Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya

    Menguruskan Jenazah..fardu kifayah?

    Share

    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender: Male Number of posts: 398
    Age: 38
    Location: opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies: Peguam Syarie
    Registration date: 15/02/2009

    Menguruskan Jenazah..fardu kifayah?

    Post by szainizam on Fri Dec 25, 2009 8:38 am

    Bismillah...

    Dengan ilmu tak seberapa,aku nak kongsi dengan korang semua tentang pengurusan jenazah. Nampak mudah, tapi kalau tiada yang melaksanakannya BERDOSA satu kariah.

    Betul, menguruskan jenazah adalah fardu kifayah. Tapi, sekiranya semua orang mengharapkan orang lain yang menguruskan jenazah. Malangnya, pada masa itu tiada orang yang mempu menguruskan. Alangkah sedih kaum keluarga si mati apabila melihat mayat terbujur kaku tanpa diuruskan.

    Sepatutnya ilmu menguruskan jenazah wajib dipelajari oleh setiap orang Islam. Bermula dari berakhirnya nafas arwah sehinggalah tanah di kambus di perkuburan. Apatah lagi jika mahu menguruskan mayat, hal2 yang bersangkutan dengan hospital, urusan surat kebumi, pemberitahuan pada orang surau, cari penggali kubur, imam yang menyolatkan jenazah, hal khairat kematian, tahlil, kenduri tahlil dll.

    Kebelakangan ini, timbul pelbagai syarikat menguruskan jenazah yang berorientasikan keuntungan. Bayangkan seorang mayat yang diuruskan dari mandi hingga sampai ke kawasan perkuburan harganya sekitar rm700 hingga rm1000.
    (yang saya tahu). Beruntunglah jika arwah atau famili arwah adalah dari golongan berada. Keluar cek, koyak cek dan bagi kertas cek itu pada pengurus syarikat tersebut.

    Jika arwah adalah dari golongan sederhana? Bukan semua yang mampu membayar dengan harga yang tersebut. Apatah lagi jika nak mandikan mayat sahaja rm500! Memang kita boleh cakap, apa la nak berkira sangat dengan arwah, tapi jika difikirkan apa guna anak2 yang ada jika tak mampu tak berbakti memandikan mayat ayah atau ibu. Alangkah sedihnya!

    Di sinilah fungsi badan khairat kematian yang ada di kebanyakan kariah. Ada antaranya yang boleh menguruskan jenazah dari awal hingga ke majlis tahlil. Ada juga yang hanya memberikan sejumlah wang takaful. Dengan adanya sumbangan dari badan khairat yang disertai, dapatlah sedikit sebanyak menampung pengurusan mayat tesebut serta meringankan kesedihan waris yang ditinggalkan.

    Semuanya berbalik kepada setiap dari kita. Kena selalu bercampur dengan orang surau atau masjid, ikut program yang dibuat termasuklah cara pengurusan jenazah. Jangan selalu mengharap pada orang lain. Mentang-mentanglah fardu kifayah, sampai bila ahli keluarga PERGI TAK KEMBALI kita tak mampu menyedekahkan al-Fatihah kepada arwah! Wallahu A'lam...

    Semoga kedatangan Tahun Baru Hijrah ini boleh mengubah kita ke arah yang lebih baik.

    p/s Ya Allah kurniakan kami anak-anak yang mampu menguruskan jenazah kami hingga ke kuburan, yang mampu menyedekahkan kami bacaan al-quran saat kami kegelapan di dalam tanah. Amin!

    Miss U.A
    Ahli
    Ahli

    Gender: Female Number of posts: 831
    Registration date: 21/07/2009

    Re: Menguruskan Jenazah..fardu kifayah?

    Post by Miss U.A on Fri Dec 25, 2009 1:46 pm

    aku dpt kesedaran ttg uruskan jenazah nih drp ayah aku sendiri...aku lbh focus pd mandi jenazah..
    stakat nih baru 3 jenazah aku tolong uruskan...tp sekadar bantu jela..
    cuma yg aku tak puas hati nih bila makcik2 yg diupah utk uruskan jenazah (potong kain, mandi n kapan)..
    kebanyakannya takdela terer mana pun tapi suke belagak terer...
    bila org nk tlg, dia marah2...

    experience aku tyme mandikan jenazah arwah nenek aku dulu mmg menyakitkan hati...
    aku cuba nk bantu mana yg ptut...aku tolong pegangkn paip getah tuh slh, letak slh..tlg dudukkan nenek aku (ada satu part perut jenazah perlu ditekan2 utk buang najis die) tuh pun kna marah...

