Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


    kurang puas hati dgn perkauman ...

    Share

    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 30
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by TOYSЯUS on Fri Sep 18, 2009 11:21 am

    Si... si..! Betul tak Melayu sini.
    Jangan tipu kalau Melayu yang dimaksudkan tu Melayu seberang, eh tapi tak pernah lagi la dengar orang panggil orang seberang tu "Melayu".
    Pedas tak pedas, memang tetap terasa la sebab di mana lagi orang panggil Melayu selain di Malaysia ni.
    Tambah lagi bila orang kata "ko jangan pergi kedai Melayu lagi, menipu diorang tu". Melayu mana lagi kalau bukan Melayu Malaysia.
    Orang seberang takkan terasa pedas punya, bahkan rasa manis hingga tersenyum sampai telinga bila dengar bangsa Melayu dikutuk.
    Sebab mereka tahu bangsa mereka walaupun serumpun dengan Melayu, tapi mereka tak dipanggil Melayu.

    Tengok drama bawang putih bawang merah, ada pulak mintak tolong si peri-peri. Oma Bertha tu pulak, pengamal sihir.
    Dalam drama Untungnya Ada Jinny, berkawan dengan jin.
    Dan banyak lagi cerita-cerita dari seberang yang memperlihatkan kehidupan sebenar (sebilangan) bangsa mereka, berperasaan hasad dengki.
    Tak ke syirik itu? Tapi terus dapat sambutan hangat di Malaysia. Sampai diulangtayang lagi sekali sampai setahun.

    Bila orang Melayu buat cerita Keliwon, atau apa-apa cerita seram, dikatanya Melayu suka tahyul. Melayu suka sihir, hasad dengki.
    Adil kah?


    --------------------------------------------
    TETTT!!

    neology
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 372
    Age : 30
    Registration date : 25/04/2009

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by neology on Fri Sep 18, 2009 4:52 pm

    kalau betul..xkan nk kata tak betul?nak puji melambung?nk jadi pengampu?nak terus dibuai mimpi?come on!!wake up!

    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 30
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by TOYSЯUS on Fri Sep 18, 2009 10:14 pm

    Habis sekarang ni semua tu betul ke tak betul?
    Kalau tak nak puji tak perlu nak keji.
    You, wake up.


    --------------------------------------------
    TETTT!!

    neology
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 372
    Age : 30
    Registration date : 25/04/2009

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by neology on Fri Sep 18, 2009 10:24 pm

    xde sape keji..ckp benda yg betul pun kata keji..habis..kalo benda xbetul, xbleh la nak tegur?xleh la nak kata benda tu salah?diam je la..aku xtuduh mane2 individu pun..don't hate the sinner..hate the sin..

    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 30
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by TOYSЯUS on Fri Sep 18, 2009 10:50 pm

    Kalau cakap benda yang betul kenapa bercerita satu side je? Dan puji side yang lagi satu?
    Kalau benda yang tak betul, yes sila tegur, tapi jangan kutuk.
    Melayu sendiri tibai Melayu.
    Melayu suka dengki kat melayu lain....kalau aku kaya, melayu lain akan dengki, kalau cina kaya, tak apa ! bodo punya melayu !
    melayu memang terkenal dengan hasad dengkinya sejak dari dulu lagi..
    Adakah semua itu teguran atau kutukan?

    Yang aku yakin, begini baru dikatakan teguran:
    Melayu kena utamakan Islam, barulah leh maju.
    Melayu ni elok perangai kalau Islam dia junjung.

    Jangan kata tu contoh yang saya buat sendiri, u all boleh cari semua tu dari page 1.

    Don't hate the sinner, hate the sin.


    --------------------------------------------
    TETTT!!

    nocturnal
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 181
    Registration date : 18/02/2009

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by nocturnal on Fri Sep 18, 2009 11:03 pm

    hi ???????????

    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 30
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by TOYSЯUS on Fri Sep 18, 2009 11:04 pm

    Hai encik nocturnal.
    yu mis mi?


    --------------------------------------------
    TETTT!!

    neology
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 372
    Age : 30
    Registration date : 25/04/2009

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by neology on Fri Sep 18, 2009 11:28 pm

    bagusla kalo u hate the sin..not the sinner..
    aku xbenci pun pada melayu..ramai ape melayu yang baik?!aku benci pada dengki..hasad..perkauman..kalo sume org bleh benci benda tu..diorang mesti xkan buat benda tu..

