Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya

+22
khairul anwar
funkwasabi
kheirz
jemay
Jedi
salaskar
huhu3x
angah_90
khairuddin_25
amirul84
baok
zaire103
mfaizal2008
hampeh
neology
TJ-Ariff
zul_pfs
naza
loy_azloy
mitutoyo
the_ultimatez_najman
TOYSЯUS
26 posters

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by TOYSЯUS Thu Jun 11, 2009 3:30 am

    Assalamualaikum.

    Lanjutan dari topik "Chin Peng Kembali Ke Pangkuan?" terdapat satu isu yang saya kira agak menarik untuk dibincangkan.
    Oleh kerana isu itu agak jauh menyimpang dari tajuk topik tersebut, maka saya adakan topik ini supaya kita dapat membincangkan isu itu di saluran yang betul.

    Isunya ialah adakah Malaysia adalah sebuah negara Islam?

    Ada yang berpendapat bahawa Malaysia memang sebuah negara Islam.
    Ada pula yang berpendapat bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam, tetapi hanya agama rasmi negaranya sahaja Islam.
    the_ultimatez_najman
    the_ultimatez_najman
    Ahli
    Ahli

    Gender : Male Number of posts : 521
    Age : 30
    Location : Shah Alam,Selangor
    Job/hobbies : Pc,Pc,Pc
    Registration date : 19/02/2009

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Re: Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by the_ultimatez_najman Thu Jun 11, 2009 3:36 am

    negara Islam tidak ader pub,disco,club
    kat malaysia ader x?
    ringkas kan
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Re: Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by TOYSЯUS Thu Jun 11, 2009 4:37 am

    Sangat ringkas biasanya mudah dipatahkan.
    -
    Di dalam sesebuah negara Islam, boleh wujud bangsa yang bukan beragama Islam.
    Di dalam agama selain dari Islam, meminum arak, berjudi, clubbing, disko dan sebagainya dikira halal.
    Islam mengharamkan perkara-perkara tersebut terhadap penganut Islam.

    Artikel 11 dalam Perlembagaan Malaysia menyatakan agama rasmi di Malaysia adalah Islam, TETAPI masyarakatnya bebas memilih agama untuk dianuti. Oleh kerana yang tersebut, orang bukan Islam berhak menjalankan aktiviti perniagaan mereka seperti yang tersebut di atas, walaupun berada di bumi Malaysia.
    Akan tetapi, orang-orang Islam di Malaysia tetap diharamkan meminum arak, berjudi dan melakukan perkara maksiat yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman yang tertakluk dalam undang-undang di Malaysia.

    Oleh itu, Malaysia membenarkan pub, disko, club dan sebagainya HANYA untuk orang bukan Islam.
    Bahkan keuntungan dari menjalankan aktiviti tersebut tetap HARAM untuk digunapakai oleh pemerintah Malaysia.
    Dan oleh kerana kegagalan Hukum Hudud dilaksanakan di Malaysia, ada antara orang Islam secara terang-terangan melakukan perkara-perkara yang tersebut.

    Maka, kewujudan disko, pub dan club serta berkait rapat arak dan perjudian di Malaysia masih gagal mematahkan hujah bahawa Malaysia adalah negara Islam, kerana Islam membenarkan ahli dzimmi menjalankan perniagaan mereka.

    Rujukan:
    Kedudukan orang bukan Islam.pdf
    wiki:Perlembagaan Malaysia
    mitutoyo
    mitutoyo
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 430
    Location : Bandaraya Anggerik
    Job/hobbies : MemBZ kn diri
    Registration date : 01/03/2009

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Re: Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by mitutoyo Thu Jun 11, 2009 6:29 am

    ??????????? wrote:Sangat ringkas biasanya mudah dipatahkan.

