Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


+7
jimmy0711
OngBok
khairul anwar
hampeh
johnburn
Jedi
raidizh AR
11 posters

    World History (index di page 1)

    raidizh AR
    raidizh AR
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1618
    Age : 65
    Registration date : 24/04/2009

    World History (index di page 1) Empty World History (index di page 1)

    Post by raidizh AR Tue Nov 24, 2009 6:38 pm

    assalammualaikum dan salam sejahtera buat warga putera..

    sejarah dunia mencatatkan pelbagai peristiwa dan tinggalan yang tak harus lenyap dari ingatan... pahit dan getir perjalanan mereka yang hidup untuk menyaksikan kekejaman depan mata bukanlah sesuatu yang termampu dek kudrat setiap insan.. manakala kemanisan dan kejayaan yang dikecapi nenek moyang tak betah lenyap bersama peredaran masa..

    walaupun ada kalanya pahit utk dikenang, ianya tidak memberi makna andai kata setiap inci peristiwa itu dibiarkan kemas dlm lipatan sejarah.. sejarah perlu diungit, supaya ia memberi pengertian baru dalam kita mencorakkan masa depan..

    oleh itu, ak rasa terpanggil untuk memulakan perkongsian yang tak seberapa ni.. segala maklumat adalah on surface sahaja.. sekiranya ad sesiapa ingin menambah atau memperbetulkan content, dengan segala hormatnya, dipersilakan..

    berikut adalah tajuk2 yang telah dikongsi:
    1. Regime Khmer Rouge
    2. World War 2 Casualties
    3. Omaha Beach, D-Day (WW2)
    4. Pembebasan Costantinople a.k.a Istanbul
    5. Bencana Chernobyl (26 April 1986)
    6. Perang Jamal & Perang Siffin
    7. Salahuddin Al-Ayyubi
    8. Tragedi Pearl Harbour (7 Disember 1941)
    9. Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu


    Last edited by raidizh AR on Tue Dec 08, 2009 3:51 pm; edited 4 times in total
    raidizh AR
    raidizh AR
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1618
    Age : 65
    Registration date : 24/04/2009

    World History (index di page 1) Empty Re: World History (index di page 1)

    Post by raidizh AR Tue Nov 24, 2009 6:39 pm

    REGIME KHMER ROUGE / POL POT

    1. Khmer Rouge berasal dari perkataan perancis yang membawa maksud Red Khmer
    2. The event took place in cambodia between 1975 to 1979
    3. Khmer Rouge kemudiannya digelar Democratic Kampuchea
    4. Antara pemimpin tertinggi regime adalah pol pot atau nama sebenarnya Saloth Sar
    Spoiler:
    5. Regime ini ditubuhkan oleh sekumpulan pelajar yang menuntut dalam pelbagai bidang di perancis pada akhir 40-an sehingga awal 50-an
    6. Sumber menerima bahawa Pol Pot dam kumpulannya dipengaruhi fahaman komunis radikal Marx
    7. Pol Pot bukanlah seorang pelajar yang hebat. dia cuma bernasib baik kerana mempunyai talian secara tak langsung dengan kerabat diraja memandangkan kakaknya adalah gundik kepada raja pada ketika itu
    8. Pol Pot melanjutkan pelajarannya ke perancis dalam jurusan radio electronic namun pulang dgn tangan kosong setelah beberapa kali gagal
    9. Di antara 1962 hingga 1968, Pol Pot mula menyusun tapak dalam awal sejarah pemberontakannya
    10. Pada julai 1962, setiausaha gerakan parti komunis bawah tanah, Tou Samouth ditahan dan kemudian dibunuh sewaktu dlm tahanan
    11. Apabila Samouth dibunuh, Pol Pot naik menjadi pemimpin gerakan parti komunis tersebut

    Era kuasa regime

    1. Dari 1969 hingga 1975 menyaksikan pemerintahan baru di bawah pimpinan pol pot
    2. Mereka menentang secara besar-besaran pemerintahan kerajaan Cambodia
    3. Lewat 1973, Pol Pot mengeluarkan arahan pertamanya iaitu memutuskan semua hubungan bandar utamanya dengan bekalan dari luar lantas melumpuhkan bandar tersebut
    4. Pemerintahan Khmer Rouge megarahkan semua banda dikosongkan dan mengerah semua penduduk bandar untuk berhijrah ke kawasan luar bandar
    5. Semua laluan dan perhubungan disekat
    6. Pengusiran tersebut menyebabkan banyak nyawa terkorban. keadaan bergantung kepada unit tentera yang mengawal operasi tertentu
    7. Pemerintahan Khmer Rouge mula 'membersihkan' tahanan mereka bermula dengan golongan-golongan elite. ini termasuk guru, ahli politik, ahli perniagaan, pengamal agama (buddha terutamanya) dan golongan-golongan intelektual lain
    8. Ini bagi mengelakkan oerhubungan dan pertalian dengan mana2 kuasa luar, juga bagi mengurangkan risiko rakyat yang memberontak
    9. Sesetengah dari kanak-kanak dipisahkan dari keluarga dan mula ditanamkan sifat dan perasaan acuan dari pemerintahan khmer rouge. Mereka dilatih bermula dengan penderaan binatang
    Spoiler:
    10. Ada antaranya dibunuh dengan kejam
    Spoiler:
    11. Khidmat perubatan meruncing dan pengamal perubatan samada dibunuh atau dilarang dari terus berkhidmat

