Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


    Ayam Oh Ayam...

    Share

    TJ-Ariff
    Supervisor
    Supervisor

    Gender : Male Number of posts : 473
    Age : 96
    Location : D'Royal City Of Silver
    Job/hobbies : IT / membaca / Santai
    Registration date : 17/02/2009

    Ayam Oh Ayam...

    Post by TJ-Ariff on Wed Jan 06, 2010 11:18 am

    Haiwan Ternakan pun ada Hak , ada perasaan !
    apa pendapat anda.
    Spoiler:



    Seorang pensyarah dari Universiti Putra Malaysia, Zulkifli Idrus mahu orang ramai tahu bahawa kebajikan ayam juga perlu dijaga sepanjang hayatnya. Namun, berapa ramai orang awam dan mereka yang terlibat dalam industri ternakan sedar tentang isu ini?

    -------------
    Zulkifli yang turut digelar Dr. Dolittle Malaysia oleh kalangan rakan sekerja berpendapat kesedaran itu perlu melibatkan semua pihak, orang ramai dan mereka yang terlibat secara langsung di dalam industri ternakan.

    Kesedaran terhadap kebajikan haiwan ternakan itu perlu ada selagi ia di bawah jagaan kita dan selagi ia hidup.

    Begitu jugalah dengan ayam dan itik. Contohnya ayam daging, katakanlah umur ayam itu enam minggu, sebelum disembelih, penternak perlu menjaga kebajikan haiwan ternakan itu semasa hayatnya.

    Menunggu masa

    Persepsi bahawa ayam-ayam itu akhirnya akan disembelih menyebabkan kebajikannya tidak dipeduli.

    “Kenapa perlu jaga? Siapa peduli? Pada saya, ini persepsi yang salah. Sehingga ke akhir hayatnya kita perlu jaga kebajikannya.

    -----

    “Ini yang sering saya tekankan. Jika haiwan tersebut anjing dan kucing peliharaan, kita lihat orang jaga kebajikannya kerana ia menjadi sebahagian daripada keluarga,” katanya.

    Beliau turut memberi senario keadaan ayam yang belum disembelih di tempat memproses ayam.

    Ayam-ayam itu dibiarkan menunggu dalam tempoh yang lama dalam keadaan tanpa makanan dan air. Haiwan itudibiarkan berhimpit-himpit di dalam bekas yang sempit sehingga tidak boleh bergerak. Malah ada yang mati sebelum disembelih.

    Perkara itulah yang perlu difikirkan oleh pengusaha mahupun pengguna, katanya.

    Beliau turut memberi contoh bagaimana ada negara yang sudah menjadi kebiasaan memasukkan kambing biri-biri yang diikat kaki ke dalam kereta.

    “Itulah konsep yang kita nak tukar. Bukan setakat sembelih sahaja cara Islam atau cara betul, tetapi kita mahu dari awal lagi kita mengikut cara Islam,” jelasnya.
    ....

    Berita selanjutnya di:-
    Kosmo:
    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm



    Siapa peduli perasaan haiwan ternakan?


    Last edited by TJ-Ariff on Wed Jan 06, 2010 11:23 am; edited 1 time in total


    --------------------------------------------

    I'm A Big Big Man, In A Big Big World, It's Not A Big Big Thing, If You Leave Me.
    When GOD Opened the window of mercy,HE asked me; What is your wish for to day?, I said; Allah, Please take care of that person who is reading this message.

    hampeh
    Ahli
    Ahli

    Number of posts : 866
    Registration date : 28/02/2009

    Re: Ayam Oh Ayam...

    Post by hampeh on Wed Jan 06, 2010 11:22 am

    om nom nom nom ...

    Miss U.A
    Ahli
    Ahli

    Gender : Female Number of posts : 831
    Registration date : 21/07/2009

    Re: Ayam Oh Ayam...

    Post by Miss U.A on Wed Jan 06, 2010 1:45 pm

    nih pun mcm topik seksa haiwan kat ruangan hobi n kehidupan..
    pantang aku org siksa2 haiwan nih...
    kalo bukan dituntut dalam Islam pun, kita patut guna otak yg binatang tuh pun bernyawa..perlukan keselesaan..
    tak patut tul la..

