Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


+11
loy_azloy
LanoG
hampeh
Miss U.A
tunfaris88
teri-chan
naqninetwo92
ZZT
Jedi
MalaYneuMaya
TJ-Ariff
15 posters

    Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah..

    TJ-Ariff
    TJ-Ariff
    Supervisor
    Supervisor


    Gender : Male Number of posts : 473
    Age : 104
    Location : D'Royal City Of Silver
    Job/hobbies : IT / membaca / Santai
    Registration date : 17/02/2009

    Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah.. Empty Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah..

    Post by TJ-Ariff Tue Feb 09, 2010 8:29 pm

    Sekadar untuk renungan bersama.


    Oleh DR AHMAD ZAHARUDDIN SANI

    NAK HIDUP pun susah..apatah lagi untuk mati...Dalam kehidupan kita ada beberapa perkara yang tidak boleh kita atur mahupun rancang dengan sebaiknya.

    Antaranya, di mana dan bila kita akan dilahirkan, dalam keluarga mana kita akan dibesarkan, bila akan kita meninggal dan di mana kita akan dikebumikan.

    Pengalaman yang saya tempuhi baru-baru ini membuktikan kenyataan di atas amat benar sekali. Tiada siapa ingin mengalami kematian yang tragis, apatah lagi kesukaran dalam menyempurnakan jenazah.

    Rupanya bukan mudah untuk menguruskan jenazah di bumi Australia ini. Begitu banyak kerenah birokrasinya yang boleh dianggap remeh dan menyusahkan.

    Epilog ini bermula dari saat pengkhabaran kematian diterima, sebagai rakan dan juga rakan senegara datang melawat memberikan penghormataan terakhir di hospital. Kita sebagai umat Islam seboleh-bolehnya ingin menyempurnakan jenazah tersebut secepat mungkin.

    Namun peraturan di sini adalah sebaliknya. Jika berlaku kematian kita hanya mempunyai dua pilihan - sama ada menggunakan perkhidmatan pengkebumian ataupun menguruskannya sendiri.

    Bagi mereka yang berkemampuan, perkhidmatan pengkebumian, menyediakan pakej serba lengkap “hassle free” dan agak selesa, namun harganya amat menyeksakan.Bagi yang tidak berkemampuan, pilihan kedua merupakan pilihan yang terbaik.

    Namun, anda perlu mempunyai rakan yang sanggup berkorban, menghulurkan wang ringgit (dollar), tenaga dan masa. Akan tetapi kemahiran berkomunikasi serta melayani kerenah pengurusan amat mustahak pada masa begini.

    Untuk mengebumikan mayat, peraturan yang ada di sini ialah perlu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa terlebih dahulu. Surat kebenaran ini hendaklah didapati sebelum urusan mencari tanah perkuburan dilakukan.

    Antara persoalan yang ditanya oleh “local council”, siapakah yang akan menguruskan jenazah? Hanya mereka yang mempunyai kelayakan serta diiktiraf di sini, yang boleh melakukannya.

    Amat mudah mencari siapa yang sanggup menguruskan jenazah tapi agar sukar mencari mereka yang diiktiraf oleh pihak berkuasa sini. Ketika inilah terfikir betapa pentingnya hubungan baik dengan pihak berkuasa jika berlaku sesuatu kesusahan begini.

    Setelah surat kebenaran dari pihak berkuasa diperolehi, tanah kubur hendaklah dibeli. Anehnya satu lot tanah kubur di sini, dimiliki oleh dua orang. Ini bermakna, satu tanah boleh dikebumikan dua mayat.

    Selalunya suami isteri akan membeli satu lot, dan mengharap, satu hari kelak mereka akan disemadikan bersama-sama.Harga bagi satu lot dewasa lebih kurang AUD5,000 (RM 16,000) manakala satu lot untuk kanak-kanak mencecah AUD2,000 (6,400). Kubur tidak akan digali sehinggalah dibayar jumlah yang dipinta.

    Untuk menjimatkan kos pembelanjaan kami bercadang untuk menggali sendiri tanah kubur tersebut, namun peraturan di sini, memerlukan setiap penggali kubur membeli insuran khas kerana takut berlaku sebarang kecelakaan ketika proses penggalian.

    Jika dikira akan kos membeli insuran dengan mengupah pihak berkuasa melakukannya, maka adalah lebih baik pihak berkuasa melakukannya.