    TUOL SLENG

    1. Tuol Sleng merupakan salah satu pusat tahanan zaman pemerintaha Khmer Rouge yang menyimpan sejuta kenangan pahit buat mereka yang menjejakkn kaki kesana
    World History (index di page 1) 61878839
    2. Bangunan asal merupakan sebuah sekolah menengah tapi telah diubah suai bagi menempatkan tahanan yang menunggu maut dan dinamakaan Security Prison 21 (s-21)
    3. Tuol Sleng membawa maksud 'hill of the poisonous trees'
    4. Penstrukturan semula bangunan ini dlakukan bagi menempatkan banduan. Sekeliling bangunan dilingkari pagar duri bervoltan. Bilik darjah diuahsuai menjadi bilik tahanan dan bilik penderaan. Semua tingkap diliputi pagar besi dan dawai berduri utk mengelakkan banduan terlepas lari
    5. Kebanyakan ruang ditingkat bawah dibahagikan kepada sel banduan secara individu manakala ruang di tingkat atas menempatkan banduan secara beramai-ramai
    Spoiler:
    6. Setiap data banduan diambil terlebih dahulu untuk disimpan sebagai rekod. Salah satunya adalah dalam bentuk gambar
    World History (index di page 1) 18790310
    7. Banduan diperintahkan untuk mematuhi arahan, seandainya gagal, mereka akan didera dan kemudian dibunuh
    8. Ada diantara banduan yang membunuh diri
    9. Penderaan dilakukan dalam pelbagai cara dan dibentuk khusus bagi memaksa banduan mengaku salah
    Spoiler:
    10. Banduan kerap dipukul, didera dengan renjatan elektrik, dicucuh besi panas, digantung, dilemaskan dalam beg plastik, dikelar dan sebagainya.
    Spoiler:

    ******************************************************************************************

    1. Mayat banduan dtanam dalam kubur yang digali secara besar besaran untuk menempatkan banduan dalam kuantiti yang banyak
    Spoiler:
    2. Daripada anggaran 17,000 banduan yang dihantar ke tuol sleng, hanya 7 orang yang hidup.
    . Pada lewat 1979, cambodia tewas kepada kerajaan vietnam, dan pemerintahan khmer rouge berakhir selepas beberapa rentetan peristiwa dari itu.
    4. Pada 1981, pol pot membuat kenyataan terbuka menyatakan tidak mengaku bersalah di atas kekejaman yang menimpa rakyat Cambodia.
    5. Dia megaku melakukan kesilapan kerana mempercayai orang lain untuk membantu kepimpinannya dan tidak menyangka mereka yang diberi kepercayaan itu bertindak diluar batasan.
    6. Pol Pot mati dalam tidur pada april 1998, tanpa menerima hukuman di atas perbuatannya.
    Spoiler:


    Last edited by raidizh AR on Tue Nov 24, 2009 10:55 pm; edited 1 time in total
    Jedi
    Jedi
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 925
    Registration date : 13/02/2009

    World History (index di page 1) Empty Re: World History (index di page 1)

    Post by Jedi Tue Nov 24, 2009 8:04 pm

    World War II

    Ironinya orang awam paling ramai mati.

    Bayangkan?
    Orang awam - >50 juta kematian.
    Tentera - >25 juta kematian.
    Keseluruhan - >70 juta kematian


    Nyawa melayang macam tu jer.
    Semata2 kerana MENGEJAR DUNIA.

    Astagfirullah...

    http://en.wikipedia.org/wiki/World_War_II_casualties

    World History (index di page 1) 546pxworldwariicasualties
    raidizh AR
    raidizh AR
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1618
    Age : 65
    Registration date : 24/04/2009

    World History (index di page 1) Empty Re: World History (index di page 1)

    Post by raidizh AR Wed Nov 25, 2009 11:27 am

    OMAHA BEACH (D-DAY, WW2)

    Tentu ramai kat sini yang pernah tengok cerita saving private ryan yang tom hanks belakon tuh. Maka disini saye sertakan sedikit info berkenaan peristiwa berdarah ini.



    Secara umumnya, misi di Omaha beach adalah salah satu misi penaklukan Normandy semasa WW2.

