Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


+14
Jedi
neiny_nani
budak baik
loy_azloy
Nezict
hampeh
TOYSЯUS
dans kam
Razi_IBM
ogGy
Falcon
Miss U.A
teri-chan
mr_smile
18 posters

    senarai makanan yang haram

    avatar
    mr_smile
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 3
    Registration date : 20/12/2009

    senarai makanan yang haram Empty senarai makanan yang haram

    Post by mr_smile Sun Dec 20, 2009 5:09 pm

    disini kita berkongsi tentang senarai makanan yang haram,ttp perlulah ada sumbernya ya sblm mnghukum ssuatu 2 haram


    Starbucks HARAM, ISO 9002
    JABATAN IMEGRESEN HALIMAH BINTI HAMZAH PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO9002 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

    Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM.

    Please pass this message to our muslim friends.

    Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information.
    Thank you

    INI ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SAUDARA SESAMA MUSLIM, SAMPAIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN...
    avatar
    mr_smile
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 3
    Registration date : 20/12/2009

    senarai makanan yang haram Empty Re: senarai makanan yang haram

    Post by mr_smile Sun Dec 20, 2009 5:11 pm

    gula gula yang mengandungi ba**

    senarai makanan yang haram 99085gula%20gula%20haram

    Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

    KUALA LUMPUR : Lambakan pelbagai jenis gula-gula jeli dan getah pelbagai warna serta bentuk yang diimport mencetuskan keresahan pengguna Islam berikutan 80 peratus dihasilkan daripada gelatin babi.

    Gula-gula terbabit yang dijual berleluasa di kedai runcit dan pusat beli-belah dikesan tidak mempunyai logo halal, termasuk daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

    Dakwaan mengaitkan gula-gula terbabit dengan penggunaan gelatin daripada kulit atau tulang babi diperkuatkan lagi apabila pengedar atau pengilang sengaja tidak menyenaraikan kandungan bahan gelatin digunakan pada bungkusan.
    Sehingga kini, lebih 50 jenis gula-gula jeli dan getah yang berbentuk menarik untuk memikat pengguna cilik diragui statusnya berada di pasaran, lantaran sikap pengimport dan pengedar yang berdiam diri berhubung status halal.
    Tinjauan Harian Metro mendapati gula-gula itu yang dijual sama ada secara timbang atau dalam peket plastik kecil menarik perhatian kanak-kanak berikutan bentuknya seperti buah-buahan, binatang dan kuih. Malah, harganya semurah 20 sen hingga RM1 sebungkus menyebabkan kanak-kanak menjadi ketagih membelinya setiap hari.

    Seorang pengadu, Iylia Hani Talib, 24, berkata kewujudan gula-gula terbabit yang mudah dibeli di kedai runcit atau pasar raya mula menimbulkan keraguan apabila kerap dibeli dan dimakan rakannya. Menurutnya, walaupun tidak mempunyai pengetahuan khusus mengenai proses pembuatan gula-gula terbabit, dia mendapat tahu ia memerlukan gelatin sebagai bahan asas utama.

    \"Mulanya saya turut sama menjamah gula-gula getah itu, namun selepas mendapati ia tidak mempunyai logo halal, saya mula was-was.
    \"Selepas bertanya rakan yang bertugas di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), saya yakin produk terbabit yang dipasarkan tanpa logo halal dikhuatiri mengandungi gelatin tetapi dibungkus dengan pembalut yang tidak menyatakan kandungan sebenar bagi mengelirukan umat Islam.

    \"Ada kemungkinan pengusaha makanan ringan asing dan tempatan berpakat merahsiakan kandungan tepat ramuan gelatin yang digunakan kerana tidak mahu produk mereka dipulau pengguna Islam.\"Tindakan pengusaha terbabit nyata tidak bertanggungjawab kerana menyembunyikan sesuatu yang sepatutnya diketahui umum bahan yang digunakan itu tidak halal,\" katanya.

