Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


    Di mana boleh cari ramai Melayu?

    Share

    am_eniey
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 169
    Age : 34
    Location : Gombak
    Registration date : 22/04/2009

    Di mana boleh cari ramai Melayu?

    Post by am_eniey on Tue Jan 05, 2010 6:29 pm

    Pastinya di Kelantan dan Terengganu
    Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
    Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
    Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
    Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
    Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
    Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
    Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
    Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
    Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

    Apa hobi orang Melayu?

    Terkenal dengan budaya malas dan lesu
    Berlepak buang masa tak jemu-jemu
    Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
    Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
    Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
    Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
    Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
    Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
    Mana tak gendut berpenyakit selalu
    Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
    Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
    Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
    Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
    Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
    Ada tapi kurang sangat mereka di situ

    Kenapa Melayu jadi begitu?

    Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
    Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
    Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
    Nak harap Kerajaan saja membantu
    Terutama sekali kontraktor kelas satu
    Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
    pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
    Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
    Sampai bila kita nak tunggu
    Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
    Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
    Pertama dengan banyak menguasai ilmu
    Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
    Al Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
    tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

    http://idhamlim.blogspot.com/2010/01/di-mana-boleh-cari-ramai-melayu.html

    hampeh
    Ahli
    Ahli

    Number of posts : 866
    Registration date : 28/02/2009

    Re: Di mana boleh cari ramai Melayu?

    Post by hampeh on Tue Jan 05, 2010 6:31 pm

    lol

    khairul anwar
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 882
    Age : 31
    Location : Puchong
    Registration date : 26/04/2009

    Re: Di mana boleh cari ramai Melayu?

    Post by khairul anwar on Tue Jan 05, 2010 9:19 pm

    wow,.. menyindir melayu nampak Exclamation Exclamation

    haha, aku harap takde orang salah paham ngah ts nie,

    banyak perkara baik yang kita nampak kalau kita ambil/lihat dari sudut positif nye,

    ooh boleh jadi macam kuiz nie, cari perkara2 positif didalam perenggan di atas, lol!

    loy_azloy
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1513
    Age : 35
    Location : Muo/Putrajaya
    Job/hobbies : DOF/bela kelisa
    Registration date : 23/02/2009

    Re: Di mana boleh cari ramai Melayu?

    Post by loy_azloy on Wed Jan 06, 2010 10:05 am

    aku sokong,melayu mmg mcm ni,aku pun melayu,kekadang tu adalah juga malasnya,dah genetik asal dari org melayu,kecuali la kalau kacuk dgn cina atau bangsa yang rajin,tapi kalau dapat bini jepun huhuhu.... Embarassed

    inilah melayu.
    melayu mudah lupa
    melayu tak mahu berterima kasih
    melayu tak pandai nak bersyukur
    melayu asik nak mengampu
    melayu asik nak salahkan kerajaan kalau tak dibantu(subsidi)
    melayu tak nak tolong melayu
    melayu dah dibantu tapi masih tak berterima kasih(seludup subsidi)
    melayu manja semua nak disuap
    melayu tak bangga jadi melayu(i feel stupid when speak malay)
    melayu asik mengagungkan orang luar(hiburan)
    melayu mudah percaya dakyah untuk menjatuhkan kerajaan melayu(politik)
    melayu hipokrit dalam menegakkan agama dan hak2

    p.s kelantan tak ramai melayu tapi ramai dah kacuk dgn thailand


    --------------------------------------------
    Gintoki Sakata : "When something falls at my feet...the least i can do is pick it up"
    mari beramal dengan hanya RM10
    klik kat sini http://putera.forumotion.com/aktiviti-f15/projek-kutipan-dana-wakaf-pelaburan-untuk-akhirat-t6036.htm
    ------------------------------------------------------------
    currently take care my Green Base Arowana and mastered RC heli


    Arinc
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 96
    Registration date : 30/06/2009

    Re: Di mana boleh cari ramai Melayu?

