Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


    Cinta!!!!!

    Share

    zairi faiezil
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 8
    Age : 32
    Location : Kajang
    Job/hobbies : Membaca buku / kaunseler
    Registration date : 03/03/2009

    Masalah percintaan adakah harus dikongsi bersama...

    Post by zairi faiezil on Tue Mar 03, 2009 4:10 pm

    Askum semua...

    Saya ingin bertanya dan ingin meminta pandangan dan pendapat rakan-rakan forum mengenai percintaan... Question

    Persoalannya:-

    1. Bagaimana anda mengatasi masalah percintaan ?
    2. Perlukah seseorang itu berkongsi masalah cinta dengan orang ketiga?

    SHiDi
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 30
    Age : 32
    Location : Ampang
    Job/hobbies : Geek
    Registration date : 03/03/2009

    Re: Cinta!!!!!

    Post by SHiDi on Tue Mar 03, 2009 4:16 pm

    1. Lain padang lain belalang. Aku biasanya atasi masalah dengan menenangkan diri dulu, tu paling penting. Kalau dah sama-sama panas hati memang tak kemana jawabnya. Bila dah reda, dah cool, baru aku fikir secara logik atas segala tindakan.

    Kiranya aku yang bersalah, memang akan aku minta maaf. Tapi kiranya bukan, aku akan fikirkan kenapa pihak lagi satu jadi marah. Semua perkara mesti ada puncanya kan? Bila dapat tahu, bincang secara baik, mula mula memang susah, tapi bila dah terus cuba, insyaAllah, mudah saja.


    2. Kalau rasa dah beban sangat, perlu. Tapi pastikan pihak ketiga tidak menyebelahi mana mana pihak. Aku pilih kawan sorang ni, memang cakap apa yang betul bukan apa yang nak didengar Very Happy

    zairi faiezil
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 8
    Age : 32
    Location : Kajang
    Job/hobbies : Membaca buku / kaunseler
    Registration date : 03/03/2009

    Re: Cinta!!!!!

    Post by zairi faiezil on Tue Mar 03, 2009 4:24 pm

    Terima kasih kerana bagi pandangan...

    Kebanyakkan masyarakat memandang sebelah mata tentang soal percintaan kerana bagi mereka kalau sudah tiada jodoh dengan pasangnya itu akan dicari peganti yang lain...
    Sampai bila pun masalah tidak dapat jalan penyelesai...


    .........................
    Lawati kami
    http://www.zaifai.com
    http://www.zaifai.blogspot.com
    avatar
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 41
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    Re: Cinta!!!!!

    Post by szainizam on Tue Mar 03, 2009 4:58 pm

    Sebelum Dibius Cinta


    “Bodoh punya batu, kenapa kau langgar kekasih aku?” marah seorang lelaki kepada seketul batu yang ‘melanggar’ buah hatinya.

    “Oh abang, biar pun baju abang masam, masam itulah masam-masam manis jiwaku!” kata seorang ‘gelifriend’ kepada ‘buayafriend’ beliau.

    Dialog di atas adalah ayat-ayat cinta yang biasa. Biar pun bunyinya sangat luar biasa kepada manusia biasa, ia amat biasa dan perlu bagi dua belangkas yang sedang mabuk cinta. Sama ada cinta di antara dua pasangan yang belum bernikah, atau yang pengantin baru yang sedang menikmati bulan-bulan madu mereka.

    BIUS CINTA

    Memang cinta itu luar biasa. Cinta bukan sahaja buta, malah boleh membutakan lagi melumpuhkan mereka yang terkena panahannya.

    “Aku dibius cinta!” kata Melly Goeslow.

    Kemabukan cinta ini menyulitkan kita untuk merasionalkan perbincangan. Perbahasan-perbahasan tentang do’s and don’ts yang dikemukakan untuk keelokkan jangka panjang cintanya, ditepis sambil pandangan melirik sebelah mata sahaja.

