Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


    Koleksi Lawak

    Share

    teri-chan
    Moderators
    Moderators

    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    Re: Koleksi Lawak

    Post by teri-chan on Sun Feb 15, 2009 11:39 am

    oh my gudness.. ape tu?

    PEPATAH YG PATAH

    1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

    2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

    3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

    4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

    5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.
    (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

    6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

    7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

    8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu

    9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

    10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

    11. Alang-alang menyeluk perkasa! m biar sampai kepangkal ketiak.

    12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

    13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

    14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

    15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

    16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

    17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

    18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

    19. Biar lambat asalkan perlahan.

    20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

    21. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

    22. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

    Razz Razz


    --------------------------------------------


    teri-chan is back

    Aluda.AluQieY
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Female Number of posts : 144
    Location : PEKOPON
    Registration date : 13/02/2009

    Re: Koleksi Lawak

    Post by Aluda.AluQieY on Sun Feb 15, 2009 1:23 pm

    Ganesan ditegur oleh pengawal keselamatan di kolam renang awam.
    "Hey, awak tidak boleh kencing dalam kolam."
    "Tapi semua orang kencing dalam kolam,"balas Ganesan.
    "Mungkin, tapi bukan dari papan anjal tu,"balas pengawal keselamatan.

    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 40
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    Re: Koleksi Lawak

    Post by szainizam on Sun Feb 15, 2009 1:59 pm

    seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya pada diri kepada pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

    Abu berdri dan berkata, " Nama saya Abu bin ALi. Saya nak jadi Pilot, boleh bawa kapal terbang besar".

    "bagus Abu. Terima Kasih. Siapa lagi?" Tanya guru.

    Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi, berdiri dan berkata," Nama saya Siti binti Amin. Kalau besar nanti, siti nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel."

    "Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?"

    Seman berdiri dan berkata, " Saya Seman bin Leman. Bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya....!!!" bounce

    Haibara Ai
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Female Number of posts : 85
    Age : 29
    Location : Wangsa Maju
    Job/hobbies : Bermain dengan coding
    Registration date : 12/02/2009

    Re: Koleksi Lawak

    Post by Haibara Ai on Sun Feb 15, 2009 7:33 pm

    Kisah 4 ekor binatang.

    Ada 4 ekor binatang telah membuat satu konsert.. 4 binatang itu adalah the cat, the dog, the frog and the pig..

    the cat mendendang kan lagu “isabella”..

    the dog menyanyikan lagu “sejati”..

    the frog menyanyikan lagu “si jantung hati”..

    tapi.. tatkala the pig medendangkan lagu, semua haiwan2 yang datang ke konsert tu telah memberi ‘booo’ kepadanya serta membaling2 kerusi ke arah the pig.. mereka semua marah…

    kenapa..??

    sebab the pig menyanyikan lagu bertajuk “kita serupa”…

    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 40
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    Re: Koleksi Lawak

    Post by szainizam on Mon Feb 16, 2009 2:36 am

    Seorang anggota polis pergi ke rumah mayat untuk memeriksa punca kematian yang berlaku kepada tiga lelaki. Setelah melihat ketiga-tiga mayat itu, anggota polis tersebut menjadi hairan lalu bertanya kepada penjaga rumah mayat tersebut.

    Polis : " Saya tidak pernah melihat kes begini...pelik sungguh. Mengapa ketiga-tiga mayat itu tersenyum?"

    Penjaga : " Lelaki pertama itu mati kerana serangan ahmar ketika sedang bersanding atas pelamin. Lelaki kedua meninggal terkena serangan jantung selepas menang loteri sebanyak RM2 juta. Manakala lelaki ketiga mati kerana dipanah petir."

    Polis : " Habis tu, kenapa dia tersenyum?"

