Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


    Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Share

    fizzswiss2u
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 254
    Age : 37
    Location : Penang-KL-Perlis-Penang
    Registration date : 04/03/2009

    Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Post by fizzswiss2u on Tue Mar 10, 2009 5:47 pm

    Akum semua.. Ari ni kita bincang pasal topik ni.. Hala tuju bangsa kita.. Sejak kebelakangan ni.. Sikap bangsa kita semakin merosot.. Ko org setuju..? Aku sebagai pengikut dakwah islamiah.. Atau nama glamor 3line.. Melihat keabanyakan ahli dlm persatuan ini hanyalah mengambil kesepatan menyertai persatuan in.. Yg tau nk gaduh melayu sama melayu ada le..

    Lihat.. Bila raja dari bangsa kita sendiri pun kita x ada rasa hormat.. Mcm mana ni? Bangsa lain tepuk tangan tau.. Ku harap kekawan dlm putera leh bagi pendapat.. N apa yg anda pendam selama ini terhadap bangsa kita sendiri..

    p/s: perbincangan ini hanyalah untuk mengubah pendirian kita sebagai org melayu utk menjadi lebih cemerlang n bertanggungjawap... INGAT! Jangan sesekali menghina bangsa lain..

    FryShadow
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 101
    Registration date : 20/02/2009

    Re: Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Post by FryShadow on Tue Mar 10, 2009 10:56 pm

    The things is sikap kita tu sendiri yang buat bangsa kita yg boleh dikatakan masa ni tidak berapa kukuh di negara sendiri.. part of that ada juga org kita yang berjaya and bernasib baik..

    so nak berubah tu kenalah berubah sikap tu dlu and baru masyarakat akan betul.. and semua ni bermula dari rumah/family Smile

    parti politik ada ideologi mereka sendiri and kalau sampai pasal agama Islam dan bangsa kena ketepikan ideologi tu kalau tak sampai kiamat pon tak bersatu

    hipstudenz
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 59
    Age : 59
    Location : rumah orang2 tua.
    Job/hobbies : tenung bulan.
    Registration date : 01/03/2009

    Re: Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Post by hipstudenz on Tue Mar 10, 2009 11:11 pm

    3 line???
    kt tempat aku,denga je 3 line mcm nt org ckp pasal geng kuat
    gado ngan geng 3 line nt satu kapal 3 line datang
    ape kes
    ape kalau geng 3 line tu yg wat hal ape cerita? T_T

    psl melayu pulak,tah aku pon tatau ler
    hisap dadah,rempit,samun sume sape selalu?
    yg selalu lepak ramai2 wat riuh sume sape
    aku bukan nk kutuk tp tah
    kadang2 rase mcm meluat

    tok ketua kot yg kene rancang sume ni
    kalau ketua x betol,murid pon same x btol
    Suspect

    daimon
    Moderators
    Moderators

    Number of posts : 245
    Age : 28
    Registration date : 12/02/2009

    Re: Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Post by daimon on Tue Mar 10, 2009 11:21 pm

    aper yg aku tau pasal 3 line ni?

    buah naga (buah rantai)
    pantun seloka cak kun cak (kebenda aku pon x tau)
    gaduh2 dikalangan melayu terer (ni biasa, simpang mana? simpang pulai mai)
    budak2 motor (name femes, mat rempit)

    apasal aku x dengar benda2 yg baik dari 3 line ni?
    ternyata 3 line ni sendiri dah busuk nama...
    bak kata pepatah, disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga..

    melayu sama melayu bergaduh, x de abang long besar, ayahanda kuat...
    semua kene lanyak...

    ps: lagi satu, banyak yg mungkar mereka lakukan..
    minum arak, judi, main perempuan, tatu, bersubang telinga...

    adakah itu 3 line yg sebenar?
    dakwah islamiah? u must be joking~

    fizzswiss2u
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 254
    Age : 37
    Location : Penang-KL-Perlis-Penang
    Registration date : 04/03/2009

    Re: Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Post by fizzswiss2u on Tue Mar 10, 2009 11:27 pm

    Aku sokong pendapat ko berdua.. Dlm segi ekonomi kita ketingalan jauh..

    Mcm kt umah aku ni.. Melayu buka kedai runcit x mau support, smpai tutup kedai org 2.. Yg sedih bangla buka kedai runcit d tempat yg sama berpusu2 org kita p.. Smpai bangla 2 leh pakai avanza..
    Sedih aku tengok sikap bangsa kita.. Yg tau x abih2 dok berdengki sesama sendiri..

