Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya

    Minyak ikan

    Share

    MalaYneuMaya
    Moderators
    Moderators

    Gender: Male Number of posts: 1044
    Age: 29
    Job/hobbies: kejar biawak, kunyah milo beku
    Registration date: 18/02/2009

    Minyak ikan

    Post by MalaYneuMaya on Tue Jun 16, 2009 3:04 pm

    assalamualaikum...

    aku tau lama dah benda ni..cuma skang ni aku cadang nak amalkan..sebotol dah abis..skang botol kedua...yg scotts original (putih)

    nak tau selain antibodi apa lagi kelebihan minyak ikan ni ye?


    --------------------------------------------

    fiza_cute
    Ahli
    Ahli

    Gender: Female Number of posts: 664
    Age: 29
    Location: Pagoh
    Job/hobbies: jobless
    Registration date: 21/03/2009

    Re: Minyak ikan

    Post by fiza_cute on Tue Jun 16, 2009 6:13 pm

    waalaikumsalam..
    sedap ke..
    tgk iklan cm menjilat jari je..
    aku xpenah minum..

    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators

    Gender: Male Number of posts: 1571
    Age: 27
    Location: Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies: Pembunuh
    Registration date: 27/02/2009

    Re: Minyak ikan

    Post by TOYSЯUS on Tue Jun 16, 2009 7:12 pm

    Waalaikumsalam.

    Lol.
    Aku fikir tadi minyak lepas goreng ikan tu. Anggun betul.

    Ni Scotts Emulsion tu ke?


    --------------------------------------------
    TETTT!!

    MalaYneuMaya
    Moderators
    Moderators

    Gender: Male Number of posts: 1044
    Age: 29
    Job/hobbies: kejar biawak, kunyah milo beku
    Registration date: 18/02/2009

    Re: Minyak ikan

    Post by MalaYneuMaya on Tue Jun 16, 2009 8:40 pm

    assalamualaikum...

    fiza_cute wrote:waalaikumsalam..
    sedap ke..
    tgk iklan cm menjilat jari je..
    aku xpenah minum..

    ada ke iklan sampai jilat jari? tak prasan plak...takde la sedap..ada yg tak sanggup sebab mcm hanyir sikit..tapi aku dah biasa..hehe

    Waalaikumsalam.

    Lol.
    Aku fikir tadi minyak lepas goreng ikan tu. Anggun betul.

    Ni Scotts Emulsion tu ke?

    wahaha mmg anggun...

    yup scotts emulsion tu la..


    --------------------------------------------

    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators

    Gender: Male Number of posts: 1571
    Age: 27
    Location: Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies: Pembunuh
    Registration date: 27/02/2009

    Re: Minyak ikan

    Post by TOYSЯUS on Tue Jun 16, 2009 8:49 pm

    Ooo.
    Dulu masa kecik-kecik aku suka makan yang rasa Oren.
    Tak puas makan satu sudu. Tapi amik byk kang takut overdosa pulak.
    Skarang dah berape tahun dah tak makan.. Rindu lak.
    Nak beli macam mahal, berapa ringgit ek sebotol? Lupa la.


    --------------------------------------------
    TETTT!!

    MalaYneuMaya
    Moderators
    Moderators

    Gender: Male Number of posts: 1044
    Age: 29
    Job/hobbies: kejar biawak, kunyah milo beku
    Registration date: 18/02/2009

    Re: Minyak ikan

    Post by MalaYneuMaya on Tue Jun 16, 2009 9:13 pm

    assalamualaikum...

    dlm 11/12 inggit la aku beli..


    --------------------------------------------

    fiza_cute
    Ahli
    Ahli

    Gender: Female Number of posts: 664
    Age: 29
    Location: Pagoh
    Job/hobbies: jobless
    Registration date: 21/03/2009

    Re: Minyak ikan

    Post by fiza_cute on Wed Jun 17, 2009 7:11 pm

    waalaikumsalamm..
    xdela..tgk iklan CM menjilat jari..
    lagi satu pati ayam brand..
    penah minum sekali..
    tgk iklan cm sedap..
    minum sendiri rase cm bluuueekkkk!
    tgk iklan steady je masuk mulut...