    Penjaga : " Masa tu dia ingat ada orang ambil gambar dia..!! Basketball

    teri-chan
    Moderators
    Moderators

    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    Re: Koleksi Lawak

    Post by teri-chan on Mon Feb 16, 2009 8:11 am

    lawok oghang ganu..

    there was this one family of terengganu people nak balik raye and they were stuffed into one kancil.seven of the family members all together.so the mum said,

    mum: guane nih..penuh kete.dok muak ayoh mu wey!

    dad: betul jugok.guane nok buak nih?lamo dok sapa kampong.

    mum: tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih.kecik do'oh.

    and then they thought and thought of the solution to their problem and how to make some space in the car.suddenly their youngest son shouted.

    son: abah2,umi2,awang tau doh guane nok buak.kite skarang ade tujuh oghang.tamboh la soghang lagi. baru jadik 'lapang'


    --------------------------------------------


    teri-chan is back

    antivirus
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 48
    Location : Private Server
    Registration date : 13/02/2009

    Re: Koleksi Lawak

    Post by antivirus on Mon Feb 16, 2009 8:50 am

    hahaha klakar btul la..

    Aluda.AluQieY
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Female Number of posts : 144
    Location : PEKOPON
    Registration date : 13/02/2009

    Re: Koleksi Lawak

    Post by Aluda.AluQieY on Mon Feb 16, 2009 10:09 am

    Dua orang pelajar yang sedang melawat muzium terpandang sebuah mumia yang dibawa khas dari Mesir.
    Pada kaki mumia itu tercatat nombor 225 BC...

    Murid 1: 225 BC itu apa maksudnya?

    Murid 2: Entah! Aku agaklahkan..225 BC tu nombor kenderaan yang melanggarnya sampai mati...

    Murid 1: Ooooo!!! scratch

    ztecon
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 540
    Age : 58
    Location : North Planet Zargus
    Job/hobbies : Thinking Out Of Board
    Registration date : 13/02/2009

    Re: Koleksi Lawak

    Post by ztecon on Mon Feb 16, 2009 12:39 pm

    wakakaka lawak gile

    Aku Tak Sengal
    Ahli
    Ahli

    Gender : Female Number of posts : 635
    Registration date : 13/02/2009

    Re: Koleksi Lawak

    Post by Aku Tak Sengal on Mon Feb 16, 2009 3:30 pm

    Mesej


    Malik dan Sham merupakan dua orang sahabat baik.Mereka belajar di salah sebuah universiti tempatan di Malaysia. Mereka ni memang sangat rapat. X kira kemana pergi, pasti berdua.Apabila ada asigment atau kerja berkumpulan, mereka juga tetap berdua.Lebih kurang isi dengan kuku la hubungan mereka ni.

    Tapi, bak kata orang tua-tua, sedangkan lidah lagi tergigit, macam tu la mereka.Suatu hari, mereka bergaduh besar atas sebab-sebab tertentu. Jadi mereka ni x bertegur sapa selama beberapa hari.

    Setelah beberapa hari berlalu, hati Sham menjadi lembut sedikit.Kebetulan pula, esoknya, mereka ada tugasan yang perlu dibentangkan dalam kelas. Jadi Sham pun menghantar sms kepada Malik untuk mendapatkan feedback dan perhatian kepada Malik.

    Smsnya lebih kurang begini:"Malik, esok kita kena bentangkan topik yang kita bincang hari tu ke?Yang kita bincang dengan Sarah n Emi?"

    Malik menerima mesej itu tidak lama kemudian.Malik masih bengang dengan Sham.Dia malas menjawab pertanyaan Sham, tetapi menghantar mesej yang bertaip:"Aku takde kredit!!Ko tanye Emi n Sarah!!"

    Malik menerima mesej tersebut, tapi tidak berputus asa lagi.Dia menghantar lagi mesej kepada Sham, yang lebih kurang begini tulisannya:"Kalu ko takde kredit, bagi aku nombor Emi or Sarah.Aku takde nombor dorang"

    Sham membaca mesej tersebut.Dia berasa sangat marah."Xpaham paham lagi ke mamat ni".Kata Malik dalam hati.

    Tapi dia membalas juga mesej tersebut:"Aku kata takde kredit, takde krdit la!!Ko tak paham bahase ke?Mane boleh send nombor dorang!!".

    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 40
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    Re: Koleksi Lawak

    Post by szainizam on Mon Feb 16, 2009 5:59 pm

    Di sebuah pejabat, terdapat seorang kerani yang selalu lambat masuk ke pejabat sehingga bos dia marah dan bengang. Lalu si bos tadi memanggil kerani tersebut.