    Pasal 3line.. Jgn salahkan persatuan.. Ahli itu sendiri yg perlu memilih jln betoi atau salah.. X p kebanyakan lani memang dah terpesong.. Kebanyakan lani mengangap masuk 3line ni mcm kongsi gelap melayu.. Kebal.. Ingat.. Jgn kerna nila setitik rosak susu sebelanga..


    Last edited by fizzswiss2u on Tue Mar 10, 2009 11:36 pm; edited 1 time in total

    daimon
    Moderators
    Moderators

    Number of posts : 245
    Age : 28
    Registration date : 12/02/2009

    Re: Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Post by daimon on Tue Mar 10, 2009 11:34 pm

    kene tgk balik kenapa kedai melayu tu x dpt sambutan...
    mesti ader sebabkan?
    x kan la busuk2 bangla tu bukak kedai pon ader org pegi kan?
    mesti ader daya penarik @ point pelanggan dier pegi sana...

    let say, harga murah? layanan bagus?
    jgn kita nak asyik kene suap...
    kalau selalu kene suap, bila kita nak belajar sendiri?

    sebenarnya kita kurang daya saing, kurang minat dan kurang ilmu utk maju...
    semua sekadar ala kadar @ cukup2 sahaja...

    first, MELAYU kene maju dari basic2 tersebut~

    Sir Pyan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 175
    Location : S'ban, N9
    Job/hobbies : Kojo apo jo yang halal
    Registration date : 17/02/2009

    Re: Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Post by Sir Pyan on Tue Mar 10, 2009 11:51 pm

    Apakah hala tuju bangsa kita Melayu?

    Apakah hala tuju topik ni diletakkan di bahagian "sembang"? Lagi elok kalau letak kat "diskusi serius". Kalau letak kat sini, jangan marah kalau aku bagi respon dalam keadaan lawak bersahaja yang tak serius. Laughing

    fizzswiss2u
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 254
    Age : 37
    Location : Penang-KL-Perlis-Penang
    Registration date : 04/03/2009

    Re: Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Post by fizzswiss2u on Tue Mar 10, 2009 11:55 pm

    daimon wrote:kene tgk balik kenapa kedai melayu tu x dpt sambutan...
    mesti ader sebabkan?
    x kan la busuk2 bangla tu bukak kedai pon ader org pegi kan?
    mesti ader daya penarik @ point pelanggan dier pegi sana...

    let say, harga murah? layanan bagus?
    jgn kita nak asyik kene suap...
    kalau selalu kene suap, bila kita nak belajar sendiri?

    sebenarnya kita kurang daya saing, kurang minat dan kurang ilmu utk maju...
    semua sekadar ala kadar @ cukup2 sahaja...

    first, MELAYU kene maju dari basic2 tersebut~

    Memang benar pendapat yg ko bagi 2.. X p bagi ku x salahkah klau kita support bangsa kita sendiri.. D tuntut dlm islam.. Ko tengok org indon.. K lau bangsa dia buka kedai.. Dari jauh pun dia leh mai.. Klau kita x bantu bangsa kita..sapa lagi.. Dulu indu n cina.. Sekarang indon n bangla.. X mustahil ank2 kita akan keja bawah indon n bangla..yg dulu kita anggap sebagai buruh kasar.. Ini adalah semangat jati diri n semangat bangsa mereka kuat..

    daimon
    Moderators
    Moderators

    Number of posts : 245
    Age : 28
    Registration date : 12/02/2009

    Re: Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Post by daimon on Wed Mar 11, 2009 12:16 am

    jadi kita x boleh maju kalau bangsa sendiri x support?
    mcm mana dgn bangsa lain?

    ambik contoh cina la...
    dorg still boleh hidup senang lenang walaupun buat business dikawasan penempatan melayu?
    cina support cina, ye!

    tapi tu bukan point utama dorg maju...
    dorg maju sbb dorg pandai, pandai berniaga, pandai atur strategi...
    memang kita patut support bangsa kita sendiri..
    tapi kalau yg buat business tu buat ala kadar je, mcm mana nak support?