    MalaYneuMaya
    Moderators
    Moderators

    Gender: Male Number of posts: 1044
    Age: 29
    Job/hobbies: kejar biawak, kunyah milo beku
    Registration date: 18/02/2009

    Re: Minyak ikan

    Post by MalaYneuMaya on Thu Jun 18, 2009 8:21 pm

    assalamualaikum...

    oo pati ayam brand..aku blom rasa lagi..rasa apa?

    biasanya benda2 yg buat ubat ni mmg tak sedap pon..kehkeh


    --------------------------------------------

    teri-chan
    Moderators
    Moderators

    Gender: Female Number of posts: 2223
    Location: sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date: 13/02/2009

    Re: Minyak ikan

    Post by teri-chan on Fri Jun 19, 2009 7:28 am

    Fakta Kesihatan:Khasiat minyak ikan kod


    Kajian Sejarah
    Sejak turun temurun minyak ikan kod dipercayai boleh digunakan sebagai ubat, walaupun rasanya teruk dan berbau busuk, kerana ia melalui proses pereputan secara semula jadi dan berwarna hampir kehitaman.

    Pada abad ke-18, minyak ikan kod melalui proses pemanasan dengan wap yang menghasilkan warna lebih pudar. Walaupun minyaknya lebih berkualiti, rasanya masih tidak sedap dan ia digunakan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami penyakit riket.

    Menjelang abad ke-19, The British Cod Liver Oil Producers (Hull) Ltd mengambil pendekatan berbeza. Mereka melakukan kaedah mengukus cerek mengandungi minyak ikan kod. Kemudian mereka menyedari beberapa syarikat menangkap ikan menggunakan pukat tunda yang beroperasi di Hull, England menggunakan teknik merebus di laut.

    Teknik itu menghasilkan minyak berwarna coklat keemasan, rendah kandungan asidnya dan rasa lembut.

    Kenneth McLennan yang pernah bertugas dengan Lever Brothers mencadangkan minyak ikan kod boleh diperoleh dalam bentuk lebih kecil dan mewujudkan jenama dikenali sebagai ‘Seven

    Minyak ikan untuk sendi sihat

    Orang Eskimo jarang mengalami artritis reumatoid kerana mereka banyak makan ikan. Orang Jepun juga mengamalkan diet yang mengutamakan ikan. Itu sebabnya kes artritis (sakit sendi) di dua negara itu jauh lebih rendah berbanding negara lain.

    Kajian menunjukkan bagi pesakit yang mengalami artritis reumatoid ringan, pengambilan minyak ikan kod boleh mengurangkan keperluan ubat anti-keradangan bukan steroid (NSAIDs).

    Minyak ikan kod yang kaya dengan asid lemak Omega-3 penting untuk orang dewasa yang mengalami artritis dan masalah lain yang berkaitan tulang. Penggunaan asid lemak Omega-3 boleh mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi.

    Bagi pesakit arthritis, keradangan adalah seperti pisau bercerancang kerana enzim boleh menyebabkan masalah serius. Keadaan ini berbeza pada orang sihat kerana enzim tidak aktif. Di samping mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan, asid lemak Omega-3 boleh merendahkan risiko kerosakan rawan.

    Osteoartritis
    Artritis adalah jenis paling biasa di kalangan penyakit lemah sendi. Satu bentuk artritis paling biasa ialah osteoartritis. Osteoartritis adalah penyakit sendi degeneratif yang boleh menyerang semua orang.

    Penyakit ini hasil daripada proses ‘haus dan lusuh’ sendi, biasanya ia membabitkan orang tua, namun ada juga orang muda menderita penyakit sama. Ia lebih ketara pada sendi yang mengalami pelbagai tekanan dan ‘penderaan’ seperti sendi kaki iaitu lutut dan buku lali.

    Artritis reumatoid

    Artritis reumatoid adalah penyakit sistem imun yang menyakitkan, menyebabkan pesakit berasa tidak selesa dan mengalami bengkak pada sendi, saraf, otot, tendon, pembuluh darah dan tisu perantara di dalam badan.

    Artritis reumatoid boleh menyerang individu tanpa mengira peringkat umur, tetapi kebanyakannya membabitkan kumpulan usia antara 25 hingga 40 tahun. Ratusan ribu penduduk di United Kingdom, termasuk kanak-kanak, mengalami masalah ini.