    Epilog ini tidak berakhir begitu sahaja. Jenazah tidak boleh dibawa keluar jika tidak menggunakan kenderaan jenazah. Kenderaan ini hendaklah disewa dari senarai yang diberikan oleh pihak berkuasa sahaja.

    Ketika ini teringat akan dialog dalam filem P.Ramlee, madu tiga, “mahu hidup pun susah, mahu mati pun lagi susah”.

    Memasuki hari ketiga, barulah jenazah dibawa keluar dari hospital menggunakan kereta jenazah yang di sewa ke masjid berhampiran. Saya diberi penghormatan oleh masyarakat setempat untuk memandikan jenazah serta mengimamkan solat jenazah di masjid tersebut.

    Selesai sahaja solat, jenazah dibawa ke tanah perkuburan, yang pastinya tanah perkuburan “multi-faith”. Sesuatu yang tidak mungkin berlaku di tanah air kita. Sampai sahaja di situ, tanah sudah digali, hanya ditutup dengan kayu-kayu disusun rapi.

    Saya mengarahkan seorang untuk turun dan mengalih kayu-kayu tersebut. Bertambah terkejut saya apabila tiada liang lahad disediakan.

    Terkasima para jemaah melihat suasana begini, dan saya diarahkan pihak berkuasa untuk segera mengkebumikan jenazah berserta dengan keranda. Setelah berunding seketika, akhirnya pihak berkuasa membenarkan jenazah dikebumikan tanpa keranda.

    Selesaikan sahaja tanah dikambus, kayu dipacak berserta nama jenazah dipakukan.Linangan air mata mengalir bersama dengan bacaan doa mengakhiri epilog duka ini.Saya amat simpati dengan keluarga arwah, begitu banyak liku yang mereka hadapi, namun mereka begitu tabah dan cekal.

    Bila berlaku begini, terimbau akan tanah tumpah negaraku, alangkah bertuahnya hidup di Malaysia, hidup mudah nak mati pun mudah juga.

    Hidup di rantau penuh dengan ranjau dan duri, namun ikatan persahabatan melampaui segalanya. Melalui ukhwah begini, tiada kekusutan yang tidak boleh terungkai, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.

    Credit to mStar Online.

    Cuba fikirkan...
    MalaYneuMaya
    MalaYneuMaya
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1044
    Age : 39
    Job/hobbies : kejar biawak, kunyah milo beku
    Registration date : 18/02/2009

    Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah.. Empty Re: Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah..

    Post by MalaYneuMaya Tue Feb 09, 2010 9:46 pm

    assalamualaikum...

    bertuahnya duduk malaysia..ramai jiran tetangga..fardu kifayah dijaga rapi..
    Jedi
    Jedi
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 925
    Registration date : 13/02/2009

    Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah.. Empty Re: Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah..

    Post by Jedi Tue Feb 09, 2010 10:09 pm

    Bersyukur Malaysia ni ramai orang Islam.
    Jagalah Islam tu baik2...bertambah nikmat Dia beri.
    ZZT
    ZZT
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 114
    Location : MELAKA
    Job/hobbies : Banking/PC
    Registration date : 31/05/2009

    Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah.. Empty Re: Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah..

    Post by ZZT Tue Feb 09, 2010 10:16 pm

    Alhamdulillah aku rakyat malaysia. Tapi tak tau akhir hayat kat mana kan..... Ya Allah terima kasih atas segalanya...
    avatar
    naqninetwo92
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 148
    Age : 32
    Location : A/S
    Job/hobbies : hmm
    Registration date : 21/02/2009

    Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah.. Empty Re: Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah..

    Post by naqninetwo92 Tue Feb 09, 2010 10:31 pm

    Ya Allah...aku bersyukur...di lahirkan di tanah air ini...
    teri-chan
    teri-chan
    Moderators
    Moderators


    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah.. Empty Re: Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah..

    Post by teri-chan Wed Feb 10, 2010 7:41 am

    baru aku tau susahnya hidup di luar sana, namun sabahat aku megkebumikan anaknya di Jepun, Alhamdulillah, tiada masalah yg dihadapi, semuanya diuruskan oleh pasangan suami isteri dan bantuan kakak ipar dan abg iparnya sahaja.
    Jedi
    Jedi
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 925
    Registration date : 13/02/2009

    Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah.. Empty Re: Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah..