    ================

    sekadar selingan...
    walaupun kuota utk bukan bumiputera x ramai dlm sektor pendidikan awam, kenapa kebanyakkan dari mereka berjaya?
    manakala graduan @ student kita dok sibuk merosakkan diri sendiri?
    graduan @ student melayu kita popular apa?
    seks? buli? gaduh? rempit?

    google perkataan "melayu" dalam cariaan google...
    apa yg terbit dulu? otakblue.com?

    itulah pemikiran org malaysia khususnya melayu~

    teri-chan
    Moderators
    Moderators

    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    Re: Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Post by teri-chan on Wed Mar 11, 2009 8:05 am

    huuu daimon... point ko sgt tepat... aku sangat takut... bile search sejarah melayu 1st kali kuar benda2 mcm tu. kalu ikut kaum... dr segi kesenangan kompemla bangsa kita ni br nk merasa kemewahan. bile dh mewah mula la lupa diri.. tgk la anak2 kita skang ni...

    kecik2 dh ada hp yg best, ada internet connection, tgk yg bukan2 rakam yg bukan2... dimana silap kita ye?


    --------------------------------------------


    teri-chan is back

    sixx
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 125
    Registration date : 02/03/2009

    Re: Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Post by sixx on Wed Mar 11, 2009 8:13 am

    benda ni kat forum lama dulu pun dah pernah bncang ntah brapa byk kali. itu belum forum2 lain. asyik bincang benda sama, balik2 benda tu jugak. tp akhirnya apa kesan yg kita nampak? sama je kan. so marilah sama2 kita mula ubah sikap kita sendiri dulu, bila masing2 ubah sikap barulah melayu itu berubah. kita hidup kat dunia ni pun bukan lama, amanah yg dipikul perlu la dijaga..............

    nureyzal_xy
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 2
    Age : 97
    Location : muka bumi-Nya
    Job/hobbies : bertafakur, tengok youtube
    Registration date : 12/03/2009

    Re: Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Post by nureyzal_xy on Thu Mar 12, 2009 2:18 pm

    daimon wrote:jadi kita x boleh maju kalau bangsa sendiri x support?
    mcm mana dgn bangsa lain?

    ambik contoh cina la...
    dorg still boleh hidup senang lenang walaupun buat business dikawasan penempatan melayu?
    cina support cina, ye!

    tapi tu bukan point utama dorg maju...
    dorg maju sbb dorg pandai, pandai berniaga, pandai atur strategi...
    memang kita patut support bangsa kita sendiri..
    tapi kalau yg buat business tu buat ala kadar je, mcm mana nak support?

    ================

    sekadar selingan...
    walaupun kuota utk bukan bumiputera x ramai dlm sektor pendidikan awam, kenapa kebanyakkan dari mereka berjaya?
    manakala graduan @ student kita dok sibuk merosakkan diri sendiri?
    graduan @ student melayu kita popular apa?
    seks? buli? gaduh? rempit?

    google perkataan "melayu" dalam cariaan google...
    apa yg terbit dulu? otakblue.com?

    itulah pemikiran org malaysia khususnya melayu~

    Saya sangat bersetuju.. Marilah kita berbalik kepada sunnah & ajaran nabi s.a.w...
    Pernah tak kita dengar mengajilah kita sampai ke negeri cina..

    Kenapa nabi s.a.w berkata begitu?
    Cuba kita fikir sedalamnya...
    Bila kita fikir dalam2
    Bukan saja bermaksud kita mesti ke cina tapi kita kena selidik budaya,
    pemikiran macam cina sedalamnya.

    Sekarang siapa paling top dalam ekonomi global??
    uk @ us iktiraf cina yang power
    tempohari masuk dalam tv1 tak ingat tarikh bila..

    Dalam dunia ni pergi mana saja ada terbina china town..

    Kita Malay town hanya dalam kampung jer..

    p/s
    -----------------------------------------------------------------
    Baliklah kita semua ke pangkal jalan & menghisab diri sampai bila kita ingin begini..
    Benda yang tak baik cuba kita perbaiki..
    Benda yang baik mari kita perbaikkan lagi..
    -----------------------------------------------------------------

    fizzswiss2u
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 254
    Age : 37
    Location : Penang-KL-Perlis-Penang
    Registration date : 04/03/2009

    Re: Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Post by fizzswiss2u on Thu Mar 12, 2009 6:08 pm

    Alhamdullih.. T.kasih kpd ko org semua yg luahkan pendapat masing2.. Mari kita ubah diri kita.. Bangsa kita ke alaf kecermelangan dunia n akhirat..

    muraicherang
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 160
    Location : klate
    Job/hobbies : pikat burung tino
    Registration date : 21/02/2009

    Re: Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Post by muraicherang on Sat Mar 14, 2009 3:28 am

    tntang 3line (aku bkn ahli) rasanye fungsi asal utk brdakwah. yg x btul cara pngambilan. asal nk jadi ahli suma dia amik(xtapis) tntang meLAYU, yang aku takut dia jadi............LAYU!!