    1. Omaha beach adalah antara satu peristiwa terpenting yang dicatatkan dalam sejarah perang dunia kedua
    2. Event ini berlaku pada 6 jun 1944
    3. Omaha beach terletak di sebelah pesisiran utara perancis, mengadap English channel (tunnel under the sea which connects france and England) sepanjang 8km.
    4. Serangan didahului dari laut oleh U.S. 29th and 1st infantry divisions (pasukan askar yang bejalan kaki membawa senjata) <---- cm klaka je translet
    World History (index di page 1) 71486839
    5. Kebanyakannya mati sewaktu pendaratan, samada lemas, atau dihujani peluru dari tentera jerman yang brkubu dari kawasan tinggi di sepanjang pantai.
    World History (index di page 1) 95837180
    6. Pihak tentera US mengambil risko besar kerana menempatkan askar mereka di kawasan itu.
    7. Misi di Omaha beach telah gagal sejak permulaan dimana hanya 2 tank yang membawa troop tentera sampai ke pantai manakala 27 lagi tenggelam sebelum sampai.
    World History (index di page 1) 74946384
    8. Walaubagaimanapun, tiada unit yang mendarat di zon yang ditetapkan, dalam erti kata lainnya, semua plan dorg tersasar
    9. Ditambah pula dengan ombak besar, angin kuat, dan kedudukan yang pendaratan yang xstrategik, ada yang menyifatkan misi di Omaha sebagai ‘killing zone’
    10. Kebanyakan factor tersebut membuatkan tentera US hilang arah tanpa jalan keluar
    11. Secara beransur tentera US membentuk kumpulan kecil di kaki tebing pantai
    12. Tentera US membuat serangan dari belakang dan meletupkan beberapa kubu tentera jerman.
    13. Tujahan serangan dari tentera jerman semakin berkurangan dan satu persatu laluan masuk terbuka.
    14. Menjelang malam, tentera US berjaya masuk walaupun bukanlah seperti yang dirancang
    15. Tentera jerman kehilangan hampr 20% askar mereka manakala lebih 1200 orang tenteranya yang mengalami kecederaan dan kecacatan.
    16. Askar US pula mengalami lebih 2400 kecederaan askar mereka dan secara umumnya menuntut lebih 1000 nyawa.
    World History (index di page 1) 66494835
    17. Operasi yang pada mulanya gagal, akhirnya Berjaya

    Dokumentari ringkas berkenaan misi di Omaha beach. Ringkas tapi lebih padat.



    Sumber: wiki, encyclopedia Britannica, espace historique Normandy 1944
    johnburn
    johnburn
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 755
    Location : Terengganu
    Registration date : 07/03/2009

    World History (index di page 1) Empty Re: World History (index di page 1)

    Post by johnburn Wed Nov 25, 2009 11:32 am

    pergh cayalah rai. mmg sejarawati la haha
    hampeh
    hampeh
    Ahli
    Ahli


    Number of posts : 866
    Registration date : 28/02/2009

    World History (index di page 1) Empty Re: World History (index di page 1)

    Post by hampeh Wed Nov 25, 2009 12:27 pm

    Aku suka betul tengok rancangan2 sejarah nih , jom tengok history channel , cuma kena berjaga2 jela pasal "sejarah ni ditulis oleh siapa yang menang konflik/perang" .
    Jedi
    Jedi
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 925
    Registration date : 13/02/2009

    World History (index di page 1) Empty Re: World History (index di page 1)

    Post by Jedi Wed Nov 25, 2009 12:47 pm

    Peperangan ni banyak mencorak dunia hari ini.
    Konspirasi etc.
    raidizh AR
    raidizh AR
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1618
    Age : 65
    Registration date : 24/04/2009

    World History (index di page 1) Empty Re: World History (index di page 1)

    Post by raidizh AR Wed Nov 25, 2009 1:10 pm

    @jon
    sejarahwati? sejarah ak dulu foul..

    @hampeh
    baiklah, ak akan lebih berhati2 dalam mencari bahan bacaan.. kebanyakan fakta tu ak dah bace back n forth untuk cari mana yang lebih tepat dan semuanya on surface sahaja. ak tak pergi terlalu detail.

    @jedi
    yep, seperti yang ak nyatakan, sejarah mengajar kita mencorak masa depan. lebih baik atau lebih buruk, consequencesss

    terima kasih kerana sudi menjengah ke teratak buruk hamba ini walaupun kelihatan membosankan... eheh.. selamat berkongsi.. tambah la mane yang patut
    khairul anwar
    khairul anwar
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 882
    Age : 38
    Location : Puchong
    Registration date : 26/04/2009

    World History (index di page 1) Empty Re: World History (index di page 1)

    Post by khairul anwar Thu Nov 26, 2009 12:56 am

    good jobs rai

    bak kate tom hanks, understanding our past determines actively our ability to understand the present

    eh betul ker? entah, aku pun lupa Razz Razz


    demand more info
    OngBok
    OngBok
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 729
    Location : Dungun Terengganu
    Job/hobbies : Pesara JKR
    Registration date : 18/02/2009

    World History (index di page 1) Empty Re: World History (index di page 1)

    Post by OngBok Thu Nov 26, 2009 1:04 am

    Sejarah banyak mengajar aku menjadi lebih dewasa, walau pun aku sememangnya dah dewasa. Very Happy
    raidizh AR
    raidizh AR
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1618
    Age : 65
    Registration date : 24/04/2009

    World History (index di page 1) Empty Re: World History (index di page 1)

    Post by raidizh AR Thu Nov 26, 2009 1:17 am

    @khairul anwar
    ak ingt tom hanks ade cakap 'earn it' dlm citer ni.. bermaksud, jadikanlah pengorbanan dorg satu usaha yang berbaloi.. heheheh.. dramatik la plak citer tu

    @ongbok
    dewasa usia dan pemikiran adalah dua perkara berbeza.. ad org umur da stengah abad, tp masih xreti menilai dan menghargai kehidupan.. dalam erti kata lainnya, masih mentah..

    kedewasaan pemikiran bukanlah diukur dengan usia, tetapi sejauh mana akalnya berfungsi.. tahniah bro ongbok kerana telah meningkat dewasa.. xsemua org berjaya dewasa.. eheh.. meraban dah
    khairul anwar
    khairul anwar
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 882
    Age : 38
    Location : Puchong
    Registration date : 26/04/2009