    Post by Arinc on Wed Jan 06, 2010 10:48 am

    Pada pandangan aku ..sifat orang Melayu seperti lemah-lembut , sopan-santun , buat2 baik , cakap berlapik ( hati melayu ni lembut , cpt terduduk bila sesuatu yg dahsyat menimpa ) semua tu ada juga kebaikan tp dari sudut lain ada juga kekurangan...dia akn menjadikan seseorang 'kecut' & susah utk berkembang sifat hidupnya.

    OngBok
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 729
    Location : Dungun Terengganu
    Job/hobbies : Pesara JKR
    Registration date : 18/02/2009

    Re: Di mana boleh cari ramai Melayu?

    Post by OngBok on Wed Jan 06, 2010 11:15 am

    Aku tak sokong.
    Buat malu yang benar2 MELAYU aje. Sad


    --------------------------------------------
    =====================================================
    http://www.photoshopessentials.com/
    http://www.megaleech.eu/index.php
    https://connectnow.acrobat.com/oxxxo2009

    loy_azloy
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1513
    Age : 35
    Location : Muo/Putrajaya
    Job/hobbies : DOF/bela kelisa
    Registration date : 23/02/2009

    Re: Di mana boleh cari ramai Melayu?

    Post by loy_azloy on Wed Jan 06, 2010 12:09 pm

    benar yang pure melayu mesti rasa sedih sangat tgk melayu jadi begini,terutama perempuan melayu dan budak2 muda sekarang...


    --------------------------------------------
    Gintoki Sakata : "When something falls at my feet...the least i can do is pick it up"
    mari beramal dengan hanya RM10
    klik kat sini http://putera.forumotion.com/aktiviti-f15/projek-kutipan-dana-wakaf-pelaburan-untuk-akhirat-t6036.htm
    ------------------------------------------------------------
    currently take care my Green Base Arowana and mastered RC heli


    am_eniey
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 169
    Age : 34
    Location : Gombak
    Registration date : 22/04/2009

    Re: Di mana boleh cari ramai Melayu?

    Post by am_eniey on Wed Jan 06, 2010 12:15 pm

    aku cukup seronok bila tengok anak2 melayu yang kurang berpelajaran kerja membersih jalan, membina bangunan, mencuci jamban bagi menggantikan pekerja indonesia,bangla,myanmar nie. bukan mengutuk tapi biarlah di negara kita ni, kita sahaja yang menjalankan tugas dengan taat dan setia. lebih bagus daripada merempit, meragut, merogol semata2 taknak kerja berat.

    OngBok
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 729
    Location : Dungun Terengganu
    Job/hobbies : Pesara JKR
    Registration date : 18/02/2009

    Re: Di mana boleh cari ramai Melayu?

    Post by OngBok on Wed Jan 06, 2010 12:22 pm

    Sifat jati diri orang MELAYU yang tulen boleh contohi orang zaman dahulu
    Jangan ambik yang buruk, tapi ambik yang baik.

    Mereka adalah pejuang, pembela agama, nusa dan bangsa.


    --------------------------------------------
    =====================================================
    http://www.photoshopessentials.com/
    http://www.megaleech.eu/index.php
    https://connectnow.acrobat.com/oxxxo2009

    hazairi
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 19
    Registration date : 27/04/2009

    Re: Di mana boleh cari ramai Melayu?

    Post by hazairi on Wed Jan 06, 2010 12:32 pm

    Orang Melayu sejak zaman dulu lagi terkenal ngan malas.

    Zaman Melaka, setakat amik commision kapal-kapal luar berlabuh.
    Easy money.
    Sama la cam skang. Bila dengar MLM, skim piramid, Melayu jugak yang minat.
    Insafla Melayu..

    OngBok
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 729
    Location : Dungun Terengganu
    Job/hobbies : Pesara JKR
    Registration date : 18/02/2009

    Re: Di mana boleh cari ramai Melayu?