    Namun, saya ingin mengajak pasangan yang sedang mabuk cinta, belangkas yang sedang bertelinga tuli dari nasihat-nasihat di sekitar mereka, supaya duduk sejenak dan berusaha untuk menjawab soalan-soalan realiti yang saya senaraikan di bawah nanti, sesuai untuk meneroka kembara mawaddah dalam sebuah rumahtangga yang kekal hingga ke hujung nyawa.

    Firman Allah SWT:

    “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” [al-Rum 30: 21]

    Sesungguhnya mawaddah itu adalah cinta yang tumbuh, terbina dan bertambah dari semasa ke semasa di sepanjang bahtera perkahwinan dilayari. Cinta yang terbit dari satu demi satu kejayaan suami dan isteri menempuh kesukaran, kesulitan dan cabaran hubungan perkahwinan mereka.

    Agar bulan madu itu bulannya menjadi tahun yang berpanjangan, dan madu tidak menjadi racun, saya mengajak setiap pasangan yang masih ’sedar’ sebelum dibius cinta, agar menjawab soalan-soalan berikut dengan jujur dan telus. Jangan tergesa-gesa menjawabnya, fikirkan satu persatu, sehari demi sehari, sebelum menabur janji menyulam kata, sebelum janji dimeterai, sebelum ikatan disahkan agama:

    SOALAN PEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA:

    -Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?

    -Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?

    -Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?

    -Semasa kita mula berumahtangga, pasti hidup kita indah bagai di Syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan di rumahtangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?

    -Selepas beberapa tahun berumahtangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?

    -Andai selepas beberapa tahun berumahtangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?

    -Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah kauhadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?

    SOALAN LELAKI KEPADA PASANGANNYA:

    -Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?

    -Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?

    -Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?

    -Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?

    -Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?

    -Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?

    -Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?

    Seorang suami dan seorang isteri, akan berusaha dan berdoa agar tidak teruji dengan situasi sedemikan rupa. Memohon kepada Allah agar tidak dibebankan dengan ujian yang di luar upaya diri.

    “…Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya” [al-Baqarah 2: 286]

    Namun, menyedari bahawa kehidupan berumahtangga itu adalah lanjutan peringkat kehidupan, bukan melangkah ke mimpi yang jauh dari realiti alam nyata, pastikan langkah kaki tidak bermula, sebelum telah jelas gambaran akhir di minda.

    Sesungguhnya saya senaraikan 14 soalan, separuh untuk bakal suami dan separuh untuk bakal isteri, bukanlah soalan yang direka-reka tanpa asas. Mengendalikan sesi perkongsian di antara teman-teman dan peserta program, bertukar-tukar pandangan serta nasihat dari golongan yang lebih berusia, mengumpulkan hal-hal ini untuk direnung oleh kita semua.

    Ketika dibius cinta, kita menafikan segalanya. Bahawa cinta dan rumahtangga kita indah semuanya. Tidak akan diuji sedemikian rupa. Sebagaimana semasa melihat kematian, kita sering melihat kematian itu kematian orang lain, tanpa pernah meletakkan diri di ketentuan itu. Biar pun mati itu pasti, kita yakin ia bukan giliran kita. Masih punya masa, masih punya ketika.

    Tidak membuat persediaan, itulah kematian sebelum mati.

    Membiarkan diri dibius cinta, itulah racun pemusnah cinta, apabila cinta realiti, diterbangkan ke langit impian, hingga kaki tak jejak bumi, tangan gagal menggapai awan.

    Sebelum anda dibius cinta… soallah diri sejauh mana anda bersedia?

    ABU SAIF @ www.saifulislam.com
    68000 AMPANG, SELANGOR




    __ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Perkongsian anda, biar pun hanya secawan kopi amat bermakna dalam usaha menampung perjalanan saifulislam.com ini.
    Terima kasih

    -Aku copy and paste je...ambillah sebagai renungan..

    belle
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Female Number of posts : 23
    Age : 26
    Location : quown town
    Job/hobbies : student
    Registration date : 03/03/2009

    Re: Cinta!!!!!