    World History (index di page 1) Empty Re: World History (index di page 1)

    Post by khairul anwar Thu Nov 26, 2009 9:06 pm

    demand more info n pic..
    jimmy0711
    jimmy0711
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 24
    Registration date : 13/03/2009

    World History (index di page 1) Empty Re: World History (index di page 1)

    Post by jimmy0711 Thu Nov 26, 2009 9:22 pm

    pembebasan Costantinople a.k.a Istanbul

    http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/06/26/sultan-muhammad-al-fateh-dan-pembukaan-costantinople/
    MalaYneuMaya
    MalaYneuMaya
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1044
    Age : 39
    Job/hobbies : kejar biawak, kunyah milo beku
    Registration date : 18/02/2009

    World History (index di page 1) Empty Re: World History (index di page 1)

    Post by MalaYneuMaya Thu Nov 26, 2009 10:28 pm

    assalamualaikum...

    BENCANA CHERNOBYL (26 April 1986)


    World History (index di page 1) Chernobylsarcophagus440t
    Overview

    Stesen Janakuasa Chernobyl terletak di Pripyat, Ukraine ialah sebuah stesen janaelektrik yg menggunakan tenaga nuklear, mempunyai 4 reaktor yg berkeupayaan membekalkan 1000 MegaWatt tenaga elektrik setiap satu

    pada 26 April 1986 kira-kira pukul 1:23 pagi waktu tempatan, kegagalan reaktor 4 di stesen tersebut menyebabkan terjadinya bencana nuklear terburuk dlm sejarah, membunuh lebih dari 50 penduduk termasuk kanak-kanak dan pekerja, 300 000 lagi terpaksa berpindah dan lebih 600 000 disyaki terkena dedahan radiasi

    sehingga ke hari ini, daerah chernobyl telah ditinggalkan sejak bencana tersebut berlaku..

    Sejarah janakuasa

    1. dibina atas sebab keperluan tenaga elektrik yg tinggi
    2. Ukraine pada ketika itu di bawah pemerintahan Soviet Union (sehingga 1991)
    3. janaelektrik nuklear dipilih kerana Ukraine mempunyai lambakan uranium berbanding arang dan minyak
    4. stesen dibina di bandar Pripyat kerana lebih hampir dengan penempatan pekerja dan keluarga mereka

    Punca letupan

    kegagalan ujian utk mengenalpasti kesan apabila reaktor digerakkan pada tenaga yg rendah

    Sistem reaktor

    - dinamakan RBMK Reactor, (reaktor bolshoy moshchnosty kanalny)
    - satu-satunya reaktor yg menggunakan air sebagai penyejuk dan grafit sebagai moderator
    - prinsip rekaan diambil dari reaktor yg menghasilkan plutonium
    - Rusia menggunakannya sebagai reaktor tenaga dan menghasilkan plutonium

    World History (index di page 1) Rctr

    Susunan kejadian

    25 April 1986:

    1:00 pm

    - Anatoly Dyatlov (ketua jurutera) membuat persiapan utk melaksanakan ujian, Control Rods diturunkan di dlm reaktor, lalu memperlahankan tindakbalas kimia

    2:00 pm

    - langkah seterusnya, mematikan sistem penyejukan kecemasan, dimana ianya melanggar protokol keselamatan stesen
    - Anatoly meminta supaya ujian dilakukan pada waktu malam
    - bandar Kiev yg menggunakan tenaga dari stesen chernobyl telah diberitahu mengenai ujian tersebut
    - waktu malam dipilih kerana bandar Kiev kurang menggunakan tenaga elektrik berbanding waktu siang

    11:10 pm

    - permintaan utk menjalankan ujian pada waktu malam telah diluluskan
    - operasi reaktor diperlahankan ke tahap terendah

    26 April 1986:

    12:00 am

    - jurutera mendapati yg reaktor beroperasi pada tahap terlalu rendah sehingga hampir mematikan reaktor
    - Anatoly mengarahkan supaya control rods dinaikkan semula utk mempercepatkan tindakbalas kimia
    - tenaga meningkat secara mendadak, secara otomatik pam air dihidupkan dan air penyejuk di sekitar reaktor disalir keluar
    - reaktor kehilangan air penyejuk dan menjadi terlalu panas

    1:23 am

    - akibat terlalu panas, tenaga yg terhasil meningkat terlalu tinggi
    - disebabkan panik, control rods diturunkan serta merta
    - control rods tersekat, lalu menyebabkan letupan

    Kebakaran

    - kebakaran berlanjutan sehingga berbulan-bulan
    - 3 lagi reaktor masih dibiarkan berfungsi
    - kerajaan dan orang awam diberitahu semuanya dlm keadaan terkawal
    - mereka meminta bantuan pakar dari Moscow utk menyiasat kejadian

    reaktor 4 - pandangan dari udara World History (index di page 1) Chernobyl

    Konspirasi

    - orang awam mendapat khabar angin tentang simtom yg berlaku terhadap ahli bomba
    - kanak-kanak diberi pil iodin sebagai antibodi
    - darurat diisytiharkan, polis meminta penduduk tidak keluar rumah dan menutup tingkap
    - namun, penduduk tidak mengetahui sebab sebenar darurat tersebut