    Post by Jedi Wed Feb 10, 2010 10:20 am

    Dengar citer kat Kobe, Jepun ada orang Islam.
    Orang Islam Jepun Wink
    avatar
    tunfaris88
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 60
    Registration date : 04/01/2010

    Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah.. Empty Re: Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah..

    Post by tunfaris88 Wed Feb 10, 2010 10:43 am

    kt tempat ak praktikal ni ade sorg manager jepun yg masuk islam..cakap melayu siap..

    kt sini org panggil die melayu celup..hehe..
    Miss U.A
    Miss U.A
    Ahli
    Ahli


    Gender : Female Number of posts : 831
    Registration date : 21/07/2009

    Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah.. Empty Re: Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah..

    Post by Miss U.A Wed Feb 10, 2010 11:07 am

    sebolehnya kalo ade sedara or adik beradik yg meninggal diluar negara tuh, eloklah dikebumikan disana jugak...tak perlu bwk blik ke sini sbb biasanya akan mengambil masa 3-4 hari bg urusan penghantaran blik jenazah...
    kdg2 amik ms smpi seminggu n mgkin jugak lebih bergantung kpd kes kematian...
    kesian jenazah tu kalo dibiarkan lm2, tak dikebumikan..

    apapun sentiasa la berdoa semoga kematian kita dipermudahkan urusannya..
    hampeh
    hampeh
    Ahli
    Ahli


    Number of posts : 866
    Registration date : 28/02/2009

    Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah.. Empty Re: Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah..

    Post by hampeh Wed Feb 10, 2010 12:41 pm

    Ada negara yang paham keperluan penganut agama Islam ni tapi ada yang buat tak tau je,aku agak jela pasal yela kan, peratus penganut agama Islam kat negara2 lain ni mungkin sedikit sangat untuk pihak berkuasa amik kisah .
    LanoG
    LanoG
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 537
    Location : Petaling Jaya
    Job/hobbies : Basuh Pinggan
    Registration date : 04/05/2009

    Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah.. Empty Re: Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah..

    Post by LanoG Wed Feb 10, 2010 4:48 pm

    Ada negara yang perlu mayat dikeringkan sebelum boleh dihantar pulang ke negara asal.. conthnya USA.
    loy_azloy
    loy_azloy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1513
    Age : 43
    Location : Muo/Putrajaya
    Job/hobbies : DOF/bela kelisa
    Registration date : 23/02/2009

    Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah.. Empty Re: Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah..

    Post by loy_azloy Wed Feb 10, 2010 4:54 pm

    sape2 yang bencikan pemerintahan negara malaysia bolehlah pegi sana...bersyukur dgn apa yang kita kecapi...
    Jedi
    Jedi
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 925
    Registration date : 13/02/2009

    Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah.. Empty Re: Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah..

    Post by Jedi Wed Feb 10, 2010 5:03 pm

    tunfaris88 wrote:kt tempat ak praktikal ni ade sorg manager jepun yg masuk islam..cakap melayu siap..

    kt sini org panggil die melayu celup..hehe..

    Bestnya kalau dapat beristerikan wanita Jepun Islam Wink
    TemanX
    TemanX
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 90
    Registration date : 28/11/2009

    Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah.. Empty Re: Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah..

    Post by TemanX Wed Feb 10, 2010 6:23 pm

    Aku pun ade dengar gak. Kat belah2 kobe banyak orang islam. Pergh.... kalau awek jepun pakai tudung, power gile aa.. lebih power dari amoi kat malaysia ni.... Teringin aku nak pegi kobe.


    affraid



    Syukur atas nikmat ALLAH. Tapi jangan salah guna nikmat ALLAH. Esok kena tanya. Termasuk Teman dan rakan2...
    TJ-Ariff
    TJ-Ariff
    Supervisor
    Supervisor


    Gender : Male Number of posts : 473
    Age : 104
    Location : D'Royal City Of Silver
    Job/hobbies : IT / membaca / Santai
    Registration date : 17/02/2009

    Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah.. Empty Re: Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah..

    Post by TJ-Ariff Wed Feb 10, 2010 8:11 pm

    TemanX wrote:Aku pun ade dengar gak. Kat belah2 kobe banyak orang islam. Pergh.... kalau awek jepun pakai tudung, power gile aa.. lebih power dari amoi kat malaysia ni.... Teringin aku nak pegi kobe.


    affraid



    Syukur atas nikmat ALLAH. Tapi jangan salah guna nikmat ALLAH. Esok kena tanya. Termasuk Teman dan rakan2...

    aku pun teringin nak melihat negara orang..

