Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya

    Doa Harian - Mari kita sama-sama amalkan.

    Share

    Jedi
    Ahli
    Ahli

    Gender: Male Number of posts: 925
    Registration date: 13/02/2009

    Doa Harian - Mari kita sama-sama amalkan.

    Post by Jedi on Mon Nov 30, 2009 8:12 pm

    Assalamu'alaikum wth.

    Setakat ni aku cuma ingat;

    1. Doa masuk/keluar masjid
    2. Doa masuk/keluar tandas
    3. Doa naik kenderaan/bas/LRT etc.

    Doa lain asik lupa jer cam depan cermin, pakai baju etc.


    Mungkin remeh bagi sesetengah orang.
    Tapi kira WAJIB kita ingat Allah SWT sepanjang masa.


    # DOA KETIKA HENDAK TIDUR
    # DOA KETIKA BANGUN TIDUR
    # DOA KETIKA MEMAKAI PAKAIAN
    # DOA KETIKA MEMBUKA PAKAIAN
    # DOA KETIKA KELUAR RUMAH
    # DOA KETIKA MASUK RUMAH
    # DOA KETIKA MASUK TANDAS
    # DOA KETIKA KELUAR DARI TANDAS
    # DOA APABILA MENDAPAT KHABAR GEMBIRA
    # DOA UNTUK MENGHILANGKAN RASA MARAH
    # DOA KETIKA MELIHAT DIRI DI CERMIN
    # DOA KETIKA MELIHAT BARANG YANG DISUKAI
    # DOA KETIKA MANGHADAPI KESUSAHAN TIDUR
    # DOA KETIKA MERASA TAKUT ATAU TERKEJUT
    # DOA KETIKA MENGHADAPI KECELAKAAN
    # DOA KETIKA SUKAR MENYELESAIKAN AKAN SESUATU URUSAN
    # DOA KETIKA MENDENGAR AKAN KEMATIAN ATAU KEMALANGAN
    # DOA KETIKA HENDAK MAKAN
    # DOA KETIKA TERLUPA MEMBACA DOA MAKAN
    # DOA SELEPAS MAKAN
    # DOA KETIKA MENGAMBIL AIR WUDHU'
    # DOA KETIKA MENUNTUT ILMU
    # DOA MENGHINDAR DARI AZAB API NERAKA
    # DOA PARA RASUL DAN PARA MUKMININ
    # DOA PENERANG HATI
    # DOA KETIKA KEHILANGAN BARANG
    # DOA ANAK UNTUK KEDUA IBU BAPA
    # DOA MENGHINDAR DARI SIFAT MALAS
    # DOA MEMOHON KESABARAN
    # DOA ORANG YANG SEDANG SAKIT
    # DOA MOHON KETETAPAN IMAN
    # DOA TAUBAT
    # DOA APABILA MELIHAT HUJAN
    # DOA APABILA MENDENGAR GURUH
    # DOA DIWAKTU PAGI DAN PETANG
    # DOA DIKALA MELIHAT LANGIT


    Klik sini ---> http://www.frim.gov.my/masjid/DOA.HTM

    ayoi
    Moderators
    Moderators

    Gender: Male Number of posts: 1090
    Age: 84
    Registration date: 04/03/2009

    Re: Doa Harian - Mari kita sama-sama amalkan.

    Post by ayoi on Mon Nov 30, 2009 8:44 pm

    huhu cantek akhirnya baru jumpa.. sebab ni selalu aku lupa nak baca doa makan. dah makan baru teringat...

    sib baik ada lupa baca doa makan...






    credit to FRIM & jedi


    --------------------------------------------
    ku mencuba survey
    Don't break my heart

    Falcon
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender: Male Number of posts: 258
    Location: Ada la dekat-dekat korang tuh.
    Job/hobbies: Games... games.. games.. dan duit.
    Registration date: 27/11/2009

    Re: Doa Harian - Mari kita sama-sama amalkan.

    Post by Falcon on Tue Dec 01, 2009 5:13 pm

    First, kita sembang adab dan tatacara supaya Allah SWT lebih suka untuk mengabulkan doa kita.



    Setiap kali nak berdoa.. sebaiknya dimulakan dengan selawat ke atas Baginda Rasulullah S.A.W dan seterusnya istighfar memohon ampun. Kerana kadangkala dosa-dosa yang banyak selalu menjadi takbir penghadang antara rezeki dan terkabulnya doa dgn kita.

    Seterusnya...mulakan dengan puji-pujian kepada Allah SWT.. dan kemudian mohonlah apa yang kita semua mau.

