Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


4 posters

    wajarkah penipuan dalam perhubungan

    usu_adeq
    usu_adeq
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Female Number of posts : 13
    Location : Putrajaya/ Johor
    Job/hobbies : keje yg dpt duit/ hobi yg menyeronokkan hati
    Registration date : 16/06/2009

    wajarkah penipuan dalam perhubungan Empty wajarkah penipuan dalam perhubungan

    Post by usu_adeq Wed Dec 23, 2009 11:30 am

    salam..tumpang lalu ye...?

    Dalam perhubungan perlu kah ada penipuan?...
    Bukankan dengan terbongkarnya penipuan tu akan menyakitkan hati pasangan kita...
    Adakah istilah tipu sunat?(ke sbb nak curang)

    tolong la bg pendapat or pandangan korang...

    Sad
    NazCYPHER32
    NazCYPHER32
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 373
    Age : 33
    Location : Seremban
    Job/hobbies : FSsimming,racing sim,3dmodelling
    Registration date : 04/03/2009

    wajarkah penipuan dalam perhubungan Empty Re: wajarkah penipuan dalam perhubungan

    Post by NazCYPHER32 Wed Dec 23, 2009 11:40 am

    istilah tipu sunat tuh xpenah wujud pun dlm agama,tmsuk la islam sndiri...tipu tetap tipu,bende tu tetap salah..baik degan kluarga sndiri or pasangan,tipu yg kite aggap utk kbaikan kite seseorang tuh sbnarnya zalim diri sndiri...aib org,aib diri sndiri kne jage ler..
    iznie
    iznie
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Female Number of posts : 243
    Age : 38
    Location : BUMI ALLAH
    Job/hobbies : GIGIT KUKU
    Registration date : 07/10/2009

    wajarkah penipuan dalam perhubungan Empty Re: wajarkah penipuan dalam perhubungan

    Post by iznie Wed Dec 23, 2009 4:39 pm

    patut ke kita tipu pasangan??

    bagi ai, kalau nak tipu, kena la tengok keadaan hubungan tu

    contoh, hubungan suami isteri

    masing2 kena saling jujur. mane boleh tipu2

    dalam islam pun tak de ajar tipu2

    kecuali kalau tipu dalam keadaan terpaksa

    contoh lagi

    1- tipu untuk selamatkan nyawa orang lain- dibenarkan dalam islam asal mangsa tu benar, kalau mangsa tu salah, tak yah la menipu...

    2- keadaan lain, istilah sama, lupa la nama istilah tu, mcm minum air teh, tapi hati kita kate, minum arak, maka dengan automatiknya, hukum kita minum air teh tu sama macam kita minum arak.
    avatar
    awi216
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 174
    Registration date : 02/03/2009

    wajarkah penipuan dalam perhubungan Empty Re: wajarkah penipuan dalam perhubungan

    Post by awi216 Wed Dec 23, 2009 11:23 pm

    Perkara yg terbaik semestinya menyatakan yg benar. Sebab kebenaran selalunya akan muncul jgak depan mata kita, lambat atau cepat. Tp kadang2 dalam hal perhubungan ni dibolehkan kita ntuk tipu sikit. Sebab bohong-membohong ni aku pernah baca dlam satu laman web. Dn contoh yg boleh dibolehkan ntuk berbohong contohnya (suami-isteri). "Aiii, bang lewat balik", suami tu mmg lewat balik sebab tolong seorang perempuan yg keretanya rosak tengah jalan,, si suami tu pun kata "Abang balik sebab tolong orang laki tu tadi, keretanya rosak". Untuk elakkan cemburu si isteri.

    Sekadar petikan dari fikrah.net

    Assalamu'alaikum,

    Hadis yang dimaksudkan ialah:

    Tidaklah aku mendengar Rasulullah s.a.w. membolehkan kedustaan sedikit pun kecuali dalam tiga hal yang pernah baginda sampaikan:

    [1] Aku tidak menganggap seseorang sebagai pendusta jika dia mendamaikan manusia, Dia mengucapkan satu perkataan yang tidak ingin dia ucapkan kecuali dengan tujuan mendamaikan.

    [2] Seseorang berbicara berkenaan peperangan serta

    [3] Seseorang (lelaki) yang berbicara kepada isterinya dan seorang (wanita) yang berbicara kepada suaminya. [Abu Daud, no: 4921]

    Merujuk kepada persoalan pendustaan di antara suami-isteri, wujud beberapa pendapat di kalangan ahli zikr:

    [A] Hadis di atas tidak sahih. Ini kerana dalam riwayat al-Bukhari & Muslim hanya ada satu bentuk pendustaan yang dibolehkan: "Tidak dikatakan seorang pendusta orang yang bertujuan mendamaikan antara manusia, maka dia menghasilkan kebaikan atau mengatakan kebaikan" [Shahih al-Bukhari, no: 2692, Shahih Muslim, no: 2605] Adapun tambahan seterusnya, ia adalah perkataan Ibn Syihab az-Zuhri.

    Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari 15/184 mengkritik tambahan tersebut sebagai mudraj. al-Albani mempertahankannya, rujuk as-Shahihah, no: 545.

    [B] Pendustaan yang dibolehkan hanya sekadar tauriyah dan ma'aridh. Mudah cerita, ia pendustaan main-main saja, sekadar gurau senda romantik antara suami-isteri. Bukan pendustaan hakiki.

    [C] Pendustaan yang dibolehkan hanya dalam persoalan yang memiliki kemaslahatan yang besar di sebalik kemudaratan melakukan pendustaan.

    Sebagai contoh, seorang suami balik lewat ke rumah kerana menolong seorang wanita yang kerosakan keretanya. Apabila ditanya oleh isteri kenapa lewat sampai rumah, dia sekadar menjawab: "Saya menolong seorang lelaki yang kerosakan keretanya" bagi mengelakkan kecemburuan isterinya.

    Contoh lain, seorang isteri bermanhaj ahlus sunnah manakala suaminya tidak bermanhaj ahlus sunnah. Apabila suami mengajaknya ke kuliah-kuliah agama ahlul bid'ah, dia membuat alasan tidak sihat dan ingin berehat di rumah.

    Sekalipun berbeza pendapat dalam bentuk dan jenis pendustaan yang dibolehkan, "Para ulama' sepakat bahawa yang dimaksudkan dengan dusta antara suami-isteri terbatas pada perkara yang tidak menggugurkan hak salah seorang daripada kedua-duanya atau agar salah seorang daripada kedua-duanya mengambil sesuatu yang bukan miliknya." [Fathul Bari, 15/185]

    Penting sekali, hadis di atas tidak bermaksud menghalalkan apa yang diharamkan oleh agama atau berkata helah di sebalik perbuatan maksiat. Maka hadis di atas tidak bermaksud menghalalkan seorang suami berpoya-poya dengan wanita lain atau seorang isteri pergi berpacaran dengan lelaki lain lalu berkata antara satu sama lain "I balik rumah lambat sebab overtime di pejabat hari ini".


    Sponsored content


    wajarkah penipuan dalam perhubungan Empty Re: wajarkah penipuan dalam perhubungan

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Fri Apr 19, 2024 5:46 pm