklumat tentang biz dobi.. Dapatkan ilmu dulu baru mula biz..

    TQ
    avatar
    mamat
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 1
    Registration date : 30/03/2009

    DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat. Empty Re: DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat.

    Post by mamat Mon Mar 30, 2009 8:24 am

    Assalamualaikum Nurkleen,
    Saya macam pernah dengar nama nurkleen ni, ada bt franchise ke? Saya minat nak bukak dobi tp xde pengetahuan tentg dobi nie. Ada tanya franchise tp mahal sangat kosnya. Bole bg pendapat.. Rolling Eyes
    avatar
    silverchair959
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 23
    Registration date : 10/03/2009

    DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat. Empty Re: DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat.

    Post by silverchair959 Mon Apr 20, 2009 11:45 pm

    salam...

    nak tumpang tanya...guna machine brand apa yer...

    mekasih...
    NURKLEEN
    NURKLEEN
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 9
    Location : Cheras
    Registration date : 27/03/2009

    DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat. Empty Re: DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat.

    Post by NURKLEEN Wed Apr 22, 2009 1:00 am

    Saudara SC,
    Pada masa ini saya guna Primus FS10. Mesin ini ada kelebihannya dimana ia boleh cucian biasa dan juga untuk Aqua dry clean.
    Mesin basuh ada berbagai jenis tapi kita kena tahu specifikasi :-
    - Front load atau top load.
    - Low speed atau hi speed
    - Capacity berapa KG
    - Ada heater atau tidak

    Sebelum beli kena tengok dulu apa spec dia supaya kita tak tertipu. Faktor yang saya sebutkan tadi ada banyak perbezaannya.

    Berminat nak buka dobi ke ? atau dah ada kedai?
    am_eniey
    am_eniey
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 169
    Age : 42
    Location : Gombak
    Registration date : 22/04/2009

    DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat. Empty Re: DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat.

    Post by am_eniey Wed Apr 22, 2009 2:43 pm

    pemuda wrote:Assalamualaikum Nurkleen. nak tanye la sikit. Bisnes dobi ni boleh untung ke? Ramai orang cakap untung tapi ade yg tutup jugak. kalo hendak mula kan perniagaan dobi ni perlu berapa byk modal? Terima kasih

    Tumpang jawab. Bisnes ni untung kalau jaga sendiri secara full time. Bagi orang lain (pekerja) jaga tu, ntah lah.
    NURKLEEN
    NURKLEEN
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 9
    Location : Cheras
    Registration date : 27/03/2009

    DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat. Empty Re: DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat.

    Post by NURKLEEN Wed Apr 22, 2009 5:50 pm

    tkasih am_eniey, Memang betul tu. Apa biz pun kalau harap orang lain yang jaga macam2 jadinya walaupun adik sendiri. kalau nak bg orang lain jaga, kita kena monitor betul2. Jgn bagi peluang pekerja kita buat tak betul. Banyak benda dorang boleh buat. orang malaysia ke orang indo ke kena jaga2.
    Yang penting tuan punya kedai mesti ada ilmu dalam dobi. Mesti tahu gosok baju, basuh baju. Jangan tau nya ambil duit masa nak tutup kedai je. Kalau kita tau semua benda, orang pun susah nak tipu kita. Kalau pekerja lari, kita pun boleh buat kerja.
    Kalau xde masa nak jaga, pasang video kamera kat kedai untuk monitor pekerja. Banyak kedai gunting india buat macam ni.
    am_eniey
    am_eniey
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 169
    Age : 42
    Location : Gombak
    Registration date : 22/04/2009

    DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat. Empty Re: DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat.