    Post by belle on Tue Mar 03, 2009 5:00 pm

    salam..aq x de r masalh cintun yg kritikal coz aq x kapel ag..x laku kot..haha

    setakat yg aq tgk mmbe2,aq slalu dijadikan org ke3..tmpt luah feeling n tlg sampaikan kpd pihak yg lg 1..
    so, aq beckp sbg org ke3 r ie:mmg ssh jd org tgh ni..tmpt mmbe2 sharing prob tp bg aq kalo org da caye kt kite suh jd owg tgh, jgn r bwk mulot lak..
    dose..niat kne betul..nk tlg mmbe baik blk ngn kapel msg2.wat tindakan yg plg rasional n jgn keruhkan keadaan..tlg je r coz besenye org kalo kapel ni emo sket..kalo ngh pns ,ssh nk nmpk kesalahan sendri n kebaikan psgn dy..so,kite tlg la pe yg ptut

    yg sdey nye,aq setel mslah owg..mslah aq x setel2

    zairi faiezil
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 8
    Age : 32
    Location : Kajang
    Job/hobbies : Membaca buku / kaunseler
    Registration date : 03/03/2009

    Re: Cinta!!!!!

    Post by zairi faiezil on Tue Mar 03, 2009 5:51 pm

    Bagus tue aq jadi orang tgh untuk membantu kwn yang ada masalah terutama dalam bab percintaan ini. Walaupun bagi sesetengah pihak mengambil remeh temeh hal ini. Bagi PRC cinta adalah satu yang amat istimewa dan di pandang tinggi dalam islam.. Very Happy Mengikut seorang pakar motivasi cinta juga memerlukan ilmu dan seorang guru untuk kita menikmati kebahagian & keindahan percintaan... Wink

    Ok la aq ader msalahkn, cube bagi tahu PKC aper dier mslah nyer insyallah dengan sebaik mungkin PKC tlng jawabkan..

    ---------------------------------
    Lawati kami
    http://www.zaifai.com
    http://www.zaifai.blogspot.com
    avatar
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 41
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    Re: Cinta!!!!!

    Post by szainizam on Tue Mar 03, 2009 9:13 pm

    Ibrah Yusuf Mendepani Biusan Cinta


    Ko jangan banyak cakap. Ko tak kena lagi. Kalau ko kena penangan cinta ni, baru ko tahu!” tempelak Zack apabila menerima teguran Azim.
    “Habis kamu nak tunggu mayat dalam kubur tegur kamu ke?” Azim menamatkan perbualan. Bosan.
    Memang susah mahu bercakap dengan orang yang sedang asyik cinta. Fikirannya lumpuh dan seluruh dunia dituduhnya bodoh kerana tidak memahami apa yang sedang dialami.
    “Cinta itu kurap, makin digaru makin sedap!” rengek seekor buaya di kafe kampus di hadapan kekasih pujaannya.
    Cakap mereka jadi tidak tentu hala. Nasihat sesiapa pun semuanya ditepis mudah. Mereka mabuk cinta. Mereka dibius cinta.


    CINTA ZULAIKHA JADI IKTIBAR

    Allah Subhanahu wa Ta’aala sudah pun mengajar manusia menguruskan cinta. Ia bagai minyak petrol. Gunanya untuk menjana tenaga kerja. Kuasanya hebat. Tetapi cinta itu mudah terbakar. Mudah menyambar apabila tersentuh. Justeru manusia sudah awal-awal lagi diberitahu, berhati-hati dengan cinta.
    Tetapi manusia sering lupa.
    Mungkin kerana kurang kasih sayang dalam kehidupan, ramai yang tidak menyempat-nyempat mahu bercinta. Dan dengan fikiran yang masih seputik jagung, bersama nafsu yang panas membara, ramai yang dibius cinta.
    Soal dibius cinta ini bukanlah soal baru. Ia sudah pernah berlaku, malah sudah pun mempamerkan segala bencana dan keaiban-keaiban yang datang mengiringinya. Dibius cinta, adalah bencana yang menimpa wanita bergelar * Zulaikha.