    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 40
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    Re: Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Post by szainizam on Sat Mar 14, 2009 7:43 am

    SALAM...

    Sekadar sembang..

    harap kita sama2 dapat MUHASABAH diri..Betulkan..dan ISTIQAMAH..
    Semoga ALLAH bagi petunjuk buat kita semua...

    Semuanya datang dari unit kecil iaitu diri, famili, masyarakat seterusnya negara.
    Kalau unit kecil dah tak berapa lurus atau elok, camner nak betulkan famili dan seterusnya...

    sebagai bapa, kena nasihat isteri, sebagai isteri kena tegur suami, sebagai bapa, kena tegur, arah, rotan (jika perlu) anak mengikut peringkat usia, sebagai ibu, asuh anak2 ikut acuan ISLAM.

    Sebagai anak, dengar, patuh, ikut nasihat ibu bapa. Sebagai abang, pastikan adik2 selamat dan beri tunjuk ajar. Sebagai kakak, ajari adik2 kecil, tolong mak (jangan dok bilik ajer),

    Semuanya bermula dari RUMAH.

    Masyarakat kita sekarang sudah ambil ringan/sibuk hal lain (cari duit) dengan hal dalam rumah...

    Kita mesti BERUBAH!

    p/s..cam pagi ni, agak2 berapa ramai yang bersolat subuh? hmm...

    fizzswiss2u
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 254
    Age : 37
    Location : Penang-KL-Perlis-Penang
    Registration date : 04/03/2009

    Re: Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Post by fizzswiss2u on Sat Mar 14, 2009 1:50 pm

    muraicherang wrote:tntang 3line (aku bkn ahli) rasanye fungsi asal utk brdakwah. yg x btul cara pngambilan. asal nk jadi ahli suma dia amik(xtapis) tntang meLAYU, yang aku takut dia jadi............LAYU!!

    Bagi aku.. 3line x 3line sama ja.. Kiblat kita satu! Walaupun jahat mana sekali pun dia, apa bila ugama asing menghina ugama kita.. Marah berapi jugak dia.. Cubit paha kanan, paha kiri juga terasa.. Sebab kita seagama..

    sandwichs
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 16
    Age : 31
    Location : Gombuck
    Registration date : 06/03/2009

    Re: Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Post by sandwichs on Sat Mar 14, 2009 2:11 pm

    pendpat aku sama sengan szainizam...ape2 pon kita bermula dari family kita..ko tgk israel..
    dia pegang lebih 50% perniagaan kat dunia..kenapa rakyat dorang pandai2..??sbb pemakanan, cara hidup dorang, anak dalam kandungan pon dah di ajar matematik, bagi dengar lagu, kita nak ubah tu semua mungkin makan beberapa dekad. Tapi tak mustahil. ape2 pon kita stat dari family. didik anak2, insyallah boleh.
    itu sebab orang dlu2 nak kawenkan anak dowang..dowang nak tau latar belakang keluarga orang tue..dowang nak keturunan yang baik.

    sandwichs
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 16
    Age : 31
    Location : Gombuck
    Registration date : 06/03/2009

    Re: Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Post by sandwichs on Sat Mar 14, 2009 2:14 pm

    fizzswiss2u wrote:
    muraicherang wrote:tntang 3line (aku bkn ahli) rasanye fungsi asal utk brdakwah. yg x btul cara pngambilan. asal nk jadi ahli suma dia amik(xtapis) tntang meLAYU, yang aku takut dia jadi............LAYU!!