    Kata Iylia, dia mengesyaki gelatin gula-gula itu tidak diproses mengikut kaedah dibenarkan syariat Islam, apatah lagi makanan itu dikeluarkan pengusaha asing yang pasti tidak menitikberatkan soal halal haram.Dia berkata, penggunaan gelatin dalam makanan terbabit harus dilabelkan untuk memudahkan pengguna, terutama orang Islam mengetahui sama ada makanan itu halal atau haram.
    \"Lebih mengecewakan mungkin ada pihak yang sengaja menipu fakta kandungan atau langsung tidak meletakkannya untuk menipu orang ramai,\" katanya.

    Mengulas hal itu, Pengurus Pemasaran Kumpulan Halagel (M) Sdn Bhd, Muhammad Azhar Abdullah, 33, berkata kebimbangan orang ramai terhadap gula-gula diperbuat daripada gelatin babi berasas berikutan sumber gelatin babi (porcine) lebih murah dan menjadi pilihan utama pengilang gula-gula di luar negara, terutama di China.

    Menurutnya, gelatin digunakan sebagai ejen penstabil, penebal, pembuih, pelekat dan pengikat. Malah, boleh dikatakan tanpa penggunaan bahan ini, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.\"Melalui pengalaman lebih 10 tahun, kebanyakan jenis gelatin yang digunakan pengusaha makanan ringan di luar negara diperbuat daripada najis mughallazah seperti tulang dan lemak babi atau lemak lembu yang tidak disembelih mengikut syariat Islam.

    \"Hanya segelintir pengilang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan gelatin bovine (lembu, kerbau atau kambing) selain gelatin tumbuh-tumbuhan (pectin) untuk dijadikan bahan asas gula-gula,\" katanya.Namun menurutnya, tidak semua gelatin bovine benar-benar halal berikutan sumber ternakan seperti lembu atau kambing digunakan dibimbangi tidak disembelih mengikut hukum syarak.

    \"Melalui lawatan ke kilang menghasilkan gelatin di China sebelum ini, 70 hingga 80 peratus syarikat di sana mengeluarkan gelatin porcine. Malah ada syarikat yang menghasilkan gelatin porcine dan bovine dalam kilang sama.

    \"Keadaan ini menyebabkan syarikat kami mengimport gelatin halal dari Pakistan yang lebih diyakini berikutan sumber binatang halal disembelih,\" katanya yang amat meragui gula-gula getah dari China kerana kebanyakan pengilangnya mendapatkan sumber daripada pengusaha gelatin tempatan.

    Selain itu, kata Azhar, dia meragui gelatin dalam bentuk blok yang kerap digunakan syarikat menghasilkan kek.\"Mengikut maklumat, gelatin blok berwarna putih jernih adalah dihasilkan daripada sumber babi manakala gelatin berwarna kuning dihasilkan daripada lembu atau kambing,\" katanya.

    Azhar berkata, masalah berhubung produk yang haram dimakan dapat diatasi jika masyarakat lebih peka dan hanya memilih produk yang mempunyai logo halal Jakim
    avatar
    mr_smile
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 3
    Registration date : 20/12/2009

    senarai makanan yang haram Empty Re: senarai makanan yang haram

    Post by mr_smile Sun Dec 20, 2009 5:12 pm

    perhatian kepada gula getah ini

    gula getah yg haram


    senarai makanan yang haram 21228haram-gums-2

    senarai makanan yang haram 34748haram-gums-3

    KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
    BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
    teri-chan
    teri-chan
    Moderators
    Moderators


    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    senarai makanan yang haram Empty Re: senarai makanan yang haram

    Post by teri-chan Sun Dec 20, 2009 5:25 pm

    mr_smile wrote:disini kita berkongsi tentang senarai makanan yang haram,ttp perlulah ada sumbernya ya sblm mnghukum ssuatu 2 haram


    Starbucks HARAM, ISO 9002
    JABATAN IMEGRESEN HALIMAH BINTI HAMZAH PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO9002 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

    Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM.

    Please pass this message to our muslim friends.

    Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information.
    Thank you

    INI ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SAUDARA SESAMA MUSLIM, SAMPAIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN...

    sudah disahkan di halal.gov.my

    "Salam, Cafe yang tuan nyatakan merupakan pemegang sijil pengesahan halal JAKIM yang sah. Namun, pihak tuan perlu pastikan premis tersebut mempamerkan sijil pengesahan halal JAKIM di premis bagi memastikan premis tersebut sudah mendapat pengesahan halal.JAKIM memberi pengesahan halal berdasarkan alamat premis dan bukan keseluruhan. Namun begitu, cafe Starbucks dan Coffee Bean di Malaysia secara amnya merupakan pemegang sijil halal yang sah. Terima kasih"
    Miss U.A
    Miss U.A
    Ahli
    Ahli


    Gender : Female Number of posts : 831
    Registration date : 21/07/2009

    senarai makanan yang haram Empty Re: senarai makanan yang haram

    Post by Miss U.A Sun Dec 20, 2009 6:38 pm

    perrghhhh jeli ngn chewing gum tuh slalu je menjadi santapan aku...

    Ya Allah, byknye yg tak elok dah aku telan...huuuhuuuu patutla rasa bebal smcm je...
    Falcon
    Falcon
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 258
    Location : Ada la dekat-dekat korang tuh.
    Job/hobbies : Games... games.. games.. dan duit.
    Registration date : 27/11/2009

    senarai makanan yang haram Empty Re: senarai makanan yang haram

    Post by Falcon Sun Dec 20, 2009 9:14 pm

    Snickers ngan jem Smucker's Goober halal x?
    ogGy
    ogGy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 897
    Age : 36
    Location : mu di mana ?
    Job/hobbies : geletek ginjal korang
    Registration date : 15/02/2009

    senarai makanan yang haram Empty Re: senarai makanan yang haram

    Post by ogGy Sun Dec 20, 2009 9:45 pm

    Bab makanan ni susah kita nak pastikan samada dia betul2 halal atau tidak,kita tak nampak dan tak tahu apa yang dicampur semasa proses adunan dibuat.

    Jadi kita nak kata benda tu memamng haram pun tak boleh jugak,buatnya premis tu ada sijil halal yang sah dan dah renew semula sijil halal,,kita sebagai penuduh berdosa.

    Bayangkan seorang cina menjual cendol,tetapi kita tak tahu dia menggunakan bahan dan bekas yang halal dan suci.Boleh d cop makanan tu haram ? Kita kene selidik terlebih dahulu.
    Razi_IBM
    Razi_IBM
    Ahli Rajin
    Ahli Rajin


    Gender : Male Number of posts : 1062
    Age : 33
    Location : on dmz.hack me if u can.
    Job/hobbies : Saboteur
    Registration date : 14/02/2009

    senarai makanan yang haram Empty Re: senarai makanan yang haram

    Post by Razi_IBM Sun Dec 20, 2009 10:19 pm

    blah lar list nih...
    aku sangat sangat skeptikal.
    korang main pecaya je..padahal dah disahkan halal.

    korang kena paham, produk ni kat luar negara pun ada.lain negara, lain base ingredient.
    yang mamat bengong buat mel tu...ntah produk negara mana dia tengok ada babi la..itu ini..etc etc.. tu kat luar negara.

    contohnya,,cam cwing gam tu, kalau kat luar negara diorang pakai gelatin babi..dinasour pun takpe.
    kat mesia, diorang terikat kat undang2 makanan halal. diorang kena cari jugak alternatif halal untuk produk diorang dapat cap halal.
    paham tak???

    aku ingat lagi sem lepas ada penceramah datang kampus aku, orang berilmu la konon.., buat ceramah pasal makanan halal..
    habis sumer di haramkannya. holik, sirap, mentos,hampir semua benda yang kita makan tetiap hari...bodoh betol.
    holik cuma ada bahan tak halal kat luar negara je la ngok.sirap dia kata haram sebab pewarna tu dibuat dari kumbang cochineal.memang la kumbang tu boleh buat pewarna merah, tapi bukan dalam sirap le sengal.ingat toke sirap tu cap duit ke nak beli pewarna organik camtu??import dari jauh lak tu...tak lulus matapelajaran kimia ke? haih..tukang ceramah ni..kalo ye pun pakai la common sense, bukak la wikipedia skali sekala..
    yang aku geram tu..pas habis ceramah dia promote HPA, "hpa dijamin halal" katanya.celanat ko..ko nak promote produk ko, habis pesaing ko jadik haram. bila nak kuar dewan, beratur meja jual produk hpa.benci gile sial..

