Di sebuah kaunter tol... sebuah kereta didapati masuk untuk membuat pembayaran..
Setelah selesai urusan pembayaran.. penjaga tol itu terpandang ke belakang kereta dan ternampak seekor monyet sedang duduk disitu...
Melihat penjaga tol itu kehairanan... pemandu itu berkata.. "Saya bertemu dengannya di tepi jalan. kerana kasihan saya mengambilnya... err.. cik ada idea apa yang perlu saya buat?"
Penjaga tol itu berkata sambil tersenyum... "Ya! saya rasa baik encik membawanya ke Zoo"
Pemandu itu tersenyum dan berkata.."Betul juga.. Mengapa saya tidak terfikir sejauh itu?"
Beberapa jam selepas itu...di tempat yang sama penjaga tol itu bertemu lagi dengan pemandu itu. Alangkah terkejutnya dia kerana mendapati monyet itu masih berada di belakang kereta itu...
"Saya ingat encik sudah membawanya ke Zoo" katanya.
Pemandu itu terus menjawab... "Ya.. Saya telah membawanya ke Zoo dan setelah kami puas berjalan-jalan.. saya merancang ingin bawanya ke pantai pula".