    Pemindahan

    - kerajaan menyediakan 3 hari utk proses memindah penduduk
    - sekitar 10km radius dari stesen termasuk dlm zon perlu-pindah
    - 5 hari kemudian, zon perlu-pindah diperluas ke 30km radius

    Kesan

    - pasukan bomba adalah yg terawal mengalami kesan radiasi
    - mereka mengalami muntah dan gusi berdarah, gigi dan rambut mulai gugur, kulit menjadi lebam dan berdarah, kebanyakan mereka mati
    - radiasi yg dibebaskan adalah melebihi 100 bom nuklear yg digugurkan di hiroshima dan nagasaki, dan tersebar sehingga ke Sweden
    - dari 1992-2004, 4000 kes kanser tiroid dikesan di Rusia, Ukraine dan Belarus
    - kanak-kanak seluruh eropah mengalami penyakit, susu tercemar dipersalahkan

    kanak-kanak yg menjalani sesi radiotherapy
    World History (index di page 1) 14postopera
    World History (index di page 1) 58padrefiglio

    Pemulihan tapak

    - robot yg dibawa dari Jerman utk proses pembersihan, turut mengalami gangguan radiasi dan tidak berfungsi dgn betul
    - sebagai ganti, seramai 800,000 pekerja dibawa masuk, mereka digelar liquidators

    Spoiler:

    - tahap radiasi terlalu tinggi sehinggakan liquidators tidak mampu bekerja melebihi 90 saat pada satu-satu masa
    - pokok dan tanah sekitar stesen ditanam dan ditutupi konkrit
    - sarcophagus (bahasa latin yg bermaksud 'keranda batu') iaitu dinding konkrit yg tebal dibina mengelilingi reaktor

    Spoiler:

    sumber:
    bthreen.com
    belarusguide.com
    world-nuclear.org
    electrodes.files.wordpress.com
    neimagazine.com
    wikipedia


    Last edited by MalaYneuMaya on Sun Nov 29, 2009 9:53 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : typo: RBMK reactor not RMBK)
    raidizh AR
    raidizh AR
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1618
    Age : 65
    Registration date : 24/04/2009

    World History (index di page 1) Empty Re: World History (index di page 1)

    Post by raidizh AR Fri Nov 27, 2009 12:54 pm

    wahhh... ak baru tahu ad letupan nuklear setahun b4 ak lahir... thanks maya... info yang cukup padat...

    mase tengok je tarikh, ak terus tanye mak ak... die kate "chernobyl tu ke?".. mak ak pun tau..

    ak search balik review bandar pripyat tu harini.. abandoned city.. bandar yang terkena nuklear, memang langsung sampai bila2 ke xbole diduduki?

    dah 20++ tahun pun masih xpulih ke bandar tu? sunyi. xde hidupan. mase penduduk pripyat tinggalkan bandar tu, dorg tggalkan hampir semua harta benda. jadi tempat tu dah terdedah kepada vandalism

    haiwan peliharaan pun dorg tinggalkan mase evacuation.. memang mati habes.. kalo la letupan tu xterjadi, pripyat barangkali adalah sebuah bandar yang pesat membangun dan boleh dikatakan mewah sebab kebanyakan yang menetap kat bandar tu pada masa itu adalah golongan2 yang berpendidikan tinggi dalam sektor nuklear..

    thanks maya
    avatar
    nocturnal
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 181
    Registration date : 18/02/2009

    World History (index di page 1) Empty Re: World History (index di page 1)

    Post by nocturnal Fri Nov 27, 2009 6:38 pm

    pasal nuclear reactor chernobyl tu aku ada tengok 2-3 ari lepas kat history channel.
    Jedi
    Jedi
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 925
    Registration date : 13/02/2009

    World History (index di page 1) Empty Re: World History (index di page 1)

    Post by Jedi Sun Nov 29, 2009 6:36 am

    Perang Jamal.

    Perang Jamal atau Perang Unta berlaku pada 11 Jamadilakhir 36H atau Disember 657M yang mengambil masa tidak sampai sehari. Kemenangan berpihak kepada Khalifah Ali. Peperangan tersebut berlaku Ali menggantikan semua pegawai kerajaan yang merupakan keluarga Uthman bin Affan iaitu Bani Umaiyyah kepada mereka yang cekap dan adil. Ali yang dikenal dengan keadilannya juga mencabut undang-undang yang diskriminatif dan memutuskan untuk membatalkan segala konsesi yang sebelumnya diberikan kepada orang-orang Muhajirin dan menyamaratakan hak umat atas kekayaan baitul mal. Disamping itu, pihak keluarga Bani Umaiyyah menggunakan alasan kemangkatan Khalifah Uthman sebagai alasan untuk menentang pemerintahan Ali.


    Perang Siffin.