    "Tiga hari yang lalu, kamu datang lambat. Alasan, kereta rosak. Dua hari lalu juga dengan alasan ketinggalan bas. Kelmarin juga lambat sebab jalan sesak. Hari ini apa alasan kamu?"

    "Saya takut kereta saya rosak lagi, takut ketinggalan bas dan takut jalan sesak. Akhirnya saya ambil keputusan berjalan kaki saja bos...!!huhuhu... Basketball

    teri-chan
    Moderators
    Moderators

    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    Re: Koleksi Lawak

    Post by teri-chan on Tue Feb 17, 2009 8:19 am

    Subject: Ibu, Anak Dan Menantu
    suzana (nama sbnr)dan razman(nama sbnr) adalah pasangan kapel
    yang paling bahagia dr sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bsma
    di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di dalam kelas..
    sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di
    sebuahU swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan
    belangkas yang x dapat di pisahkan lagi..tetapi dalam setiap percintaan
    mesti ada dugaan nya..
    salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya utk
    m'ikut sgala kehendak nya.. salmah adlh ibu kpd suzana sulaiman..
    pd suatu hari, salmah m'dpt tau bhawa anak tunggalnya kuar dgn seorang
    lelaki iatu razman. dia m'dgr kabar itu drpd jiran2 nya. dia pun naik
    berang dan sgt marah t'hdp razman& mnyimpan dendam trhdp lelaki itu..
    salmah memberhentikn pngajian anaknya dr U itu..dgn niat utk memisahkn
    mereka.
    3bln kemudian dtglah razman dgn rombognan mmnang ke rumah suzana. ibu
    nya terpksa akur dgn percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh
    anaknya itu memang kuat untuk Razman.
    stlh 1thn b'lalu mereka pn di ijab qabul kn.. bajet nak g honeymoon kat
    tioman..tp malang yg mnimpa mereka.. mereka eksiden semasa otw nk g
    tioman..
    yg b'tmbh malangnya mka suzana m'alami luka truk sehingga kulit muka nya
    hlg. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan. salmah mengetahui
    akan kemalangan itu terlalu bnci kpd razman tambahan lagi apabila
    mngatahui brita tentang kemalangan itu menyebabkan wajah anaknya menjadi
    cacat.
    razman cuba utk m'prbaiki keadaan.. sblm ibu nya sempat smpai ke
    hospital itu, razman cube b'bncg dgn dokter utk mmbuat pmbedahan pd muka
    isteri nya..dia b'cdg utk mndermakn kulit nya. dokter setuju ats cdgn
    itu..lalu mereka pn mmbuat pmbedahan itu dgn segera..
    stlh 3ari terlantar di hospital,salmah dtg utk mlwat anak nya..salmah
    berasa amat gembira dan b'syukur krana ada insan yg sggup mndermakan
    kulit utk anaknya..dia pun m'meluk,lalu mncium pp anknya itu dgn pnuh
    k'gmbiraan.. tp,dndam nya trhdp razman blm berakhir.kerana baginya
    razman bersalah dan menyebabkan anak kesayangannya itu terlibat dalam
    kemalangan.
    salmah trus mnerpa ke arah dokter & 'tnyakn siapa yg sggup mndermakn
    kulit kpd anaknya.. dokter tringat akn jnji nya kpd razman spaya
    m'rhsiakn hal ini drpd pngatahuan salmah..
    jd,dokter hnya mnjwb " seorg lelaki tlh mndermakn nya & dia tdk mahu
    diknali"..salmah akur & agak kcewa dgn jwpn dokter..


    ***pss:* hal yg sbnrnya razman telah pun mendermakn sebahagian kulit
    pggung nya kpd isteri t'syg utk kelihatan sempurna & cntik.. cuba lah
    klu rahsia ini tbngkar & salmah tau pipi anaknya yg di cium itu adlh
    kulit drpda pggung mnantu yg di bnci nya tu macam mana ek??

    *HAHAHAHAHA


    source - copy paste heheh


    --------------------------------------------


    teri-chan is back

    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 40
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    Re: Koleksi Lawak

    Post by szainizam on Tue Feb 17, 2009 11:35 am

    Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus U.

    Mahasiswa : Sudah lama pakcik jadi cam ni?

