Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya

    Gigi Palsu, Sarung gigi(CROwn)

    Share

    awi216
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts: 174
    Registration date: 02/03/2009

    Gigi Palsu, Sarung gigi(CROwn)

    Post by awi216 on Wed Dec 23, 2009 11:04 pm

    Aku baru je cabut gigi taring. Jadi terjadilah lubang besar di senyuman ku. Kat klinik situ jgak ada sediakan service buat gigi palsu ngan crown, atau orang melayu panggil sarung gigi. Sapa yg pernah ada pengalaman pasal benda ni Sudilah kongsi-kongsikan pengalaman anda tentang gigi palsu, terutamanya sapa2 yg pernah buat sarung gigi ni? Proses, kesakitan, tempoh ngan kadar bayaran yg dikenakan. Sebab yg aku tau benda sarung gigi ni mmg mahal, cecah satu gigi dalam rm1000..?

    ogGy
    Moderators
    Moderators

    Gender: Male Number of posts: 897
    Age: 27
    Location: mu di mana ?
    Job/hobbies: geletek ginjal korang
    Registration date: 15/02/2009

    Re: Gigi Palsu, Sarung gigi(CROwn)

    Post by ogGy on Wed Dec 23, 2009 11:35 pm

    Aku pernah tgk rancangan tv berkaitan gigi sarung ni,kos dia memang mahal dan mengikut kepada tahap kesukaran acuan gigi kita.Paling mahal pun 4k jer,tu kalau gigi geraham.

    Pape pun ko masih muda,elok buat sebab mencacatkan pemandangan indah kat gigi ko ( hehe Smile ) kalau gigi geraham bolehlah ko sorok,ni gigi taring..memang nampak kalau tersenyum.


    --------------------------------------------
    Laman Farmasi Online kini berwajah baru , kunjungi sekarang dan dapatkan harga yang terbaik dari kami . Segalanya mudah...



    www.sentosa-online.com

    Jedi
    Ahli
    Ahli

    Gender: Male Number of posts: 925
    Registration date: 13/02/2009

    Re: Gigi Palsu, Sarung gigi(CROwn)

    Post by Jedi on Thu Dec 24, 2009 1:02 am

    Aku buat tahun 2005 kat Klang.
    Aku survey melalui Yellow Pages untuk cari yang murah.

    Kat KL sume lebih RM1 ribu.
    Kat Klang tu RM700.
    Klinik tu dah pindah kot sebab aku call; 'no tiada dalam perkhidmatan'.

    Aku buat 'Bridging'.
    Gigi depan bawah satu dah cabut; cam pelakon arwah M.Zain.

    Dia trim gigi sebelah untuk

    Hari pertama dia trim gigi sebelah untuk jadikan sokongan.
    Pastu dia letak acuan untuk pastikan saiz betul.
    Pastu letak gigi sementara agar tak ngilu.
    Lepas seminggu, dia bersihkan tartar kat gigi aku...bersih dah Razz
    Tapi seksa wooo masa dia cuci tu.
    Guna air ngan mesin gerudi.
    Gusi kan sensitif, berdarah la...cam kena seksa kat Guantanamo Bay.
    Air tu air bersih jadi kena leh telan tapi seksa la nak telan banyak2...rasa darah lak tu.
    Dah bersih, dia suntik ubat kebas pastu dia letak yang permanent punya.

    Time balik kebas jer dagu aku sebab ubat kebas lum hilang.

    Alhamdulillah, nak senyum pun confident.
    Paling best, sebut 'S' dah clear.

    Makan kena hati...pastikan guna gigi asli untuk gigit makanan keras.
    Gigi palsu tu kena jaga bebaik.

    Beberapa bulan lepas aku makan bedal ayam kat kedai.
    Diorang tak basuh betul...ada batu siot.
    Gigi geraham aku tergigit batu tu...pecah sikit.
    Binawe tul.
    Hati2 bila makan.

    awi216
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts: 174
    Registration date: 02/03/2009

    Re: Gigi Palsu, Sarung gigi(CROwn)

    Post by awi216 on Mon Jan 11, 2010 1:41 am

    aku pun dah jumpa, satu klinik kat kedah ni,, yg bleh buat crowning gigi ni,, satu batang biasa diorang charge dalam Rm400,, slalunya sarung yg dibuat tu memerlukan dua gigi untuk jadi pengapit.. Maknanya 3x400 = rm 1200. Kira agak murah la tu.. Kt tempat lain maunya makan rm2k ke rm3k.. Kat klinik kt kedah ni yg aku pergi ni, bleh kata antara klinik gigi terbaik yg pernah aku pergi. Walaupun terletak kat kawasan yg agak tak maju, tapi perkhidmatan mmg terbaik.. Ngan nurse pun yg baik2,, hehe

    Cabut gigi pun tak sakit.. Biasa la, mungkin pakar kot. KLINIK INI BERNAMA KLINIK SINGAM, terletak di jalan utama dari sungai petani ke alor setar, iaitu di pekan guar chempedak. Kat klinik lain, ada yg tak berani nak cabut gigi taring aku, tapi kat doktor tu ngan selambanya dia bleh cabut..

    Miss U.A
    Ahli
    Ahli

    Gender: Female Number of posts: 831
    Registration date: 21/07/2009

    Re: Gigi Palsu, Sarung gigi(CROwn)

    Post by Miss U.A on Mon Jan 25, 2010 10:52 pm

    off topic;
    hahhahaaa berani2 je ko ckp area kampung aku nih tak maju ye awi...
    klinik tuh mmg besh! dolu2 ms zaman budak2 gi cabut gigi die kasi candy lagi...
    maksud tersirat; suh mkn candy byk2 smpi gigi rosak pastu dtg cabut kt die lg..ekekee

    MalaYneuMaya
    Moderators
    Moderators

    Gender: Male Number of posts: 1044
    Age: 30
    Job/hobbies: kejar biawak, kunyah milo beku
    Registration date: 18/02/2009

    Re: Gigi Palsu, Sarung gigi(CROwn)

    Post by MalaYneuMaya on Mon Jan 25, 2010 11:02 pm

    assalamualaikum...

    Miss U.A wrote:off topic;
    hahhahaaa berani2 je ko ckp area kampung aku nih tak maju ye awi...
    klinik tuh mmg besh! dolu2 ms zaman budak2 gi cabut gigi die kasi candy lagi...
    maksud tersirat; suh mkn candy byk2 smpi gigi rosak pastu dtg cabut kt die lg..ekekee

    he'eleh apa punya klinik tu? Laughing


    --------------------------------------------

      Current date/time is Fri Dec 19, 2014 7:45 am