    Bagi aku.. 3line x 3line sama ja.. Kiblat kita satu! Walaupun jahat mana sekali pun dia, apa bila ugama asing menghina ugama kita.. Marah berapi jugak dia.. Cubit paha kanan, paha kiri juga terasa.. Sebab kita seagama..

    memang la tak join 3line atau join ni sama..cuma kalau dah join tu dowang rasa riak semacam. pasal ramai backup.tu yang asyik nak gado je.salah sket pon dah nak panggil geng. kalau boleh bia la semua rakyat kat malaysia tak kira bangsa ape pon bersatu. Kecuali bab agama nie tak boleh la toleransi. Memang kene la melayu mudah lupa walau tak semua tapi majoriti la. dunia makin maju tapi peradaban masyarakat makin mundur.

    ogGy
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 897
    Age : 29
    Location : mu di mana ?
    Job/hobbies : geletek ginjal korang
    Registration date : 15/02/2009

    Re: Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Post by ogGy on Sat Mar 14, 2009 2:28 pm

    Aku bukanlah budak 3 line ataupun pembenci 3 line..,matlamatnya nak bantu kaum melayu dari terus layu dan mengelakkan mereka dari terus melakukan perkara mungkar.Apa yang aku nampak skang,bila kawan2 aku join kumpulan tu,seolah2 hidup diaorang dah berubah dari baik kepada tak baik,dulu bolehlah aku tengok dia duduk rumah waktu malam,tetapi bila dah brcampur dengan budak2 yang sekumpulan dengan dia,hancur..asal bergadoh jer,call mtk tolong selesaikan padahal melayu sama melayu bertengkar.Cara pemilihan untuk menjadi ahli terlalu mudah bagi akulah,main tangkap muat...Yang betul ialah orang atas2 dia dengan erti kata lain,ABANG dia...adik2 hancus..

    Berkenaan dengan sikap orang melayu yang nak berjaya tp sikap cemburu,PHD dan tak nak bersatu pada tu ada dalam diri diaorang,pernah ke korang tengok kedai makan melayu hampir 20 biji,duduk sebumbung ? tanpa bergadoh sesama sendiri ? susah nak jumpakan,cuba korang lihat bangsa lain yang mampu berniaga di bawah satu bumbung walaupun ramai.

    Amik contoh spupu aku,berniaga...dalam meniaga dengan niat nak tolong bangsa sendiri,sorang2 datang mintak barang nak niaga kecik2,spupu aku bagi hutang walaupun banyak,tapi bila perniagaan orang tu berjaya...hutang tak nak selesaikan,bila mintak ada je alasan.Sampaikan sanggup buat perkara syirik kat spupu aku,jadi tengkorak hidup 2 tahun...Sedih aku tengok bangsa sendiri buat begitu.

    Apa yang daimon kata tu betul,dikawasan aku mejoriti 60% melayu,30% cina dan 5% india dan % lain2,tapi kedai kat bandar ni semua 90% cina...selebihnya kedai melayu,india dan sing.Yang bukak kedai baju,kaum kemboja...ceti kaum sing dan kedai makan kaum melayu termasuk farmasi tempat aku keje.Tak de sorang pun melayu bukak kedai runcit,bila raya cina...semua gelisah.

    Kita seharusnya bersatu padu untuk menjadi bangsa yang berjaya,buang sikap tamak,PHD ( penyakit hasad dengki ),angkuh dan sebagainya.Kerana inilah penyebabnya mengapa bangsa kita tak mampu untuk bersaing dengan bangsa lain.

    p/s : Aku mohon maaf sekiranya ada terksar bahasa ataupun menyentuh sensitiviti bangsa sendiri.Sekadar luahan dan pandangan sahaja.


    --------------------------------------------
    Laman Farmasi Online kini berwajah baru , kunjungi sekarang dan dapatkan harga yang terbaik dari kami . Segalanya mudah...



    www.sentosa-online.com

    redze
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 69
    Location : terbang mengelilingi dunia tanpa berduit
    Registration date : 18/02/2009

    Re: Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Post by redze on Sat Mar 14, 2009 3:37 pm

    plak ak larikan diri dri serangan sikap tamak,angkuh,cemburu,malas,n bende x elok sampai ke masjid brhampiran Razz

    zicron21ck
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 35
    Age : 28
    Location : atas dunia
    Job/hobbies : studente
    Registration date : 22/02/2009

    Re: Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Post by zicron21ck on Sat Mar 14, 2009 4:51 pm

    sikap bangsa melayu tu kena ubah.... sampai bila nak berterusan begini.... semuanya nak tamak, cemburu, hasad dengki dan sebagainya....walaupun bukan semua....

    hai apalah nak jadi ngan bangsaku ini.... kerana nila setitik rosak susu sebelangga....

    fizzswiss2u
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 254
    Age : 37
    Location : Penang-KL-Perlis-Penang
    Registration date : 04/03/2009