    Pengemis : ya..lebih kurang 8 tahun, nak

    Mahasiswa : Wah! dah lama jugak ye pakcik...sehari biasanya dapat berapa pakcik?

    Pakcik : dapatla kurang-kurang RM50

    Mahasiswa : banyak juga ye pakcik. Anak-anak pakcik di mana?

    Pakcik : Anak pakcik ada 3 orang. Pertama kat UPM, yang kedua kat UUM dan ketiga kat USM.

    Mahasiswa : bagusnya anak-anak pakcik, boleh tahan ye. Semua tu kuliah yang sama ke?

    Pakcik : ye..semuanya mengemis macam pakcik ni...!!

    teri-chan
    Moderators
    Moderators

    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    Re: Koleksi Lawak

    Post by teri-chan on Wed Feb 18, 2009 8:48 am

    Kalu Pasal Sembahyang, Boleh Pulang Awal.....!


    Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari
    nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia
    kasi tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah
    pasal sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan
    datang mintak balik awal..

    Pekerja 1 : A'kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang
    kat rumah boss, leh tak?
    Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi,
    lagi banyak pahalanya..!

    Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?
    Bosss : Hang apa pasai:
    Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker
    tak? Ntah-ntah dia ponteng?
    Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

    Pekerja 3: A'kum Boss!
    Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?
    Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
    Boss: Alasan apa lak ngko nie?
    Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati..Ada orang kampung
    saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...!Boleh kut boss yer
    pulang awal?
    Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang
    ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buat
    kerja..

    Pekerja 4: A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
    Boss : Naper?
    Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
    Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah
    seminggu nunggu!!!
    Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!!Heee..hee


    --------------------------------------------


    teri-chan is back

    MalaYneuMaya
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1044
    Age : 31
    Job/hobbies : kejar biawak, kunyah milo beku
    Registration date : 18/02/2009

    Re: Koleksi Lawak

    Post by MalaYneuMaya on Wed Feb 18, 2009 9:46 am

    assalamualaikum...

    hahaha...bagus la..tak putus2 lagi idea korang nih.. lol!

    wan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 5
    Registration date : 18/02/2009

    Re: Koleksi Lawak

    Post by wan on Wed Feb 18, 2009 9:47 am

    Guru : Kenapa awak lambat?

    Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.

    Guru: Papan tanda mana ?

    Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan perlahan."
    cheers

    teri-chan
    Moderators
    Moderators

    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    Re: Koleksi Lawak

    Post by teri-chan on Thu Feb 19, 2009 8:13 am

    1) Kumpulan Rock yang telah mengerjakan Haji/Abang-abang Haji.....KUMPULAN BAJI

    2) Penyanyi yang sering fail dalam karangan sebab guna noktah kat depan ayat.....TITIK PUSPA

    3) Penyanyi yang paling demand banyak duit.....HETTY COST ENDANG

    4) Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing.....KUMPULAN SPIN

    5) Penyanyi yang paling berat dalam sejarah.....ABOT (dalam bahasa jawa bermaksud berat)

    6) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya.....O.A.G (Orang Asli Gombak)

    7) Kumpulan yang paling murah menerima bayaran.....SCOIN (pakai syiling jer)

    Cool Kumpulan Nasyid yang terdiri dari orang jawa.....AL-JAWAHER

    9) Kumpulan Rock yang Paling wangi.....MAY (Bau Sabun)

    10) Kumpulan Rock Paling Bahaya.....AMUK

    11) Kumpulan Rock Yg Terdiri dari Bomoh Professional .....MANTERRA

    12) Kumpulan Rock yang takut mandi pagi.....GIEGIEL

    13) Kumpulan Rock yang selalu kena migrain.....HEADWIND

    14) Kumpulan yang telah mengkormersialkan Roti Benggali Pedas.....GINGERBREAD

    15) Kumpulan yang mudah berpecah.....KRISTAL

    16) Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri .....LEFTHANDED

    17) Kumpulan yang ada power..... KEMBARA (sebab ader DVVT)

    18) Kumpulan yang terdiri dari pesawah.....PADI

    19) Kumpulan yang paling popular di pagi raya.....TOO PHAT (Ke-too-phat)