    Dia mabuk cinta bukan dengan al-Aziz suaminya. Tetapi keberahiannya tumpah kepada anak muda yang dijaganya semenjak kecil. Anak angkatnya sendiri. Bernama Yusuf. Nabi Allah Yusuf ‘alayhi al-Salaam. Keinginannya kepada Yusuf menyebabkan wanita itu sanggup untuk melakukan apa sahaja. Diperangkapnya Yusuf hingga terfitnah anak muda yang suci bersih itu.

    “Apa yang engkau tahu pasal cinta?” bentak seorang perempuan mabuk cinta apabila ditegur rakannya.

    Mungkin soalan ini jua yang berlegar di benak Zulaikha.

    “Apa yang orang ramai tahu tentang perasaanku terhadap Yusuf? Mereka mengata, aku merasa. Aku yang menanggungnya!” begitulah mungkin bayangan kita tentang kata-kata Zulaikha semasa kemahuannya kepada Yusuf menjadi buah mulut orang ramai.

    Suaminya sudah memberi nasihat. Al-Aziz memberitahu Yusuf supaya melupakan kejadian baju terkoyak di kamar itu dan buat sang isteri, bertaubatlah kepada Allah…


    “Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini. dan engkau (wahai Zulaikha), mintalah ampun bagi dosamu. Sesungguhnya engkau adalah dari orang-orang yang bersalah!” [Yusuf 12: 29]


    Bukankah ini nasihat yang sama kita ulang-ulangkan kepada rakan-rakan yang mabuk cinta? Bukan tidak jelas apa yang diberitakan. Bukan tidak berhikmah apa yang dinasihatkan. Namun manusia yang dibius cinta, sudah hilang pertimbangan fikirannya.

    Zulaikha lebih nekad.

    Dikumpulnya teman-teman yang mengata. Mahu dibuktikan betapa cintanya bukan sebarangan. Kamu yang tidak kena, tidak memahaminya.

    ZULAIKHA DIBIUS CINTA


    “Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, Sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; Sesungguhnya Kami melihatnya berada di dalam kesesatan yang nyata!” [Yusuf 12: 30]

    Qad syaghafaha hubba!

    Itulah ungkapan al-Quran tentang manusia yang dibius cinta. Keinginannya yang membuta tuli itu menyelinap masuk ke seluruh tubuh hingga terangkat segala rasa malu yang selama ini membenteng diri dari perbuatan yang mengundang kerendahan.

    Inilah yang sedang dialami oleh teman-teman kita yang ghairah dengan cinta. Janganlah kita berpura-pura hairan dengan kerenah mereka. Hairan dengan ilmu yang penuh di dada, hairan dengan janggut sejemput penghias dagu, atau hairan dengan tudung labuh yang membalut tubuh. Dengan cinta sebegini, tudung tidak bertudung, janggut tidak berjanggut, mereka sudah lumpuh dari alam realiti.

    Justeru Allah Subhanahu memberitahu kita, bahawa golongan yang seperti ini:

    “…Sesungguhnya Kami melihatnya berada di dalam kesesatan yang nyata!” [Yusuf 12: 30]

    Cinta yang bukan sekadar buta.

    Cinta yang bukan sekadar membius kewarasan minda.

    Tetapi cinta yang akhirnya mengheret manusia ke dalam kesesatan yang nyata.

    Kesasatan itu menjadikan Zulaikha gila. Dia mahu membuktikan bahawa dalam cintanya kepada Yusuf, bukan dirinya yang bersalah. Tetapi Yusuf dan rupa parasanya, serta panahan cinta itu yang menggilakannya. Dikumpulkan teman-teman yang mengata itu tadi, untuk mereka pula diuji sihir cinta memandang Yusuf.



