Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


    Peraturan Berforum Di Pembangunan Laman Sesawang

    Share

    OngBok
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 729
    Location : Dungun Terengganu
    Job/hobbies : Pesara JKR
    Registration date : 18/02/2009

    Peraturan Berforum Di Pembangunan Laman Sesawang

    Post by OngBok on Tue Nov 24, 2009 8:00 pm

    Assalamualaikum WBT...

    Berikut adalah peraturan yg perlu dipatuhi oleh semua ahli di sub-forum Pembangunn Laman Sesawang, sila ambil perhatian dan beri kerjasama yang sewajarnya.

    Bahasa

    - bahasa kesat, lucah dan kurang ajar adalah dilarang sama sekali
    - penggunaan 'bahasa sms' yg melampau tidak digalakkan berikutan kesukaran ahli lain untuk memahaminya
    - penggunaan 'caps lock' tanpa sebab juga tidak digalakkan

    Hormat

    - jangan memperlekeh pendapat dari ahli lain walaupun anda tidak bersetuju mengenainya, sila berbincang dengan berhemah
    - dilarang menghina, memfitnah, memaki dan mengapi-apikan ahli lain, elakkan sebarang perkara yang boleh mengundang pertengkaran
    - hargai dengan ucapan 'terima kasih' kepada ahli yg telah membantu anda

    Membalas & Membuka Topik

    - sila gunakan fungsi carian terlebih dahulu sebelum membuka topik
    - topik yg hendak dibuka mestilah berkaitan dengan Pembangunan Laman Sesawang sahaja.
    - tajuk topik hendaklah jelas, elakkan meletak tajuk seperti 'tolong saya' 'macam mana ni?' dan lain-lain yang terlalu ringkas.
    - ahli tidak dibenarkan membalas topik dengan pos-pos yg tidak berfaedah seperti 'hahaha', 'betul tu' atau sekadar emoticon sahaja.
    - elakkan berbincang perkara-perkara luar dari topik.
    - 'double post' tanpa sebab yg munasabah atau sekadar untuk menarik perhatian ahli lain adalah tidak dibenarkan.
    - artikel yg panjang hendaklah dibuat secara berperenggan untuk memudahkan ianya dibaca

    Perkongsian Media

    - 'direct link' dlm mana-mana pos yang bertujuan berkongsi media tidak sah adalah tidak dibenarkan
    - ahli disaran menyertakan kredit utk mana-mana media yg dikongsi sebagai menghormati hak author/sumber
    - sila sertakan sedikit penerangan atau info mengenai media yg dikongsi
    - dilarang meletak sebarang media berunsur lucah dan keganasan melampau yg boleh mengganggu ketenteraman mana-mana pihak media yg dimaksudkan adalah dalam bentuk audio, video, imej mahupun artikel

    terima kasih di atas kerjasama anda

    **pihak admin berhak mengubah/menggubal mana-mana peraturan di atas dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

    TERIMA KASIH


    --------------------------------------------
    =====================================================
    http://www.photoshopessentials.com/
    http://www.megaleech.eu/index.php
    https://connectnow.acrobat.com/oxxxo2009

      Current date/time is Sat Dec 03, 2016 5:34 pm