    20) Penyanyi kesukaan David Beckam.....SITI SARAH

    21) Kumpulan yang kejap cantek kejap hodoh.....PRETTY UGLY

    22) Kumpulan yang takleh nyanyi kat Europe.....METALASIA

    25) Kumpulan yang boleh lihat tapi tak leh pegang.....4U2C

    26) Penyanyi yang tak pernah kena speed trapppp.....MELLY GO-SLOW

    27) Kumpulan yang sentiasa menyambut 'HARI GURU'.....TEACHERS PET

    28) Kumpulan yang susah nak sakit.....MEDICINE

    29) Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur.....DR. KRONIK

    30) Kumpulan yang buat show kat everest .....IKLIM

    31) Kumpulan yang kena sertu apabila di sentuh.....BLACK DOG BONE

    32) Kumpulan yang paling bengap walaupun dah kaya.....PAK PANDER

    33) Kumpulan yang paling di hormati .....KUMPULAN DEWA

    34) Kumpulan yang memperkenalkan Roti Boy di Midvalley.....NEW BOYZ

    37) Kumpulan yang tak akan buat show pada bulan lain kecuali bulan 9.....SWEET SEPTEMBER

    38) Kumpulan Paling berani.....KAMIKAZE

    39) Kumpulan yang selalu gi konvoi.....XPDC

    41) Kumpulan yg ada sayap.....WINGS

    42) Kumpulan yg suka amik gambar & autograf.....FOTOGRAF

    43) Kumpulan yg selalu dapat cari orang (macam along/ceti).....SEARCH

    44) Kumpulan yg sering kemarau / kekeringan / horny.....GERSANG

    45) Kumpulan yg selalu banteras rasuah.....B.P.R (Bumi Putra Rockers)

    46) Kumpulan yg suka dera kucing.....Alleycats

    47) Kumpulan yg banyak taik mata.....E.Y.E

    48) Kumpulan yg suka tanam bunga ros hitam.....BLACKROSE

    49) Kumpulan yg selalu adakan jualan karnival beli belah.....MEGA (Mega Sales)

    50) Kumpulan yg ada daya tarikan bumi.....GRAVITY


    --------------------------------------------


    teri-chan is back

    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 40
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    Re: Koleksi Lawak

    Post by szainizam on Thu Feb 19, 2009 8:21 am

    ko memang rajin la teri-chan...

    keep it up!

    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 40
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    Re: Koleksi Lawak

    Post by szainizam on Thu Feb 19, 2009 8:43 am

    Shanti : Aman, belikan saya iguana? Saya nak bela iguanalah...

    Ibu : Iguana? Hisy...Kita nak beri binatang tu makan apa?

    Shanti : Ala, ama belilah iguana yang dekat sangkarnya ada tulis "Dilarang memberi makanan'.

    Ibu : .....

    teri-chan
    Moderators
    Moderators

    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    Re: Koleksi Lawak

    Post by teri-chan on Fri Feb 20, 2009 8:15 am

    Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

    Doktor : "Selamat petang..."
    Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
    Doktor : " Adamasaalah apa ...?"
    Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
    Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
    setelah diperiksa... .
    Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut...."
    Pesakit : "Apa caranya doktor?"
    Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
    Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
    Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
    Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
    Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
    sudah jadi tauge' anda boleh ler tarik keluar."
    Pesakit : "Huh


    --------------------------------------------


    teri-chan is back

    teri-chan
    Moderators
    Moderators

    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    Re: Koleksi Lawak

    Post by teri-chan on Fri Feb 20, 2009 8:16 am

    Suatu hari sebuah kereta api meluncur laju menghampiri sebuah perkampungan. Di perkampungan itu ada seorang wanita penjual kuih tinggal berhampiran landasan tersebut yang baru sahaja selesai membasuh kain lapnya yang warna merah. Selesai membasuh.. dia mengibaskan kain tersebut untuk dijemur di pagar berhampiran landasan.

    Dari jauh, pemandu kereta api terlihat seorang wanita dengan kain lap yang berwarna merah yang dikibas-kibaskan. Kerana menyangka perbuatan wanita itu sebagai isyarat bahaya..terus pemandu keretapi membrek dengan mendadak hingga menyebabkan para penumpang keretapi terpelanting dengan dahsyat sekali.