    “Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Lalu pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): “keluarlah di hadapan mereka”. Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: “Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!” [Yusuf 12: 31]



    Teman-teman yang mengata itu tadi juga terpukau. Bukan sahaja mata mereka tidak dapat lari dari memandang Yusuf, malah biusan cinta itu menyebabkan mereka melukakan tangan tanpa sedar. Benar-benar dibius cinta. Justeru berhasillah perangkap Zulaikha. Bahawa memang selama ini mereka yang mengata itu berkata demikian kerana mereka tidak mengetahui bahana cinta. “Kini tahulah mereka apa yang menyeksa diriku selama ini” demikian hati isteri al-Aziz itu berdetik.

    “(Zulaikha) berkata: “Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; Dan demi sesungguhnya kalau ia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan akan menjadi dari orang-orang yang hina.” [Yusuf 12: 32]

    SULITNYA MENYEDARKAN DIA

    Bius itu suatu kelumpuhan. Resapannya merebak ke seluruh tubuh badan. Manusia yang dibius cinta tidak lut dengan cakap-cakap biasa manusia di sekitarnya. Malah debat-debat antara kita dan dia mungkin menambahkan lagi jauhnya diri dia dari kebenaran.

    Apa yang perlu adalah sebuah keteguhan.

    Bagi mereka yang bersungguh memegang iman, ketahuilah bahawa mujahadahmu mencegah diri dari biusan cinta, harganya boleh sampai ke nilai sebuah PENJARA. Itulah pilihan Yusuf. Tidak tunduk kepada cinta, tidak tunduk kepada paksa, tidak tunduk kepada suasana. Yusuf meminta kepada Allah, andai penjara itu bisa menyelamatkan diri baginda dari dosa dan maksiat biusan cinta, PENJARA itulah mohon dikurniakan sebagai jalan keluarnya.



    “Yusuf berkata: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan tergolonglah aku dari kalangan kaum yang jahil” [Yusuf 12: 33]

    Ya… dalam mujahadah kita menjauhkan diri dari cinta dosa yang penuh dusta itu, apakah kita sudah menguatkan hati sekukuh pendirian Yusuf?

    NASIHAT BUAT ADIK-ADIKKU

    Wahai adik-adik remaja sekalian, sesungguhnya cinta itu BESAR. Jangan diremehkan cinta. Gunanya besar untuk kebaikan. Namun salah gunanya juga besar mengundang bencana kemusnahan. Hari ini, bukan sekadar Zulaikha dan wanita bangsawan itu yang terkena biusan cinta, malah segala yang berada di sekitarmu, merangsang diri untuk tunduk kepada desakan trend semasa ini. Jalan untuk cinta dosa dan zina terbentang luas, berbanding jalan taat yang sulit dan penuh liku.

    Justeru penjarakanlah dirimu dengan semangat Yusuf. Peliharalah kesucian dirimu dengan kesungguhanmu berpegang dengan tali Allah. Janganlah sekadar berdolak dalih secebis dua, sudah dikatakan telah berusaha. Sedangkan Yusuf merengkok bertahun di penjara, agar tidak menjadi mangsa BIUSAN CINTA.

    Dan bagi mereka yang terus mabuk dibius cinta, tidak mudah bagi kita untuk mencapai mereka. Tidak mudah untuk berkomunikasi dengan mereka. Berusahalah sedaya yang kamu ada, dan berikan masa untuk menjadi sebahagian daripada penawarnya. Zulaikha itu mengambil tempoh yang panjang untuk akhirnya tersedar, bahawa beliau telah lama tersesat di dalam dosa, kerana membiarkan diri dibius cinta. Kebenaran Yusuf akhirnya diperakui, Zulaikha bertaubat kepada Allah… akhir sebuah perjalanan yang panjang, seperti yang terungkap dalam firman-Nya di dalam Surah Yusuf ayat 51.

    Berhati-hatilah dalam permainan cinta.