    ...sekian saje rintihan nyampah aku.lol..
    ogGy
    ogGy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 897
    Age : 36
    Location : mu di mana ?
    Job/hobbies : geletek ginjal korang
    Registration date : 15/02/2009

    senarai makanan yang haram Empty Re: senarai makanan yang haram

    Post by ogGy Sun Dec 20, 2009 11:04 pm

    Ala adat tu bro dunia meniaga,cari kesalahan orang lain.itu tak dinafikan dalam dunia perniagaan...ok kembali ke topik asal.
    dans kam
    dans kam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 172
    Age : 42
    Location : Wangsa Maju
    Job/hobbies : PHP
    Registration date : 19/02/2009

    senarai makanan yang haram Empty Re: senarai makanan yang haram

    Post by dans kam Sun Dec 20, 2009 11:34 pm

    Bila sesatu perkara makanan, halal haram tu kita x pasti, ada byk langkah yang kita boleh buat antaranya:
    1. Kalo masih ragu2 walaupun jakim dah sahkan halal, jgn guna terus. Cari alternatif lain je atau
    2. Kalo makanan tu memang kita xleh tinggal dan jakim dah sahkan halal, yakin la jakim dah buat keje dia dgn betul atau
    3. Terus cari alternatif lain iaitu Produk keluaran Muslim(Berapa ramai yang prihatin???). Walaupun mungkin xde sijil halal jakim(yang boleh dibeli tu), tapi sebab orang Islam yang keluarkan, dan ada cop halal(buatan sendiri) oleh pembuat produk. Mungkin boleh diyakini kehalalannya..

    Sekadar pendapat..
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    senarai makanan yang haram Empty Re: senarai makanan yang haram

    Post by TOYSЯUS Mon Dec 21, 2009 12:06 am

    Pendek kata, aku tak percaya la list makanan haram2 yang dipassing2 / diforward2 melalui email ni kalau dalam laman web JAKIM takde cakap benda yang sama.
    Miss U.A
    Miss U.A
    Ahli
    Ahli


    Gender : Female Number of posts : 831
    Registration date : 21/07/2009

    senarai makanan yang haram Empty Re: senarai makanan yang haram

    Post by Miss U.A Mon Dec 21, 2009 12:43 am

    Razi_IBM wrote:blah lar list nih...
    aku sangat sangat skeptikal.
    korang main pecaya je..padahal dah disahkan halal.

    korang kena paham, produk ni kat luar negara pun ada.lain negara, lain base ingredient.
    yang mamat bengong buat mel tu...ntah produk negara mana dia tengok ada babi la..itu ini..etc etc.. tu kat luar negara.

    contohnya,,cam cwing gam tu, kalau kat luar negara diorang pakai gelatin babi..dinasour pun takpe.
    kat mesia, diorang terikat kat undang2 makanan halal. diorang kena cari jugak alternatif halal untuk produk diorang dapat cap halal.
    paham tak???

    aku ingat lagi sem lepas ada penceramah datang kampus aku, orang berilmu la konon.., buat ceramah pasal makanan halal..
    habis sumer di haramkannya. holik, sirap, mentos,hampir semua benda yang kita makan tetiap hari...bodoh betol.
    holik cuma ada bahan tak halal kat luar negara je la ngok.sirap dia kata haram sebab pewarna tu dibuat dari kumbang cochineal.memang la kumbang tu boleh buat pewarna merah, tapi bukan dalam sirap le sengal.ingat toke sirap tu cap duit ke nak beli pewarna organik camtu??import dari jauh lak tu...tak lulus matapelajaran kimia ke? haih..tukang ceramah ni..kalo ye pun pakai la common sense, bukak la wikipedia skali sekala..
    yang aku geram tu..pas habis ceramah dia promote HPA, "hpa dijamin halal" katanya.celanat ko..ko nak promote produk ko, habis pesaing ko jadik haram. bila nak kuar dewan, beratur meja jual produk hpa.benci gile sial..

    ...sekian saje rintihan nyampah aku.lol..

    razi, ko ckp sape mamat bengong tuh???aku rase better ko guna bahasa yg elok2 sket bile posting...

    aku bukan nk backup sape2..tp kalo tak setuju skalipun ngn topic nih, tak perlula nk kuar kata2 kesat cmtuh... TS juz nk kongsi ttg halal/haram mknn yg die tau..datz all.

    maybe ko tak kisah ngn ape yg ko mkn ari2 samada halal @ haram, tp ade org lain yg kisah..