    Perang Siffin (Mei-Julai 657) berlaku semasa zaman fitnah besar atau perang saudara pertama orang Islam dengan pertempuran utama berlaku dari 26-28 Julai. Pertempuran ini berlaku di antara Muawiyah bin Abu Sufyan dan Saidina Ali bin Abi Talib di tebing Sungai Furat yang kini terletak di Syria (Syam). Berikutan pembunuhan Saidina Uthman bin Affan, Saidina Ali menjadi khalifah. Muawiyah, seorang gabenor Syria, merupakan saudara kepada Saidina Uthman dan mahukan pembunuh Uthman diadili. Dia menganggap Ali tidak bersungguh-sungguh mahu menghukum pembunuh Uthman lalu memberontak ke atas Ali. Akibatnya terjadi pertempuran di Siffin. Pertempuran ini tidak berkesudahan dan kedua-dua pihak bersetuju untuk berunding. Pertempuran dan perundingan melemahkan kedudukan Ali dan pada masa yang sama tidak menyelesaikan konflik yang melanda empayar Islam. Kepada penganut Syiah, Ali ibnu Abi Talib merupakan Imam yang pertama. Kepada Sunni, Ali merupakan Khalifah Ar-Rashidun yang keempat dan Muawiyah sebagai khalifah pertama Dinasti Umayyah. Peristiwa yang berlaku semasa perang sehingga kini menjadi kontroversi di antara kedua-dua Sunni dan Syiah yang juga memisahkan kedua-dua mazhab ini.


    Selebihnya boleh baca disini;

    https://putera.forumms.net/sudut-agama-f58/perang-jamal-perang-siffin-t5854.htm#89157
    Jedi
    Jedi
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 925
    Registration date : 13/02/2009

    World History (index di page 1) Empty Re: World History (index di page 1)

    Post by Jedi Sun Nov 29, 2009 7:21 am

    Salahuddin al-Ayyubi

    Salahuddin al-Ayyubi (bahasa Arab: صلاح الدين الأيوبي / Ṣalāḥ al-Dīn al-Ayyubīy‎, bahasa Kurd: سه‌لاحه ‌دينێ ئه ‌يووبى / Silhedînê Eyûbî, bahasa Parsi: صلاح الدین ایوبی, bahasa Turki: Selahaddin Eyyubi) atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub (1137 -1193) mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurd di Mesir dan Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.


    Selebihnya boleh baca disini;

    https://putera.forumms.net/sudut-agama-f58/salahuddin-al-ayyubi-pemimpin-contoh-t5855.htm#89162
    hampeh
    hampeh
    Ahli
    Ahli


    Number of posts : 866
    Registration date : 28/02/2009

    World History (index di page 1) Empty Re: World History (index di page 1)

    Post by hampeh Sun Nov 29, 2009 4:40 pm

    Aku tengok pun jarang orang nak ketengahkan isu sejarah tamadun2 islam, mungkin sebab source dia kebanyakkan dalam bahasa arab + dan tak diterjemahkan lagi .

    Cadangan sket , mungkin kat starting post boleh dibuat link2 ke artikel2 sejarah yang dipostkan dalam thread ni senang sikit pembaca baru nak cari terus post berkenaan dari meyelak satu2 page ni (aku tau bru 2 page je thread ni :p)
    avatar
    AhmadSyazwan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 414
    Registration date : 26/02/2009

    World History (index di page 1) Empty Re: World History (index di page 1)

    Post by AhmadSyazwan Thu Dec 03, 2009 12:42 pm

    sesiapa boleh ulas tentang Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain
    Jedi
    Jedi
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 925
    Registration date : 13/02/2009

    World History (index di page 1) Empty Re: World History (index di page 1)

    Post by Jedi Thu Dec 03, 2009 1:28 pm

    AhmadSyazwan wrote:sesiapa boleh ulas tentang Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain

    Maksud kau Alexander bukan Zulkarnain 'kan?

    Tak benar.
    Sebab dalam Al-Quran, Zulkarnain orangnya patuh pada perintah Allah SWT.

    Alexander lak akhlaknya buruk.
    avatar
    AhmadSyazwan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 414
    Registration date : 26/02/2009

    World History (index di page 1) Empty Re: World History (index di page 1)

    Post by AhmadSyazwan Thu Dec 03, 2009 5:58 pm

    World History (index di page 1) Benarkah+iskandar+bukan+zulqarnain

    kisah ni femes gak.
    ramai org bincang.
    khairul anwar
    khairul anwar
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 882
    Age : 38
    Location : Puchong
    Registration date : 26/04/2009

    World History (index di page 1) Empty Re: World History (index di page 1)

    Post by khairul anwar Thu Dec 03, 2009 6:55 pm

    menarik cite pasal iskandar zulkanain nie

    buku nie menarik tuk dibace
    banyak sejarah dunia pun terbentuk dari pemimpin nie
    kaitan YAKJUJ & MAKJUJ pun ade gak

    aku ade bace buku dia,
    nak ulas aku tak reti la, hehe
    MalaYneuMaya
    MalaYneuMaya
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1044
    Age : 39
    Job/hobbies : kejar biawak, kunyah milo beku
    Registration date : 18/02/2009

    World History (index di page 1) Empty Re: World History (index di page 1)

    Post by MalaYneuMaya Mon Dec 07, 2009 3:32 pm

    assalamualaikum...

    sempena 68 tahun tragedi, *dan 25 tahun aku harini Razz :

    TRAGEDI PEARL HARBOR (07 Disember 1941)


    World History (index di page 1) Arizburn

    Overview

    Pearl Harbor yg terletak di kepulauan O'ahu, Hawaii adalah sebuah pelabuhan milik Amerika Syarikat, menempatkan markas bagi armada bahagian pasifik.