    Kalian tidak tahu apa yang menanti di hadapan sana.

    ABU SAIF @ www.saifulislam.com
    68000 Ampang

    * Nama Zulaikha tidak mempunyai sandaran terhadap sumber al-Quran mahu pun Sunnah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Beliau hanya digelar sebagai isteri al-’Aziz (imra’ah al-’Aziz) Nama itu diguna pakai sekadar untuk memudahkan penceritaan. Harap maklum.


    __ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Perkongsian anda, biar pun hanya secawan kopi amat bermakna dalam usaha menampung perjalanan saifulislam.com ini. Terima kasih




    © SAIFULISLAM.COM (1998 – 2008)

    "Erti Hidup Pada Memberi"

    ABU SAIF @ www.saifulislam.com
    56000 Kuala Lumpur


    avatar
    teri-chan
    Moderators
    Moderators

    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    Re: Cinta!!!!!

    Post by teri-chan on Tue Mar 03, 2009 9:35 pm

    zairi faiezil wrote:Askum semua...

    Saya ingin bertanya dan ingin meminta pandangan dan pendapat rakan-rakan forum mengenai percintaan... Question

    Persoalannya:-

    1. Bagaimana anda mengatasi masalah percintaan ?
    2. Perlukah seseorang itu berkongsi masalah cinta dengan orang ketiga?

    soalan ini jwpnnya pelbagai... punya mslh kalu tak berkongsi sakit jiwa... jd nilaikan la... kalu tak kongsi kita tak nmpk jln penyelesaian yg lain kerana jiwa kita sendiri gundah.


    --------------------------------------------


    teri-chan is back
    avatar
    Quraisya
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Female Number of posts : 129
    Age : 32
    Location : JB
    Registration date : 20/02/2009

    Re: Cinta!!!!!

    Post by Quraisya on Wed Mar 04, 2009 3:25 pm

    Nak atasi masalah cinta tu tgk la apa masalahnye....
    Perlu kot kongsi dgn org ketiga. Just utk minta pendapat. Tapi kongsi pada org yg anda percaya....
    avatar
    mon678
    Ahli
    Ahli

    Gender : Male Number of posts : 503
    Age : 30
    Location : jb
    Job/hobbies : computer2....computer x habis2
    Registration date : 18/02/2009

    Re: Cinta!!!!!

    Post by mon678 on Wed Mar 04, 2009 4:41 pm

    kalau ade best frend kongsikan mslh kau..or atau dgn org lebih berpengalaman..mcm dlm forum putera nieh...rmai yg berpengalaman dlm cinta nieh...terutama teri chan

    zairi faiezil
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 8
    Age : 32
    Location : Kajang
    Job/hobbies : Membaca buku / kaunseler
    Registration date : 03/03/2009

    Re: Cinta!!!!!

    Post by zairi faiezil on Wed Mar 04, 2009 5:05 pm

    Memang tidak salah mengharapkan best friends untuk menjadi orang ketiga... Cuba rakan2 fikirkan sejenak jika berlaku masalah cinta terhadap anda, lpas tue anda menceritakan kepada kwn karib..

    Persoalannya ialah

    Kawan karib akan menjadi pendengar setia anda atau menolong anda menyelesaikan masalah...??

    Pandangan rakan-rakan..... Cool
    avatar
    mon678
    Ahli
    Ahli

    Gender : Male Number of posts : 503
    Age : 30
    Location : jb
    Job/hobbies : computer2....computer x habis2
    Registration date : 18/02/2009

    Re: Cinta!!!!!

    Post by mon678 on Wed Mar 04, 2009 5:13 pm

    cume kdng2 kita kena hati2 kwn pun ade kwn mkn kwn.huhuhrpkan pagar,pagar mkn manggis
    avatar
    neko
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 10
    Age : 27
    Location : depan skrin, uitm segamat
    Registration date : 19/02/2009

    Re: Cinta!!!!!