    setuju,Malaysia bukan Negara ISLAM,mcm saya bgtau kat treat Chin Peng tuh,perundangan Malaysia jelas dan sehingga kini tidak pun diubah berkaitan agama rasmi,bahasa rasmi,hak-hak istimewa,raja Malayu tidak pun dipinda sehingga kini.Jelas kan,jangan konar-konar.
    Di Malaysia kita secara mudanhya mentafsirkan sebagai Negara ISlama,bersandarkan kepada majaroti anuti ISLAM,kaum pribumi adalaah dari ISLAM,pemerintah ISLAM,bebas pergi SOLAT dan baca Alquran,namu kita tercicir apa yg penting,iaitu perlaksanaan ISLAM itu sendiri,bukannya hanya dengan mengambil sedikit sedikit,asalkan tidak terkena batang hidung.Ingat matlamat tidak menghalalkan car,begitu juga dengan ISLAM HADHARi.
    mitutoyo
    mitutoyo
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 430
    Location : Bandaraya Anggerik
    Job/hobbies : MemBZ kn diri
    Registration date : 01/03/2009

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Re: Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by mitutoyo Thu Jun 11, 2009 6:39 am

    Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.

    (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

    (2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

    (3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.

    (4) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

    (5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

    ____________________________________________
    CATATAN:

    Per. 3(2):

    Perkataan "Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja" dalam baris satu dan dua menggantikan "Melaka dan Pulau Pinang" menurut Akta 26/1963, subseksyen 7(1), berkuat kuasa dari 16-9-1963.

    Per. 3(3):

    Perkataan "Negeri-Negeri Melaka dan Pulau Pinang" digantikan dengan "Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak" oleh Akta A354, seksyen 3, berkuat kuasa dari 27-8-1976.

    1. Akta 26/1963, subseksyen 7(2), berkuat kuasa dari 16-9-1963, menggantikan "dan Pulau Pinang" dengan "Pulau Pinang dan Singapura". Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 9-8-1965, memasukkan semula versi asal "dan Pulau Pinang".

    2. Lihat Per. 5 Perlembagaan Negeri Melaka dan Pulau Pinang.

    Per. 3(5):

    1. Ditambahkan oleh Akta A206, Jadual, berkuat kuasa dari 1-2-1974.

    2. Perkataan "Wilayah Persekutuan" digantikan dengan "Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan" oleh Akta A585, Jadual, berkuat kuasa dari 16-4-1984.

    3. Perkataan "Kuala Lumpur dan Labuan" digantikan dengan "Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya" oleh Akta A1095, seksyen 12, berkuat kuasa dari 1-2-2001.
    loy_azloy
    loy_azloy
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1513
    Age : 43
    Location : Muo/Putrajaya
    Job/hobbies : DOF/bela kelisa
    Registration date : 23/02/2009

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Re: Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by loy_azloy Thu Jun 11, 2009 8:53 am

    so sekarang korang nak panggil Malaysia negara ape?
    naza
    naza
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Gender : Female Number of posts : 111
    Age : 35
    Location : di mana bumi ku pijak...di situ la aku.
    Job/hobbies : sesi bercakap dgn kucing...
    Registration date : 10/03/2009

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Re: Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by naza Thu Jun 11, 2009 2:16 pm

    mmg malaysia bukan negara islam...
    aku dah lama tahu...
    malaysia di panggil, bukan negara islam la...
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Re: Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by TOYSЯUS Thu Jun 11, 2009 2:28 pm

    Eh encik mitutoyo, err, sebenarnya saya berpendapat Malaysia ni adalah negara Islam..
    Segalanya di Malaysia berlandaskan Islam dari segi:
    - sosial; khalwat dan seangkatannya diharamkan di Malaysia (ada hukumannya), tetapi tidak di negara sekular.
    - perniagaan; rasuah, riba dan seangkatannya diharamkan di Malaysia, tetapi tidak di negara sekular.

    Kecuali satu yang tidak dilakukan menurut Islam adalah undang-undangnya. Saya sendiri hairan kenapa?
    Salah siapakah itu?
    Rata-rata di kalangan kita mahukan hukuman menurut Islam itu dilaksanakan di Malaysia.
    Tetapi ada pihak yang tidak mahu menjalankannya kerana bagi mereka ia satu perlaksanaan yang hanya akan menganiaya.
    Oleh kerana ia tertakluk kepada pemerintah negara, maka rakyat harus akur dengan keputusan itu.

    DEFINISI NEGARA ISLAM:
    Muhammad bin Hasan As Syaibani:

    “Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya”.