    Jgn lupa bukan sume produk kat msia nih guna logo halal JAKIM...byk yg dorg guna cop halal sendiri...ntah dr mne dorg rembat cop tuh pun kita tak tau...
    itu yg musykil skang nih...ckp halal, alih2 ade lak elemen2 yg tak sepatutnye kat situ...
    sementara tunggu JAKIM nk siasat, produk2 tuh da sampai kt pengguna yg taktau ape2 nih...

    so sendiri mau ingatla kn...

    nk bengang biarla bertempat...kalo rase tak setuju, better jgn post ape smpi menyinggung ati pihak lain...
    bole je kalo nk tego guna ayat2 yg lebih elok kn..

    ok, sekian.
    Razi_IBM
    Razi_IBM
    Ahli Rajin
    Ahli Rajin


    Gender : Male Number of posts : 1062
    Age : 33
    Location : on dmz.hack me if u can.
    Job/hobbies : Saboteur
    Registration date : 14/02/2009

    senarai makanan yang haram Empty Re: senarai makanan yang haram

    Post by Razi_IBM Mon Dec 21, 2009 12:48 am

    aku troll.aku tak reti guna bahasa elok2.
    hampeh
    hampeh
    Ahli
    Ahli


    Number of posts : 866
    Registration date : 28/02/2009

    senarai makanan yang haram Empty Re: senarai makanan yang haram

    Post by hampeh Mon Dec 21, 2009 4:28 am

    troll la konon Laughing .... tak payah la bawak budaya forum internet yang tak bagus dalam ni . Kita buat bincang elok2 , kalau halal tunjuk bukti , kalau tak tunjuk bukti .. sebolehnya bukti bertulis/cetak/dari sumber halal la , jangan bukti

    "pakcik aku kata"
    "aku dapat email"
    "aku tengok khabar angin dalam tenet"
    -tambah sendiri- Wink

    tak silap aku TJ ade buat thread pasal code2 makanan semua ni . tapi tak jumpa la pulak . hurmmmm
    avatar
    Nezict
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 119
    Registration date : 17/05/2009

    senarai makanan yang haram Empty Re: senarai makanan yang haram

    Post by Nezict Mon Dec 21, 2009 12:07 pm

    tapi camne pon bahasa yang razi_IBM gune, aku tetap sokong dier. apa yang dier cakap tu betul.

    dulu isu pasal KFC, aku TERDENGAR bahawa isu KFC bunuh ayam pakai letrik tu datang dari orang2 dari kompetitor KFC (syarikat ayam goreng segera jugak). Sad busuk hati betul.

    buat ayat katenye uztaz/uztazah datang kilang ayam KFC kate bunuh pakai letrik. sape la uztaz uztazah tu. name pon takde. main tembak je. pastu ramai pulak percaya. pastu kate KFC cine punyer. apadaa. pasal banner kedai KFC tukar kaler oren hitam baru2 ni pon aku dengar sebab kaler merah KFC tu lambangkan KFC tu cine punyer. tak pasal KFC tukar kaler. mulut orang.....Evil or Very Mad cube la google sikit KFC Malaysia ni sape yang pegang. Tokeh dier sibuk perjuangkan Jihad Bisnes, kite sedap je cakap dier cine. haiyooo.

    siasat dulu la kalau ye pon. gelatin pon bukan sekadar datang dari babi. Sayuran pon boleh buat gelatin.
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    senarai makanan yang haram Empty Re: senarai makanan yang haram

    Post by TOYSЯUS Mon Dec 21, 2009 12:12 pm

    Razi cakap "mamat bengong" tu bukan tuju kepada TS, tapi kepada mamat yang cipta email tersebut yang seterusnya TS pun forward ke sini, dan nanti akan diforwardkan oleh orang lain yang baca dan percaya, dan...dan..dan.. . .

