Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


+6
Gunso
Geekspro
khairul anwar
Jedi
the_ultimatez_najman
neology
10 posters

    Haram Minum Arak

    neology
    neology
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 372
    Age : 38
    Registration date : 25/04/2009

    Haram Minum Arak Empty Haram Minum Arak

    Post by neology Thu Dec 10, 2009 3:34 am

    Kawan aku (Aier - bukan nama sebenar) tanya,

    Aier: Minum arak haram ke?
    Aku: Haram dan berdosa.

    Tapi ada sorang kawan (Syakir - pun bukan nama sebenar) aku cakap,

    Syakir: Pada pendapat aku kalau kita minum sikit tak haram sebab tak memabukkan kita. Kita janganlah minum banyak sangat sampai mabuk Lagi pun dalam Quran cakap, benda yang memabukkan sahaja yang haram.

    Aku tengok muka beliau konfiden bila bercakap dalam soal agama. Aku diam je bila dengar Syakir cakap macam tu. (Padahal aku nak cakap ko, bodoh + bongok = belajar dengan setan)


    Aier: Habis tu kalau pakai minyak wangi ada alkohol boleh la ek?

    Aku baru nak bersuara, tiba-tiba si Syakir cakap,

    Syakir: Eh, tak boleh sebab alkohol tu najis. Tak sah bawa dalam solat. Aier: Oh, tak boleh rupanya... (balas Aier dengan begitu bodoh.)
    Akhirnya aku terpaksa terangkan balik sebab berdosa kalau kita berdiam diri.

    Komen:

    1) Kalau dah bebal, jangan sebar kebebalan anda kepada orang lain.

    2) Kalau belajar agama, jangan dengar cakap orang tertentu sahaja atau baca buku sahaja tanpa merujuk kepada orang yang lebih pakar. Setan akan jadi orang kedua dan ketiga.

    3) Jangan main sebut je dalil Al-Quran tanpa kita betul-betul selidik. Dalam Quran cakap haram bagi kita memakan daging babi dan minum arak. Ayat ni memang lengkap. Tapi tak cakap pun haram minum benda yang memabukkan (ini adalah pengertian ulama tentang arak dan yang sewaktu dengannya. Bukan firman Allah.)

    4) Kalau dah haram tak payahlah cari dalil dari kitab or buku-buku pelik supaya benda tu jadi halal.

    5) Walaupun arak haram diminum, tapi ia bukan najis. Jadi, minyak wangi beralkohol boleh diguna ketika hendak sembahyang (Ustazah Mashitah Ibrahim). Kalau ia haram, sudah tentu merumitkan orang ramai hendak bersembahyang sebab rata-rata minyak wangi sekarang memang diperbuat dari alkohol. Jangan merumitkan Islam.

    6) Kalau pegang arak, tidak perlu samak. Jangan jadi bodoh!

    7) Kalau dah tau najis, buat apa minum? Bodoh?

    Jika ada pendapat lain, anda dialu-alukan...

    Spoiler:


    Last edited by TJ-Ariff on Thu Dec 10, 2009 8:15 am; edited 1 time in total (Reason for editing : Cuba membawa topik kekancah perdebatan !)
    the_ultimatez_najman
    the_ultimatez_najman
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 521
    Age : 30
    Location : Shah Alam,Selangor
    Job/hobbies : Pc,Pc,Pc
    Registration date : 19/02/2009

    Haram Minum Arak Empty Re: Haram Minum Arak

    Post by the_ultimatez_najman Thu Dec 10, 2009 4:07 am

    skrg ramai anak mude minum ark..
    gi je la disco..kaum mne yg ramai..huuh
    Jedi
    Jedi
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 925
    Registration date : 13/02/2009

    Haram Minum Arak Empty Re: Haram Minum Arak

    Post by Jedi Thu Dec 10, 2009 6:33 am

    (Salam)

    Aku selalu beli wangian yang jual kat Mydin tu.
    Yang botol kecil takde alkohol tu.
    3 botol = RM12
    Murah dan beraneka jenis.

    Ada member aku masa umur dia 18 tahun.
    Mengikut cerita member rapat dia, dia simpan wiski bawah katil.
    Sampaikan member India leh bau mulut dia ada wiski.