    Muhammad Abu Zuhrah:

    “Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahananya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim”.

    rujukan:
    Malaysia Negara Islam (islam.gov.my)
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Re: Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by TOYSЯUS Thu Jun 11, 2009 2:30 pm

    Dalam dunia ni ada berapa JENIS negara?
    loy_azloy
    loy_azloy
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1513
    Age : 43
    Location : Muo/Putrajaya
    Job/hobbies : DOF/bela kelisa
    Registration date : 23/02/2009

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Re: Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by loy_azloy Thu Jun 11, 2009 3:01 pm

    ade banyak JENIS...boleh tak aku jawab mcm tu?
    avatar
    zul_pfs
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 44
    Registration date : 24/04/2009

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Re: Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by zul_pfs Thu Jun 11, 2009 3:06 pm

    Malaysia masih bukan sebuah Negara Islam.. kita xbleh menegakkan benang yg basah...

    Dari wikipedia pn ada state:

    Islamic states:
    * Afghanistan
    * Bahrain
    * Brunei
    * Iran
    * Mauritania
    * Oman
    * Pakistan
    * Yemen
    * Saudi Arabia

    Islam as state religion:
    * Algeria
    * Bangladesh
    * Egypt
    * Iraq
    * Kuwait
    * Libya
    * Malaysia
    * Maldives
    * Morocco
    * Qatar
    * Tunisia
    * United Arab Emirates

    Last edited by zul_pfs on Thu Jun 11, 2009 3:19 pm; edited 1 time in total
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Re: Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by TOYSЯUS Thu Jun 11, 2009 3:16 pm

    loy_azloy wrote:ade banyak JENIS...boleh tak aku jawab mcm tu?
    Boleh. Kalau rasa-rasa jawapan tu bijak.
    zul_pfs wrote:Malaysia masih bukan sebuah Negara Islam.. kita xbleh menegakkan benang yg basah...
    Siapa yang menegakkan benang basah sebenarnya.
    Adakah anda dah baca apa definisi Negara Islam.
    Sedangkan pihak kerajaan yang sahkan, kita pulak pandai-pandai kata tidak.
    avatar
    zul_pfs
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 44
    Registration date : 24/04/2009

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Re: Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by zul_pfs Thu Jun 11, 2009 3:31 pm

    Kan elok kalau kita seKURANG2nya jd mcm Brunei:

    Prohibition of alcohol

    The sale and public consumption of alcohol in Brunei is banned.[13] Foreigners and non-Muslims are allowed to bring in 12 cans of beer and 2 bottles of other alcohol (e.g., wine or spirits; no distinction is made for alcohol content). This limit used to apply to every entry; in 2007, however, this was changed to one limit every 48 hours.
    After the introduction of prohibition in the early 1990s, all pubs and nightclubs were forced to close.

    Kalau benda ni bleh wat kat Malaysia, xla salah kalau nk mengaku sebagai negara Islam..
    mitutoyo
    mitutoyo
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 430
    Location : Bandaraya Anggerik
    Job/hobbies : MemBZ kn diri
    Registration date : 01/03/2009

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Re: Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by mitutoyo Thu Jun 11, 2009 4:36 pm

    ??????????? wrote:Eh encik mitutoyo, err, sebenarnya saya berpendapat Malaysia ni adalah negara Islam..
    Segalanya di Malaysia berlandaskan Islam dari segi:
    - sosial; khalwat dan seangkatannya diharamkan di Malaysia (ada hukumannya), tetapi tidak di negara sekular.
    - perniagaan; rasuah, riba dan seangkatannya diharamkan di Malaysia, tetapi tidak di negara sekular.

    Kecuali satu yang tidak dilakukan menurut Islam adalah undang-undangnya. Saya sendiri hairan kenapa?
    Salah siapakah itu?
    Rata-rata di kalangan kita mahukan hukuman menurut Islam itu dilaksanakan di Malaysia.
    Tetapi ada pihak yang tidak mahu menjalankannya kerana bagi mereka ia satu perlaksanaan yang hanya akan menganiaya.
    Oleh kerana ia tertakluk kepada pemerintah negara, maka rakyat harus akur dengan keputusan itu.

    DEFINISI NEGARA ISLAM:
    Muhammad bin Hasan As Syaibani:

    “Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya”.