    Re: Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Post by fizzswiss2u on Sat Mar 14, 2009 5:20 pm

    [/quote]memang la tak join 3line atau join ni sama..cuma kalau dah join tu dowang rasa riak semacam. pasal ramai backup.tu yang asyik nak gado je.salah sket pon dah nak panggil geng. kalau boleh bia la semua rakyat kat malaysia tak kira bangsa ape pon bersatu. Kecuali bab agama nie tak boleh la toleransi. Memang kene la melayu mudah lupa walau tak semua tapi majoriti la. dunia makin maju tapi peradaban masyarakat makin mundur.[/quote]


    X semua 3line mcm 2.. Harap2 jgn salah paham k.. Sekarang ni bnyk juga yg jual nama 3line ni.. Smpai nama adinda, kedanda, bonda, ayahda n ayahpin semua dia hafal.. Jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga..

    ogGy
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 897
    Age : 29
    Location : mu di mana ?
    Job/hobbies : geletek ginjal korang
    Registration date : 15/02/2009

    Re: Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Post by ogGy on Sat Mar 14, 2009 6:43 pm

    Betul tu,bukan semua yang bersikap begitu...hanya segelintir sahaja. Basketball


    --------------------------------------------
    Laman Farmasi Online kini berwajah baru , kunjungi sekarang dan dapatkan harga yang terbaik dari kami . Segalanya mudah...



    www.sentosa-online.com

    raidizh AR
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1618
    Age : 57
    Registration date : 24/04/2009

    Re: Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Post by raidizh AR on Sun Apr 26, 2009 5:52 am

    *ni ak copy n paste, utk kt kongsi bersama
    *susulan drpd pndangn en. sandwichs


    Di sebalik Musibah



    Menemui saudaraku sekelian, baru-baru ini sekali lagi Yahudi bermaharajalela membantai penduduk Gaza, tanpa belas kasihan, ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka walaupun dari segi sejarah memang mereka tahu Israel memang bukan milik mereka yang mutlak. Terima kasih kepada kerajaan British yang memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler semasa perang dunia ke-2. Tidak perlu saya mengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama dihalau oleh manusia. Sejak zaman Firaun lagi berjuta-juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada satu bangsa di dunia ini yang dibunuh begitu ramai dan kini muncul pula di Amerika kumpulan anti Yahudi kerana mereka telah mulai sedar yang mereka menjadi hamba di bawah telunjuk Yahudi (Proxy). Hanya masa akan menentukan peledakan yang mana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai-rama keluar dari bumi Amerika. Mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi.

    Setelah memantau beberapa laman web, saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkannya ke Bahasa Melayu. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada kita dan generasi mendatang. Janganlah kita asyik mengutuk kaum Yahudi terus-terusan, sedang Badan Dunia (UN) tidak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalim di Gaza akan segera dilupakan tanpa satu pun general tentera Israil dibawa ke pengadilan (sila lihat sejarah UN), maka kaum Yahudi bertambah bongkak. Tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab di sekeliling mereka.

    Tesis ini bertajuk “Why The Jews So Smart”. Sukacita saya alih bahasakannya secara ringkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubat cara diet saya. Semoga pasangan muda dapat mengamalkannya demi melahirkan generasi yang baik.



    Hakim Ma’ruf bin Haji Abdul Kadir, Universiti Massachuset, USA.



    Mengapa Yahudi Bijak?

    Setelah berada 3 tahun di Israil kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya untuk dijadikan tesis ini iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?” Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang; kejuruteraan, muzik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan yang mana ia memang tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

    Ketika tahun ke-2, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California, saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan, atau olah manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh dijana seperti kilang pengeluaran?

    Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk PHD saya di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda, tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

    Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum lain.


    1) Persiapan Zuriat

    Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israil, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah sang Ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan ibu bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikannya bersama-sama. Saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tidak dapat menyelesaikannya. Oleh kerana saya memang minat matematik, tentu sahaja dengan gembira saya membantunya. Saya bertanya kepada beliau, “Adakah ini untuk anak kamu?” Beliau menjawab, “Ya, ia untuk anak saya yang masih dalam kandungan. Saya sedang melatih otaknya, semoga dia menjadi genius apabila dewasa kelak.” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikuti perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa rasa jenuh beliau membuat latihan sehingga beliau melahirkan anak.


