Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya

    Pelaburan ASB...halal atau haram???

    Share

    mat bunga
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts: 25
    Registration date: 08/07/2009

    Pelaburan ASB...halal atau haram???

    Post by mat bunga on Tue Jul 14, 2009 12:48 pm

    Assalamualaikum,

    pertama sekali aku ni bukan lah ustaz atau alim ulamak yang boleh jatuh kan hukum.
    segala apa yang aku cerita adalah berdasarkan pengalaman peribadi sahaja.

    aku jumpa tentang hukum ASB ni diperdebatkan masa aku masih sekolah lagi (1998).
    dalam majalah ape aku pun dah lupa..tapi dalam tu masing-masing memberikan hujah
    yang mengatakan HALAL dan tak kurang juga mengatakan HARAM.

    aku tak peduli sangat masa tu..aku anggap HALAL je sebab semua orang masa tu berebut nak
    tambah pelaburan ASB dan tak da yang pertikaikan pun hukum pelaburan ASB. Pelaburan yang
    dijamin, dividen yang tinggi dan istimewa untuk bumiputra membuat kan ASB suatu pelaburan
    terbaik untuk orang kita.

    aku berpeluang bekerja dengan sebuah INVESTMENT BANK terkemuka di KL.
    kerja aku mudah (tapi risiko tinggi) iaitu menguruskan ORDER BUY and SELL saham-saham di KLSE.
    client utama adalah LOCAL INSTITUTIONAL seperti EPF,PNB,KWAP,VALUE CAP, Tabung Haji, PERKESO (socso),UNIT TRUST FUND dan INSURANCES.

    kerja aku khusus jaga PNB punya ORDER je..jadi sedikit sebanyak aku tahu apa PORTFOLIO PNB. antara saham-saham
    yang termasuk di dalam portfolio tersebut BANKING (ie Maybank), BAT (Dunhill), dan Plantation (Sime Darby).
    kecuali plantation, banking dan BAT (british american tobacco) adalah kaunter-kaunter saham yang tidak mendapat
    kelulusan syariah. di dalam banking hanya Takaful sahaja yang diluluskan oleh syariah.

    aku pernah utarakan soalan kepada bos aku. kenapa PNB (ie ASB) tak labur dalam saham-saham yang syariah approved.
    menurut dia, kalau PNB tak heavily invest dalam banking contohnya, PNB takkan mampu menawarkan dividen yang tinggi kerana banking adalah antara penyumbang utama dividen kepada PNB.

    mujur aku tak jumpa pelaburan PNB dalam Magnum (judi), Genting dan carlsberg. aku penah jumpa pelaburan perkeso dalam carlsberg. teruk tul perkeso ni.

    Sesuatu yang melegakan aku adalah portfolio Tabung Haji. Aku tak jumpa pelaburan Tabung Haji dalam kaunter-kaunter yang tidak diluluskan syariah. (Tabung haji banyak saham dalam KFC Holding. patut la orang pegi haji bagi makan KFC huhu..) Mungkin sebab itu TH tak mampu menawarkan dividen seperti ASB, bukan sebab investment team tak power, tapi sebab takda BANKING dalam portfolio mereka..mungkin...

    Pernah juga aku ajukan soalan tentang halal haram ASB ni kat bos aku. Pendapat dia, lebih kurang 30% dari pelaburan PNB adalah dalam saham-saham yang tidak diluluskan syariah dan 70% adalah yang diluluskan. Jadi bila terima dividen tu 30% dari dividen dia akan sedekah ke masjid/surau. 70% dia ambik. ada logik juga cadangan dia. tapi bagi aku kalo dah bercampur-campur bagus elakkan terus.

    semenjak aku tahu realiti sebenar tentang pelaburan ASB ni, aku dah pull out semua duit aku dari ASB. semua aku letak kat TH. mungkin dividen tak selumanyan macam ASB tapi sekurang-kurangnya aku tak susah hati pikir halal ke haram. (sekarang ni tengah usyar2 satu pelaburan yang dijamin HALAL dan setanding ASB mungkin lebih lagi)

    harap warga putera boleh tolong bincang kan isu ni..

    p/s: tulisan di atas tu sekadar pendapat peribadi. aku tak berniat nak menyinggung mana-mana pihak atau individu.

    p/p/s: untuk lebih yakin sila rujuk dengan USTAZ berhampiran anda

    Hellghast
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender: Male Number of posts: 102
    Location: dimana2 sahaja
    Job/hobbies: cari duit nak kawin/termenung
    Registration date: 13/07/2009

    Re: Pelaburan ASB...halal atau haram???

