Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


5 posters

    Kisah lelaki dan tukang gunting ...

    avatar
    BasicCX
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 230
    Registration date : 25/02/2009

    Kisah lelaki dan tukang gunting ... Empty Kisah lelaki dan tukang gunting ...

    Post by BasicCX Mon Apr 13, 2009 11:46 pm

    Dikisahkan ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila tukang gunting memulakan tugasnya, mereka pun berbual dan bercakap mengenai banyak perkara. Tetapi apabila mereka mula berbicara mengenai Allah, tukang gunting itu berkata, "Saya tidak percaya Allah itu wujud." Lelaki tadi kehairanan lalu bertanya "Kenapa kamu berkata begitu?" Tanya si lelaki tadi.

    Tukang gunting itu pun menjawab, "Cuba kamu keluar ditengah jalan itu dan tunjukkan kepada saya bahawa Allah itu wujud. Jika benar Allah itu wujud, kenapa ramai orang diluar sana sakit? Kenapa masih ramai kanak-kanak yang terbiar? Kalau benar Allah itu wujud, sudah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup di dalam dunia ini. Saya tidak dapat bayangkan Allah yang Maha Penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku."

    Lelaki itu pun berfikir sejenak. Tetapi dia tidak dapat memberi sebarang jawapan yang terbaik kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas tukang gunting itu selesai menggunting, Lelaki tadi pun beredar. Setelah berjalan beberapa langkah, lelaki tersebut terpandang kepada seorang lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggutnya tidak terurus. Lelaki tersebut kemudian berpatah balik dan masuk semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata, "Adakah kamu tahu sebenarnya tukang gunting juga tidak wujud?"

    Tukang gunting dengan nada kehairanan bertanya "Mengapa kamu berkata begitu? Sedangkan saya baru sahaja menggunting rambut kamu sebentar tadi."

    "Tidak!", kata lelaki tersebut. "Jika tukang gunting wujud, sudah tentu tidak ada orang yang berambut panjang, tidak terurus dan kotor serta mempunyai janggut yang panjang dan kotor seperti lelaki ditepi jalan itu.", Jawab lelaki itu sambil menunjukkan jari ke arah lelaki yang berambut panjang ditepi jalan berhadapan dengan kedai gunting tersebut.

    Tukang gunting tersebut pun terus berkata, "Ah! mana mungkin, tukang gunting sememangnya wujud!, Lelaki tesebut menjadi begitu kerana dia tidak datang kepada saya untuk menggunting rambutnya!."

    "Tepat sekali kata kamu!", Kata lelaki tadi. "Itulah dia! Allah sememangnya wujud, keperitan dan penderitaan terjadi disebabkan manusia tidak mengingatiNya dan kembali kepadaNya untuk memohon pertolongan."

    Marilah kita sama-sama renungkan bersama...

    Kisah lelaki dan tukang gunting ... 1_5
    "hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami mohon pertolongan" - Al-Faatihah (5)


    Kisah lelaki dan tukang gunting ... 2_153
    "Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." - Al-Baqarah (153)


    Kisah lelaki dan tukang gunting ... 7_128
    "Musa berkata kepada kaumnya: 'Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa'" - Al-A'raaf (128)
    fiza_cute
    fiza_cute
    Ahli
    Ahli


    Gender : Female Number of posts : 664
    Age : 38
    Location : Pagoh
    Job/hobbies : jobless
    Registration date : 21/03/2009

    Kisah lelaki dan tukang gunting ... Empty Re: Kisah lelaki dan tukang gunting ...

    Post by fiza_cute Tue Apr 14, 2009 10:19 pm

    alhamdulillah..

    subhanallah..

    allahu akbar!
    Sir Pyan
    Sir Pyan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 175
    Location : S'ban, N9
    Job/hobbies : Kojo apo jo yang halal
    Registration date : 17/02/2009

    Kisah lelaki dan tukang gunting ... Empty Re: Kisah lelaki dan tukang gunting ...

    Post by Sir Pyan Wed Apr 15, 2009 3:44 am

    Cerita yang menarik dengan hujah yang cukup mudah tapi sangat kukuh.
    Jedi
    Jedi
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 925
    Registration date : 13/02/2009

    Kisah lelaki dan tukang gunting ... Empty Re: Kisah lelaki dan tukang gunting ...

    Post by Jedi Wed Apr 15, 2009 6:50 am

    Dengan perkara yang mudah diterima akal camni pun masih ramai orang kafir tak mahu berfikir.
    Gi dok sembah patung2 tah hape2 tah.
    avatar
    BasicCX
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 230
    Registration date : 25/02/2009

    Kisah lelaki dan tukang gunting ... Empty Re: Kisah lelaki dan tukang gunting ...

    Post by BasicCX Fri Apr 17, 2009 10:40 am

    Tugas kita sebagai umat Islam untuk saling ingat mengingati supaya kembali pada Allah. Jadi laksanakan tungas kita dengan Ikhlas kerana Allah.
    avatar
    adam78
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 17
    Registration date : 15/02/2009

    Kisah lelaki dan tukang gunting ... Empty Re: Kisah lelaki dan tukang gunting ...

    Post by adam78 Fri Apr 17, 2009 9:23 pm

    Allahuakbar
    Allahuakbar
    Allahuakbar
    Allahuakbar
    Allahuakbar
    Allahuakbar
    Allahuakbar
    Allahuakbar
    Allahuakbar

    Sponsored content


    Kisah lelaki dan tukang gunting ... Empty Re: Kisah lelaki dan tukang gunting ...

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Sat Apr 27, 2024 4:47 am