    Kemudian elok juga diakhiri dengan selawat ke atas Baginda Rasulullah S.A.W sebelum doa habis.

    Apa yg aku selalu buat sebelum berdoa selalunya adalah:

    1- Al-Fatihah
    2- Ayat Qursi
    3- Selawat Ibrahim (yg kita baca sewaktu tahiyat akhir tuh)
    4- Sayidul istighfar (penghulu istighfar.. aku suka istighfar ni sbb ada pengakuan kita hamba Allah SWT dan maksud dia kalau kita study mmg bagus).
    5- Puji-pujian (Alhamdulillahirabbilalamiin pun dah cukup.. tapi lebih banyak lebih baik).
    6- Doa (mohonlah apa yang kita nak..asalkan bukan keburukan dan bukan untuk memutuskan silaturrahim).
    7- Selawat (aku baca yg biasa kita baca lepas habis doa masa berdoa sembahyang fardhu tu)

    dan seterusnya beristiqamah bahawa Allah SWT Maha Mengabulkan doa. Tiada Tuhan selain Dia yang selayaknya untuk kita memohon dan bergantung harap pada... dan Dia tidak pernah menolak permohonan hambanya selagi seorang hamba itu tidak mengeluh:

    "Aku sudah minta 6 tahun tapi masih tidak dimakbulkan Allah SWT".

    Doa itu sentiasa makbul.. samada dalam tiga cara iaitu:
    -Samada dosa-dosanya diampunkan dengan sebab berdoa itu..
    -Doa dimakbulkan 'on the spot' di dunia..
    -Doa disimpan untuk kebajikannya di akhirat kelak..




    Perkenan Doa itu adalah mengikut pilihan Allah SWT
    ==================================================


    Daripada Bingkisan Mutiara - Untuk Menghidupkan Hati yang Lara dinyatakan:

    Allah Ta'ala perkenankan doa pada waktu yang Dia mahukan bukan pada waktu yang kita mahukan. Adakalanya berupa ain yang dipohonkan didalam doa itu dan segera pula diperkenankan. Adakalnya dita'khirkan atau diperlambatkan perkenannya kerana sesuatu hikmat. Adakalanya diperkenankan lain daripada apa yang dipohonkan didalam doa itu memandangkan yang lain itu mengandungi lebih maslahat daripada yang dipohonkan itu. Adakalanya ditolakkan keburukan-keburukan dan bala yang mungkin menimpanya hasil daripada permohonan doanya. Adakalanya permohonan doa itu disimpan untuk akhirat kerana itu lebih afdhal kepada pemohonnya. Pendek kata mustajab atau diperkenankan sesuatu doa itu terpulanglah kepada Allah SWT.

    - Aku edit skit-skit untuk lebih mudah faham.. excerpt ni aku amik daripada buku Bingkisan Mutiara - Untuk Menghidupkan Hati yang Lara tulisan Syeikh Ali Abdul Rahman Al-Kalantani.


    Skang aku share satu benda ni.. dipanggil Ismul-Azham. Aku mmg suka mengkaji doa-doa ni.. dan Ismul-Azham yang satu ni aku cukup suka sbb maksud dia.

    Mengikut hikayatnya mcm ni:

    Daripada Abdur Rahman Shafawi berkata: "Aku temui di dalam "Al-Ghunyah" susunan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani rahimahullahu ta'ala bahawa Saidini Ali radiallahuanhum telah mendengar seorang lelaki memohon doa di keliling Ka'bah Allah dan beliau pun berkata: Wahai Hassan, pergilah dapatkan lelaki itu. Hassan pun pergi menemui lelaki itu yang elok rupa parasnya tetapi lasa lambungnya iaitu mati tubuhnya yang kanan. Hassan berkata kepadanya: Amirul-mu'minin memanggilmu. Lelaki itu pun datang dengan menghela lambungnya. Saidina Ali r.a bertanya: Siapakah engkau? Lelaki itu menjawab: Aku seorang Arab, bapaku telah melarangku melakukan maksiat tetapi aku tampar mukanya. Lalu dia menunggang untanya dan pergi ke Ka'abah Allah serta berdoa agar ditimpakan sesuatu ke atasku sepertimana yang Amirul-mu'minin lihat sekarang. Apabila bapaku pulang ke rumah dan melihat keadaanku ini, aku memintanya supaya pergi semula ke tempat ia berdoa itu dan doakan baik untukku beserta dengan keredhaannya. Bapaku pun pergi semula dengan menunggang untanya tetapi malangnya ia terjatuh daripada untanya itu dan mati. Saidina Ali r.a berkata: Mahukah engkau aku ajarkan doa yang aku dengar daripada Nabi Muhammad S.A.W yang bersabda: Tiada orang yang berduka yang berdoa dengannya melainkan dihapuskan Allah Ta'ala kedukaannya, iaitulah:



    Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhanku! Aku memohonMu, Ya Tuhan yang mengetahui segala yang tersembunyi, yang membangunkan langit dengan segala kuasaNya, yang membentangkan Bumi dengan qudratNya, di mana matahari dan bulan terang benderang dengan cahaya kebesaranNya, Dialah Tuhan yang sentiasa mengalu-alukan setiap jiwa yang bersih, Dia juga yang dapat mententeramkan ketakutan semua orang yang ditimpa bala bencana. Wahai Tuhan yang mampu menunaikan segala keperluan makhluk dengan kurniaNya. Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Yusuf daripada perhambaan. Dia juga Tuhan yang tiada penjaga pintu yang boleh menghalang, yang tiada teman pemerhati yang melarang, tiada wazir yang menahan pendatang, tiada Tuhan selain Dia yang diseru, dan tiada yang menambah segala keperluan makhlukNya melainkan dengan murah hati dan tangan yang memberi. Selawatlah ke atas penghulu kami Muhammad beserta keluarganya, dan berikanlah juga permohonanku, sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa di atas segala sesuatu, wahai Tuhan yang Hidup yang berdiri dengan sendiriNya, wahai Yang Maha Pemurah dari sekalian yang pemurah!"

    Seterusnya Saidina Ali r.a berkata: Berpeganglah dengan amalan ini. Sesungguhnya ia satu daripada perbendaharaan Arasy. Lelaki itu pun berdoa dengannya dan Allah Ta'ala menyembuhkannya. Kemudian ia mimpikan Rasulullah S.A.W serta menanyakan mengenai doa itu. Nabi S.A.W. menjawab dengan sabdanya: Itulah Al-Ismul-A'zham.

    =========

    Aku suka sekali amalkan doa ni waktu tahajjud... sebagai puji-pujian sebelum aku berdoa. Kalau korang nak amalkan la... jangan pula doa perkara tidak elok dan buruk dahla.

    Jedi
    Ahli
    Ahli

    Gender: Male Number of posts: 925
    Registration date: 13/02/2009

    Re: Doa Harian - Mari kita sama-sama amalkan.

    Post by Jedi on Tue Dec 01, 2009 7:23 pm

    Ada lagi satu doa, doa ketika buang air.
    Yang aku ingat antaranya;

    'Pelihara diriku dari sifat kemunafikan, pelihara kemaluanku dari kekotoran'.

    Dengar ustaz sebut kat radio KLFM.

    MalaYneuMaya
    Moderators
    Moderators

    Gender: Male Number of posts: 1044
    Age: 29
    Job/hobbies: kejar biawak, kunyah milo beku
    Registration date: 18/02/2009

    Re: Doa Harian - Mari kita sama-sama amalkan.

    Post by MalaYneuMaya on Tue Dec 01, 2009 8:16 pm

    assalamualaikum...

    Jedi wrote:Ada lagi satu doa, doa ketika buang air.
    Yang aku ingat antaranya;

    'Pelihara diriku dari sifat kemunafikan, pelihara kemaluanku dari kekotoran'.

    Dengar ustaz sebut kat radio KLFM.

    baca sebelum masuk tandas la kan? takkan dlm tandas?


    --------------------------------------------

    Falcon
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender: Male Number of posts: 258
    Location: Ada la dekat-dekat korang tuh.
    Job/hobbies: Games... games.. games.. dan duit.
    Registration date: 27/11/2009

    Re: Doa Harian - Mari kita sama-sama amalkan.

    Post by Falcon on Tue Dec 01, 2009 9:12 pm

    MalaYneuMaya wrote:assalamualaikum...

    Jedi wrote:Ada lagi satu doa, doa ketika buang air.
    Yang aku ingat antaranya;

    'Pelihara diriku dari sifat kemunafikan, pelihara kemaluanku dari kekotoran'.

    Dengar ustaz sebut kat radio KLFM.

    baca sebelum masuk tandas la kan? takkan dlm tandas?

    aah.. bca dpn pintu tandas sebelum kaki kiri masuk dalam tandas...

    'Allahumma inni Auzhubika minal hubsi wal haba is'. - Doa Masuk Tandas - credit kepada hiruka Very Happy

    Arab punya tulisan nanti aku cari...


