by joejambul Tue May 12, 2009 7:08 pm
Sebelum mula melaksanakan senaman,di sini ada disenaraikan idea yang disyorkan, baca garis panduan keselamatan berikut –walau apa pilihan anda,lakukannya dengan cara yang selamat!
• Panaskan badan anda sebelum bersenam untuk mengelak kecederaan.
• Jika anda berasa tidak sihat, berhenti dan minta bantuan.
• Minum banyak air, terutamanya jika cuaca panas.
• Jangan bersenam selepas mengambil hidangan berat.
• Sebelum memulakan sebarang program bersenam,periksa tahap kecergasan anda dengan doktor anda.
• Jangan keterlaluan, terlalu banyak dalam masa yang singkat tidak akan membantu badan yang biasanya banyak duduk! Mulakan dengan beransur-ansur untuk memberi masa kepada badan anda untuk membuat penyesuaian.
• Mulakan pada waktu pagi – sambil berbaring di atas katil, regangkan setiap bahagian badan anda dengan berbagai cara yang terdaya, anda akan berasa segar dengan lebih cepat.
• Bolehkah anda bangun dengan lebih awal dan pergi berenang pada waktu pagi?
• Selalu terikat dengan kerja pejabat – bangun dan berjalan setiap jam untuk melancarkan perjalanan darah anda. Ingatkan diri anda untuk meregangkan diri, terutamanya bila anda bangun setelah sekian lama duduk.
• Gunakan tangga dan bukan lif – lebih banyak anak tangganya lebih bagus!
• Berhenti menggunakan alat kawalan jauh TV, bangun dan tukar saluran TV dengan cara zaman dahulu.
• Sedang menunggu hidangan malam disediakan? Keluarkan tali melompat anda dan gunakannya selama sepuluh minit atau menari mengikut rentak muzik yang anda gemari.
• Mula berkebun dan dapatkan tapak berkebun – satu-satunya senaman yang menjanjikan hasil yang boleh dimakan!
• Basuh kereta, basuh tingkap, basuh lantai!
• Mainkan muzik sambil anda mengemas rumah – menari dan menyanyi sambil melakukannya.
• Upah orang mencuci permaidani di rumah anda agar rumah anda nampak baru.
• Selalulah bermain dengan anak-anak anda, bawa mereka ke padang, berseronok dengan permainan frisbee atau bola sepak.
• Anda mempunyai sepuluh minit terluang? Naik dan turun tangga dengan pantas untuk sesi senaman mini!
• Pada waktu malam sebelum tidur, ulangi regangan yang anda lakukan pada waktu pagi.