    Pada 07 Dis 1941, serangan mengejut dari armada laut jepun mengakibatkan amerika kehilangan byk fasiliti ketenteraan mereka termasuk kapal perang dan pesawat. Sebanyak 6 buah carrier jepun terlibat: Akagi, Kaga, Soryu, Hiryu, Shokaku dan Zuikaku.

    dalam serangan itu, kira-kira 2,400 org tentera amerika terkorban termasuk 54 orang awam, manakala pihak jepun hanya kehilangan 29 buah pesawat dari 353 buah yg dilancarkan.

    serangan ke atas pearl harbor menjadi titik tolak kepada penglibatan AS dalam kancah Perang Dunia Kedua.

    Objektif

    1. Bertujuan untuk memusnahkan armada pasifik AS, selain membantu memudahkan pihak jepun memasuki Malaya sebagai usaha menakluk sumber alam seperti minyak dan getah.
    2. Memberi peluang kepada Jepun utk menguatkan tenaga ketenteraan sebelum AS menambah bilangan kapal perang hasil dari kongres Vinson-Walsh Act.
    3. Melemahkan semangat tentera AS utk berperang, membolehkan Jepun menguasai Asia Tenggara tanpa gangguan.

    Taktik

    - Jepun mempelajari corak serangan pihak British ke atas armada Itali di Taranto pada tahun 1940
    - menumpukan serangan ke atas kapal-kapal perang.
    - Jepun menyedari kelemahan serangan:

    > kapal-kapal AS berada di air cetek, proses baikpulih akan jadi mudah.
    > kebanyakkan krew akan sempat melarikan diri atau diselamatkan.

    Rancangan jepun

    - serangan pesawat dilancarkan secara 2 peringkat: serangan pertama sbg serangan utama, serangan kedua utk menghabiskan saki baki yg tinggal.
    - kapal-kapal perang, aircraft carrier dan pesawat AS dijadikan sasaran utama
    - menghantar 6 buah pesawat peninjau sebelum serangan, 2 sekitar Oahu dan 4 sekitar Kido Butai - Niihau
    - menghantar 5 buah kapal selam kecil yg dilengkapi torpedo.

    Kesilapan awal AS

    - Radar AS berjaya mengesan formasi awal jepun, tapi diabaikan kerana menyangka ianya cuma 6 buah pesawat pengebom B-17 milik AS yg baru pulang dari rondaan.


    "To Ra! To Ra! To Ra!"

    - kod yg dihantar oleh ketua pilot kpd komander sbg isyarat memulakan serangan.
    - To (totsugeki = serang), Ra (raigeki = pengebom torpedo) pada asalnya dieja To Ra.
    - AS memanggilnya Tora dan mengubah maksudnya kepada "harimau".

    Serangan pertama

    World History (index di page 1) Mitsuofuchida
    - Kapten Mitsuo Fushida menjadi komander serangan pertama
    - 183 buah pesawat dilancarkan dlm 3 kumpulan:

    kump 1:

    >> mensasarkan kapal perang, aircraft carrier
    >> 50 buah Nakajima B5N + bom pemecah perisai 800kg
    >> 40 buah Nakajima B5N + Type 91 torpedoes

    kump 2:

    >> mensasarkan Ford Island, Wheeler Field
    >> 54 buah Aichi D3A + bom 249kg

    kump 3:

    >> mensasarkan pesawat AS
    >> 45 buah Mitsubishi A6M (sbg pengawal udara dan pemantau)

    Serangan kedua

    World History (index di page 1) Shigekazushimazakizuika
    - Liutenan Komander Shigekazu Shimazaki menjadi komander serangan kedua
    - 171 buah dilancarkan dlm 3 kumpulan:

    kump 1:

    >> mensasarkan pesawat AS dan hangar mereka
    >> 54 buah Nakajima B5N + bom 249kg + bom 60kg

    kump 2:

    >> mensasarkan aircraft carrier, cruiser
    >> 81 buah Aichi D3A + bom 249 kg

    kump 3:

    >> mensasarkan pesawat AS
    >> 36 buah Mitsubishi A6M

    Batal serangan ketiga

    - Admiral Chuichi Nagumo diminta supaya melancarkan serangan ketiga utk memusnahkan tangki simpanan minyak, stor torpedo, dan fasiliti lain.
    - permintaan ditolak atas alasan: AS telah meningkatkan pertahanan mereka selepas serangan kedua, dan tidak mahu jepun mengambil risiko kehilangan pesawat.

    World History (index di page 1) 66i1280
    Nakajima "Kate" B5N, pembawa bom dan torpedo

    World History (index di page 1) Dsc162220bt13a20n564782
    Aichi "Val" D3A, pembawa bom

    World History (index di page 1) A6m7a
    Mitsubishi "Zero" A6M, fighter/dogfight aircraft

    Spoiler:

    Baik pulih

    - dlm 6 bulan, 5 kapal perang dan 2 cruiser AS dinaikkan dan dihantar utk baikpulih.
    - USS Oklahoma, USS Arizona dan USS Utah tidak dibaikpulih kerana rosak teruk.
    - USS Arizona dijadikan tugu peringatan.