    MalaYneuMaya
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1044
    Age : 32
    Job/hobbies : kejar biawak, kunyah milo beku
    Registration date : 18/02/2009

    Re: Ayam Oh Ayam...

    Post by MalaYneuMaya on Wed Jan 06, 2010 9:55 pm

    assalamualaikum...

    seksa haiwan mmg tak dibenarkan..walaupon babi dan anjing..


    --------------------------------------------

    ogGy
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 897
    Age : 29
    Location : mu di mana ?
    Job/hobbies : geletek ginjal korang
    Registration date : 15/02/2009

    Re: Ayam Oh Ayam...

    Post by ogGy on Wed Jan 06, 2010 11:10 pm

    Ayam ? iiee aku suka ayam..kecik2 aku suka picit anak ayam dan sepak kepala ibu ayam tu sampai teleng,skang bila da besar...baru aku sedar yang aku buat dlu tu berdosa.Rasa nak je aku p jumpa ibu ayam tu dan mintak maaf kat dia...sedih tgk dia jalan dengan anak2 dia senget jer.

    Aku memang sokong hal2 kebajikan haiwan ni,nak2 haiwan yang terbiar dan teranaya.

    Bayangkan kita seorang islam,bele 1000 ekor ayam tp tak jaga makan dan minum haiwan tersebut,berapa banyak dosan kalau 1/5 ternakan tu mati akibat kelalaian diri kita.


    --------------------------------------------
    Laman Farmasi Online kini berwajah baru , kunjungi sekarang dan dapatkan harga yang terbaik dari kami . Segalanya mudah...



    www.sentosa-online.com

    myee
    Ahli
    Ahli

    Gender : Male Number of posts : 926
    Registration date : 18/04/2009

    Re: Ayam Oh Ayam...

    Post by myee on Thu Jan 07, 2010 12:25 am


    Biasalah mende dah sedap dimakan...

    XCreator
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 23
    Age : 37
    Registration date : 08/12/2009

    Re: Ayam Oh Ayam...

    Post by XCreator on Sun Jan 10, 2010 1:48 am

    ogGy wrote:Ayam ? iiee aku suka ayam..kecik2 aku suka picit anak ayam dan sepak kepala ibu ayam tu sampai teleng,skang bila da besar...baru aku sedar yang aku buat dlu tu berdosa.Rasa nak je aku p jumpa ibu ayam tu dan mintak maaf kat dia...sedih tgk dia jalan dengan anak2 dia senget jer.

    Aku memang sokong hal2 kebajikan haiwan ni,nak2 haiwan yang terbiar dan teranaya.

    Bayangkan kita seorang islam,bele 1000 ekor ayam tp tak jaga makan dan minum haiwan tersebut,berapa banyak dosan kalau 1/5 ternakan tu mati akibat kelalaian diri kita.

    jangan dok zalimi mnatang dah ler..
    kalau boleh proses nak semelih harus disegerakan..
    xler seksa sgt kot...

    teri-chan
    Moderators
    Moderators

    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    Re: Ayam Oh Ayam...

    Post by teri-chan on Sun Jan 10, 2010 10:54 am

    wuh.. pada aku sume mahkluk bernapas sume ada perasaan.... tu sbb aku sayang kucing aku... eh ayam aku (aku ada ayam kah) anyway... kalu kita jg dia... esok2 dia pulak jaga kita kan?


    --------------------------------------------


    teri-chan is back

    myee
    Ahli
    Ahli

    Gender : Male Number of posts : 926
    Registration date : 18/04/2009

    Re: Ayam Oh Ayam...

    Post by myee on Sun Jan 10, 2010 11:58 pm



    Dah sembelih dan siat2 pun still hidup lagi...

    Sponsored content

    Re: Ayam Oh Ayam...

    Post by Sponsored content Today at 6:01 am


      Current date/time is Fri Dec 09, 2016 6:01 am