Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


+5
hairulfadly
Miss U.A
Jedi
khairul anwar
Geekspro
9 posters

    AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN

    Geekspro
    Geekspro
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 30
    Age : 38
    Location : Bandar Baru Bangi
    Job/hobbies : Surf Internet
    Registration date : 19/06/2009

    AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN Empty AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN

    Post by Geekspro Fri Aug 28, 2009 10:57 am

    Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

    Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

    Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk men yam paikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

    Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

    Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka...”

    Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"

    Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

    Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

    Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa a yam .. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

    Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?

    Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz

    "Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis

    Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

    Gadis tu terdiam

    Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak”

    Sekian

    * Article ini dikirimkan melalui e-mail. Menarik untuk dikongsi bersama.


    Wallahu ‘Alam
    khairul anwar
    khairul anwar
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 882
    Age : 38
    Location : Puchong
    Registration date : 26/04/2009

    AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN Empty Re: AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN

    Post by khairul anwar Fri Aug 28, 2009 12:41 pm

    nice share..

    tp kalo aku jadi ustaz tue mgkn aku da tampar pp dia kot..
    Jedi
    Jedi
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 925
    Registration date : 13/02/2009

    AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN Empty Re: AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN

    Post by Jedi Fri Aug 28, 2009 2:04 pm

    Orang yang jahil ni kena nasihat banyak2.
    Ustaz tu kena kesabaran yang tinggi.

    Kita (termasuk aku) rasa ringan je tangan Wink
    Miss U.A
    Miss U.A
    Ahli
    Ahli


    Gender : Female Number of posts : 831
    Registration date : 21/07/2009

    AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN Empty Re: AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN

    Post by Miss U.A Fri Aug 28, 2009 2:52 pm

    hahhaa..budak ni takkan le mak bapak die tak ajar langsung psl agama sampai leh persoalkan bnd2 mcm tuh...teruk...teruk...jahil betul..
    hairulfadly
    hairulfadly
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 281
    Age : 40
    Location : Kuala Lumpur
    Job/hobbies : Wayang
    Registration date : 03/03/2009

    AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN Empty Re: AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN

    Post by hairulfadly Fri Aug 28, 2009 3:47 pm

    Allah jadikan sesuatu perkara itu bersebab..
    Ia tak jadikan sesuatu perkara itu sia-sia..
    Hanya kita yang mempunyai akal ni hendaklah sentiasa berfikir..
    Kenapa Tuhan menjadikan perkara tersebut..
    Miss U.A
    Miss U.A
    Ahli
    Ahli


    Gender : Female Number of posts : 831
    Registration date : 21/07/2009

    AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN Empty Re: AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN

    Post by Miss U.A Fri Aug 28, 2009 4:08 pm

    ye betul tu.....
    len kali sebelum nk tny sesuatu...cuba pikir dulu...
    takdela nmpk sgt 'stupid' tu kan...
    funkwasabi
    funkwasabi
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 156
    Age : 30
    Location : Dibumi dalam malaysia dalam selangor carik sendiri..
    Job/hobbies : music instrument, pc sikit, tdo!!!
    Registration date : 06/08/2009

    AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN Empty Re: AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN

    Post by funkwasabi Fri Aug 28, 2009 4:22 pm

    ustaz nie rock ar.. cara dier nasihat mmg power.. kena guna taktik dier nie.. =)
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN Empty Re: AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN

    Post by TOYSЯUS Fri Aug 28, 2009 5:00 pm

    Ni boleh shooting as iklan Pasaraya Billion ni.
    Tak pasal2 jer nama hipermarket tu naik. Huhu.

    Apa pun memang padan dengan muka budak tu.
    Hiruka
    Hiruka
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 887
    Age : 38
    Location : X: 9956 Y: 6544
    Job/hobbies : PC Maniac
    Registration date : 02/03/2009

    AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN Empty Re: AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN

    Post by Hiruka Fri Aug 28, 2009 5:03 pm

    Assalamualaikum,

    khairul anwar wrote:nice share..

    tp kalo aku jadi ustaz tue mgkn aku da tampar pp dia kot..
    Sedangkan Rasulullah S.A.W itu sendiri msih tersenyum pabila dibaling najis oleh musyrikin Makkah, xkan dgn kata² mereka yg jahil camtu pon nak tampar? Sabar beb..renung²kanlah..

    Wassalam Very Happy
    am_eniey
    am_eniey
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 169
    Age : 42
    Location : Gombak
    Registration date : 22/04/2009

    AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN Empty Re: AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN

    Post by am_eniey Fri Aug 28, 2009 5:10 pm

    Jadi, ada di antara hangpa semua ni menunjuk aurat? laki atau pompuan? aurat bukan hanya di kepala, bahkan keseluruhan badan untuk wanita kecuali muka dan tapak tangan. La ni aku nampak 99% pompuan tunjuk gunung dia walaupun pakai tudung. tudung ekin konon, piiirah, padahai nampak gunung, lembah dan lurah !.
    funkwasabi
    funkwasabi
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 156
    Age : 30
    Location : Dibumi dalam malaysia dalam selangor carik sendiri..
    Job/hobbies : music instrument, pc sikit, tdo!!!
    Registration date : 06/08/2009

    AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN Empty Re: AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN

    Post by funkwasabi Fri Aug 28, 2009 6:35 pm

    skng nie bukan tunjuk gunung je... ada yg tak tahan sgt... longkang pun dier tunjuk.. aduhai... susah lerh...
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN Empty Re: AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN

    Post by TOYSЯUS Fri Aug 28, 2009 6:44 pm

    Err tahun lepas aku pergi Sabah.
    Lek jer ada sorang minah tu (minah Sabah) tunjuk gunung terang-terang kat aku sekeluarga.
    Besar gak. Kitorang tak pernah tengok.
    Tapi nak salahkan dia pun takleh jugak, dah kitorang yang suruh.

    Spoiler:
    am_eniey
    am_eniey
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 169
    Age : 42
    Location : Gombak
    Registration date : 22/04/2009

    AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN Empty Re: AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN

    Post by am_eniey Sat Aug 29, 2009 11:03 am

    ??????????? wrote:Err tahun lepas aku pergi Sabah.
    Lek jer ada sorang minah tu (minah Sabah) tunjuk gunung terang-terang kat aku sekeluarga.
    Besar gak. Kitorang tak pernah tengok.
    Tapi nak salahkan dia pun takleh jugak, dah kitorang yang suruh.

    Spoiler:

    Mungkin dia minah kafir !
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN Empty Re: AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN

    Post by TOYSЯUS Sat Aug 29, 2009 11:04 am

    Haha hey hey baca dulu dalam spoiler tu!

    Sponsored content


    AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN Empty Re: AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Fri Apr 19, 2024 3:16 pm