    Allah pun xsuke manusia buat benda tu..Dia xckp Dia benci Melayu,Cina,India,Arab,Negro,Tamil,Mamak..dll..(yg buat benda tu)

    Kalo manusia mengamal Islam tulen..xkan ada hasad dengki dan sebagainya..tapi kalo manusia itu melayu tulen ke..cina tulen ke..india tulen ke..dia tetap boleh berhasad dengki..tambah2 yg xde agama..

    jadi xperlu la bangga, "aku melayu","aku cina","aku india"..bangga la "aku muslim"..

    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 30
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by TOYSЯUS on Sat Sep 19, 2009 12:32 am

    Now baru saya setuju dengan pendapat encik.
    Because you say you hate the sin not the sinner.
    Previously you did say "Aku pun kadang2 malu dengan perangai bangsa melayu ni..kadang malu nk mengaku melayu..".
    I know you meant you hate the attitude when you said "malu dengan perangai". But you continued it with "bangsa melayu". That seems like perasaan hasad dengki tu hanya Melayu je yang punya.

    But just now, you said "aku xbenci pun pada melayu..ramai ape melayu yang baik?!aku benci pada dengki..hasad..perkauman..".
    That's more appropriate to me. And now I think I changed someone. Or maybe I have myself changed.

    But only one more thing I have to disagree with you.
    Kita patut bangga apa bangsa pun yang kita amalkan, lebih-lebih lagi Melayu.
    Kerana advantage yang ada pada bangsa Melayu adalah salah satu elemen untuk seseorang itu "disahkan" Melayu adalah dia mestilah seorang Islam. Itulah ciri nombor 1.

    Kita patut bangga dengan bangsa Melayu kerana dalam bangsa Melayu tidak terdapat apa-apa agama lain selain agama Islam.
    Orang yang murtad, tidak lagi dikira sebagai seorang Melayu kerana dia tidak "conform" dengan ciri nombor 1 tersebut iaitu beragama Islam.
    Orang yang keluar Islam secara automatiknya keluar Melayu (bahasa pasarnya).
    Tetapi orang yang keluar Melayu tidak semestinya dia keluar Islam, kerana Islam itu agama yang terbuka kepada mana-mana bangsa.
    Sebab itu kita mesti bangga dan mesti memartabatkan bangsa Melayu, kerana jika kita martabatkan bangsa Melayu, itu salah satu cara kita memartabatkan Islam di MALAYSIA ni.
    Bila kita memartabatkan bangsa Melayu, bermakna kita perlu memartabatkan Agama Islam, Bahasa Melayu, Adat Melayu.
    Sebab semua tu adalah elemen bangsa Melayu.
    Bila kita martabatkan semua elemen tu, kita boleh bangga kerana kita memartabatkan agama Islam, bahasa, dan adat.

    Sama juga bangsa India Muslim, atau Cina Muslim.
    Mereka bangga kerana martabatkan Islam, bahasa India, bahasa Cina, tapi mungkin tak dapat nak martabatkan adat India atau adat Cina, kerana
    mungkin adat-adat itu bercanggah dengan hukum Islam.
    Jadi mereka amalkan adat IndiaMuslim, adat CinaMuslim.

    Melayu, IndiaMuslim, CinaMuslim, atau sesiapa sahaja yang Muslim di dunia patut lebih maju dari bangsa-bangsa lain yang bukan Muslim sebab kita boleh bersatu untuk maju. Kerana landasan aktiviti kehidupan kita sama, iaitu Islam.


    p/s: Sorry guna bahasa rojak, bukan taknak memartabatkan bahasa, tapi kadang-kadang tu penat, I'm not a perfect person....
    Oh no MUET dah dekat..!!


