Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


+10
crazy_labelle
sayw
naqninetwo92
teri-chan
the_ultimatez_najman
Superior
raidizh AR
SouthSider
Aku Tak Sengal
Eman Leto
14 posters

    Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat

    Eman Leto
    Eman Leto
    Ahli
    Ahli


    Gender : Female Number of posts : 576
    Location : Katil ikea
    Job/hobbies : Stalker
    Registration date : 14/02/2009

    Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat Empty Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat

    Post by Eman Leto Sat Jan 23, 2010 1:35 am

    aku tak tau nk post kt section mana.. kalau mod rasa tak kena(memang tak kena pn), movekan je la thread ni..

    Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam ini di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru selepas memerintah hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun.

    Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

    Menurut menteri besar, jenazah baginda akan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada 2 petang esok.

    Baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi tadi kerana gering.

    Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor unku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah minah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah smailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri unku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.

    Baginda yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

    Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

    Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian.

    Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.

    Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London.

    Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken.

    Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja pada 11 Mei 1981, selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden.

    Petang tadi, putera sulung baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.

    Manakala pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar petang esok.

    Sementara itu, Bernama melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merafak takziah kepada kerabat diraja Johor di atas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar malam ini.

    "Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat merakamkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah dan anakanda-anakanda serta kerabat baginda di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi Perdana Menteri ke India selama lima hari sejak Selasa lepas.

    Najib berkata: "Baginda Sultan merupakan seorang raja yang amat prihatin terhadap segala perkembangan dalam negerinya dan juga sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.

    "Baginda memainkan peranan yang besar dalam pembangunan dan kejayaan negeri Johor dan selalu menekankan betapa pentingnya rakyat Malaysia bersatu padu," kata Perdana Menteri.

    Berikutan kemangkatan Sultan Johor, Najib memendekkan lawatannya ke India dan berlepas pulang ke tanah air pada pukul 8.30 malam ini waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang awal pagi esok.

    Mengikut jadual, Najib sepatutnya berlepas pulang petang esok.
    source

    Al Fatihah.. semoga roh baginda ditempatkan di kalangan orang yg beriman..
    Aku Tak Sengal
    Aku Tak Sengal
    Ahli
    Ahli


    Gender : Female Number of posts : 635
    Registration date : 13/02/2009

    Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat Empty Re: Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat

    Post by Aku Tak Sengal Sat Jan 23, 2010 1:43 am

    Assalamualaikum wbt,

    Al-Fatihah
    semoga roh baginda dicucuri rahmat..
    SouthSider
    SouthSider
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 195
    Age : 38
    Location : dari Selatan nak ke Utara
    Registration date : 17/02/2009

    Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat Empty Re: Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat

    Post by SouthSider Sat Jan 23, 2010 1:48 am

    Al-Fatihah buat roh baginda
    raidizh AR
    raidizh AR
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1618
    Age : 65
    Registration date : 24/04/2009

    Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat Empty Re: Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat

    Post by raidizh AR Sat Jan 23, 2010 2:50 am

    salam, kullun nafsin zaa iqatul maut..

    semoga baginda ditempatkan dikalangan org2 beriman dan moga dia tenang disana.. al fatihah
    Superior
    Superior
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 376
    Age : 37
    Location : Johor Bahru
    Job/hobbies : Student/Surf Internet
    Registration date : 13/02/2009

    Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat Empty Re: Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat

    Post by Superior Sat Jan 23, 2010 6:59 am

    Innalillah..

    aku ingatkan anak baginda je skola aku (EC). sultan johor pun ec gak.. aku selaku org johor tak nak komen apa... yg pastinya kalau dapat gelaran Dato'/Datuk daripada sultan johor mmg bukan calang2 org la. (Sultan Johor antara yg tidak sewenang2nya anugerahkan gelaran Dato'/Datuk). X mcm Yang Dipertua negeri melaka, Shah Rukh Khan pun leh dapat datuk. Shocked
    the_ultimatez_najman
    the_ultimatez_najman
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 521
    Age : 30
    Location : Shah Alam,Selangor
    Job/hobbies : Pc,Pc,Pc
    Registration date : 19/02/2009

    Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat Empty Re: Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat

    Post by the_ultimatez_najman Sat Jan 23, 2010 8:10 am

    setiap yg hidup bakal merasai kematian

    Al-fatihah
    teri-chan
    teri-chan
    Moderators
    Moderators


    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat Empty Re: Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat

    Post by teri-chan Sat Jan 23, 2010 9:04 am

    aku br tau smlm... sbb balik lewat huhuhu

    alfatihah....
    avatar
    naqninetwo92
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 148
    Age : 32
    Location : A/S
    Job/hobbies : hmm
    Registration date : 21/02/2009

    Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat Empty Re: Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat

    Post by naqninetwo92 Sat Jan 23, 2010 9:24 am

    Al-Fatihah
    avatar
    sayw
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 107
    Registration date : 07/03/2009

    Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat Empty Re: Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat

    Post by sayw Sat Jan 23, 2010 9:38 am

    al fatihah......

    sultan yang UMNO sejati(dari dulu dan sekarang) (bkn memperpolitikkan but reality)
    crazy_labelle
    crazy_labelle
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Female Number of posts : 370
    Age : 95
    Location : on da way to umah cullen...
    Job/hobbies : baca n tgk cite twillight...
    Registration date : 16/02/2009

    Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat Empty Re: Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat

    Post by crazy_labelle Mon Jan 25, 2010 9:20 pm

    teruk gile diorg nih...

    sana
    sini

    sos: en frodo
    MalaYneuMaya
    MalaYneuMaya
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1044
    Age : 39
    Job/hobbies : kejar biawak, kunyah milo beku
    Registration date : 18/02/2009

    Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat Empty Re: Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat

    Post by MalaYneuMaya Mon Jan 25, 2010 9:57 pm

    assalamualaikum...

    al-fatihah..mana2 pon aku tgk ramai je pakai songkok lilit kain putih kat sini..

    crazy_labelle wrote:teruk gile diorg nih...

    sana
    sini

    sos: en frodo

    org mcm tu akan tetap wujud punya..
    loy_azloy
    loy_azloy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1513
    Age : 43
    Location : Muo/Putrajaya
    Job/hobbies : DOF/bela kelisa
    Registration date : 23/02/2009

    Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat Empty Re: Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat

    Post by loy_azloy Tue Jan 26, 2010 9:30 am

    Teringat aku masa baginda sultan dtg ke Muar jumpa rakyat,masa dia nak balik naik kuda dia lalu depan aku kebetulan aku tgh main dgn abang aku,baginda turun dari kuda terus pg kat aku dgn abang aku,pastu dia kata "dah beso nanti jadi askar tau?" masa tu aku mengangguk aje sebab aku lebih tertarik pada kuda baginda,namun apakan daya aku tak dapat nak tunaikan janji aku pada Almarhum...

    setiap rakyat johor tak kira bangsa walaupun tak kenal Almarhum namun jasa beliau memang besar,manakan tidak setiap rakyat johor mmg terasa ada benda yang hilang...

    Alfatihah...
    neiny_nani
    neiny_nani
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Female Number of posts : 59
    Age : 43
    Location : putrajaya/ muar
    Job/hobbies : at moF / main ngn kucing...
    Registration date : 09/06/2009

    Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat Empty Re: Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat

    Post by neiny_nani Tue Jan 26, 2010 10:38 am

    Terkejut gak ngn pergiannyer...
    kalau aloy pernah di sape dan sempat diberi amanat bile besar...aku pulak ape yg mak aku citer n bgaitau...
    baginda pernah datang ke kampung aku berjumpa rakyat2 nyer...mak aku tak lepas kan peluang datang sambil mendukung aku ketika tu lebih kurang 3 tahun...mak aku berada dihadapan nyer..n sempat baginda mengusap2 kepala ku....tp tak ingat pulak ape baginda pesan kat aku...time tu aku tak ingat ape2 lg..tp bile mak aku citer bangga gak aku...sultan pernah sentuh aku..huhuhu.. Neutral
    walaupun sultan baginda tegas...tp dia seorg yg prihatin kepada rakyatnyer....
    semoga Allah menempatkannye di tempat orang2 yg soleh...amin...
    Crying or Very sad
    am_eniey
    am_eniey
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 169
    Age : 42
    Location : Gombak
    Registration date : 22/04/2009

    Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat Empty Re: Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat

    Post by am_eniey Tue Jan 26, 2010 11:57 am

    Takziah diucapkan kepada semua warga Johor !
    loy_azloy
    loy_azloy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1513
    Age : 43
    Location : Muo/Putrajaya
    Job/hobbies : DOF/bela kelisa
    Registration date : 23/02/2009

    Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat Empty Re: Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat

    Post by loy_azloy Tue Jan 26, 2010 12:05 pm

    terima kasih sahabat2 dari negeri2 seluruh Malaysia...
    Superior
    Superior
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 376
    Age : 37
    Location : Johor Bahru
    Job/hobbies : Student/Surf Internet
    Registration date : 13/02/2009

    Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat Empty Re: Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat

    Post by Superior Wed Jan 27, 2010 3:01 pm

    semua cerita kebaikan je kat sini.. Smile

    http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=462864&extra=page%3D1&page=15

    sape sini berkabung pakai songkok lilit dgn kain putih? (bg org johor)

    Sponsored content


    Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat Empty Re: Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Mangkat

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Fri Mar 29, 2024 4:08 pm