    Post by OngBok on Wed Jan 06, 2010 12:59 pm

    Orang Melayu sejak zaman dulu lagi terkenal ngan malas.
    Yang malas tu bukan orang MELAYU sejati.
    Entah sakai mana yang mengaku melayu.
    Entah pendatang mana yang tak malu mengaku melayu.


    --------------------------------------------
    =====================================================
    http://www.photoshopessentials.com/
    http://www.megaleech.eu/index.php
    https://connectnow.acrobat.com/oxxxo2009

    Arinc
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 96
    Registration date : 30/06/2009

    Re: Di mana boleh cari ramai Melayu?

    Post by Arinc on Wed Jan 06, 2010 1:12 pm

    majoritinya Melayu sejati ke melayu celup skrg ni...zaman sekarang sudah byk perubahan dan pengaruh2 yg berlegar d sekitar bangsa ni...dlm ekonomi...sedikit sahaja melayu yg berjaya....hukhukhu

    hazairi
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 19
    Registration date : 27/04/2009

    Re: Di mana boleh cari ramai Melayu?

    Post by hazairi on Wed Jan 06, 2010 1:19 pm

    Kita bangsa yang tak maju sejak dulu lagi. Ketika bangsa lain dah ada pistol dan senapang, kita masih guna keris dan lembing. Ketika bangsa lain dah kaji pasal bulan dan bintang, kita masih lagi masuk hutan tebang pokok.
    Itulah sebab kita senang kena jajah. Kita lemah.
    Teknologi lemah. Semua la lemah..

    OngBok
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 729
    Location : Dungun Terengganu
    Job/hobbies : Pesara JKR
    Registration date : 18/02/2009

    Re: Di mana boleh cari ramai Melayu?

    Post by OngBok on Wed Jan 06, 2010 1:30 pm

    Yer .. kita guna keris dan lembing sahaja untuk berperang
    dengan penjajah yang guna senjata lebih moden.
    Tu pun mereka tak terlawan. Kalau lah kita guna senjata yang
    sama dengan mereka, harus terberak terkencing lari sampai kecik kepala.
    Kita menang semangat dan kepahlawanan. Tapi akhirnya kita tunduk jugak
    kepada penjajah kerana ada duri dalam daging, ada bara dalam sekam.
    ada musuh dalam selimut (bukan orang Melayu)
    oh.. kesian bangsa Melayu.


    --------------------------------------------
    =====================================================
    http://www.photoshopessentials.com/
    http://www.megaleech.eu/index.php
    https://connectnow.acrobat.com/oxxxo2009

    hazairi
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 19
    Registration date : 27/04/2009

    Re: Di mana boleh cari ramai Melayu?

    Post by hazairi on Wed Jan 06, 2010 1:38 pm

    OngBok wrote:Yer .. kita guna keris dan lembing sahaja untuk berperang
    dengan penjajah yang guna senjata lebih moden.
    Tu pun mereka tak terlawan. Kalau lah kita guna senjata yang
    sama dengan mereka, harus terberak terkencing lari sampai kecik kepala.
    Kita menang semangat dan kepahlawanan. Tapi akhirnya kita tunduk jugak
    kepada penjajah kerana ada duri dalam daging, ada bara dalam sekam.
    ada musuh dalam selimut (bukan orang Melayu)
    oh.. kesian bangsa Melayu.

    Kesimpulannya kerana kita tidak majulah kita tewas.
    Ketika tamadun Arab mengkaji sains dan teknologi, kita masih lagi main takraw, kacau anak dara cuci baju kat tepi sungai, main ilmu sihir dan macam-macam.

    mjmax15
    Ahli
    Ahli

    Gender : Male Number of posts : 522
    Location : Heritage Waterfront City
    Job/hobbies : D-Sign-Ner / PC Gaming
    Registration date : 14/02/2009

    Re: Di mana boleh cari ramai Melayu?