    Kan razi? Hehe.
    loy_azloy
    loy_azloy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1513
    Age : 43
    Location : Muo/Putrajaya
    Job/hobbies : DOF/bela kelisa
    Registration date : 23/02/2009

    senarai makanan yang haram Empty Re: senarai makanan yang haram

    Post by loy_azloy Mon Dec 21, 2009 2:08 pm

    bahasa yang razi guna tu biasa aje pada aku tapi elakkan guna ayat benci gile sial.akuu tau sebab kadang2 kita akan berada disituasi mereka...berkaitan KFC tu mmg aku setuju,KFC owner dia diMalaysia ialah Ali Hashim,beliau berniaga berteraskan jihad dalam islam,setiap tahun berjuta zakat yang dihulurkan...namun pesaing2 yang bukan melayu dan bukan islam ni cuba menjatuhkan orang melayu kita ini...ayam disembelih tak betul la,gune renjatan la,maka ramai yang percaya dan beralih kepada makanan segera yang lagi satu.
    korang ade dgr McD hulurkan zakat?
    kalau korang nak cuba check list kat jabatan agama islam malaysia aku cadanglkan tak perlu.ini kerana mereka tiada list yang penuh,boleh dikatakan list mereka itu hanya 40%.TV2 pernah iklankan guna sms untuk check makanan yang kita nak beli tu halal atau tidak,esoknya aku cubalah,aku amik nugget ayamas...aku sms barkod pastu korang tau apa msg yang aku dapat? kod makanan tiada dalam data(lebih kurang la bunyinye)aku kata diaorg ni makan gaji buta ke?keja malas tapi keja kat jabatan agama!!! bayangkan ayamas tu dah berapa lama kat malaysia?tahun lepas aku buat boleh mcm tu sekali?
    makanan yang haram di luar negeri tidak semestinya haram diMalaysia kerana kita ada garis panduan,orang kita kena rajin mencari maklumat bukan menganga tunggu orang suap maklumat walaupun maklumat tu salah...
    Miss U.A
    Miss U.A
    Ahli
    Ahli


    Gender : Female Number of posts : 831
    Registration date : 21/07/2009

    senarai makanan yang haram Empty Re: senarai makanan yang haram

    Post by Miss U.A Mon Dec 21, 2009 9:48 pm

    @ 11?, sbb tuh aku tny razi die tujukan kat sape mamat bengong tuh... yg aku tak suke bhs2 kesat lain yg die gunakan...tuh je...

    @ loy, bahasa biasa??? kalo mcm tuh, tak perlu la mod letak rule ckp itu tak bole ini tak bole kn...wat mnyemak je...

    p/s: kalo mod pun dah menyokong membe post ckp bhs2 mcm tuh, so pasni takyah bising la bila membe lain pun ikot cara yg sama..
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    senarai makanan yang haram Empty Re: senarai makanan yang haram

    Post by TOYSЯUS Mon Dec 21, 2009 11:57 pm

    Oit2 sorry bukan maksud sayer nak menyokong perilaku berbahasa kesat, tapi setakat "bengong" "sengal" "ngok ngek" dan "bingai" tu alah bisa tegal biasa je lah.
    Rasanya orang Selangor / KL memang tak ambil kisah perkataan tu, tak tau la kalau ia perkataan sensitif kepada mana-mana orang. :-(
    Ampun maaf dipinta mewakili pihak mods.
    ogGy
    ogGy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 897
    Age : 36
    Location : mu di mana ?
    Job/hobbies : geletek ginjal korang
    Registration date : 15/02/2009

    senarai makanan yang haram Empty Re: senarai makanan yang haram

    Post by ogGy Tue Dec 22, 2009 12:18 am

    Kepada forumer sekalian,diharap perbincangan anda semua jangan terkeluar daripada topik. Cool Sila jaga adab dan sensitiviti orang lain ketika berbincang.