    Bersyukur dijauhkan dan terus dijauhkan.
    khairul anwar
    khairul anwar
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 882
    Age : 38
    Location : Puchong
    Registration date : 26/04/2009

    Haram Minum Arak Empty Re: Haram Minum Arak

    Post by khairul anwar Thu Dec 10, 2009 6:38 am

    haram adalah tetap haram, tak kira la kuantiti sikit ke banyak ke

    begitu juga dengan maksiat/zina,. ringan2 ke berat2 ke hukum dia same iaitu haram

    ===========================================


    benda nie mungkin perkara biase akibat kekurangan ilmu agama dalam diri, so mereka yang jahil nie ulas ikut pendapat kepala otak mereka tanpa merujuk sumber2 lain yang sahih.

    tapi same jugak pada mereka yang mempunyai ilmu tapi tidak mengamalkan..

    kita sesama islam amat digalakkan nasihat menasihati antara satu sama lain
    dia tak nak dengar? pegi la mampus, janji kita da buat tanggungjawab kita..
    Geekspro
    Geekspro
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 30
    Age : 38
    Location : Bandar Baru Bangi
    Job/hobbies : Surf Internet
    Registration date : 19/06/2009

    Haram Minum Arak Empty Re: Haram Minum Arak

    Post by Geekspro Sat Dec 12, 2009 6:15 pm

    Bukan setakat haram minum..jual pun haram..sesetengah tempat yang majoritinya orang Islam dijual arak terbuka macam tu je...padahal arak tu jelas keharamannya dalam al-quran..
    Gunso
    Gunso
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 137
    Location : Dalam kokpit zaku...
    Job/hobbies : Smuggling & Trafficking Sayur Sawi
    Registration date : 07/05/2009

    Haram Minum Arak Empty Re: Haram Minum Arak

    Post by Gunso Sat Dec 12, 2009 6:56 pm

    bukan setakat jual.. terlibat dgnnya pon tak boleh...

    "Dari Annas bin Malik katanya : Bahawasanya Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat sepuluh golongan yang berkaitan dengan arak iaitu : Yang memerahnya, yang minta diperahkannya, yang meminumnya, yang membawanya dan minta dibawa kepadanya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang makan harganya, yang membelinya dan yang minta dibelikan".
    (Riwayat Al-Imam At-Termidzi)

    so kalau ada member (bukan islam (kalau islam lagi lah.. pijak jer dia)) suruh tolong belikan pon tak boleh..
    raidizh AR
    raidizh AR
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1618
    Age : 65
    Registration date : 24/04/2009

    Haram Minum Arak Empty Re: Haram Minum Arak

    Post by raidizh AR Sun Dec 13, 2009 10:07 am

    salam..

    ak sentuh sket tentang ni ye.. contoh la..

    sekiranya ada non, muslim tanya, "apa pasal lu orang tak bole makan itu babi?"

    elakkan menjawab " sebab dalam itu babi aa, ada 1 cacing tau, kalau u bakar pon blom tentu die mati, mampus, gol.. blablablablablabla...."

    sebab nnti die jawab balik "macam mana kalo itu babi mmg kompom suda tada cacing, tada kuman munya.. wa gelenti.. kalo itu macam lu org still tak bole makan ka?"

    tentu kita mati akal nk jawab balik..

    **dikhabarkan sudah ada teknologi bole cek kandungan/kehadiran kuman yg ada dalam babi.. ak xpasti

    semudahnya, jawablah "sebab dalam itu Al-Qur'an (kitab) sudah sebut tak boleh makan, so, tak boleh makan la!"

    bila die tanya balik "aiya..apa pasal?"

    maka, barulah kita jawab secara sainsnya mengapa babi diharamkan.. terangkan dgn berhemah

    ak sekadar berkongsi hasil ceramah dari seorang ustaz (saudara baru)

    same goes to arak.. dah dalam Qur'an kate xbole, jangan la ngengade nk amik gak.. sekali pun mnde tu xsmpi tahap memabukkan
    avatar
    awi216
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 174
    Registration date : 02/03/2009

    Haram Minum Arak Empty Re: Haram Minum Arak

    Post by awi216 Sun Dec 13, 2009 10:19 pm

    Ni pun pendapat aku gak. Kalu btul dah ada teknologi yg bleh check kehadiran kuman/cacing dalam babi, bagus la. Mungkin penggemar babi akan lebih buka mata lepas ni. Kalu ikut logik akal, mmg dalam daging babi ada cacing yg mana mmg akan bawa banyak kesan buruk ntuk tubuh badan kita. Skrang ni pun ada orang kafir/non-muslim yg tak tolak babi, sebab diorang sendiri pun dh tau keburukan makan daging babi ni. Babi pun kita tau, mmg haiwan yg cukup pengotor. Najis sendiri pun dia tibai. Apatah lg benda kotor lain. Tengok sendiri la kulit2 apek, nyonya yang dh tua. Bintik2 penuh. Orang tu sebab makan babi.