    Muhammad Abu Zuhrah:

    “Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahananya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim”.

    rujukan:
    Malaysia Negara Islam (islam.gov.my)
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Re: Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by TOYSЯUS Thu Jun 11, 2009 5:45 pm

    @zul_fps
    Ya, memang bagus kalau kita jadi seperti Brunei.
    Tapi, "Sale of all alcohol is banned in Brunei (including hotels). However non-Muslim visitors over 17 years old are allowed to bring in alcohol into Brunei for their personal consumption."
    Itu bermakna orang bukan Islam dibenarkan membawa alkohol ke Brunei. Brunei sebagai negara Islam masih memberi kebebasan kepada orang bukan Islam meminum arak. Sama juga dengan Malaysia, membenarkan alkohol kepada bukan Islam.
    Tapi kenapa anda boleh kata apa yang Brunei buat tu sejajar dengan prinsip negara Islam, sedangkan Malaysia tidak?

    @mitutoyo
    Kenapa quote tanpa komentarnya encik mitutoyo? Hahah.
    Itu saya sedang perli orang-orang yang tidak mahu menjalankan Hukum Allah itu.
    Siapa mereka? Entahlah rasanya pernah saya nampak senarai "orang kenamaan" yang tak bersetuju dengan perlaksanaan hukum itu di topik lain.
    Contohnya, ada yang mengatakan "Kalau dah kena potong tangan nanti, macam mana nak maju?". Lolz.
    avatar
    zul_pfs
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 44
    Registration date : 24/04/2009

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Re: Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by zul_pfs Thu Jun 11, 2009 6:01 pm

    ??????????? wrote:@zul_fps

    sebab tu la ak tekankan perkataan SEKURANG2NYA...
    xla sampai jual berleluasa mcm kat Malaysia ni..

    orang kenamaan..Dr Mashitah ke? yg dia hina hudud tu?
    TJ-Ariff
    TJ-Ariff
    Supervisor
    Supervisor

    Gender : Male Number of posts : 473
    Age : 104
    Location : D'Royal City Of Silver
    Job/hobbies : IT / membaca / Santai
    Registration date : 17/02/2009

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Re: Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by TJ-Ariff Thu Jun 11, 2009 6:08 pm

    haa... mula dah !!..

    Boleh bagi tahu tak satu negara ISLAM yang tak ada Pub, disko, Arak dan perjudian ?

    Aku keliru nie?? Neutral
    avatar
    zul_pfs
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 44
    Registration date : 24/04/2009

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Re: Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by zul_pfs Thu Jun 11, 2009 6:14 pm

    TJ-Ariff wrote:haa... mula dah !!..

    Boleh bagi tahu tak satu negara ISLAM yang tak ada Pub, disko, Arak dan perjudian ?

    Aku keliru nie?? Neutral

    Kan ak dh kata yg Brunie xda Pub dan disco..bleh rujuk post ak sebelum ni..at least kerajaan brunie berusaha untuk jadikan brunie negara Islam..

    arak dan perjudian di mana2..tp yg penting mcm mana pusat arak atau pusat perjudian tu diagungkan..
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Re: Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by TOYSЯUS Thu Jun 11, 2009 6:17 pm

    @zul_pfs
    Oo. Sekurang2nya.. Sorry I missed that.
    Erk bukan Dr. Mashitah la. Ish ko ni. Haha. Orang lain! Tapi M jugak la. (Bukan M for mitutoyo ok!!)

    @TJ-Ariff
    Saya pun nak tahu gak tu. Siapa boleh beri contoh?

    @zul_pfs
    Arak masih dibenarkan di Brunei, walaupun ada quotanya.
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Re: Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by TOYSЯUS Thu Jun 11, 2009 6:19 pm

    Oh ya. Pada pandangan saya lah kan mengenai pub disco dan club ni.
    Bangunan itu sendiri tidaklah haram.
    Yang menjadikannya haram apabila digunakan untuk membuat maksiat dan tempat meminum arak.
    So, yang haramnya adalah maksiat dan arak.
    Maksiat dan arak masih berlaku di negara-negara Islam di dunia. Betul atau tidak?
    TJ-Ariff
    TJ-Ariff
    Supervisor
    Supervisor

    Gender : Male Number of posts : 473
    Age : 104
    Location : D'Royal City Of Silver
    Job/hobbies : IT / membaca / Santai
    Registration date : 17/02/2009

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Re: Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by TJ-Ariff Thu Jun 11, 2009 6:23 pm

    nak tanya lagi satu...

    pada zaman pemerintahan Rasullullah dulu, ada tak maksiat , arak dan perjudian ??