    World History (index di page 1) Ussarizona
    USS Arizona

    Kerosakan, kehilangan nyawa

    - 2,386 rakyat AS mati, termasuk 55 orang awam, manakala 1,139 cedera
    - 18 kapal berjaya ditenggelamkan, termasuk 5 kapal perang
    - USS Nevada dihujani bom 113kg dlm usahanya meninggalkan pelabuhan utk menyelamatkan diri.
    - jepun kehilangan 29 pesawat (9 dlm serangan pertama + 20 dlm serangan kedua) dan kesemua 5 kapal selam.
    - 55 pilot jepun dan 9 krew kapal selam mati, seorang berjaya ditawan (Kazuo Sakamaki)

    Kesan

    - Serangan berlangsung selama 90 minit.
    - aircraft carrier AS tidak terusik dan menjadi satu-satunya harapan AS utk melancarkan serang balas kelak.
    - lebih 110,000 rakyat jepun-amerika dihalau dari rumah dan dihantar ke kem.
    - Atas dasar Pakatan Axis dgn Jepun, Nazi Jerman dan Itali mengisytiharkan perang ke atas AS.

    info tambahan:
    Spoiler:

    *sedutan filem tora tora tora (1970) best pearl harbor film bagi aku,w/pon kurang canggih (guna model je) dan no CGI, yg penting takde jiwang2, takde berat sebelah, dan info banyak yg tepat. Very Happy




    sumber:
    wikipedia
    air-and-space.com
    aviation-history.com

    raidizh AR
    raidizh AR
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1618
    Age : 65
    Registration date : 24/04/2009

    World History (index di page 1) Empty Re: World History (index di page 1)

    Post by raidizh AR Tue Dec 08, 2009 3:43 pm

    PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

    - memandangkan harini 8 disember, maka...........
    - rentetan pendudukan jepun di tanah melayu bermula pada tahun 1939, iaitu selepas jepun berjaya menduduki kebanyakan wilayah indo-china. Kekebalan british pada masa itu semakin tergugat.
    Pada 9 disember 1941, jepun mula mendarat di negeri Kelantan dan Terengganu.
    - Tumbangnya singapura menandakan kemaraan tentera jepun xmampu dipatahkan lagi.
    - Berikutan dengan itu, antara 1 kesan dari pendudukan jepun ialah hubungan antara kaum melayu dan cina semakin tegang.
    - Ini berlaku dek kerana kebencian jepun terhadap kaum cina. Kebanyakan kaum cina mula melarikan diri ke kawasan hutan dan ramai antaranya mencari perlindungan dan kuasa untuk menentang jepun.
    - Maka ramai diantara mereka yang berkhidmat untuk MPAJA (Malayan people anti Japanese army) yang diasaskan oleh komunis.

    World History (index di page 1) MPAJA2

    - Manakala ramai kaum melayu pula menyertai psukan polis. Ini meletakkan kaum cina dan kaum melayu dalam arah yang berbeza.
    - Jepun bergerak pantas menggunakan basikal

    World History (index di page 1) Ph

    - Pendudukan jepun di tanah melayu boleh diakatakan agak singkat berbanding penjajahan lain. Namun ianya bukanlah sesuatu yang pernah terlintas dalam kotak pemikiran masyarakat di tanah melayu pada ketika itu.
    - Kronologinya adalah seperti berikut
    Pada 7dan 8 disember 1941, jepun mendarat di pantai padang pak amat dan disitu tercetuslah pertempuran sengit antara tentera jepun dan tentera india british. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sejam sebelum serangan jepun ke atas pearl harbour dilancarkan.
    Secara rasminya, perang pasifik bermula bagi sejarah pendaratan jepun ke tanah melayu.
    Walaupun jepun mengalami kehilangan anggota yang ramai, serangan demi serangan yang dilancarkan memaksa tentera british berundur.
    Berikutan dengan itu, tentera jepun meneruskan pendudukannya dengan menawan lapangan terbang kota bharu, singapura, hong kong, dan pearl harbour.
    9 disember jepun menawan lapangan terbang sg. Petani, butterworth dan alor star.
    10 disember jepun menyerang dan menenggelamkan kapal perang milik british iaitu Prince of Wales dan Repulse.

    World History (index di page 1) Photo01bbPOW1941SingaporeMQ

    World History (index di page 1) Hms-repulse

    11 disember jepun mengebom pulau pinang.
    12 disember jitra dan alor star pula jatuh ke tangan jepun.
    16 disember jepun menguasai pulau pinang dan jepun ambil alih.
    26 disember jepun menawan ipoh
    30 disember 1941 – 2 januari 1942 tentera jepun dan tentera british bertempur di Kampar selama 3 hari dan akhirnya tentera british berundur.
    7 januari jepun menang dlm pertempuran di slim river
    9 januari tentera british di kuala lumpur berundur ke utara johor dan jepun mengambil alih kuala lumpur pada 13 januari
    15 januari pasukan tentera utama jepun tiba dan memaksa tentera Australia berundur ke segamat.
    17 – 18 januari british dan jepun bertempur di selatan muar
    31 januari keseluruhan tanah melayu jatuh ke tangan jepun
    1-15 februari jepun menguasai singapura

    **banyak lg lom cerita, nnt ak tambah kalo ad mase

    sumber:dragonizer, wikipedia

    Sponsored content


    World History (index di page 1) Empty Re: World History (index di page 1)

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Fri Mar 29, 2024 3:14 pm