by BasicCX Wed Nov 25, 2009 2:28 am
hjali11 wrote:korang pernah tak dengar orang kata 'hukum alam'?
tiap benda ada sebab dan akibat untuk peringatan kita bersama kita sama-sama list hukum alam kat sini.
baik dibalas baik jahat dibalas jahat.
Salam,
Yang aku bold tu bukan hukum alam. Hukum alam (Sunnatullah) yang telah termaktub di dalam Al-Quran dan dinyatakan oleh Nabi Muhammmad S.A.W melalui teladan (Sunnah Rasuluallah) adalah
Kebaikan dibalas lebih baik dan kejahatan dibalas kebaikan.
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (surah Fussilat ayat 34)
Sabda Nabi Muhammad S.A.W. :
عن أبي ذر ,عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : اتق الله حيثما كنت وأتبع السيئة تمحها وخالق الناس بخلق حسن
" Daripada Abu Dzar, dari nabi saw bersabda, Takutilah Allah dimana sahaja kamu berada: ikutilah kejahatan denagn kebaikan, kerana kebaikan menghapuskan kejahatan; dan berakhlaq baiklah diantara sesama manusia "( HR : Tirmizi & Al-Hakim )