    Sekian...
    loy_azloy
    loy_azloy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1513
    Age : 43
    Location : Muo/Putrajaya
    Job/hobbies : DOF/bela kelisa
    Registration date : 23/02/2009

    senarai makanan yang haram Empty Re: senarai makanan yang haram

    Post by loy_azloy Tue Dec 22, 2009 9:02 am

    Miss U.A wrote:[color=darkblue]

    @ loy, bahasa biasa??? kalo mcm tuh, tak perlu la mod letak rule ckp itu tak bole ini tak bole kn...wat mnyemak je...
    off topik - ayat razi tu dari putera lama mmg mcm tu miss,ramai lagi yang yang guna ayat seharian(seperti kata ???????????,walaupun ada rule tapi masih ada tolak ansur,namun ayat2 yang kesat,mencaci,menyerang peribadi seseorang tidak dibenarkan,dalam ni ramai user dan tentulah bermacam gaya ragam menulis.

    on topik kembali...mana komen korang lagi nih? Laughing
    hampeh
    hampeh
    Ahli
    Ahli


    Number of posts : 866
    Registration date : 28/02/2009

    senarai makanan yang haram Empty Re: senarai makanan yang haram

    Post by hampeh Tue Dec 22, 2009 5:12 pm

    meh aku tambah sket komen , ade sesape nampak tak link2@thread TJ buat pasal code makanan tu ? siap ada scan buku lagi ..
    avatar
    budak baik
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 38
    Location : kuantan
    Registration date : 21/06/2009

    senarai makanan yang haram Empty Re: senarai makanan yang haram

    Post by budak baik Tue Dec 22, 2009 7:28 pm

    off topik..

    aku rasa x sesuai ckp bnda2 tu walaupun biasa dikalangan org2 kat sini.. tp bagaimana pula org diluar sana yang x berdaftar di forum ni yang membaca topik2 di sini nmpk je ayt mcm tu dh x semangat nk bce.. cuba jgn pandang org kt dlm ni je pndg org kt luar sne..
    aku kt forum ni nk post pikir 50x sebab takut lari. last2 tgk jer pantau ahli lain kalu agk2 lari tajuk aku sound terus.. ley jd mod dh aku ni hehe xdelah.. aku x pndai sgt cuma nk jge ketenteraman kat sini ley la..

    @npe razi x rakam ustaz tu ckp??kn ley jd bahan bukti kt sini ley sume org percaya bnda tu..

    terima kasih

    balik topik.. apa lagi makan haram kat malaysia ni? megi haram x? cadbury? McD?
    loy_azloy
    loy_azloy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1513
    Age : 43
    Location : Muo/Putrajaya
    Job/hobbies : DOF/bela kelisa
    Registration date : 23/02/2009

    senarai makanan yang haram Empty Re: senarai makanan yang haram

    Post by loy_azloy Wed Dec 23, 2009 8:52 am

    megi,cadbury,Mcd tak haram,namun tak dinafikan ade keraguan pada setiap produk2,megi halal,namun kalau selalu ianya boleh menjejaskan kesihatan,cadbury aku rasa ok aje sebab ianya produk tenusu,Mcd pula halal,namun keuntungan tu banyak disalurkan ke negara asal untuk membantu sekutu mereka u know who...
    neiny_nani
    neiny_nani
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Female Number of posts : 59
    Age : 43
    Location : putrajaya/ muar
    Job/hobbies : at moF / main ngn kucing...
    Registration date : 09/06/2009

    senarai makanan yang haram Empty Re: senarai makanan yang haram

    Post by neiny_nani Wed Dec 23, 2009 9:33 am

    sesungguhnye mencari makanan yang halal tu amat dituntut Allah....sekarang ni mmg sukar mencari kapastian pasal kehalalan ni...kadang dah disahkan halal pun ade yg tiruan,gune benda2 tak halal....so mcm mane?
    Keyakinan...itu la yang penting...tp jgn la pulak dah nyata2 arak,kate kite yakin halal kite minum..yg mmg dah hakikinya haram yakin mcm mane pun tetap tak halal....betul tak?
    mcm kfc tu...kalau aku keyakinan je la yg buat aku mkn....

    p/s: mcm loy semangnye dia yakin tuk makan semua tu....so harus la bg dia tuk makan...tul tak loy Wink

    off topic:
    sesungguhnye penggunaan kata2 kesat or mengutuk adelah sesuatu yg harus di jauhkan..kite manusia biase..semua same..berdarah merah...kate org lain tgk diri sendiri dulu...bahasa kite adelah peribadi kita... study


    Last edited by neiny_nani on Thu Dec 24, 2009 9:36 am; edited 2 times in total

    Sponsored content


    senarai makanan yang haram Empty Re: senarai makanan yang haram

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Thu Mar 28, 2024 5:52 pm