    Kalau difikirkan, memang negara Malayisa telah dianugarahkan kenikmatan hidup yang melimpah ruah.
    Bersyukurlah dengan yang ada.. cheers
    Datuk_Seri
    Datuk_Seri
    Supervisor
    Supervisor


    Gender : Male Number of posts : 307
    Age : 43
    Location : Kuching-Kulim-Melaka-Norway!!!
    Job/hobbies : Gaming
    Registration date : 12/02/2009

    Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah.. Empty Re: Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah..

    Post by Datuk_Seri Wed Feb 10, 2010 9:09 pm

    Bukan aku nak menunjuk ke apa, aku dah merantau banyak negara samada dia asia barat, eropah, asia dan australia.. Aku tetap kata Malaysia terbaik. Bukan nak hipokrit kerana aku rakyat Malaysia, tapi melihat keadaan negara-negara lain, Malaysia tetap terbaik.. Kenapa? aku rasa tak perlulah aku nak cerita... Bersyukur dan ingat, hujan emas kuning/emas putih/ berlian di negeri orang, ujan batu kelikir di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri... Very Happy
    hampeh
    hampeh
    Ahli
    Ahli


    Number of posts : 866
    Registration date : 28/02/2009

    Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah.. Empty Re: Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah..

    Post by hampeh Wed Feb 10, 2010 9:17 pm

    ujan batu kelikir di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri...
    lagipun bukan tiap2 hari hujan + tambah pulak zaman sekarang dah ada rumah atap genting , setakat batu kerikil kecik2 takde hal . Smile




    I love you
    avatar
    dvdx
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 68
    Registration date : 06/12/2009

    Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah.. Empty Re: Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah..

    Post by dvdx Thu Feb 11, 2010 8:02 am

    masalahnya rakyat perlu bersyukur. orang atas tak pernah bersyukur. hasil masyul negara bukan main banyak tapi semua makan geng sendiri.
    loy_azloy
    loy_azloy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1513
    Age : 43
    Location : Muo/Putrajaya
    Job/hobbies : DOF/bela kelisa
    Registration date : 23/02/2009

    Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah.. Empty Re: Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah..

    Post by loy_azloy Thu Feb 11, 2010 8:28 am

    Jedi wrote:

    Bestnya kalau dapat beristerikan wanita Jepun Islam Wink
    aku nak kawin dgn maria ozawa dalam versi maria ozawa yang suci...tehehe
    TemanX
    TemanX
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 90
    Registration date : 28/11/2009

    Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah.. Empty Re: Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah..

    Post by TemanX Thu Feb 11, 2010 12:37 pm

    Oh nooo.... maria ozawa.



    affraid





    Aku rasa cam ada je yang iras2 dia kat sana. Cuma kalau nak betul2, kena carik le....
    Jedi
    Jedi
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 925
    Registration date : 13/02/2009

    Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah.. Empty Re: Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah..

    Post by Jedi Thu Feb 11, 2010 12:44 pm

    Kalau ada niat nak kahwin wanita Jepun Islam, cari kat Kobe Razz
    Maaf la...aku memang minat giler wanita Asia Timur (Cina, Jepun, Korea etc.) nie Razz

    Oppss...bahaya woo nama 'Maria Ozawa' tu.
    Kalau merujuk pada insan lain takpe.

    Bersyukur sangat2.
    Dilahirkan sebagai Islam.
    Tinggal diMalaysia...bumi rahmat sebab ramai orang Islam dan lokasi strategik.

    Cabaran kita; 'Jaga Malaysia ni baik2 ikut perintah Allah SWT'.
    Jangan jadi cam Kerajaan Saba'.
    braderitam77
    braderitam77
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 109
    Age : 46
    Location : org muo,duk kuantan(merantau le)
    Job/hobbies : potong sawit/main game n mancing
    Registration date : 25/03/2009

    Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah.. Empty Re: Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah..

    Post by braderitam77 Thu Feb 11, 2010 5:07 pm

    sedih2 dgn apa yg berlaku diluar sana.....(best tul duk ladang sawit)...bersyukur la

    Sponsored content


    Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah.. Empty Re: Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah..

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Sat Apr 20, 2024 1:50 am