    Post by neko on Wed Mar 04, 2009 5:42 pm

    zairi faiezil wrote:
    1. Bagaimana anda mengatasi masalah percintaan ?
    2. Perlukah seseorang itu berkongsi masalah cinta dengan orang ketiga?
    1. no komen, sebab aku cuma pernah berminat ngan orang, tapi x da experience bercinta, maybe aku x reti n x confident lagi kut
    2. bagi aku kalau rasa perlu boleh luahkan, tapi kene tengok orang dan keadaan gak,
    Ada sornag member aku (lelaki) ni cintakan A, lepas tu jumpa B untuk luahkan dan jadi orang tengah, last2 si B ni yang suka kat A... ending dia, deorang berdua couple, member aku melepas....

    belle
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Female Number of posts : 23
    Age : 26
    Location : quown town
    Job/hobbies : student
    Registration date : 03/03/2009

    Re: Cinta!!!!!

    Post by belle on Wed Mar 04, 2009 9:23 pm

    zairi faiezil wrote:Memang tidak salah mengharapkan best friends untuk menjadi orang ketiga... Cuba rakan2 fikirkan sejenak jika berlaku masalah cinta terhadap anda, lpas tue anda menceritakan kepada kwn karib..

    Persoalannya ialah

    Kawan karib akan menjadi pendengar setia anda atau menolong anda menyelesaikan masalah...??

    Pandangan rakan-rakan..... Cool


    xtually kn..aq musykil..nk tau je..ko ke yg ad mslh cintun nier n ngh confuse nk share ngn mmbe @x..?tu ke situation ko???
    avatar
    teri-chan
    Moderators
    Moderators

    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    Re: Cinta!!!!!

    Post by teri-chan on Wed Mar 04, 2009 10:38 pm

    huu belle... byk sgt short from... pening aku nk baca reply ko huhuhu...

    tp TS ptt terangkan.. tujuan knp bangkitnya soalan mcm ni.


    --------------------------------------------


    teri-chan is back
    avatar
    Quraisya
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Female Number of posts : 129
    Age : 32
    Location : JB
    Registration date : 20/02/2009

    Re: Cinta!!!!!

    Post by Quraisya on Thu Mar 05, 2009 12:31 am

    Klu ade mslh ngan bf, aku suke cite ngan membe aku. Sebab dpt legakan hati. Tapi aku tak penah dgr pendapat dorang sbb ape jua langkah yg kite buat adalah dari hati kite sendri. Kekadang niat nak wat lain, tapi smpi waktu lain jadinye.

    belle
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Female Number of posts : 23
    Age : 26
    Location : quown town
    Job/hobbies : student
    Registration date : 03/03/2009

    Re: Cinta!!!!!

    Post by belle on Thu Mar 05, 2009 9:48 am

    [quote="teri-chan"]huu belle... byk sgt short from... pening aku nk baca reply ko huhuhu...

    hehe..sory r..x perasan lak reply aq bole wt org pning..juz asking je encik yg bangkit sal topik ni

    x salah nk share prob ngn mmbe tp don't expect ur mmbe to setel everythng..juz mintak nasihat+pendapat je

    mane yg ok, ko flow r advice mmbe ko tu..papepun ko kne pandai tapis r nasihat yg sesuai coz mmbe akn bg pndgn secare kasar je..dy x knl sgt psgn ko..ko lbh knl so,pandai2 r adapt..

    bole x kalo aq nk straight foward je ngn starter topik ni?ko gado sal pe ngn awk ko..story je r..x yah mention name..ne tau aq bole tlg bg nasihat..hehe

    zairi faiezil
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 8
    Age : 32
    Location : Kajang
    Job/hobbies : Membaca buku / kaunseler
    Registration date : 03/03/2009

    Re: Cinta!!!!!