    --------------------------------------------
    TETTT!!

    neology
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 372
    Age : 30
    Registration date : 25/04/2009

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by neology on Sat Sep 19, 2009 8:10 pm

    But only one more thing I have to disagree with you.
    Kita patut bangga apa bangsa pun yang kita amalkan, lebih-lebih lagi Melayu.
    Kerana advantage yang ada pada bangsa Melayu adalah salah satu elemen untuk seseorang itu "disahkan" Melayu adalah dia mestilah seorang Islam. Itulah ciri nombor 1.
    it's okay to disagree with me..tapi kalau kerajaan malaysia atau melayu sahaja mengiktiraf melayu itu Islam..it's meaningless..kita tak nak pengiktirafan dari manusia..kita nak pengiktirafan dari Allah dan Nabi Muhammad..itu lebih baik..xgune kita hanya Islam sbb melayu..

    neway, dihari mulia ini..Aku nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin..kepada semua warga putera.com especially pada ??????????? dan Chloe..0-0 k?kalo ada yg terasa di hati..terkasar bahasa.mohon dimaaf..

    huhu3x
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 150
    Registration date : 26/06/2009

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by huhu3x on Mon Sep 21, 2009 8:39 pm

    kalau mengeja pun tak betul tidak usahlah tuanhamba (pehhh macam bangsawan) nak quote statement aku ye miss UA. pegi belajar menaip dulu la. macam la keyboard ko guna keypad handphone sampai semua nak di short form.

    opssss, lari topik pulak u. hahahaha. bagi aku, sekuat mana korang nak menafikan "ketiadaan perkauman" itu, nyatanya ia memang hebat berlaku sekarang ni. deal with it. daripada asyik nak menyalahkan "kerajaan" semata mata (macam ada sorang mamat tu, 70% posting dia asyik nak hentam kerajaan, hentam polisi blablabla, bila cuit sikit "kerajaan kesayangan dia, backup habis youuuu". hipokrit & bias sungguh), baik kita tanya diri sendiri, takda kah dalam hati kita ada sifat perkauman?

    yang menjadikan isu perkauman apabila bangsa sisa british ini tak sedar diri & mempertikaikan hak orang melayu di tanah melayu. dah diberi hak untuk mengundi, mempunyai parti politik, sekarang mau peha pula. dan melayu kita masih lagi bercakaran sesama sendiri. bravo kepada mereka.

    neology
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 372
    Age : 30
    Registration date : 25/04/2009

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by neology on Mon Sep 21, 2009 9:14 pm

    macam ada sorang mamat tu, 70% posting dia asyik nak hentam kerajaan yg satu lagi, hentam polisi blablabla, bila cuit sikit(baca: banyak) "kerajaan kesayangan dia, backup habis youuuu". hipokrit & bias sungguh
    ya..aku setuju..btol..ada mamat tu..pantang kita tegur "kerajaan kesayangan" dia sket(baca: banyak)..melenting..backup habis yoouu..huhuhuhuhuhu..

    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 30
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by TOYSЯUS on Wed Sep 23, 2009 4:31 pm

    (Check Check), huish nasib baik mamat tu bukan aku, aku takder kerajaan kesayangan. Huhu.
    -
    Anyway mr. neology, memang lah bangsa Melayu tak disebutkan di dalam al-Quran, tapi untuk mempersoalkan "pengiktirafan" dari Tuhan itu bukan hak kita.
    Agama dan Bangsa itu kan dua perkara yang berbeza.
    Ada ke bangsa-bangsa yang telah mendapat pengiktirafan dari Allah?
    Bangsa Arab? Bangsa Yahudi? Diiktiraf? Dalam bangsa Arab ada juga yang bukan Islam.
    Jadi jika kerajaan Malaysia atau umat Melayu mengesahkan salah satu elemen bangsa Melayu mestilah dirinya seorang Muslim is meaningless,
    carikan saya satu bangsa di dunia yang diiktiraf oleh-Nya sebagai bangsa Islam.
    Jadi, persoalan tentang "pengiktirafan" itu tak patut diisukan langsung. Ia tidak ada kena mengena.

    Bila Melayu bersatu, Islam di Malaysia ni akan jadi lebih kukuh (InsyaAllah).
    Kalau kita nak tegakkan Islam seorang diri, susah lah.
    Tapi kalau kita bersatu, ia jadi la mudah.

    Kenapa sangka saya seolah-olah kata Melayu lebih bagus dari Islam?? BUKAN!
    Saya cuma nak kata, Melayu lebih bagus kerana Islam.

    Hmmm. Dah tak tau macam mana nak cakap lagi. Selalu aja orang akan salah faham.
    Macam ni lah, ikut lah hati masing-masing.
    Kalau tak boleh jadi teamplayer yang baik, jadi lah soloplayer yang baik, asalkan matlamat kita sama.
    Beza teamplayer dengan soloplayer, teamplayer kena lah jaga nama baik team. Soloplayer jaga nama sendiri je.
    Ok.
    Sekian.
    -
    Masih bulan Syawal, 0-0!