    Post by mjmax15 on Wed Jan 06, 2010 2:12 pm

    am_eniey wrote:aku cukup seronok bila tengok anak2 melayu yang kurang berpelajaran kerja membersih jalan, membina bangunan, mencuci jamban bagi menggantikan pekerja indonesia,bangla,myanmar nie. bukan mengutuk tapi biarlah di negara kita ni, kita sahaja yang menjalankan tugas dengan taat dan setia. lebih bagus daripada merempit, meragut, merogol semata2 taknak kerja berat.

    yup. aku mmg cukup respect sbb org mcm nilah boleh mengurangkan kuota org asing mai sapu duit kita kat malaysia. buat menyemak dtg berjuta2 org menambahkan lagi masalah sosial tapi berapa kerat berpendapat spt nih? aku sendiri x berani cakap.

    btw, mmg aku atau sesiapa pun x boleh nafikan;
    penjara, merempit, jenayah, karaoke + cabutan bertuah(sbb selalu majlis besar2 tu ada menda ni), terkinja2 = majoriti melayu-islam (bukan semua)
    mungkin bangsa melayu peratusan penduduk tinggi di malaysia kot, tu sbb jadi majoriti berbanding kaun lain?
    kena flashback @ rewind balik utk dapatkan penyebab semua ni.

    OngBok
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 729
    Location : Dungun Terengganu
    Job/hobbies : Pesara JKR
    Registration date : 18/02/2009

    Re: Di mana boleh cari ramai Melayu?

    Post by OngBok on Wed Jan 06, 2010 2:23 pm

    Peranan sapa tu? Peranan kita semua la.
    Ibu bapa, jiran tetangga, rakan2, masyarakat sekeliling, sekolah, institusi masjid
    tok penghulu, wakil rakyat, ahli parlimen, ahli exco, kerajaan negeri, kerajaan pusat
    dan yang paling penting ialah DIRI KITA sendiri.


    --------------------------------------------
    =====================================================
    http://www.photoshopessentials.com/
    http://www.megaleech.eu/index.php
    https://connectnow.acrobat.com/oxxxo2009

    AhmadSyazwan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 414
    Age : 28
    Location : PERLIS
    Job/hobbies : Main Tuju Kasut
    Registration date : 26/02/2009

    Re: Di mana boleh cari ramai Melayu?

    Post by AhmadSyazwan on Sat Jan 09, 2010 9:08 am

    sajak dari Tun Dr Mahathir Mohd

    Melayu mudah lupa
    Melayu mudah lupa
    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya dipijak
    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya retak
    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya teriak
    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya haprak
    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya kelas dua
    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya hina
    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya sengketa
    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya derita
    Melayu mudah lupa

    Dulu bangsanya kerdil
    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya terpencil
    Melayu mudah lupa
    Tiada daulat
    Tiada maruah
    Tiada bebas
    Melayu mudah lupa
    Melayu mudah lupa
    Melayu mudah lupa
    Sejarah bangsanya yang lena
    Tanah lahirnya yang merekah berdarah
    Ingatlah
    Ingatlah
    Ingatlah
    Wahai bangsaku
    Jangan mudah lupa lagi
    Kerana perjuanganmu belum selesai

    download audio Melayu mudah lupa
    http://www.4shared.com/file/126314016/2685de29/Dr_M_Melayu_Jangan_mudah_lupa_lagi.html

    am_eniey
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 169
    Age : 34
    Location : Gombak
    Registration date : 22/04/2009

    Re: Di mana boleh cari ramai Melayu?

    Post by am_eniey on Mon Jan 11, 2010 9:49 am

    OngBok wrote:Peranan sapa tu? Peranan kita semua la.
    Ibu bapa, jiran tetangga, rakan2, masyarakat sekeliling, sekolah, institusi masjid
    tok penghulu, wakil rakyat, ahli parlimen, ahli exco, kerajaan negeri, kerajaan pusat
    dan yang paling penting ialah DIRI KITA sendiri.

    SETUJU !

    Sponsored content

    Re: Di mana boleh cari ramai Melayu?

    Post by Sponsored content Today at 2:14 am


      Current date/time is Fri Dec 09, 2016 2:14 am