    Wink
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Re: Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by TOYSЯUS Thu Jun 11, 2009 6:31 pm

    Saya nak jawab tu boleh tak?Adakah Malaysia sebuah negara Islam? 873663
    TJ-Ariff
    TJ-Ariff
    Supervisor
    Supervisor

    Gender : Male Number of posts : 473
    Age : 104
    Location : D'Royal City Of Silver
    Job/hobbies : IT / membaca / Santai
    Registration date : 17/02/2009

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Re: Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by TJ-Ariff Thu Jun 11, 2009 6:38 pm

    ??????????? wrote:Saya nak jawab tu boleh tak?Adakah Malaysia sebuah negara Islam? 873663

    Bole tak menjadi kesalahan...

    Ada satu lagi pertanyaan,
    Apa tujuan sebenarnya ISLAM diturunkan oleh Allah ?
    Dan kenapa pula turun dinegara Arab tak di India ke, Pakistan ke atau pun malaysia?

    p/s; tengah keliru dengan negara negara Islam pale
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators

    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Re: Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by TOYSЯUS Thu Jun 11, 2009 7:01 pm

    Untuk soalan yang sebelum ni, jawapan yang saya fikir setelah buat sedikit research: ADA.
    Daripada Anas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah didatangi seorang lelaki yang minum arak, kemudian beliau menyebat dengan dua pelepah tamar lebih kurang empat puluh dan begitu juga Abu Bakar berbuat seperti ini, tetapi pada zaman Saidina Umar, beliau meminta nasihat para sahabat, lalu Abdul Rahman bin Auf berkata seringan-ringan hukuman hudud ialah lapan puluh kali sebat lalu Saidina Umar pun memerintahkan hukuman tersebut.
    rujukan:
    Kesalahan Minum Arak m/s2 - (Unit Agama Islam, Kolej Mara Banting)

    Untuk dua soalan seterusnya itu,
    1. Jawapan saya panjang, tapi yang pendeknya: Islam diturunkan bagi mereka yang mahu beriman dengannya, kerana Islam adalah agama yang sebenar-benarnya di dunia dan akhirat.
    2. Saya tak pasti.

    Soalan dibuka kepada penghujah yang lain jawab dulu. Hehehe..

    p/s: antara keliru dengan tidak ni. . .
    mitutoyo
    mitutoyo
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu

    Number of posts : 430
    Location : Bandaraya Anggerik
    Job/hobbies : MemBZ kn diri
    Registration date : 01/03/2009

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Re: Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by mitutoyo Thu Jun 11, 2009 9:24 pm

    Kecuali satu yang tidak dilakukan menurut Islam adalah undang-undangnya. Saya sendiri hairan kenapa?
    Salah siapakah itu?
    Rata-rata di kalangan kita mahukan hukuman menurut Islam itu dilaksanakan di Malaysia.
    Tetapi ada pihak yang tidak mahu menjalankannya kerana bagi mereka ia satu perlaksanaan yang hanya akan menganiaya.
    Oleh kerana ia tertakluk kepada pemerintah negara, maka rakyat harus akur dengan keputusan itu.

    Saya merahkan,dan bold,masyallah org cmnh mmg tak pernah bersyukur.Nafas yang disedut,n segala nikmat yang dapat selamanh free.
    ISLAM adil dan saksama,dalam hendak melaksanakan hukum HUDUD,ada kriteria yang diperlukan.Bukan suka-suki.Kita tgk sekiranya diamalkan,sbg contoh kriteria saksi,mestilah tidak fasik,jujur,soleh.Secara tidak langsung,umat akan dilahirkan patuh akan ajaran Allah SWT.

    List pemerintah?hehehehe.,.,saya dh post kat treat sblm nh,jenguk2 la.
    Arak,judi dan segala bentuk maksiat,berleluasa serta berlesen,masyallah,..,apa nh?sampai bila?yalagi bertambah sedih,antara pemegang saham adalah melayu yang menganggap mereka ISLAM.

    Sponsored content

    Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Empty Re: Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

    Post by Sponsored content

      Current date/time is Fri Apr 19, 2024 5:45 pm