    --------------------------------------------
    TETTT!!

    neology
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 372
    Age : 30
    Registration date : 25/04/2009

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by neology on Wed Sep 23, 2009 5:03 pm

    that's why bangsa mane pun xdiiktiraf..cuma agama Islam diiktiraf..tiada siapa mempersoalkan 'pengiktirafan' Allah..sama halnya dengan dosa pahala..Allah yg tentukan..tiada siapa yg mempersoalkannya..tapi kenapa di dalam Al-Quran ckp buat jahat sekian2..dapat dosa..buat baik sekian2..dapat pahala..buat sekian2 dosa..masuk neraka..buat pahala sekian2..dapat masuk syurga?tak bolehkah kita sandarkan hujah dgn nas2 ini?

    Ada org ckp.."Engkau siapa nak ckp aku masuk syurga/neraka?"..xbolehkah kita nak sandarkan pada hujah(di atas)?


    So,kalau nak kan pengiktirafan manusia pun, kita kena berusaha utk mendapatkannya..begitu jugak kalau kita nak pengiktirafan Allah, kita kena berusaha mendapatkannya..

    bezanya,
    nak pengiktirafan manusia..kena ikut spec manusia..
    nak pengiktirafan Allah..kena ikut spec Allah la..

    at the end, pengiktirafan Allah yg terbaik..kenapa kita 'mengejar' pengiktirafan manusia sedangkan pengiktirafan Allah lebih baik?dh dapat pengiktirafan Allah, automatik kita mendapat pengiktirafan manusia..

    Kenapa sangka saya seolah-olah kata Melayu lebih bagus dari Islam?? BUKAN!
    Saya cuma nak kata, Melayu lebih bagus kerana Islam.
    kan aku dh ckp, "melayu nasib baik Islam, kalau tidak.."
    ayat ni sama la Melayu lebih bagus kerana Islam..mungkin anda yang tersalah sangka..

    Hmmm. Dah tak tau macam mana nak cakap lagi. Selalu aja orang akan salah faham.
    Macam ni lah, ikut lah hati masing-masing.
    aku setuju..

    Bila Melayu bersatu, Islam di Malaysia ni akan jadi lebih kukuh (InsyaAllah).
    Kalau kita nak tegakkan Islam seorang diri, susah lah.
    Tapi kalau kita bersatu, ia jadi la mudah.
    ni pun aku setuju, tapi nk tambah sket..kita nak bersatu pun, kita mestilah cari org yang pejuangan utamanya nak tegakkan Islam..melayu yg minum arak..melayu yg hasad..melayu yg malas..melayu yang rasuah..bergunakah mereka dalam perpaduan kita utk menegakkan Islam??..kalau kita bersatu dengan org yg munafik, mereka inilah yg akan menyusahkan kita..ibarat musuh dalam selimut, duri dalam daging, api dalam sekam, harapkan pagar, pagar makan padi..gunting dalam lipatan..(org melayu ni kaya dgn peribahasa)

    Masih bulan Syawal, 0-0!

    ChloeAgnew3
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 90
    Registration date : 02/08/2009

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by ChloeAgnew3 on Wed Sep 23, 2009 8:13 pm

    bersyukur lah dengan nikmat di bumi Malaysia ini. u mungkin akan hanya appreciate Melayu kalau Melayu ini menjadi minority. Islam only tapi tak mau Melayu ini saya susah faham kalau orang Melayu sendiri yang berpendapat macam ini, sampai ada yang malu pula mau mengaku Melayu. tingaal pun di Malaysia, dalam IC pun cakap Melayu, cakap & tulisan pun Melayu.

    En. neology, ada kah u baca apa yang Ustaz Dr. Ridhuan Tee cakap pada salah 1 akhbar baru ini? sorry saya tak ingat akhbar mana 1. saya rasa muaalaf mana pun berfikiran macam ini. takpalah macam saya cakap dulu, bangsa Melayu ini bangsa kamu jadi hak kamulah mau cakap apa pun. saya bukan, so kenapa saya harus ambil peduli.

    hampeh
    Ahli
    Ahli

    Number of posts : 866
    Registration date : 28/02/2009

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by hampeh on Thu Sep 24, 2009 12:28 am