    Post by zairi faiezil on Thu Mar 05, 2009 4:22 pm

    belle wrote:
    zairi faiezil wrote:Memang tidak salah mengharapkan best friends untuk menjadi orang ketiga... Cuba rakan2 fikirkan sejenak jika berlaku masalah cinta terhadap anda, lpas tue anda menceritakan kepada kwn karib..

    Persoalannya ialah

    Kawan karib akan menjadi pendengar setia anda atau menolong anda menyelesaikan masalah...??

    Pandangan rakan-rakan..... Cool


    xtually kn..aq musykil..nk tau je..ko ke yg ad mslh cintun nier n ngh confuse nk share ngn mmbe @x..?tu ke situation ko???

    salam semua...

    Xderla PRC ok jer xder masalah aper pn... Cuma nk tanye pendapat rakan-rakan jer Laughing
    avatar
    teri-chan
    Moderators
    Moderators

    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    Re: Cinta!!!!!

    Post by teri-chan on Thu Mar 05, 2009 9:47 pm

    kalu ada mslh.. jgn segan2 share kat jati diri.. buka topik di sembang tak kena skit la tempat die...


    --------------------------------------------


    teri-chan is back
    avatar
    Quraisya
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Female Number of posts : 129
    Age : 32
    Location : JB
    Registration date : 20/02/2009

    Re: Cinta!!!!!

    Post by Quraisya on Fri Mar 06, 2009 8:34 pm

    yeah...
    avatar
    Quraisya
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Female Number of posts : 129
    Age : 32
    Location : JB
    Registration date : 20/02/2009

    Cinta!!!!!

    Post by Quraisya on Fri Mar 06, 2009 8:42 pm

    Orait....
    Aku bukak topic nih khusus untuk sesiapa yang ada masalah percintaan.
    Atau sesiapa yang nak kongsi kisah cinta mereka....
    Siapa nak start.......???
    avatar
    hairulfadly
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 281
    Age : 33
    Location : Kuala Lumpur
    Job/hobbies : Wayang
    Registration date : 03/03/2009

    Re: Cinta!!!!!

    Post by hairulfadly on Fri Mar 06, 2009 9:15 pm

    Aku cinta dengan kucing aku yang bernama Lonjong...
    dengan gamba kucing ko Quraisya.


    Last edited by hairulfadly on Fri Mar 06, 2009 9:34 pm; edited 1 time in total
    avatar
    cisqo87
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 174
    Location : Tasik Permaisuri
    Registration date : 14/02/2009

    Re: Cinta!!!!!

    Post by cisqo87 on Fri Mar 06, 2009 9:28 pm

    la...kenapa org lain nak start dulu...apa kata quraisya mula kan bercerita dulu...i follow..
    kisah cinta ni byk..cinta pada org..binatang..Yang Maha Esa..
    i'm sorry

    belle
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Female Number of posts : 23
    Age : 26
    Location : quown town
    Job/hobbies : student
    Registration date : 03/03/2009

    Re: Cinta!!!!!

    Post by belle on Fri Mar 06, 2009 10:21 pm

    haha..nak nyampuk je..love story aq..ntah r x pnh kapel tp pnh sangkut..hehe

    korang rase betul ke first love tu ssh nk lupe?
    avatar
    crazy_labelle
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Female Number of posts : 370
    Age : 88
    Location : on da way to umah cullen...
    Job/hobbies : baca n tgk cite twillight...
    Registration date : 16/02/2009

    Re: Cinta!!!!!

    Post by crazy_labelle on Fri Mar 06, 2009 11:00 pm

    uhum... kite xkan ley lupekan first time...
    mcm mende len la jgak...
    bile teringat balik kenangan pertama ak tumbuh gigi...
    kenangan pertama ak berjalan...
    kenangan pertama ak bercakap...
    mesti ak senyum sorg2...

    p/s: huhu... puas ak pk bile mase ak pos kat topik2 cinta ni...
    huhu... nama lbey kurang sama rupenye... huhu...

    Sponsored content

    Re: Cinta!!!!!

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Sun Jul 23, 2017 10:39 am