    Post by Hellghast on Tue Jul 14, 2009 12:53 pm

    pendapat aku ianya tidak haram selagi tak ada dilaburkan kepada perniagaan yang haram.

    datuk abu
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts: 98
    Registration date: 20/03/2009

    Re: Pelaburan ASB...halal atau haram???

    Post by datuk abu on Tue Jul 14, 2009 11:44 pm

    let talk about ASB
    http://boonchert.blogspot.com/2009/02/let-talk-about-asb.html

    >From: "apanama"<[EMAIL PROTECTED]>
    >To:<[EMAIL PROTECTED]>
    >Subject: H-Net* ASB & ASN dah halal?
    >Date: Mon, 18 Dec 2000 19:48:25 -0800 (PST)
    >
    >
    > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
    > { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
    > { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
    > { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
    > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
    > PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
    > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    >Assalamualaikum,
    >
    >Apa jadi dengan syarikat yang diragui dalam portfolio nya
    >seperti syarikat kewangan, dll? Ada orang2 PNB boleh
    >confirm?
    >
    >------
    >
    >PNB: Pelaburan saham amanah ikut syariah Islam
    >
    >KUALA LUMPUR 11 Dis. - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari
    >ini berkata portfolio pelaburan skim-skim saham amanahnya
    >adalah tidak bercanggah dengan prinsip syariah Islam.
    >
    >Menurut Pengerusi PNB Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid,
    >pelaburan itu berdasarkan keputusan Majlis Penasihat
    >Syariah Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang menentukan sama ada
    >saham sebuah syarikat di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)
    >halal atau haram.
    >
    >''Pelaburan PNB bergantung kepada Majlis Syariah SC dan
    >juga orang ramai,'' kata beliau menjawab pertanyaan
    >pemberita pada sidang akhbar mengumumkan pemberian
    >dividen dan bonus skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) di
    >sini hari ini.
    >
    >Katanya, ''PNB memiliki tujuh juta pelabur dan mereka yakin
    >dengan pelaburan kami dan kami juga yakin dengan
    >kepercayaan mereka (terhadap PNB) akan tetap terpelihara,
    >oleh itu saya serahkan kepada para pelabur untuk tentukan.''
    >
    >Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai keraguan
    >sesetengah pihak sama ada skim Amanah Saham Bumiputera
    >dan skim Amanah Saham Nasional dilaburkan berdasarkan
    >prinsip syariah Islam.
    >
    >Utusan difahamkan, setakat ini terdapat sejumlah 541 saham
    >syarikat di Papan Utama dan Papan Kedua Bursa Saham Kuala
    >Lumpur telah disahkan oleh Majlis Syariah SC sebagai saham
    >berlandaskan prinsip syariah Islam.
    >
    >Majlis itu yang dianggotai oleh pakar perundangan Islam
    >terkemuka tempatan seperti Mufti Pulau Pinang, Datuk Sheikh
    >Azmi Ahmad, Pengerusi Eksekutif BIMB Securities Sdn. Bhd.,
    >Datuk Dr. Abdul Halim Ismail dan Prof. Datuk Mohd.
    >Hashim Yahya dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA),
    >dari semasa ke semasa membuat pengesahan dan pengawasan
    >sama ada sesuatu saham yang halal kekal halal dan
    >mengeluarkan daripada senarai apabila disahkan haram.
    >
    >Ketika ditanya mengenai kedudukan pelaburan PNB dalam
    >syarikat-syarikat bermasalah termasuk syarikat seperti
    >Penerbangan Malaysia (MAS), Ahmad Sarji berkata ia tidak
    >akan menarik balik kepentingan pelaburan dalam syarikat
    >bermasalah yang kini sedang disusun semula.
    >
    >Katanya, pengekalan pelaburan akan dibuat dalam syarikat
    >berkenaan selagi ia menambah nilai kepada pelaburan dan
    >memberi jaminan pulangan jangka panjang.
    >
    >''PNB merupakan pelabur jangka panjang dan tidak semestinya
    >kami perlu mengeluarkan pelaburan kami secara automatik
    >ketika syarikat itu sedang menjalani proses penyusunan
    >semula tetapi akan menimbangkannya semula,'' kata Ahmad
    >Sarji lagi.
    >
    >
    >----------------------------------------------------------------------
    >Get your FREE ShyMail account!
    >http://www.shymail.com/
    >
    >
    > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    > ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
    > ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
    > ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
    > ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
    > ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
    > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    >
    >Pengirim: "apanama"<[EMAIL PROTECTED]>

    Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "muhammad abdullah" <[EMAIL PROTECTED]>

    http://uruswang.wordpress.com/2006/12/07/halal-atau-haram-pelaburan-asb-amanah-saham-bumiputera/

    kesimpulan..LU PIKIR LAH SENDIRI


    Last edited by datuk abu on Wed Jul 15, 2009 12:01 am; edited 1 time in total

    datuk abu
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts: 98
    Registration date: 20/03/2009

    Re: Pelaburan ASB...halal atau haram???

    Post by datuk abu on Tue Jul 14, 2009 11:53 pm

    Hellghast wrote:pendapat aku ianya tidak haram selagi tak ada dilaburkan kepada perniagaan yang haram.
    anda boleh rujuk di FORUM USTAZ ZAHARUDDIN

    BasicCX
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender: Male Number of posts: 230
    Registration date: 25/02/2009

    Re: Pelaburan ASB...halal atau haram???

    Post by BasicCX on Wed Jul 15, 2009 1:24 pm

    Boleh rujuk dilaman web UZAR: http://www.zaharuddin.net/content/category/14/62/100/

    ScareCreW
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts: 357
    Registration date: 17/03/2009

    Re: Pelaburan ASB...halal atau haram???

    Post by ScareCreW on Thu Jul 16, 2009 8:09 pm

    boleh rujuk dgn pakdi
    http://www.pakdi.my/


    dah berpuluh tahun tak selesai lagi.

    mat bunga
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts: 25
    Registration date: 08/07/2009

    Re: Pelaburan ASB...halal atau haram???

    Post by mat bunga on Fri Jul 17, 2009 8:23 am

    terima kasih atas rujukan2 tersebut. aku sebenarnya dah baca almost semua blog,site,forum dsb berkaitan perbincangan halal haram asb ni.

    keputusan majlis fatwa HARUS http://www.zaharuddin.net/content/view/663/95/

    keputusan berdasarkan MASLAHAT bukan cara pelaburan ASB.

    jadi korang macam mane ek..ada buat pelaburan kat ASB?

    ScareCreW
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts: 357
    Registration date: 17/03/2009

    Re: Pelaburan ASB...halal atau haram???

    Post by ScareCreW on Fri Jul 17, 2009 10:08 am

    habis apa pilihan selain ASb ?

    buat pelaburan emas ?
    http://www.pakdi.my/blog/pelaburan-emas/

    sixx
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts: 125
    Registration date: 02/03/2009

    Re: Pelaburan ASB...halal atau haram???

    Post by sixx on Fri Jul 17, 2009 10:39 am

    ScareCreW wrote:habis apa pilihan selain ASb ?

    buat pelaburan emas ?
    http://www.pakdi.my/blog/pelaburan-emas/
    yup, aku dah start simpan. dpd aku simpan duit, baik simpan emas. kpd yg masih ragu2 tentang hukum asb, keluarkn la pastu ganti duit tu dgn emas.

    mfaizal2008
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender: Male Number of posts: 217
    Age: 34
    Location: Cyberjaya
    Job/hobbies: Technician
    Registration date: 01/03/2009

    Re: Pelaburan ASB...halal atau haram???