    2) Pemakanan

    Seperkara lagi yang saya ialah pemakanan beliau. Sejak awal kandungan beliau gemar memakan kacang badan dan kurma bersama susu. Untuk makan tengah hari, makanan utama ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan pelbagai jenis kekacang. Menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan perkembangan dan pertumbuhan otak anak di dalam kandungan. Ini adalah adat orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

    Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Perkara yang sama diperhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau filet) dan biasanya daging tidak ada di meja jika ada ikan. Menurut mereka campuran daging dan ikan tidak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah kemestian, terutamanya badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahab dahulu. Memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) kemudian buah-buahan akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah serta payah untuk memahami pelajaran di sekolah.


    3) Jangan Merokok

    Di Israil, merokok adalah taboo. Apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah. Menurut saintis Israil, kajian menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes. Ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembap). Ini satu penemuan yang dahsyat oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. Ironinya pemilik pengeluar rokok terbesar adalah… (tekalah sendiri).


    4) Pendidikan Anak-anak

    Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak-anak ini cukup dikawal. Makanan awal ialah buah-buahab bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan biola, ini adalah wajib. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan kanak-kanak ini bijak. Menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak), maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.

    Seterusnya darjah 1-6, kanak-kanak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Perbandingan kanak-kanak California, mereka jauh berbeza IQnya dan boleh saya katakan 6 tahun ke belakang. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh kanak-kanak Yahudi.

    Selain itu sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.


    5) Pendidikan Tinggi

    Pelajar sekolah tinggi (menengah), pelajar ditekankan dengan mata pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi jika ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan. Idea ini akan dibawa ke institut tinggi di politeknik dan universiti..

    Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriua tentang perniagaan. Pada tahun akhir, para penuntut bidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US 1 juta. Anda terperanjat? Itulah kenyataannya. Dengan rangkaiana seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai 1/2 perniagaan di dunia. Siapakah yang mencipta rekaan Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israil oleh fakulti perniagaan dan fesyen.


    6) Ibadah

    Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyang-goyangkan kepala mereka. Ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala. Banyak agama di Timur Tengah seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyang-goyangkan kepada. Ini juga dapat menstimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

    Lihat orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang Jepun yang pandai? Adakah ianya kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (daripada ikan), adakah ini kebetulan? Fikirkanlah.


    7) Perniagaan

    Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi sedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan perniagaan (sudah tentu untuk Yahudi sahaja), jika mereka ada idea yang bernas jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah. Pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan menurut landasan yang betul.. Maka lahirlah Starbuck, komputer Dell, Coca Cola, DKNY, Oracle, perfileman Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.

    Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.


    Kesimpulan

    Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman. Ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin. Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung.. Galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten di samping mendengar muzik klasik.


    Seterusnya ubah cara pemakanan. Makanlah makanan yang elok dan berkhasiat yang baik untuk otak. Menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak-kanak.. Dengan bermain piano dan biola sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga dengan sukan yang memerlukan tumpuan yang tinggi seperti memanah, bola keranjang, damak dan menembak.


    Merokok menjanjikan generasi yang ~dipadam~ (bodoh) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali. Di sini perokok seperti dianaktirikan dan begitu susah sekali untuk perokok. Anda tahu berapa harga sekotak rokok? $US 7! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda. Saya puji sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali. Seperti Israil ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israil. Maka itu saya lihat institusi pengajian mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya neara Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan.


    Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh. Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat sahaja Indonesia. Jika anda ke Jakarta, di mana sahaja anda berada, dari restoran ke pawagam, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asap rokok. Harga rokok? Cuma $US 0.70. Dan hasilnya dengan penduduk berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti yang terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain daripada bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.


    Dalam tesis saya ini, saya tidak menimbulkan soal agama atau bangsa. Adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler.. Bagi saya itu isu politik dan survival. Yang ingin saya ketengahkan ialah mampukah kita melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabnya ialah mungkin dan tidak mustahil. Ianya memerlukan perubahan dari segi pemakanan dan cara mendidik anak.


    Saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri pada cucu saya. Setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, cucu saya pada umur 9 tahun dapat menulis karangan sepanjang 5 muka surat penuh. Karangannya hanyalah mengenai mengapa saya gemarkan tomato.

    Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

    Sponsored content

    Re: Apa hala tuju bangsa kita..meLAYU

    Post by Sponsored content Today at 6:43 pm


      Current date/time is Sat Dec 10, 2016 6:43 pm