    Laughing Takpe la chloe , post banyak2 pun mungkin buat sedap hati la sikit , kalau nak nasihat orang yang dah malu nak mengaku melayu ni memang susah . Kalau di hati orang tu penuh dengan fikiran negatif berlebih2 kat kaum sendiri, bila ditanya kenapa habis macam2 keluar . What a Face

    neology
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 372
    Age : 30
    Registration date : 25/04/2009

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by neology on Thu Sep 24, 2009 1:48 am

    ni bukan soal melayu..soal cina..soal india..soal ape bangsa pun..
    tajuk thread ni : "Kurang puas hati dgn perkauman..."

    so, soalnya perkauman..racist dalam bahasa inggerisnya..kenapa nak bangkitkan isu bangsa?isu kaum?kalau nk buat baik..xkisah bangsa/kaum ape pun..buat la baik..nak buat jahat..bangsa/kaum ape pun..bleh je buat jahat..

    xpela, nak nasihat org yang racist ni memang susah. Kalau dihati tu penuh dgn kebanggaan berlebihan terhadap bangsa sendiri, bila ditanya kenapa habis mcm2 keluar.. What a Face

    huhu3x
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 150
    Registration date : 26/06/2009

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by huhu3x on Thu Sep 24, 2009 4:35 am

    alahai, ada budak terasa le plak, siap quote statement aku, walhal aku taip secara general. wakkakaka. cam pompuan la ko ni, cepat na tercuit. pastu berhujah manjang nak menang. amek le menang, tak bagi kang nangis plak. huhuhuhuhu.

    k la takmau komen dah. bijak pandai semua dah bagi hujah yang pada pandangan mata dia tu bernas. aku cuma nak tanya 1 benda jer. mana pi si pemula topik ni ye? bukak topik, lepas tu biar macam tu je ke? patut si pemula topik ni aktif di topik dia. ni tak, yang aktif, encik-asyik-mahu-menang ni je.

    tak adil la macam ni! nampak sangat pemula topik ni macam buang sampah, orang lain terpijak pijak. Sad

    hampeh
    Ahli
    Ahli

    Number of posts : 866
    Registration date : 28/02/2009

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by hampeh on Thu Sep 24, 2009 2:36 pm

    rabbit hurhurhur

    Mana mod nih , nak kata kurang mod dah bertambah da nih,elok close jela .. Si TS pun da hilang..mungkin dia nak meluahkan perasaan je kot ... Very Happy

    teri-chan
    Moderators
    Moderators

    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by teri-chan on Fri Sep 25, 2009 8:26 am

    oh terasa... huhu..

    sayangnya hanya mod yg telah diberi tanggungjawab menjaga sembang je boleh close topic ni... aku pun dh lama teringin nk close topic ni tp tak boleh huhuhu..


    --------------------------------------------


    teri-chan is back

    neology
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 372
    Age : 30
    Registration date : 25/04/2009

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by neology on Fri Sep 25, 2009 3:21 pm

    yela..ade org terasa ke kat sini..yang aku nampak..org 'melayu' kat sini je yang terasa bebenor?hahaha..mod, tutup la topic ni..nanti bertambah2 la 'melayu' yang terasa..tak tercapai lak 1 Malaysia gagasan PM kita.. What a Face

    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 30
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by TOYSЯUS on Fri Sep 25, 2009 4:30 pm

    Aik, dah tu ada orang kata "Melayu bodoh" kat page 1, takkan Cina, takkan India pulak yang terasa?

    Hmm nampaknya memang adat berforum di Malaysia.
    Kalau bercerita tentang keburukan bangsa Melayu dan puji sikap bangsa Cina atau India, katanya kenyataan, berjela-jela dia buka pekung di dada, sorang pun tak suruh tutup topik.
    Tapi bila datang orang bercerita tentang kebaikan bangsa Melayu merungkai keburukan bangsa Cina atau India, katanya racist, pastu suruh tutup topik cepat-cepat.

    Sudahnya, Melayu yang nak pertahankan Melayu tak dapat bersuara, tapi yang nak menjatuhkan maruah bangsa sendiri bebas je bersuara.