    Last edited by Falcon on Wed Dec 02, 2009 11:17 pm; edited 1 time in total

    Hiruka
    Ahli
    Ahli

    Gender: Male Number of posts: 887
    Age: 28
    Location: X: 9956 Y: 6544
    Job/hobbies: PC Maniac
    Registration date: 02/03/2009

    Re: Doa Harian - Mari kita sama-sama amalkan.

    Post by Hiruka on Wed Dec 02, 2009 3:48 pm

    Assalamualaikum,

    Rasenye lbih afdhal klu dibaca dgn penuh.. "Allahumma inni Auzhubika minal hubsi wal haba is" Very Happy

    raidizh AR
    Moderators
    Moderators

    Gender: Male Number of posts: 1618
    Age: 55
    Registration date: 24/04/2009

    Re: Doa Harian - Mari kita sama-sama amalkan.

    Post by raidizh AR on Wed Dec 02, 2009 4:36 pm

    jgn jadik cm ank buah ak da la.. nak masuk toilet ketuk pntu + bg salam.. kehkhe... bkn ajaran ak tuh.. mak die yg pesan kalo ketuk pntu, kne kasik salam skali


    --------------------------------------------

    Jedi
    Ahli
    Ahli

    Gender: Male Number of posts: 925
    Registration date: 13/02/2009

    Re: Doa Harian - Mari kita sama-sama amalkan.

    Post by Jedi on Wed Dec 02, 2009 5:23 pm

    MalaYneuMaya wrote:assalamualaikum...

    Jedi wrote:Ada lagi satu doa, doa ketika buang air.
    Yang aku ingat antaranya;

    'Pelihara diriku dari sifat kemunafikan, pelihara kemaluanku dari kekotoran'.

    Dengar ustaz sebut kat radio KLFM.

    baca sebelum masuk tandas la kan? takkan dlm tandas?

    Baca dalam hati.
    Baca masa tengah buang tu.

    Elok tanya ustaz kalau ada.
    Aku pun dengar camtu jer, jadi elok korang confirmkan.

    Miss U.A
    Ahli
    Ahli

    Gender: Female Number of posts: 831
    Registration date: 21/07/2009

    Re: Doa Harian - Mari kita sama-sama amalkan.

    Post by Miss U.A on Wed Dec 02, 2009 7:52 pm

    ade tak doa utk permudahkan org bayar hutang kita???
    lg satu doa utk lembutkan hati seseorg bila pandang kita..

    Falcon
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender: Male Number of posts: 258
    Location: Ada la dekat-dekat korang tuh.
    Job/hobbies: Games... games.. games.. dan duit.
    Registration date: 27/11/2009

    Re: Doa Harian - Mari kita sama-sama amalkan.

    Post by Falcon on Wed Dec 02, 2009 11:19 pm

    Hiruka wrote:Assalamualaikum,

    Rasenye lbih afdhal klu dibaca dgn penuh.. "Allahumma inni Auzhubika minal hubsi wal haba is" Very Happy

    ha'ah.. terima kasih.. aku baru perasan aku post salah.
    Alhamdulillah ko tunjukkan.. terima kasih bro.. Very Happy Very Happy Very Happy

    teri-chan
    Moderators
    Moderators

    Gender: Female Number of posts: 2223
    Location: sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date: 13/02/2009

    Re: Doa Harian - Mari kita sama-sama amalkan.

    Post by teri-chan on Sun Dec 06, 2009 1:17 pm

    tumpang kejp...

    10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W





    1. SURAH AL-FATIHAH

    Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


    2. SURAH YAASIN

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

    3. SURAH AT-DHUHAN

    Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

    4. SURAH AL-WAQI'AH

    Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

    5. SURAH AL-KHAUTHAR

    Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

    6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

    Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

    7. SURAH AL-MULK

    Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

    8. SURAH AL-IKHLAS

    Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

    9. SURAH AL-FALAQ

    Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

    10. SURAH AN-NAS

    Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

    11 - surah al kahfi .. kalau boleh amalkan sekurang2nya sekali seminggu pada malam / hari jumaat

    Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:

    "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat"


    --------------------------------------------


    teri-chan is back

    ibtisam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender: Female Number of posts: 46
    Location: MaNe2 je
    Job/hobbies: DuK bErAnGan...=)
    Registration date: 05/12/2009

    Re: Doa Harian - Mari kita sama-sama amalkan.

    Post by ibtisam on Sun Dec 06, 2009 3:00 pm

    untuk lembutkan hati seseorg
    Amalkan surah Thaha.
    Ayat 1-6 baca dan amalkan untuk melembutkan hati...n banyak lagi surah2 yg boleh dibaca..untuk menjinakkan pun ada gak..baca masa bncuh air ke ape kee...

      Current date/time is Fri Jul 25, 2014 1:43 am