Aku agak musykil sekiranya kita membuat andaian sesuatu perkara yang belum berlaku, walaupun kerisauan tu berasas, tetapi dalam sesetengah perkara ia menunjukkan kelemahan kita selama ni, dan sekiranya ia tidak diperbaiki memang masalah akan muncul tak lama lagi, walaupun sebenarnya masalah tu sebenarnya telah lama muncul pun. Terima kasih
datuk abu kerana berkongsi pengalaman di Indonesia, kalau tak cerita kita tak tahu. Apa yang aku nampak jurang bahasa yang sangat besar menjadikan kita kurang tangkas dalam menyerap sesuatu istilah, sebab tu untuk masa mendatang sudah tiba masanya kita memantapkan ilmu. Kalau kita risau untuk jadi keliru, maka mantapkanlah ilmu kita dan ajaklah sesiapa yang kita mampu. Tapi jika semata-mata itu yang kita lakukan, kita akan sentiasa risau.
ceramah Kristian rupanya..
1. Kita risau ceramah Kristian yang mengelirukan,
walhal di sekeliling kita sekarang sudah banyak ceramah politik yang pening, dakyah-dakyah fahaman mengarut, hiburan realiti tv berleluasa dan propaganda media yang mengandungi subliminal message.
kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: "Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah" Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian)
2. Kita risau ruangan media cetak akan mengelirukan kita dengan ajaran Kristian,
walhal sekarang sudah berleluasa media cetak menghidangkan cerita politik provokasi, gosip artis, wanita mendedah tubuh, iklan-iklan melampau, artikel-artikel sampah, etc.
di tengah tengah bandar bandung juga terdapat sebuah geraja yg dinamakan "rumah allah"
3. Kita risau dengan bangunan yang akan mengelirukan kita dengan Kristian,
walhal sudah banyak club malam tempat anak muda golongan elit dan kapitalis melepak, pub dan bar tempat minum sampai mabuk, kedai makan mengaku halal yang mengelirukan, majlis pelancaran sesuatu produk yang pasti akan letak awek-awek berpakaian seksi, masjid atau surau yang kotor dan tak terurus dengan baik.
Seperti yang aku dah kata sebelum, kadangkala kerisauan kita tak seimbang. Kita sangat risau apabila isu menyentuh tentang agama secara nyata, tetapi perkara tersembunyi kita jarang risau. Kita sangat risau bila menyentuh soal Kristian, walaupun ia menyediakan satu laluan baru untuk kita berinteraksi, tetapi kita jarang pulak risau apabila agenda
Novus ordo seclorum menular ke dalam masyarakat kita dan menjahanamkan anak-anak muda kita.
Kita risau Kristian akan menggunakan dakyah mereka untuk memurtadkan Muslim. Tetapi kenapa kita tak pergiatkan gerakan dakwah kita supaya dapat mengatasi dakwah mereka? 60% penduduk Malaysia adalah Muslim, 9% Kristian. Macamana 60% boleh takut dengan 9%? Lemah sangatkah gerakan dakwah kita? Aku "quote" satu komen yang agak menarik daripada seorang pelawat blog Dr. M.
Kita org islam selalu kena corner dalam keadaan defensive...