Aku ingat nak ajak member2 semua buat sebuah game. Tujuan nya ialah untuk combine kan bakat2 yang ada kat putera.com nie untuk membentuk sebuah game yang boleh dimainkan oleh semua orang. Untuk projek ini, anda boleh contribute dengan postkan apa2 sahaja kat topik ini.
Okey untuk permulaan, aku plan nak buat game tembak2 2D dari view atas. Hero akan tembak zombie2 yang datang nak makan dia.... Nama game nie dalam bahasa Melayu maybe macam "Zombie Kampung Pisang" ker.. hehehe. Jadi memerlukan sapa2 yang ada idea nak lukis (semua mesti dalam format PNG):
1. Character watak hero dari pandangan atas.. sedang bawak senjata (kepala dia mesti nampak).
2. Zombie2x. dari pandangan atas (mungkin zombie tu mendepakan tangan nak tangkap hero).
3. Latarbelakang... dari pandangan atas dan ada unsur macam pokok2 kat tepi2 penjuru tapi tak ler banyak sangat. (saiz 550px lebar x 400 px tinggi)
4. Artwork untuk menu pembukaan dimana boleh letakkan button start etc. (saiz sama dengan latarbelakang tadi)
Jadi, kat inilah masanya korang nak lihat hasil2 artwork korang menjadi game. Pasal programming semua tu korang takyah risau. Itu my call untuk jadikan objek2 yang korang lukis menjadi sebuah game yang lengkap dengan highscore dan etc.
Any comments boleh replay sini.
Last edited by LanoG on Mon Jan 18, 2010 5:14 pm; edited 2 times in total