    Bagi sesetengah orang, arthritis reumatoid hanya menyerang sekali seumur hidup. Namun ada yang menghadapi serangan penyakit sepanjang hayat kerana ia penyakit bersifat progresif dan jangka panjang, merebak dari satu sendi ke sendi lain dan boleh menyebabkan kecacatan tangan serta kaki.


    --------------------------------------------


    teri-chan is back

    ztecon
    Moderators
    Moderators

    Gender: Male Number of posts: 540
    Age: 56
    Location: North Planet Zargus
    Job/hobbies: Thinking Out Of Board
    Registration date: 13/02/2009

    Re: Minyak ikan

    Post by ztecon on Fri Jun 19, 2009 8:55 am

    assalammualaikum...

    jap...minyak ikan nie kan...dari ikan apa yer? minyak ikan kayu ka?>


    --------------------------------------------
    "Transforming Higher Education For a Sustainable Tommorow"





    masalah tentang pembelajaran?inginkan rujukan?isu semasa?

    boleh log on www.rujukanilmu.forumotion.net

    teri-chan
    Moderators
    Moderators

    Gender: Female Number of posts: 2223
    Location: sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date: 13/02/2009

    Re: Minyak ikan

    Post by teri-chan on Fri Jun 19, 2009 9:23 am

    ikan kod la!!!



    --------------------------------------------


    teri-chan is back

    ztecon
    Moderators
    Moderators

    Gender: Male Number of posts: 540
    Age: 56
    Location: North Planet Zargus
    Job/hobbies: Thinking Out Of Board
    Registration date: 13/02/2009

    Re: Minyak ikan

    Post by ztecon on Fri Jun 19, 2009 9:33 am

    kenapa korang x makan minyak ikan keli? kan kaya dengan omega 3... hikss


    --------------------------------------------
    "Transforming Higher Education For a Sustainable Tommorow"





    masalah tentang pembelajaran?inginkan rujukan?isu semasa?

    boleh log on www.rujukanilmu.forumotion.net

    MalaYneuMaya
    Moderators
    Moderators

    Gender: Male Number of posts: 1044
    Age: 29
    Job/hobbies: kejar biawak, kunyah milo beku
    Registration date: 18/02/2009

    Re: Minyak ikan

    Post by MalaYneuMaya on Fri Jun 19, 2009 12:12 pm

    assalamualaikum...

    tima kasih kak teri dgn info yg diberikan..

    minyak ikan keli?


    --------------------------------------------

    ogGy
    Moderators
    Moderators

    Gender: Male Number of posts: 897
    Age: 26
    Location: mu di mana ?
    Job/hobbies: geletek ginjal korang
    Registration date: 15/02/2009

    Re: Minyak ikan

    Post by ogGy on Wed Jun 24, 2009 1:40 pm

    Ikan keli orang takut nak makan sebab makanan dia pelik2 kot hehe...aku tak penah makan 1 apa pun minyak ikan,tekak aku cepat rasa mual kalau masuk benda pelik2.

    Btul apa yang teri paste'kan kat atas tu berkaitan dengan sakit sendi,cuma tindak balas dia sangat perlahan dan memerlukan jangkamasa yang panjang untuk melihat kesan sepatutnya.

    Antara kelebihan minyak ikan ialah :

    - menjaga jantung
    - mengawal kepekatan darah
    - untuk perkembangan otak ( mengandungi DHA & EPA )
    - merawat masalah sendi ( macam teri cakap )
    - Mengelakkan stoke
    - boleh jugak membantu mengawal penyakit 3 serangkai ( apa itu 3 serangkai? tanya asistan aku ) Smile


    --------------------------------------------
    Laman Farmasi Online kini berwajah baru , kunjungi sekarang dan dapatkan harga yang terbaik dari kami . Segalanya mudah...



    www.sentosa-online.com

    teri-chan
    Moderators
    Moderators

    Gender: Female Number of posts: 2223
    Location: sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date: 13/02/2009

    Re: Minyak ikan

    Post by teri-chan on Thu Jun 25, 2009 7:33 am

    aku tak mkn ikan keli pun! hehehhe


    --------------------------------------------


    teri-chan is back

      Similar topics

      -

      Current date/time is Mon Sep 22, 2014 4:12 pm