    --------------------------------------------
    TETTT!!

    neology
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 372
    Age : 30
    Registration date : 25/04/2009

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by neology on Fri Sep 25, 2009 8:13 pm

    tu pasal kena tutup cepat2..nanti makin ramai 'melayu' yang terasa..tapi, kalau ada yang nak pertahankan melayu lagi..teruskan la..nanti ckp xde kebebasan nak bersuara pulak..i support dari belakang..ok?!

    selamat berjuang sahabatku..chiow!! lol!

    ayoi
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1090
    Age : 86
    Registration date : 04/03/2009

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by ayoi on Fri Sep 25, 2009 10:10 pm

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...
    ni kes TS tak puashati dari kaum lain sebab asyik kena ketok?

    jadi luahan rasa dia tema 1malaysia macam gimik je..

    kalau nak huraikan semua..panjang lebar jadinya bermula dari kita sendiri keluarga kita jiran kita bangsa kita bangsa org lain negeri kita negara kita.

    menjadi isu .. melayu ngan melayu? melayu ngan kaum lain? of course sebab forumer sini kebanyakan melayu.

    ni adalah lumrah kehidupan jgn kata bangsa melayu semua bangsa lain pun menghadapi perkara sama....kalau dalam pepatah melayu rambut sama hitam hati lain2.. atau percakapan sempoi... kenapa kau sibuk...kubur masing2...dalam pepatah kaum lain mungkin lain bunyinya... maksudnya hampir sama.

    jadi aku menulis bukan pasal nak tambah itu ini... benda ni dah lumrah
    macam kita dlam keluarga.. jual hp kat adik beradik murah sikit or siap free...ye la adik beradik kita.. jual kat sedara mara.. naik sket harganya nak kasi free uihh pk 3 4 kali... sebab perasaan kita bukan seperti ngan adik beradik kita.... begitu juga melibatkan kaum or bangsa. negeri dan negara.
    kalau ketua kita kat umah ( ayah ) pesan jgn bergaduh adik beradik bersatu padu... sama seperti PM kita pesan...1malaysia tu sekadar pesanan.

    berbalik pada perkauman yang takde titik noktah. anytime negara dari bangsa lain datang cucuk perkauman kita..bergaduhlah kita.hura hara... cam kat negara yang berperang tu..sama bangsa tapi beza tarat beza loghat beza keturunan beza puak...inikan negara kita beza segalanya agama adat resam dan rupa fizikalnya.

    sepatutnya cari solution nya.... kita ni bangsa melayu majoriti kat malaysia ( makin kurang )sepatutnya asas dan keperluan kena ada.. contoh dah tau kaum lain bukak bengkel kaum kita takde.. nape kita melayu taknak bukak.. dan kenapa kita yang melayu taknak gi support bengkel kaum sendiri. sebab tak pandai.. sebab mahal...kalau bukan kita sendiri yang support maka takde lah bengkel melayu kita tumbuh bagaikan cendawan. buka tutup je lah jawapnya.yang kita pergi ke kedai bengkel kaum lain kaum kita yang duk buatnya nape leh terima. sebab murah dan bos dia monitor takut salah pasang.

    sepatutnya isu ni tak perlu nak bertengkak sana sini. buat atau tolong setakat yang mampu. support je di perlukan samada beli buatan mereka guna service mereka. tu je ...bukan ahhh melayu bukan tau pun.. padahal kita sendiri ni melayu....

    last sekali.. off topic

    kenapa org amerika ni maju dan berjaya ?
    kenapa org yahudi berkuasa ?
    kenapa org cina ada di pelosok dunia ?
    ***kenapa org xhensem xlawa kebanyakan berjawatan besar dan kaya ?

    Razz

    Spoiler:
    SEBAB mereka sedar siapa mereka.. perlu berjaya untuk berkuasa


    --------------------------------------------
    ku mencuba survey
    Don't break my heart

    huhu3x
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 150
    Registration date : 26/06/2009

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by huhu3x on Sun Sep 27, 2009 1:33 am

    teri-chan wrote:oh terasa... huhu..

    sayangnya hanya mod yg telah diberi tanggungjawab menjaga sembang je boleh close topic ni... aku pun dh lama teringin nk close topic ni tp tak boleh huhuhu..
    atau dlm kata lain, orang yang ada kuasa untuk jelajah semua seksyen dalam forum ni, TIDO. huhuhuhuhu

    ayoi wrote:***kenapa org xhensem xlawa kebanyakan berjawatan besar dan kaya ?
    huhuhu. sebab mereka sedar mereka tak hensem, lalu mereka cari benda lain untuk menonjol diri.

    Sponsored content

    Re: kurang puas hati dgn perkauman ...

    Post by Sponsored content Today at 4:24 am


      Current date/time is Sun Dec 11, 2016 4:24 am