    Post by am_eniey Wed Apr 22, 2009 6:19 pm

    NURKLEEN wrote:tkasih am_eniey, Memang betul tu. Apa biz pun kalau harap orang lain yang jaga macam2 jadinya walaupun adik sendiri. kalau nak bg orang lain jaga, kita kena monitor betul2. Jgn bagi peluang pekerja kita buat tak betul. Banyak benda dorang boleh buat. orang malaysia ke orang indo ke kena jaga2.
    Yang penting tuan punya kedai mesti ada ilmu dalam dobi. Mesti tahu gosok baju, basuh baju. Jangan tau nya ambil duit masa nak tutup kedai je. Kalau kita tau semua benda, orang pun susah nak tipu kita. Kalau pekerja lari, kita pun boleh buat kerja.
    Kalau xde masa nak jaga, pasang video kamera kat kedai untuk monitor pekerja. Banyak kedai gunting india buat macam ni.

    YUP, mmg betul apa yang kamu katakan.....tauke sendiri mesti tahu 100% dan mesti bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di dalam dobi tak kira salah tauke atau salah pekerja. Masalah paling besar dalam perniagaan tak kira dobi atau lain2 adalah tauke sendiri suka goyang kaki atau bukak bisnes sambil makan gaji, bila sesuatu tak baik berlaku, mula lah nak salahkan pekerja tau salahkan bisnes, padahal salah sendiri. Jadi kalau nak maju dalam perniagaan, berilah konsentrasi 100% terhadap perniagaan.

    btw, nurkleen, kamu ni tauke dobi ke ?
    NURKLEEN
    NURKLEEN
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 9
    Location : Cheras
    Registration date : 27/03/2009

    DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat. Empty Re: DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat.

    Post by NURKLEEN Wed Apr 22, 2009 9:34 pm

    Saya adalah pengusaha dobi sepenuh masa. Dulu saya bekerja makan gaji selama 20 tahun. Bila ada peluang berniaga, saya berhenti kerja ( dapat pampasan sikit ) dan buka kedai dobi. Alhamdulillah, bisnes setakat ni pun ok. Cuma nak kembangkan bisnes ni, saya buat kursus dobi untuk menolong usahawan bumiputra yang berminat bisnes dobi. Ramai usahawan yang buka dobi tapi xde pengetahuan tentang dobi akhirnya bisnes tak menjadi. Sebenarnya ilmu sangat penting.
    Saya pun dulu ambil kursus dobi sebelum buka bisnes. Semua kerja dobi pun saya dah buat. Jadi dari pengalaman yang ada, saya rasa perlu untuk membantu rakan rakan bumiputra yang lain untuk berjaya dalam bidang ini.

    am buat biz dobi ke?
    am_eniey
    am_eniey
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 169
    Age : 42
    Location : Gombak
    Registration date : 22/04/2009

    DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat. Empty Re: DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat.

    Post by am_eniey Thu Apr 23, 2009 9:20 am

    NURKLEEN wrote:Saya adalah pengusaha dobi sepenuh masa. Dulu saya bekerja makan gaji selama 20 tahun. Bila ada peluang berniaga, saya berhenti kerja ( dapat pampasan sikit ) dan buka kedai dobi. Alhamdulillah, bisnes setakat ni pun ok. Cuma nak kembangkan bisnes ni, saya buat kursus dobi untuk menolong usahawan bumiputra yang berminat bisnes dobi. Ramai usahawan yang buka dobi tapi xde pengetahuan tentang dobi akhirnya bisnes tak menjadi. Sebenarnya ilmu sangat penting.
    Saya pun dulu ambil kursus dobi sebelum buka bisnes. Semua kerja dobi pun saya dah buat. Jadi dari pengalaman yang ada, saya rasa perlu untuk membantu rakan rakan bumiputra yang lain untuk berjaya dalam bidang ini.

    am buat biz dobi ke?