    Apabila keretapi berhenti tepat di depan wanita tersebut... pemandu keretapi terus bertanya "Ada apa Puan?"

    "...yang tinggal cuma karipap dan pulut panggang aje..." jawab wanita itu dengan selamber badaknya.


    --------------------------------------------


    teri-chan is back

    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 40
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    Re: Koleksi Lawak

    Post by szainizam on Fri Feb 20, 2009 4:10 pm

    Sewaktu menunggu giliran untuk membuat bayaran, Mr. Bean tiba-tiba menangis selepas menerima panggilan telefon. Pelanggan yang berada di belakangnya hairan, lantas bertanya, " Kenapa awak menangis?"

    Jawab Mr. Bean,"Doktor telefon saya, emak saya baru meninggal. Waaaa...!"

    Pelanggan tadi menenangkan Mr. Bean. Seminit kemudian, Mr. Bean menerima satu lagi panggilan telefon. Kali ini dia meraung lebih kuat lagi sampai semua orang yang berada di situ tercengang-cengang.

    "Kenapa anda menangis lagi?" tanya pelanggan yang berada di belakangnya tadi.

    Jawab Mr. Bean, " Adik saya telefon, emak dia pun meninggal dunia juga....baru sekejap tadi. Waaaaaaa....!

    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 40
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    Re: Koleksi Lawak

    Post by szainizam on Fri Feb 20, 2009 4:18 pm

    Kisah seorang wanita bernama Ayu. Sedang Ayu berjalan di KLCC, dia terlanggar sorang mamat dari USA. Lelaki mat saleh ni memandang ke arah Ayu.

    Ayu : I'm sorry! I'm sorry!

    Mat Saleh : I'm sorry too

    Ayu bingung kerana tidak faham apa yang dikatakan oleh mat saleh tadi lalu menjawab...

    Ayu : I'm sorry three

    Mat saleh : Hey..what are you sorry for?

    Ayu : I'm sorry five!

    ztecon
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 540
    Age : 58
    Location : North Planet Zargus
    Job/hobbies : Thinking Out Of Board
    Registration date : 13/02/2009

    Re: Koleksi Lawak

    Post by ztecon on Fri Feb 20, 2009 10:00 pm

    szainizam wrote:Kisah seorang wanita bernama Ayu. Sedang Ayu berjalan di KLCC, dia terlanggar sorang mamat dari USA. Lelaki mat saleh ni memandang ke arah Ayu.

    Ayu : I'm sorry! I'm sorry!

    Mat Saleh : I'm sorry too

    Ayu bingung kerana tidak faham apa yang dikatakan oleh mat saleh tadi lalu menjawab...

    Ayu : I'm sorry three

    Mat saleh : Hey..what are you sorry for?

    Ayu : I'm sorry five!

    kah2 lawak gila... ayu nie....apa arr

    gila_fon
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 17
    Registration date : 21/02/2009

    Re: Koleksi Lawak

    Post by gila_fon on Sat Feb 21, 2009 8:20 am

    teri-chan wrote:Suatu hari sebuah kereta api meluncur laju menghampiri sebuah perkampungan. Di perkampungan itu ada seorang wanita penjual kuih tinggal berhampiran landasan tersebut yang baru sahaja selesai membasuh kain lapnya yang warna merah. Selesai membasuh.. dia mengibaskan kain tersebut untuk dijemur di pagar berhampiran landasan.

    Dari jauh, pemandu kereta api terlihat seorang wanita dengan kain lap yang berwarna merah yang dikibas-kibaskan. Kerana menyangka perbuatan wanita itu sebagai isyarat bahaya..terus pemandu keretapi membrek dengan mendadak hingga menyebabkan para penumpang keretapi terpelanting dengan dahsyat sekali.

    Apabila keretapi berhenti tepat di depan wanita tersebut... pemandu keretapi terus bertanya "Ada apa Puan?"

    "...yang tinggal cuma karipap dan pulut panggang aje..." jawab wanita itu dengan selamber badaknya.

    keh keh keh.....hampeh btol mak cik tu....heheh...... Laughing Laughing

    Sponsored content

    Re: Koleksi Lawak

    Post by Sponsored content Today at 5:38 pm


      Current date/time is Sat Dec 03, 2016 5:38 pm