    last2 aku tgk je dorg buat...ms part last nk amikkan wuduk utk nenek aku, makcik tuh suh mak aku tlg buat...dlm terpinga2 mak aku pun tny, nk buat cmne nih kak..amik wuduk cm biasa ke atau ade cr lain...(mmg mak aku taktau sbb tuh 1st tyme nk amik wuduk utk jenazah) pun kna marah jugak..dgn bongkaknya dia suh mak aku ketepi, pastu die buat sndiri..

    mula basuh tgn...pastu basuh siku, pastu muka...aku dah berkerut2 dahi tgk die amik wuduk cmtu..pastu adik aku tego makcik tuh amik wuduk utk nenek aku tak betol...skali lagi kene marah!
    aku yg dah lm dok perati dr td pun bersuara la, Makcik...dah mmg makcik amik wuduk tuh slh..mula2 basuh tgn, pastu kumur mulut n seterusnye.....'

    teros tersipu2 malu org tua tuh....pastu leh lak ckp tak perasan ..*&(^&^&*W%&!)
    iskkk...geram tul..dah wat slh still nk mrh2 org lagi..

    sbnrnye najis nenek aku tuh pun tak abes lg cuci, tp die main sumbat ngn kapas je..tahan tak bg kuar...
    taktaula...menjawabla ko ngn Tuhan besok..


    moralnye: jgn percayakan org luar, patut bnd2 mcm nih kita buat sendiri utk ahli keluarga kita..belajar la! kesian jenazah...org lain buat cuma utk dapat duit, bukan ikhlas pun! (stakat org yg aku jumpa la)

    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender: Male Number of posts: 398
    Age: 38
    Location: opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies: Peguam Syarie
    Registration date: 15/02/2009

    Re: Menguruskan Jenazah..fardu kifayah?

    Post by szainizam on Mon Jan 25, 2010 11:17 am

    Bagaimana Pengurusan Jenazah di tempat anda?

    Tak kira di mana kita berada, tak kira sama ada kita muda lagi atau tua, tak kira samada anda menyewa atau pun baru pindah rumah, Tak kira lah kita tinggal dengan mak ayah lagi ke, jenguk2 la surau atau masjid di mana saja kita berada.

    Nasihat ini free, ambil berat dengan aktiviti keagamaan di tempat kita terutama bab2 menguruskan jenazah ini. Libatkanlah diri dengan aktiviti2 di tempat kita. Kalau yang ada sikit kuasa atau pengaruh tu, boleh la kita cadang2 kan kat jemaah surau atau masjid kita supaya selitkan aktiviti belajar menguruskan jenazah dalam takwim aktiviti tahunan surau atau masjid di tempat kita pada tahun ini.

    Bukan apa, takut nanti ada anak yang tak tahu solatkan jenazah ibu bapanya, suami yang tak reti nak uruskan mayat isteri dan semata bulat2 serahkan pada biro surau. Sekadar nak bacakan yasin untuk isteri sebelum jiran atau jemaah datang pun tak tahu..macam mana?

    Bukankah lagi elok si anak yang mandi, sabunkan dan wudukkan jenazah ayah atau ibu, lagi manis si suami jiruskan air atas jenazah isteri dan lagi indah jika dapat si anak yang sambut dan meletakkan 'dengan betul mengikut arah qiblat' jenazah bapanya..

    Sekadar ingatan, perkara ini antara yang pernah diluahkan pada aku oleh teman2 yang mengenali..Semoga kita semua mendapat iktibar dan pengajaran dari pengalaman orang lain..

    khairul anwar
    Moderators
    Moderators

    Gender: Male Number of posts: 883
    Age: 28
    Location: Puchong
    Registration date: 26/04/2009

    Re: Menguruskan Jenazah..fardu kifayah?

    Post by khairul anwar on Sun Jan 31, 2010 12:24 am

    betul, kalau ade program2 khursus jenazah nie

    remaja kene pergi,
    bukan yang bakal2 jenazah yang pergi

    ---------------------------
    solat jenazah vs solat sunat bardiah (solat selepas solat fardu (macam solat sunat))

    andai kata selepas solat jumaat ade solat jenazah,

    mane korang nak buat?? solat sunat pastu masuk kerja (takut lambat atau ikut imam solat jenazah??


    sebenar nye solat jenazah adalah lebih utama dari solat sunat tersebut..
    so pasni kalau ade muazin panggil suh solat jenazah, kita amat3 digalakkan solat jenazah dahulu..

    tapi ape yang aku tgk, muazin/imam panggil solat jenazah masing2 buat bodoh jer, masing2 nak solat sunat dulu...

    Spoiler:

    info tambahan,
    bilal adalah name, muazin adalah tukang azan.. ramai orang salah paham yang nie kan hehe, yela pasai bilal bin rabah adalah muazin pertama
    so maka jawatan bilal di masjid sepatutnye name jawatan tersebut adalah muazin, bukan bilal
    tapi tak salah ape pun,

      Current date/time is Tue Oct 21, 2014 9:28 pm