    YG pasal arak tu plak, kalu ikut logik akal bagi aku. Benda arak tu akan bawak lagi bawak keburukan dari kebaikan. Kebaikannya mgkin bleh ntuk hangatkan badan, layan perasaan camtu. Tp keburukannya mmg banyak. Pertama sekali sure sebab bleh hilangkan kewarasan akal ntuk berfikir. Bila dah tak waras, mmg semua benda haram senang2 bleh buat. Sebab jangan kita terkejut kalu ramai mat saleh, orang kafir yg mmg tak ambil langsung arak ni.

    Yg lg pelik remaja2, orang2 kita plak dok berlumba-lumba nak tonggang air kencing setan ni. Kononnya minuman berclass tinggi. Nak kata apa kan, modennn. Aku kalau tengok pompuan2 yg minum arak ni, memang anggap bi*** je.
    Jedi
    Jedi
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 925
    Registration date : 13/02/2009

    Haram Minum Arak Empty Re: Haram Minum Arak

    Post by Jedi Mon Dec 14, 2009 1:11 pm

    Arak kat syurga lagi best.
    Takkan mabuk.

    Wink
    iznie
    iznie
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Female Number of posts : 243
    Age : 38
    Location : BUMI ALLAH
    Job/hobbies : GIGIT KUKU
    Registration date : 07/10/2009

    Haram Minum Arak Empty Re: Haram Minum Arak

    Post by iznie Mon Dec 14, 2009 2:53 pm

    ai tak minum arak, bau dia, yeeerkrrkkkkk No
    MalaYneuMaya
    MalaYneuMaya
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1044
    Age : 39
    Job/hobbies : kejar biawak, kunyah milo beku
    Registration date : 18/02/2009

    Haram Minum Arak Empty Re: Haram Minum Arak

    Post by MalaYneuMaya Mon Dec 14, 2009 3:07 pm

    assalamualaikum...

    yg menjadikan arak tu haram sebab ia memabukkan..benda yg menjadikan mabuk adalah alkohol

    arak ada mcm2 jenis kat dunia ni..kebanyakan benda asasnya adalah yg benda yg halal, cth anggur jadi wine, barli jadi wiski, tebu jadi rum, ubi jadi vodka, beras jadi sake, gandum jadi beer, dan mcm2 lagi nama lain..brandy, brum, tequilla etc

    aku ada ingat satu kisah yg kalu pasir dibaling tak sakit, tapi kalu dah dicampur dgn air+sekam kendian dijemur, pasir tadi dah jadi BATU..kompom sakit kalu kena baling

    maksudnya disini benda yg asalnya halal tapi kalu dah kena proses belum tentu ia tetap halal..benda2 tu tak kira anggur ke tebu ke gandum ke tapi proses buatnya lebih kurang je..benda tu diperam dgn ragi utk jadi alkohol..maka kalu dah jadi alkohol ia jadi haram diminum sebab ianya boleh memabukkan..tak kira la apa nama sekali pon arak2 tu..
    iznie
    iznie
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Female Number of posts : 243
    Age : 38
    Location : BUMI ALLAH
    Job/hobbies : GIGIT KUKU
    Registration date : 07/10/2009

    Haram Minum Arak Empty Re: Haram Minum Arak

    Post by iznie Mon Dec 14, 2009 3:11 pm

    tapi ai mkn tapai ubi & tapai pulut

    erk, halal kan????
    avatar
    awi216
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 174
    Registration date : 02/03/2009

    Haram Minum Arak Empty Re: Haram Minum Arak

    Post by awi216 Mon Dec 14, 2009 4:05 pm

    halal sebab kadar pemeraman yg menghasilkan alkohol dalam tapai amat rendah.
    Jedi
    Jedi
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 925
    Registration date : 13/02/2009

    Haram Minum Arak Empty Re: Haram Minum Arak

    Post by Jedi Mon Dec 14, 2009 7:19 pm

    Aku tak suka tapai.
    Busuk (bagi hidung aku) dan masam rasanya.

    Sponsored content


    Haram Minum Arak Empty Re: Haram Minum Arak

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Fri Mar 29, 2024 2:19 pm