    yup tapi kat gombak, saya buat secara sepenuh masa dari bukak kedai ke tutup kedai. Tak apa, saya pun dulu makan gaji tapi tak lama la, 2 tahun setengah ja. Tapi mmg betui apa yang cik cakap sebagai usahawan mesti la dedikasi berniaga ke tahap maksimum. Ramai yang sembang tentang untung rugi dan marketing dobi, padahal yang paling penting diabaikan seperti cara membasuh, memberus, menggosok dan membungkus. Cara2 kerja dobi adalah asas kepada untung rugi dobi tapi ia selalunya diabaikan. Bagus jugak cik buat kursus ni supaya bakal2 tauke ni tahu buat kerja. Saya sokong 100%. Kalau dah namanya usahawan,mesti usaha, bukan malasawan (kombinasi malas dan sawan). Laughing Laughing Laughing
    NURKLEEN
    NURKLEEN
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 9
    Location : Cheras
    Registration date : 27/03/2009

    DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat. Empty Re: DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat.

    Post by NURKLEEN Thu Apr 23, 2009 11:59 am

    Betul tu.. Customer lebih confident kalau towkey sendiri yang layan mereka. Lagi pun kalau kita tau semua kerja dobi, pekerja pun tak jual mahal dg kita. kalau pekerja berhenti, kita pun boleh buat juga. Jadi tak de masaalah dengan mutu perkhidmatan kita. maklumlah, kalau pekerja baru nak kena ajar dulu baru pandai.
    Masaalah customer lari banyak berlaku bila kedai dobi tukar pekerja sampaikan ada yang tutup kedai 2/3 hari sebab tak de pekerja.

    Saya tengok am ni lama dah aktif kat forum dobi..
    avatar
    silverchair959
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 23
    Registration date : 10/03/2009

    DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat. Empty Re: DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat.

    Post by silverchair959 Thu Apr 23, 2009 11:27 pm

    NURKLEEN wrote:Saudara SC,
    Pada masa ini saya guna Primus FS10. Mesin ini ada kelebihannya dimana ia boleh cucian biasa dan juga untuk Aqua dry clean.
    Mesin basuh ada berbagai jenis tapi kita kena tahu specifikasi :-
    - Front load atau top load.
    - Low speed atau hi speed
    - Capacity berapa KG
    - Ada heater atau tidak

    Sebelum beli kena tengok dulu apa spec dia supaya kita tak tertipu. Faktor yang saya sebutkan tadi ada banyak perbezaannya.

    Berminat nak buka dobi ke ? atau dah ada kedai?

    saya mmg berminat nak bukak dobi...masih lagi melakukan research dan saya dapati machine brand Renzacci adalah diantara yg terbaik...betul ke ??
    NURKLEEN
    NURKLEEN
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 9
    Location : Cheras
    Registration date : 27/03/2009

    DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat. Empty Re: DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat.

    Post by NURKLEEN Fri Apr 24, 2009 4:16 pm

    sc,
    Setahu saya brand rendacci ni hanya untuk dry clean sahaja bukannya Aqua Dry Clean. Kalau untuk pure dry clean, mesin ni memanglah antara yang terbaik.
    Tapi mesin yang saya guna Primus adalah untuk Aqua Dry clean atau Wet cleaning dimana chemical yang digunakan adalah water based.
    am_eniey
    am_eniey
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 169
    Age : 42
    Location : Gombak
    Registration date : 22/04/2009

    DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat. Empty Re: DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat.

    Post by am_eniey Fri Apr 24, 2009 8:26 pm

    silverchair959 wrote:
    NURKLEEN wrote:Saudara SC,
    Pada masa ini saya guna Primus FS10. Mesin ini ada kelebihannya dimana ia boleh cucian biasa dan juga untuk Aqua dry clean.
    Mesin basuh ada berbagai jenis tapi kita kena tahu specifikasi :-
    - Front load atau top load.
    - Low speed atau hi speed
    - Capacity berapa KG
    - Ada heater atau tidak

    Sebelum beli kena tengok dulu apa spec dia supaya kita tak tertipu. Faktor yang saya sebutkan tadi ada banyak perbezaannya.