    Post by mfaizal2008 on Sat Jul 18, 2009 10:51 pm

    Uih kalo haram maknanya kena keluarkan balik simpanan, pastu semua dividen kena sedekahkan...

    microjb
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts: 4
    Registration date: 19/05/2009

    Re: Pelaburan ASB...halal atau haram???

    Post by microjb on Mon Jul 20, 2009 11:47 am

    apa yg aku tahu asb dah dikategorikan harus oleh majlis fatwa .Kenapa kita nak mempertikai dan was2kannya ?

    fatin AYUNI
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender: Female Number of posts: 47
    Registration date: 24/06/2009

    Re: Pelaburan ASB...halal atau haram???

    Post by fatin AYUNI on Mon Jul 20, 2009 12:21 pm

    sixx wrote:
    ScareCreW wrote:habis apa pilihan selain ASb ?

    buat pelaburan emas ?
    http://www.pakdi.my/blog/pelaburan-emas/
    yup, aku dah start simpan. dpd aku simpan duit, baik simpan emas. kpd yg masih ragu2 tentang hukum asb, keluarkn la pastu ganti duit tu dgn emas.

    cm ne nk bt pelaburan emas???bg tip sikit..aku ade bc tp xphm..mcm wat simpanan dlm asb jgk ker or kita kena bli emas dan simpan..aduh....pening2..xphm la..

    sixx
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts: 125
    Registration date: 02/03/2009

    Re: Pelaburan ASB...halal atau haram???

    Post by sixx on Mon Jul 20, 2009 4:08 pm

    fatin AYUNI wrote:
    sixx wrote:
    ScareCreW wrote:habis apa pilihan selain ASb ?

    buat pelaburan emas ?
    http://www.pakdi.my/blog/pelaburan-emas/
    yup, aku dah start simpan. dpd aku simpan duit, baik simpan emas. kpd yg masih ragu2 tentang hukum asb, keluarkn la pastu ganti duit tu dgn emas.

    cm ne nk bt pelaburan emas???bg tip sikit..aku ade bc tp xphm..mcm wat simpanan dlm asb jgk ker or kita kena bli emas dan simpan..aduh....pening2..xphm la..
    byk cara boleh buat, tp cara paling selamat beli dan simpan. jual 10 tahun akan dtg. pastu elakkn dr join apape skim pelaburan emas

    kc
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts: 45
    Registration date: 19/05/2009

    Re: Pelaburan ASB...halal atau haram???

    Post by kc on Tue Jul 21, 2009 8:58 pm

    harus. aku pegang tang situ jer. pasal majlis fatwa yg fatwakan. w'pun penasihat syariah SC meragui kehalalannyer, tapi salah satu cabang utk memajukan ekonomi bumiputera, maka difatwakan harus & please know harus tuh dekat dgn mana, k?
    jadi, klu was2 gaks, berenti, jgn teruskan. enough said.

    fatin AYUNI
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender: Female Number of posts: 47
    Registration date: 24/06/2009

    Re: Pelaburan ASB...halal atau haram???

    Post by fatin AYUNI on Wed Jul 22, 2009 7:56 pm

    sixx wrote:
    fatin AYUNI wrote:
    sixx wrote:
    ScareCreW wrote:habis apa pilihan selain ASb ?

    buat pelaburan emas ?
    http://www.pakdi.my/blog/pelaburan-emas/
    yup, aku dah start simpan. dpd aku simpan duit, baik simpan emas. kpd yg masih ragu2 tentang hukum asb, keluarkn la pastu ganti duit tu dgn emas.

    cm ne nk bt pelaburan emas???bg tip sikit..aku ade bc tp xphm..mcm wat simpanan dlm asb jgk ker or kita kena bli emas dan simpan..aduh....pening2..xphm la..
    byk cara boleh buat, tp cara paling selamat beli dan simpan. jual 10 tahun akan dtg. pastu elakkn dr join apape skim pelaburan emas

    ko beli syiling emas dan gold bar ke?or syiling Kijang Emas di Maybank?selamat ker
    or ko bkk buku Simpanan Gold Saving Passbook...just nk tahu...

      Current date/time is Sun Aug 24, 2014 3:15 am