    Berminat nak buka dobi ke ? atau dah ada kedai?

    saya mmg berminat nak bukak dobi...masih lagi melakukan research dan saya dapati machine brand Renzacci adalah diantara yg terbaik...betul ke ??

    http://www.grinningplanet.com/2004/02-10/dry-cleaning-alternatives-eco.htm

    http://www.atsdr.cdc.gov/csem/pce/pcecover_page.html

    http://www.npi.gov.au/database/substance-info/profiles/80.html

    http://www.msnbc.msn.com/id/16816627
    avatar
    silverchair959
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 23
    Registration date : 10/03/2009

    DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat. Empty Re: DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat.

    Post by silverchair959 Tue Apr 28, 2009 2:16 am

    saya kurang faham...boleh terangkan sket tak...yq
    NURKLEEN
    NURKLEEN
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 9
    Location : Cheras
    Registration date : 27/03/2009

    DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat. Empty Re: DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat.

    Post by NURKLEEN Thu Apr 30, 2009 2:01 am

    Dry clean ada dua jenis iaitu pure Dry Clean(dc) dan aqua dry clean(adc).

    Pure DC menggunakan solvent yang berasaskan petroleum tanpa air. Ia mengandungi 'perc' sejenis bahan kimia yang merbahaya kepada manusia. Bahan kimia ini akan memakan minyak/lemak pada pakaian yang dicuci. Chemical yang digunakan akan terus berada didalam tangki mesin dan tidak dibuang sesukahati kerana ia adalah toxic. Chemical ini boleh digunakan semula melalui proces recycle ( penyulingan).

    ADC atau Wet cleaning pula menggunakan chemical yang berasaskan air dan tidak mengandungi toxic atau bahan kimia yang berbahaya. Ia menggunakan bahan cucian yang concentrated dan dicuci dengan proses yang gentle. Tidak ada recycling kerana chemical yang telah digunakan akan dibuang ke longkang.

    Masing masing ada kelebihannya. DC lebih menuntungkan kerana chemical boleh di recycle sehingga habis kuasa cuciannya. Kerja kerja finishing pun lebih mudah bagi pakaian dicuci dgn dc.
    ADC pula semakin tinggi permintaannya kerana ia berasaskan air dan sesuai untuk orang islam.
    DC pula diharamkan disesetengah tempat di US kerana merbahaya kepada manusia. Ia nya merbahaya kepada operator mesin DC dan juga dari pakaian yang dicuci. Toxic dari dc boleh tertinggal didalam pakaian yang dicuci sehingga 100 hari. Bayangkan toxic tu boleh meresap kedalam badan dan memakan tisu dan lemak kita.

    Anda boleh rujuk kepada link yang diberikan oleh am_eniey
    avatar
    silverchair959
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 23
    Registration date : 10/03/2009

    DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat. Empty Re: DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat.

    Post by silverchair959 Thu Apr 30, 2009 6:17 am

    terima kasih nurkleen...

    kiranya aqua tuh dry clean yg guna air laa ek...ok paham dah Smile
    NURKLEEN
    NURKLEEN
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 9
    Location : Cheras
    Registration date : 27/03/2009

    DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat. Empty KURSUS DOBI

    Post by NURKLEEN Fri May 01, 2009 9:17 pm

    Kursus Asas Dobi akan diadakan pada Sabtu 9hb Mei 2009 ini. Sesiapa yang berminat bolehlah mendaftar segera. Tempat adalah terhad.

    Kursus dibuat secara kuliah dan juga lawatan ke kedai dobi dimana proses operasi dapat dilihat sendiri oleh peserta.

    Yuran berpatutan!!!

    Sila hubungi saya ditalian 019-2695988 atau daftar di laman web kami.

    Sponsored content


    DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat. Empty Re: DOBI - Kursus Dobi untuk sesiapa yang berminat.

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Sun Apr 28, 2024 1:59 pm